Rasullullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T."

Jawab Iblis: "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."

Tanya Rasullullah lagi: "Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab Iblis: "Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:

Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."

Firman Allah kepada Iblis: "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku beriakn kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan..."

Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


ambil ikhtibar , nasihat untuk diriku dan sahabat2 semua.

selamat berehat dan menjaga kesihatan buat sahabat2 semua,

jadi kn masa yang terluang adalah masa yang berharga. masa adalah roda kehidupan dan juga rakaman pencipta untuk masa mendatang, jadi penuhi lah ia dengan sesuatu yg berharga. kepada sahabat yang tidak pulang ke kampung halaman , insyaAllah , bole di isi masa tersebut dengan bermacam perkara.. kepada sahabat yang pulang, alhamdulillah, dapat menghilang kerinduan yang melanda diri .

insyaAllah, midsem semakin menjelma, banyak perkara perlu dilakukan, perancangan rapi perlu dirancang.

"plan is nothing, planning are everything"

selamat menjaga kesihatan diri dan merancang

salam ukhwah

amin

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,