Wednesday, February 3, 2010

:: BIASISWA " GLOBAL LEADERSHIP PROGRAM "


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


UCAPAN SETINGGI-SETINGGI KESYUKURAN KEPADA ILAHI YANG MENCIPTAKAN KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH TELITI DAN UNIK. SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MEMBAWA NUR KEPADA UMAT MANUSIA ..

PENGUMUMAN KEPADA MAHASISWA/I FAKULTI FARMASI TAHUN 3 DAN 4 , KITA TELAH DITAWARKAN BIASISWA " GLOBAL LEADERSHIP PROGRAM " YANG AKAN DIJALANKAN DI GLOBAL INSTITUT FOR LEADERSHIP & CIVIC DEVELOPMENT , PRAGUE , CZECH REPUBLIC PADA 1 JULAI HINGGA 1 OGOS 2010..

NANTI DAPAT CERTIFICATE IN GLOBAL LEADERSHIP STUDIES
>> PHILOSOPHIES OF LEADERSHIP
>> SOCIAL INNOVATORS AND ENTREPRENUERS
>> SPECIAL ISSUES IN GLOBAL LEADERSHIP

SELAIN , KITA AKAN MEMPELAJARI BUDAYA MASYARAKAT DI REPUBLIC CEZH DAN BANYAK LAGI ...

SESIAPA YANG BERMINAT BOLE MENGHANTAR NAMA DIPEJABAT FAKULTI FARMASI SELEWAT2 4 FEB 2010 SEBELUM PUKUL 12 TENGAHARI .. INSYAALLAH , AKAN DIADAKAN INTERVIEW..

DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAIN

SALAM INFORMASI

AMIN

Tuesday, February 2, 2010

:: MENEROBOS KEMAMPUAN DIRI, KEARAH KECEMRLANGAN HIDUP SECARA HOLISTIK ::


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


JADILAH BENIH YANG BERNAS,

SERIBU TAHUN DIJEMUR PANAS,

DIGETUS DIGETAS BINATANG BUAS,

TETAP TUMBUH MENCETUS TUNAS,

NUKILAN ALMARHUM HAJI ABDULLAH MUHAMMAD


seifiniti kesyukuran kepada ilahi , kita masih lagi diberikan kehidupan di dunia ini untuk menjalani kehidupan sebagai makhluk yang semestinya menuntut diri berfikir dan mengkaji . kajian yang bermula dari kejadian alam yang indah dan unik seterusnya melibat diri makhluk itu sendiri sebagai manusia yang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

[MENEROBOS KEMAMPUAN DIRI]

kita adalah seorang yang mampu dalam mengurus kehidupan didunia ini dengan mengkaji kemampuan diri.

monolog dalaman diri :

" KNOW YOURSELF , YOU WILL CONQUER YOUR LIFE AND THE WORLD"

pemerhatian diri , ramai sahabat-sahabat mengetahui kelebihan diri , kemampuan diri dan kelemahan diri , tetapi kita sering menganggapnya perkara yang tidak perlu dan tidak penting. diri ini adalah pinjaman dari ilahi yang menuntut diri untuk melakukan kerja-kerja seharian , ibadat harian semata-mata untuk mengutip mutiara pahala dan butiran ilmu yang akan menjadi bekalan di alam akhirat nanti.. ramai juga sahabat berfikir agama dan kehidupan sesuatu benda perlu dipisahkan , agama hanya untuk ibadat semata-mata seperti solat , puasa, zikir dan sebagainya..

namun hakikat yang sebenar , agama adalah terkandung di dalam diari kehidupan seharian, pengetahuan berkenaan ilmu agama adalah penguatkuasa dalam diri untuk menjadi indikator kepada kemampuan diri samada kita akan melakukan perkara yang disuruh atau dicegah . memang benar , jika kita melakukan dosa dan maksiat , ia tidak memberi kesan yang drastik dan jelas kepada kehidupan kita dimuka bumi Allah ini , kita tidak akan diberikan denda terus jika melakukan kesalahan, kita umat akhir zaman , umat yang diberi kelebihan untuk kita berfikir dan memikir.. berfikir masa depan akan datang, bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan dan dosa tersebut .. moga-moga hidup diberkati..


" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

menerobos kemampuan diri kearah kecemerlangan diri secara holistik .. menuntut diri sentiasa berfikir dan bermuhasabah atau kita menilai diri ini .. adakah diri ini mampu , adakah diri ini rela, adakah diri ini untuk keseronokan dunia, adakah diri ini seorang yang istimewa, bagaimana dengan diri sahabat yang lain , adakah sahabat lain mendapat peluang yang sama. pelbagai persoalan yang timbul pabila kita memikirkan secara holistik atau keseluruhan..

kecemerlangan diri yang holistik bukan hanya cemerlang dari segi akademiknya, bukan juga cemerlang dari kekayaannya , bukan juga cemerlang dari statusnya, tetapi cemerlang kerna ilmunya yang bermanfaat untuk semua makhluk, cemerlang kerna memperoleh kehidupan yang bahagia.. cemerlang kerna ketenangan hati , kesopanan akhlak dan keupaayaan minda ..

oleh itu , sahabat2 semua, marilah kita menerobos kemampuan diri, berfikir secara holistik, mempunyai visi dan misi yang sendiri , matlamat yang jelas dalam hidup, bermuhasabah diri untuk mengetahui kemampuan diri yang sebenar. menuju kearah kecemerlangan diri yang holistik mahupun di dunia dan akhirat..

" jadilah insan yang berfikir kerna kita akan mengetahui kemampuan diri.. jadilah insan yang bersyukur kerna kita akan memperoleh kemanisan dalam kehidupan, berusahalah kearah kecemerlangan diri secara holistik agar diri diberkati "

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN MIDSEM YANG SEMAKIN HAMPIR

SALAM UKHWAH

AMIN

HAMBA YANG BANYAK KEKURANGAN




Thursday, January 28, 2010

:: TAHNIAH MAHASISWA ::


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


seifiniti kesyukuran kepada ilahi yang sentiasa memberi nikmat dan rezeki kepada hambanya untuk menguji kita samada kita sentiasa bersyukur atau disebaliknya.. selawat dan salam kepada junjungan kepada nabi junjungan , nabi muhammad s.a.w yang telah membawa sinar cahaya dan hidayah kepada seluruh umat di dunia ini . kehidupan yang berlalu adalah rakaman untuk masa akan datang yang akan dipertontonkan kembali pada alam yang semakin hampir iaitu alam akhirat. dunia sering mengejar kemajuan dan perubahan , rintihan isi bumi yang semakin resah dan gelisah tidak diendahkan oleh penduduknya. oleh itu, marilah sahabat-sahabat kita bermuhasabah diri agar sentiasa berada dibawah naugan ilahi dan hidup yang diberkati. kehidupan yang kekal semakin hampir.. waallahu'lam, hanya pencipta yang mengetahui ilmu yang tidak terbatas ini .

tahniah dan syabas , sahabat semua kerna telah menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang mengundi untuk memilih pemimpin masa akan datang.. alhamdullillah , moga-moga usaha kita akan diberkati..

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

ramai sahabat yang bertanya kepada saya berkenaan keputusan pilihan raya. alhamdullillah , keputusan baru diumumkan lewat malam tadi..

kerusi farmasi - mariah
kerusi medic 1 & 2 year - nasiha
kerusi dental - nassiha
kerusi fskb 1& 2 - muin
kerusi fskb 3& 4 - nurili
kerusi medic 3,4 &5 - farih

secara overall , mpp mahasiswa untuk kampus kesihatan , kita menang 4 kerusi .. untuk kampus ukmkl , mpp mahasiswa telah berjaya memperoleh 3 kerusi daripada 5.. keputusan penuh , sahabat bole melayari : http://smp.ukm.my/resultmpp/

alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang telah memberi mandat kepada sahabat-sahabat yang telah dipilih.. diharapkan kita akan mendapat manfaat dan perubahan untuk bersama-sama kita kearah mahasiswa minda kelas pertama.

pengumuman .. berkenaan wang pendahuluan rm500 telah diberikan check yang perlu diambil di pejabat bendahari.. bagi sebahagian mahasiswa seperti saya juga, pihak bendahari telah memasukkan duit tersebut dan sahabat perlu memeriksaan akaun bank serta melunaskan hutang di pejabat bendahari..

maafkan diri ini sekiranya ada salah silap disepanjang menerajui kepimpinan pmukm fakulti farmasi dan sebagainya secara langsung atau tidak langsung.. diharapkan dibawah kepimpinan baru nanti , mariah dapat membawa perubahan yang lebih besar untuk mahasiswa dan fakulti farmasi..

" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

" KEARAH MAHASISWA PROFESIONAL YANG UNGGUL "

SALAM UKHWAH

AMIN

Tuesday, January 19, 2010

:: MAKLUMAN BERKENAAN WANG PENDAHULUAN JPA/PTPTN ::


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


mengembara di bumi Allah, menuntut diri agar sentiasa berfikir berkenaan Alam dan kejadiannya..semestinya diri kita sebagai makhluk akan merasa diri sebagai hamba yang paling berjaya dan gemilang namun hakikat sebenarnya kita masih lagi diawang-awangan , tidak menentukan dimana tempat kita akhirnya.. adakah ditempat yang paling bahagia( syurga ) atau ditempat paling menderita ( neraka ) ? sama-sama kita muhasabah diri ini , hamba yang sentiasa mengejar ke arah fitrah , fitrah kebahagian yang hakiki namun banyak halangannya..

alhamdulillah, berkenaan masalah wang pendahuluan rm500 jpa/ptptn yang telah masuk akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon walaupun wang tidak dimasukkan didalam akaun bank mahasiswa.. saya telah berhubung dengan unit bendahari bangi dan bertandang di unit kaunseling berkenaan masalah ini . setelah dijelaskan masalah ini kepada pihak bendahari , insyaAllah, ada 2 cara untuk menyelesaikannya..

pertama ialah mereka akan membatalkan akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon terutama jpa kerana pemohon jpa mendapat biasiswa awal .. cara yang kedua adalah setelah pihak bendahari memasukkan wang tersebut didalam akaun iaitu sebanyak rm500 dan kita perlu membayarnya kembali wang tersebut kepada pihak bendahari kerana bagi mengelakkan pembatalan akaun penerima seperti ptptn yang masih belum masuk wangnya.. insyaAllah, semua keputusan akan berubah dari semasa ke semasa..


bersabar sahabat insyaAllah, masalah dapat diselesaikan.. yang pentingnya sahabat perlu menyemak akaun dan jumlah biasiswa atau pinjaman yang kita peroleh.. untuk pengetahuan sahabat farmasi , jumlah biasiswa kali ini ialah rm6350 ..

berkenaan masalah kemasukan akaun hutang penempatan kolej di dalam akaun walaupun sahabat tidak tinggal dikolej telah disampaikan dan alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diselesaikan .. cuba sahabat menyemak kembali akaun hutang anda..

berkenaan masalah yuran penempatan semester 2 tahun pertama yang berlaku mahasiswa farmasi sesi 2008/2009 dan tahun ini adalah tahun 3 telah disampaikan kepada pihak bendahari , diharapkan sahabat bersabar .. insyaAllah akan diselesaikan ..


" KEBAJIKAN KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

SALAM UKHWAH

AMIN


Monday, January 18, 2010

:: IKTIBAR DARI LIMA JARI 2 ::

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

HAKIKAT DIRI SEBAGAI MAKHLUK CIPTAAN ILAHI , KITA SEMESTINYA MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN YANG TIDAK TERHINGGA NILAI DAN BILANGANNYA KERNA SIFAT AR-RAHMAN (MAHA PEMURAH ) DAN AR-RAHIM ( MAHA PENYAYANG) . SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..

insyaAllah, jari yang kedua yang dikenali sebagai jari manis dimana di jari inilah akan disarungkan cincin permata apabila kita mahu berubah tangga. jari selepas jari kelingking adalah lebih panjang sedikit dan lebih besar melambang perkembangan yang berlaku setelah kita memasuki zaman bayi. kita akan membesar dengan sumber nutrient yang halal disamping dididik dari segi sikap dan perangainya dengan akhlak yang soleh .

