assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

alhamdulillah, setelah selesai sesi suai kenal antara PMUKM dan PMFF serta wakil2 setiap tahun ... misi telah diteruskan lagi dengan perkara utama berkenaan kebajikan mahasiswa terutama mahasiswa/i tahun pertama fakulti farmasi di UKM...

misi diteruskan dengan sesi dialog antara wakil PMUKM fakulti farmasi dan mahasiswa/i tahun pertama yang berlansung di BSH4 pada 8 julai 2009 ( rabu) . sesi mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk membincangkan berkenaan kebajikan mahasiswa/i tahun 1 di kolej dan fakulti...

pelbagai aduan dan cadangan telah dilapor melalui borang yang telah diedarkan . setelah meneliti aduan borang tersebut , langkah drastik dan inisiatif perlu diambil ditambah lagi dengan saranan pengetua KTSN , Prof. madya dr. ruzita untuk saya mengadakan sesi penerangan kepada mahasiswa/i yang baru menjejakkan kaki ke UKM...

pelbagai aduan yang diterima dan kebanyakkan berkenaan dengan kemudahan bilik di kolej seperti pintu tidak boleh ditutup , almari rosak dan lampu rosak serta pelbagai lagi ..
selain itu, aduan berkenaan kemudahan tandas dan bilik mandi juga dilaporkan..
ada yang mengatakan tandas tidak cukup kerana walaupun tandas banyak tetapi hanya beberapa sahaja yang boleh digunakan..

sesi penerangan telah berlangsung dengan menerangkan kepada mereka untuk melaporkan segala aduan kerosakan di pejabat KTSN dengan menulis aduan pada buku yang telah disediakan dan melaporkan juga kepada pengawai yang bertugas...
seperti laporan maklumbalas aduan pelajar yang saya lakukan pada sesi lepas, setiap aduan yang diterima, pihak kolej akan terus berhubung dengan JPP. kerosakan kritikal perlu disebut harga dan ini mengambil masa yang lama, ditambah lagi dengan proses naik taraf bilik yang belum selesai, maka diharapkan mahasiswa/i bersabar dan insyaAllah , segala kerosakan akan diperbaiki secepat mungkin...


selain itu, ada diantara mereka memohon kemudahan seperti mesin fotostat, mesin basuh serta ampaian lebih tinggi di blok 6 dan 7 , mesin atm , mesin topup ... berkenaan mesin fotostat , pihak kolej akan menyediakan dengan menyewa kemudahan tersebut dan diletakkan di K-shop..
untuk alternatif lain, saya menjelaskan berkenaan kemudahan fotostat yang ada di fakulti seperti di perpustakaan, U-mart serta kedai fotostat di luar fakulti terutama di hadapan pintu Utama untuk masuk ke fakulti...

berkenaan kemudahan mesin topup ada disediakan tetapi tidak berfungsi dan hal ini akan dilaporkan kepada pihak kolej,

berkenaan mesin basuh di blok 6 dan 7 serta ampaian yang lebih tinggi.. serta kemudahan mesin basuh yang tidak mencukupi di blok lain, insyaAllah , saya akan melaporkan kepada pihak kolej dan saya mencadangkan agar mereka berkongsi untuk membeli mesin basuh tetapi perlu menjaga kebersihan jika mahu menggunakannya..

berkenaan kemudahan mesin atm, saya menjelaskan tentang kewujudan bank islam di UUM ( hadapan pintu masuk fakulti ) serta bank simpanan nasioanal di chow kit.. insyaAllah, hasrat untuk mewujudkan mesin atm dikolej akan disampaikan kepada pihak kolej.

ada juga bertanya tentang kedai untuk membeli buku rujukan dan semestinya Kamal bookstore menjadi pilihan...

alhamdulillah , setelah mendapat sedikit penjelasan dari saya, diharapkan
mahasiswa/i dapat menjalani kehidupan yang agak baru bagi mereka di UKM.

seringkali saya mengingatkan kepada mereka berkenaan hidup berdikari di universiti dan bukanlah hanya meminta banyak perkara tetapi kita perlu berusaha dahulu.
oleh itu, saya telah menjelaskan pelbagai alternatif yang boleh diambil..

jadikan ungkapan yang sering saya perkatakan " belajar memberi daripada menerima"
sebagai panduan dan fikir-fikirkan...

segala yang buruk dan salah adalah disebabkan kelemahan diri hamba ini , segala yang baik datangnya dari Allah, namun hakikatnya semua adalah ditentukan oleh Allah


salam ukhwah

muhammad hafizul amin bin khalid
mpp farmasi pmukm


Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,