MINIT MESYUARAT BERSAMA PENTADBIRAN FAKULTI FARMASI DAN DAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI FARMASI
SESI 2009-2010
Tarikh: 16 Julai 2009
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi
Masa- 2.30 petang
Kehadiran:
1. Prof. Madya Dr. Jamia Azdina binti Jamal
Timbalan Dekan Fakulti Farmasi (Akademik dan Antarabangsa)
2. Dr. Haliza Katas
Penyelaras Program Prasiswazah (pemangku)
3. Semua ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi 2009-2010
4. Wakil kelas Tahun 2-4
5. Muhammad Hafizul Amin bin Khalid
Presiden, PMUKM Fakulti Farmasi
6. Nurul Wahida binti Abd Aziz
Setiausaha II, PMUKM Fakulti Farmasi
Agenda yang dibincangkan (berkaitan dengan PMUKM Fakulti Farmasi):
- Pengurusan aduan pelajar (masalah tentang bilik kuliah, sesi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya)
1.1 Dr. Jamia mengucapkan terima kasih kepada Presiden PMUKM FF kerana telah menguruskan perkara ini dengan jayanya.
1.2 Dr. Jamia telah menjelaskan tentang penambahbaikan yang telah dan akan dilakukan di bilik kuliah seperti:
- penukaran dan penambahbaikkan system bunyi, projektor LCD,dan penghawa dingin.
- menaiktaraf lantai dan mengecat semula dinding bilik kuliah.
1.3 Dr. Jamia juga telah menjelaskan masalah ruang yang sempit di dalam bilik kuliah. Beliau berkata bahawa jika pelajar Farmasi ingin mendapat ruang yang lebih selesa(seperti di DK1, DK2, DK3, dan DK4) para pelajar perlu berkorban masa iaitu kelas akan diadakan selepas pukul 5 jika mahu menggunakan DK yang ada kerana DK tersebut perlu dikongsi bersama pelajar-pelajar FSKB, Fakulti Pergigian dan Fakulti Perubatan (Thn 1 dan 2).
- Etika berpakaian pelajar
2.1 Dr. Jamia mengharapkan agar semua pelajar Fakulti Farmasi mematuhi kod etika berpakaian di dalam kampus.
2.2 Dr. Jamia juga telah menjelaskan kod etika berpakaian yang sepatutnya. Beliau mengingatkan bahawa para pensyarah boleh menghalang pelajar untuk menghadiri kuliah dan para pelajar juga tidak dibenarkan berurusan dengan pejabat jika tidak mematuhi kod etika berpakaian yang sepatutnya.
2.3 Dr. Jamia juga berpesan kepada wakil PMUKM agar menampal kod etika berpakaian yang sepatutnya di sekitar kampus.
- Buku rujukan untuk pelajar farmasi di Perpustakaan Dr. Abdul Latif
3.1 Dr. Jamia telah menjelaskan bahawa senarai buku teks yang diperlukan oleh pelajar farmasi telah dihantar kepada pihak perpustakaan. Walaubagaimanapun kelulusan buku-buku tersebut tertakluk kepada pihak perpustakaan.
- Yuran pengajian
4.1 Dr. Jamia menjelaskan bahawa segala urusan berkaitan dengan yuran adalah ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Bendahari, UKM Bangi. Pihak Fakulti tidak berhak menentukan tentang status yuran para pelajar.
- Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri
5.1 Dr. Jamia meminta supaya program ini diadakan secepat mungkin untuk semua ahli jawatankuasa PMFF dan PMUKM. Program ini bertujuan untuk melatih peserta agar menjadi pemimpin yang baik untuk para pelajar.
5.2 Program ini akan diadakan pada 9 Ogos 2009 di DSG KTSN.
- Program-program yang dirancang oleh PMUKM Fakulti Farmasi
6.1 Program Mencapai Kemuncak
- Presiden PMUKM FF telah menjelaskan bahawa program ini agak sukar dijalankan kerana
salah sebuah sekolah tersebut mempunyai jadual yang agak padat dan mungkin tidak
mendapat komitmen yang sepatutnya daripada sekolah yang satu lagi.
6.2 Forum ‘Dispensing Separation’
- Dr. Jamia mencadangkan agar organisasi merujuk kepada pakar dalam hal ini seperti Prof.
Dr. PT Thomas kerana forum ini melibatkan pelajar farmasi dan perubatan.
6.3 Forum Wacana Ilmu
- Program ini akan dijalankan secapat mungkin dan kertas kerja bagi program ini sedang dijalankan.
- program dalam perancangan dan akan dilaksanakan dalam masa
terdekat.
- Pembukaan pagar belakang di kampus semasa hari Sabtu.
7.1 Dr. Jamia menjelaskan hanya pagar utama dibuka pada hari Sabtu atas sebab keselamatan.
- Hal-hal lain
8.1 Dr. Jamia menjelaskan tentang program kualiti Fakulti Farmasi yang akan diadakan sepanjang sesi 2009-2010. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat memberikan kerjasama dalam program kualiti ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.
Disediakan oleh,
(NURUL WAHIDA BINTI ABD AZIZ)
Setiausaha II,
PMUKM Fakulti Farmasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2009-2010.
Disahkan oleh,
(MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID)
Presiden,
PMUKM Fakulti Farmasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2009-2010.