ia adalah merupakan zaman kanak-kanak. semestinya pada zaman . kita akan mengalami pelbagai kenangan manis dan ceria.. kita bole melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh ibu bapa. kita sentiasa bermain , mencari perkara-perkara baru untuk diteroka , kita dijaga rapi dalam segenap perkara , kita bole melakukan dengan hati yang ceria dan gembira. pada zaman ini juga , kita tidak dikongkong tetapi diberi kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara. almaklum, ia adalah zaman otak kita berkembang, zaman sikap ingin tahu mula menjelma, ibu bapa tidak memarahi jika kita melakukan kesalahan , mereka akan sentiasa memantau dan melarang sesetengah perkara agar kita menjadi insan yang berguna kelak..


hakikat tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah masih belum diketahui, kita mula tahu memikirkan yang mana baik dan mana buruk , dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil, kearah diri yang semakin membesar dan mencapai tahap mumaiz . pada zaman ini, terasa diri ini adalah milik diri dan kebahagian itu datang dalam setiap masa, apa yang kita mahu akan kita peroleh , ibubapa akan sentiasa memenuhi keperluan hidup kita.. benar.. diri ini merasa zaman itu, zaman dimana kita bole main semua perkara, kita bole minta apa sahaja, kita bole makan apa yang dihajati, semua hanya perlu diucapkan.. sahabat2 mesti melalui zaman ini ..



sungguh besar anugerah ilahi untuk kita syukuri , besar sungguh pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan diri ini dan melayan kerenah dan telatah ketika zaman kanak-kanak. terima kasih ibu dan ayah.. doakan untuk kebahagian mereka moga2 mereka tergolong dalam ahli syurga.. insyaAllah , akan diteruskan untuk jari seterus ..


"BELAJAR MEMBERI DARI MENERIMA "

SALAM

UKHWAH AMIN

Saturday, January 16, 2010

:: RINTIHAN SAHABAT ::


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


pertama-tama ucapan seifiniti kesyukuran ke hadrat ilahi kerna kita masih lagi diuji.. ujian yang mendatang mematang diri kita sebagai insan.. rintihan yang datang ada hikmah dan pengajaran yang bole kita perolehi untuk masa depan..

kepada sahabat2 saya berharap kita bersabar dan ikhlas diri moga-moga ia menjadi bekalan kita masa perhitungan kelak.. berkenaan program bersama-sama kanak-kanak gaza di ukm kl pada 16 jan 2010 adalah tidak benar.. didalam laman web halaqah.net ada membincangkannya.. laman webnya [ http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10056.0 ] ..

diharapkan sahabat-sahabat bersabar , insyaAllah , ada hikmah disebaliknya..

yang keduanya, alhamdulillah, duit JPA telah dimasukkan ke dalam akaun. [ sujud syukur ] . diharapkan sahabat dapat menguruskan sebaik mungkin .. tetapi kepada sahabat-sahabat yang memohon wang pendahuluan rm500 .. telah dimasukkan hutang ke dalam akaun yuran kita walaupun duit belum diperoleh.. insyaAllah , perkara tersebut akan disampai kepada pejabat bendahari dan unit kauseling.. diharapkan sahabat bersabar


'' kita selalu diberi rezeki , tetapi kurang bersyukur, kita diberikan ujian tetapi kita kurang bertawakal , kita adalah insan yang perlu menyedari diri ini bukanlah milik mutlak tetapi kita dimiliki , tubuh ini adalah pinjaman dari pencipta "

SALAM UKHWAH

AMIN

Friday, January 15, 2010

:: IKTIBAR DARI LIMA JARI ::


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

alhamdulillah, kehidupan di dunia mengajar erti kehidupan untuk dijadikan keperluan dan persediaan untuk masa akan datang.. insan seperti kita semestinya sibuk dengan hal-hal duniawi untuk mengejar cita-cita bagi masa depan yang cerah.. dunia dicari untuk keperluan akhirat kelak .. moga2 kita sentiasa berusaha kearahnya..





