assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi diberikan pinjaman nyawa dan pelbagai nikmat oleh pencipta kita... untuk sesi lepas , saya telah membuat laporan berkenaan isu yuran yang tidak selaras dan diharapkan mahasiswa/i dapat input-input berguna. untuk sesi kali ini, banyak persoalan ditimbulkan oleh mahasiswa/i .. insyaAllah, saya berusaha untuk mendapatkan input-input berguna dan dapat menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut..
diharapkan sahabat2 bersabar...

untuk sesi lepas, saya telah mendapatkan senarai bayaran yang perlu dibayar oleh kita semua. untuk sesi lepas , Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan Puan Khairun nisa' idris ( penolong bendahari di unit kewangan di bangi) , masalah ini telah diajukan dan kami telah berbincang.
maklumat berkenaan yuran dan ketidakselarasan yuran telah di bincang.


untuk sesi ini saya telah menghubungi puan khairun nisa' idris dan bertanyakan beberapa masalah yang timbul. untuk satu semester, pelajar hendaklah membayar yuran pengajian
dan penginapan kolej bagi sesiapa yang tinggal di KTSN

yuran pengajian bagi fakulti farmasi
untuk sesi kali ini yuran pengajian fakulti farmasi adalah dalam bentuk package iaitu rm850 bagi satu semester untuk semua tahun fakulti farmasi..

yuran kesihatan : rm 25 ( sekali bagi satu semester )
yuran Perpustakaan : rm 50 ( sekali bagi satu semester)
tabung kebajikan pelajar dan insuran : rm 20 ( sekali satu sesi)
bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi)
sumbangan yuran aktiviti pelajar tabung pmukm : rm 10 ( sekali bagi satu sesi)

berkenaan yuran penginapan di kolej , saya telah berhubung dengan pengetua, prof madya dr. ruzita bersama tinjauan saya terhadap yuran yang saya perlu bayar.
yuran penginapan di kolej
yuran penginapan bergantung kepada hari
tinggal di kolej ( sekali bagi setiap sems)
kadar yuran adalah berbeza iaitu
KTSN 1 = bilik perseorangan rm 3.20 sehari
bilik berdua rm 2.50 sehari
kolej luar = rm 4.60 sehari
plazarah = rm 7.50 sehari

untuk masa ini, kadar potongan standard ialah rm 400 bagi setiap pelajar yang tinggal di KTSN . sebarang penambahan akan berlaku bagi pelajar yang duduk diluar ktsn 1 ataupun plazarah.
kadar yuran adalah masih sama dan kenaikan ditangguhkan .

makluman daripada pengetua KTSN kepada mahasiswa/i potongan kolej telah dibuat supaya pihak penaja kewangan pelajar segera mengagihkan tajaan.. jika ada pelajar yang menolak asrama, tetapi penyata potongan telah dibuat , mereka hendaklah mendapatkan pengesahan dari pengurus asrama yang mengatakan mereka tidak tinggal di kolej dan selepas di sahkan , surat boleh dihantar kepada pihak bahagian kewangan pelajar ..

yuran kemudahan penginapan atau Perkhidmatan Jaring : rm 45 ( sekali bagi setiap sems)
yuran Elektrik : rm 25 ( sekali bagi setiap sems)
yuran jaksa ktsn : rm100 ( sekali bagi satu sesi)


maklumat tambahan,
mahasiswa/siswi juga boleh menyemak bayaran yuran yang dibayar di smpweb atau di unit bendahari .
sebagai contoh pembayaran yuran
CJ-20082009/1/1 yuran kesihatan
CJ-20082009/2/1 yuran kesihatan

nombor yang telah di hitamkan dan diperbesarkan
adalah merujuk kepada semester


oleh itu, mahasiswa/siswi boleh menyemak sendiri
pembayaran yuran yang telah dibayar
dan sekiranya ada keraguan dan kesilapan ,
mahasiswa/siswi boleh berjumpa unit bendahari dan meminta penjelasan
atau menelepon unit kewangan di bangi tentang masalah tersebut.


oleh yang demikian , diharapkan segala permasalahan
berkenaan berkenaan yuran,
mahasiswa/siswi boleh ajukan dan bertanya di

unit bendahari KL

atau pun

berhubung terus dengan
unit kewangan pelajar di bangi
no telefon : 03-89213180/ 03-89215090/03-89215037

insyaAllah, segala masalah berkenaan yuran akan dijawab dan dijelaskan.
Diharapkan pelajar dapat maklumat dan sampaikan kepada pelajar lain

jika berlaku kesilapan berkenaan yuran yang saya sebutkan sila ajukan kepada saya. maklumat yang diberi akan berubah dari semasa ke semasa . oleh itu, diharapkan mahasiswa/i dapat melayari blog saya, aminmppfarmasi.blogspot.com untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini.

segala kesilapan haraf dimaafkan

"bergerak seiringan , memimpin perubahan "



salam ukhwah

muhammad hafizul amin khalid
MPP fakulti Farmasi
PMUKM 2008/2009

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Salam, amin..
    Ana nak tahu.. Bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi).. Apa nama majalah tu ye?? Sebab ana macam tak pernah dapat je..Mohon dijelaskan..

    Pasal perabot pula.. Kerusi dan almari dah 2 hari berada di luar bilik. Bilakah boleh dibawa masuk dan oleh siapa??

    Syukran..

    shira shafrida

  2. waalaikumussalam, shira...
    berkenaan majalah tersebut ,
    jika x silap namanya majalah aspirasi,
    ana pun x pernah dapat sejak 1 year lagi..
    xpe2 nanti ana cuba tanya exco pmukm informasi dan penyelidikan berkenaan majalah tersebut..
    harap bersabar..

    berkenaan perabot , ana x pasti masuk bile , alhamdulillah , semalam ada sahabat inform suruh letakkan senarai barang yg belum dimasukkan lg.
    mungkin dalam masa terdekat...
    nanti ana cuba dapatkan penjelasan..

    terima kasih

    salam ukhwah

  3. salam,

    ukhti shira..
    ana dah tnya SU PMUKM saudari nazihan...
    alhamdulillah,
    dia inform kita dapat majalah dalam bulan ogos ini..

    maaf lambat inform kat enti

    salam ukhwah...

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,