Aku tak pernah terfikir pun akan hal ini sebelum. Tapi bila mana seorang sahabat bertanya kepada ku akan perkara ini, barulah aku mula berfikir. Terima kasih kepada sahabat tersebut. Coretan ini cuma pendapat peribadi yang ingin dikongsi bersama. Harap tidak disalah tafsir.


“ko perasan tak, kenapa virus H1N1 ni sekarang mudah merebak dan banyak menyerang masyarakat ye..kalau dilihat betul-betul kat Malaysia ni, orang melayu yang paling banyak kena..tengok UiTM tu, dah tiga buah kena tutup”..kata seorang sahabat.


Aku tersentak dengan kata-kata sahabat ini. Dia membuatkan aku terus berfikir dan mencari jawapan. Bila mana aku melihat surat khabar untuk 3 hari berturut-turut, hati aku luruh melihat cerita dan berita di dalamnya. Sungguh menyayat hati. Bukanlah cerita tentang H1N1 ni, tapi isu gejala sosial. Boleh dikatakan setiap muka surat tu menceritakan tentang kes rogol, ragut, hiburan dan macam-macam lagi. Na’uzubillah.


Mungkin ini adalah amaran ALLAH kepada kita hambanya. DIA meminta kita untuk berfikir akan hakikat yang sedang berlaku ini. Teguran ALLAH kepada kita hambanya dengan menghantar tentera influenza A H1N1 ini supaya kita sedar. Ye la, mana tidaknya secara tiba-tiba serangan virus ini cukup hebat dan laju sekali. Statistic dari kementerian kesihatan sudah hampir 1000 orang mendapat serangan virus ini. Jika diteliti, kebanyakan mereka adalah orang-orang melayu. Virus ni boleh pilih bangsa ka??? Bukanlah provokasi kaum hendak diketengahkan, tetapi ingin mengajak semua untuk berfikir akan perkara ini. Kita sibuk bergaduh pasal nama yang hendak digunakan pada penyakit ini, influenza A H1N1 la, selesema babi la, tapi hakikat sebenar kita tidak pernah bincangkan. Sedih…..


Bila disebut orang melayu saja, automatic kita akan kaitkan dengan Islam. Mungkin disebabkan orang Islam itu sendiri tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh, suka melanggar arahan illahi seperti berhibur hingga lupa diri, lalai dalam beribadah, terlalu bebas bergaul dan lain-lain lagi sehingga tuhan menghantar tenteranya yang kita langsung tidak sangka untuk menegur. Tetapi apa yang menyedihkan, masyarakat sekarang masih tidak berfikir akan hakikat ini. Mereka lupa siapa mereka. Mereka lupa siapa yang cipta mereka. Mereka lupa apa tugas mereka. Mereka lupa ke mana hala tuju mereka kelak. Mereka lupa sang pencipta sedang memerhatikan mereka dan menegur mereka. Mereka hanya memandang penyakit hanyalah penyakit tanpa berfikir. Mungkin terlalu keras untuk aku berkata begini, tetapi jika perlu aku terpaksa sebut, mereka ni bukan buta mata tetapi buta hati. Maka sahabat2 ku , jagalah hati ini kerana ia milik kita.


Sedarlah wahai kawan-kawan sekalian, ALLAH sedang menegur kita. Jangan sampai UKM tutup nanti disebabkan serangan virus ini, baru hendak buat post-mortem pada diri. Kurangkan perkara-perkara maksiat. Dekatkan diri dengan pencipta. Virus H1N1 ni baru tentera yang kecil, andai tuhan hantar tentera angin dan air seperti tsunami yang lepas, baru kita nak merangkak

mengadu dengan sang pencipta.


Ingatlah kawan-kawan dan sesiapa pun yang membaca artikel ini, murka ALLAH sangat dekat dengan hamba yang lalai. Banyakkan berdoa supaya kita tidak terkena akan musibah yang menimpa negara ketika ini tetapi dari sudut pengamalan agama secara keseluruhan perlulah ditingkatkan. Kepada sesiapa yang berkuasa, gunakanlah kuasa sebaik mungkin. Kurangkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan murka ALLAH. Nasihat untuk diriku dan sahabat2 semua. Wallahu ‘alam


tintapermata=>

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,