[ IKTIBAR DARI LIMA JARI ]

.. syukur ke hadrat ilahi kerana makhluk yang dinamakan manusia.. manusia adalah sebaik2 kejadian yang dicipta Allah di dunia ini untuk beribadat kepadanya dan melakukan kebaikan didunia ini bagi mengutip butiran pahala yang akan dijadikan bekalan pada hari perhitungan kelak.. jiwaku merintih .. adakah amal ku telah cukup ? bagaimana dengan ibadat ku ? adakah ku mampu meniti titian siratulmustaqim ? adakah ku mampu melarikan diri dari api yang maha hebat dan dasyat? adakah ku akan diberi dengan buku tangan kanan atau sebalik nya? adakah ku telah menjalankan tanggungjawab ku sebagai mahkluk kepada tuan empunya bumi ini dan seluruh alam ? adakah ku mampu menggapai cita2 untuk kebahagian di syurga ? alangkah nikmatnya kehidupan di syurga.. sungai yang mengalir , diri yang sentiasa muda, kehendak yang sentiasa dipenuhi dengan dianugerahkan bidadari syurga.. adakah ku dapat memperolehnya? ku perlu tanya amal dan imanku .. adakah ku mampu?

jari adalah ciptaan Allah yang dianugerah kepada makhluknya.. dengan jari , insan bole melakukan pelbagai aktiviti dan perkara .. menulis , memegang , mengira dan banyak lagi..
5 jari yang dikurnia mempunyai banyak kegunaan dan keperluan untuk kita syukuri.. tahukah sahabat dengan jari kita bole menghayati hidup ini ..

jari kelingking adalah jari yang paling kecil dan halus .. jari yang mengingatkan diri kita di zaman bayi.. zaman kita masih kecil , halus dari budi pekertinya.. sentiasa menangis , mata yang sentiasa mahukan melihat keindahan dunia . kita masih kecil dan belum tahu tentang hakikat dunia sebenar.. kita diawasi dan dijaga rapi oleh ibubapa yang tersayang .. ibu bapa yang banyak berkorban untuk seorang insan.. manakan tidak , setiap masa perlu diawasi . susu yang perlu disedia
kan dan diberi , menangis tidak tentu hala pada masa-masa yang tidak dijangka.. pengorbanan ibu bapa yang mengerti keluhan anaknya yang masih tidak mampu melakukan sendiri.. itulah zaman bayi .. zaman kita paling kecil dan halus .. dari tapak kaki sebesar dua jari ibu kita dibesarkan.. alangkah besarnya pengorbanan ibu dan ayah..

insyaAllah akan bersambung untuk jari2 seterusnya.. berfikir untuk memikir .. ilham yang datang adalah ilmu dari ilahi untuk dikongsi bersama2..

salam ukhwah

amin


Monday, January 11, 2010

:: PERUTUSAN KU UNTUK PENGGAL YANG TERAKHIR ::




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayahNya , kita masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini bagi mengutip butiran-butiran pahala untuk dijadikan bekalan untuk hari yang mendatang. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat serta keluarga baginda yang berjuang untuk membawa sinar kebahagian kepada umat sejagat. Saya mengucapkan selamat tahun baru 2010 dan salam maal hijrah kepada sahabat-sahabat yang sedang rancak memulakan gerak dan langkah untuk meniti pencarian ilmu di bumi UKM . Selamat kembali berjuang menuntut ilmu dan mengilham harapan serta azam yang baru untuk mencapai pembangunan diri secara holistik dan menjadi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan akhirat.

“ jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, jadikan tahun ini lebih cemerlang dari tahun sebelumnya”

Mahasiswa/i yang dihormati,

Genap hampir setahun , saya memegang tampuk kepimpinan PMUKM fakulti farmasi bersama-sama barisan MT dan exco yang lain . Pelbagai kejayaan , dugaan dan masalah yang dihadapi untuk kami tempuh bersama-sama dalam menjalankan tugas sebagai wakil mahasiswa untuk menyuarakan hasrat dan harapan mahasiswa. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan MT dan exco PMUKM fakulti farmasi yang bertungkus- lumus menjalankan tugas sebaik mungkin serta sahabat-sahabat fakulti farmasi yang sentiasa memberi semangat dan kerjasama untuk memberikan cadangan yang kritis dan pandangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kredibiliti fakulti farmasi untuk menjadi fakulti yang terbaik kelak. Diharapkan semua yang terlibat mendapat manfaat serta memperoleh coretan kenangan untuk diukir pada masa depan dalam menjalani latihan kehidupan sebagai ahli farmasi professional .

