ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

alhamdulillah, telah berlangsung sesi suai kenal antara pelajar tahun 1 dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi ( PMFF ) , pmukm fakulti farmasi dan wakil setiap tahun ( class representative). sesi diadakan di BSH 4 pada pukul 2 hingga 5 petang.

sesi dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Prof. madya dr jamia Azdina Jamal , timbalan dekan akademik dan siswazah. seterusnya sesi pengenalan PMFF serta penerangan tugas daripada MT dan setiap exco . sesi disambung dengan ucapan setiap wakil tahun kepada pelajar tahun 1. banyak amanat dan nasihat telah disampaikan daripada setiap wakil terutamanya wakil tahun 4...

seterusnya persembahan media dilakukan berkenaan aktiviti- aktiviti yang dianjurkan PMFF pada sesi lepas yang bertujuan pendedahan awal kepada adik-adik berkenaan program yang akan dijalankan untuk sesi akan datang.

sesi diteruskan dengan pengenalan PMUKM fakulti farmasi berkenaan visi, misi dan organisasi persatuan . sesi terakhir iaitu sesi pengenalan adik2 kepada kami semua. alhamdulillah, sesi berjalan lancar. semua adik2 dapat memperkenalkan diri dan memberi respon serta jawapan yang positif berkenaan sebab mereka memilih kursus farmasi.

kebanyakkan mereka adalah lepasan matrikulasi dan segelintir sahaja lepasan STPM. apabila ditanya berkenaan sebab mereka memilih profesion ahli farmasi, hampir 90 % mengatakan kerana minat kepada kimia terutama kimia organik dan kerja sebagai ahli farmasi, ada yang mengatakan suka kerja di dalam bilik sahaja , gaji yang lumayan dan paling menarik sebahagian besar mengatakan mereka suka mengkaji untuk menghasil ubat yang baru... satu jawapan yang positif dan matang kerana mereka sedar bahawa belajar bukan sahaja untuk berkerja sebagai ahli farmasi tetapi mereka perlu menyumbang idea dan kepakaran kepada negara dan juga masyrakat. harapan negara untuk menghasilkan lebih ramai profesor dan pengkaji akan tercapai.

sesi soal jawab juga diadakan dan beberapa persoalan telah dilontarkan berkenaan kursus yang diambil , pandangan dan tempat2 di sekitar UKM seperti tempat print , unit keselamatan, jpa dan sebagainya..

dikesempatan ini, saya sempat mengedar borang aduan kebajikan kepada mereka dan insyaAllah , aduan serta cadangan akan disalurkan kepada pihak tertentu.. selepas diteliti secara kasar kebanyakan aduan sama seperti sebelumnya. saya berharap adik2 dapat mendapat maklumat daripada blog ini dan maklumat juga boleh didapati di papan kenyataan atau boleh berhubung terus dengan saya melalui YM ( org_tangkak88@yahoo.com.my) @ 013-2169769


diharapkan adik2 dan kami semua mendapat input yang berguna dan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita antara senior dan junior.. misi telah pun tercapai dan ini adalah permulaan... insyaAllah , selepas ini akan diadakan lagi program yang akan mengeratkan hubungan antara junior dan senior seperti interaksi farmasi dan sebagainya..

" KITA MERANCANG , ALLAH MENENTUKAN"

" BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA"

salam ukhwah

muhammad hafizul amin khalid
mpp pmukm fakulti farmasi

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,