ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
alhamdulillah, perjumpaan bersama pentadbiran fakulti yang dipengerusikan oleh prof. madya jamia telah diadakan dibilik mesyuarat fakulti farmasi. Perjumpaan dihadiri oleh saya serta wahida ( setiausaha 2 PMUKM fakulti farmasi) bersama barisan MT dan exco PMFF dan setiap wakil tahun. pelbagai perkara yang dibincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh PMFF dan PMUKM untuk semester ini .
insyaAllah , dalam masa terdekat akan diadakan program " dialog bersama mahasiswa" , anjuran PMUKM fakulti farmasi dan "interaksi fakulti farmasi" , anjuran PMFF. diharapkan mahasiswa dapat menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i fakulti farmasi serta menjaga kebajikan kita semua.
sehubungan dengan itu, Pentadbiran fakulti farmasi telah menegaskan berkenaan etika pemakaian yang perlu dipatuhi . mahasiswa/i fakulti farmasi perlu bergerak seiring bersama-sama untuk mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan. prof madya dr jamia telah menegaskan di dalam peraturan , dimana pensyarah boleh menahan mahasiswa/i yang tidak mematuhi etika pemakaian . bertepatan dengan visi PMUKM fakulti farmasi iaitu kearah pembentukan profesionalisma unggul , kita akan berusaha bersama-sama untuk meningkatkan nilai-nilai profesionalism dalam diri kita dan meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malah di peringkat antarabangsa.
"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN "
FALSAFAH , KEILMUAN , KEBAJIKAN
SALAM UKHWAH
MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP PMUKM
FAKULTI FARMASI
7 months ago