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran fakulti farmasi serta pensyarah yang sentiasa memberi idea dan kerjasama untuk bersama-sama bergerak ke hadapan menuju kejayaan menjadi fakulti terkehadapan . Tidak lupa juga , ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej tun syed nasir, pihak unit pengangkutan UKM , pihak bendahari UKM , JAKSA kolej tun syed nasir serta pihak-pihak yang banyak memberi kerjasama demi menjaga kebajikan kami semua sebagai mahasiswa UKM.


“ bergerak seiringan , memimpin perubahan”


Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya, kita telah melihat pelbagai perubahan yang berlaku dalam diri kita sebagai mahasiswa dan juga keadaan di sekeliling kita samada ia perubahan yang positif mahupun negatif. Kehidupan di muka bumi Allah ini menuntut diri kita agar berubah kearah yang lebih baik dan cemerlang. Tahun 2010 ini , kita telah melihat perubahan yang berlaku di bilik-bilik kuliah dengan kemudahan-kemudahan yang telah dipertingkatkan untuk keselesaan kita semua selepas kita melalui era perubahan jabatan farmasi menjadi sebuah fakulti . Diharapkan sahabat semua akan bergerak seiringin memajukan diri dan melakukan perubahan kearah pembentukan mahasiswa yang unggul dan professional . selain itu, ucapan terima kasih kepada pihak unit pengangkutan yang sentiasa mengambil berat kebajikan kami dengan melakukan perubahan seperti menyediakan kemudahan bas selepas pukul 9 serta pelbagai perubahan lain yang memudahkan perjalanan kami semua. Tidak lupa juga, masalah yuran yang berlaku dalam bentuk pakej juga telah diajukan dan telah berlaku perubahan untuk manfaat semua . Alhamdulillah, semua yang berlaku adalah kehendak ilahi atas usaha bersama yang kita lakukan . terima kasih kepada sahabat semua yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyampaikan aduan dan cadangan untuk saya bersama-sama barisan exco yang lain berusaha untuk menjaga kebajikan kita semua.


Mahasiswa yang dirahmati,


Dipenghujung meniti kehidupan untuk menutup tirai tugasan MPP mahasiswa fakulti farmasi , saya berharap sahabat-sahabat mendapat manfaat daripada program-program yang telah diadakan seperti dialog bersama mahasiswa, program “ one week, one article ”, quiz pengetahuan am , pharm quiz di UIA serta sistem kebajikan bersepadu dan pelbagai program lain untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman serta mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan mahasiswa di universiti yang lain. Selain itu , saya mengucapkan ribuan kemaafan sekiranya saya bersama-sama barisan MT dan exco yang lain telah melakukan kesilapan dan kesalahan dalam menutur kata-kata dan menjalankan tugas ini .


Sebagai penutup perutusan terakhir ini , saya berharap agar mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran yang lain terutamanya sahsiah diri serta dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar. Selamat memilih barisan kepimpinan yang baru, pilihlah yang terbaik kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Mahasiswa idealisma , Mahasiswa pendokong Negara tercinta.

“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN”


Salam ukhwah,

MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FAKULTI FARMASI

PMUKM SESI 2008/2009

Aminmppfarmasi.blogspot.com

Email: org_tangkak88@yahoo.com.my

013-2169769

Friday, January 8, 2010

: LARIAN AMAL PALESTIN ::


INSYAALLAH, AKAN DIADAKAN LARIAN AMAL PALESTIN PADA 16 JANUARI 2010 DITAMAN TASIK PERMAISURI.. SIJIL PENYERTAAN ADA DISEDIAKAN..MASA : 7.30 PAGI HINGGA 10 PAGI

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI :
LIYANA- O172332050
FAIZUDDIN : 01332515145

" HIDUP INI ADALAH UJIAN KEPADA MAKHLUKNYA, BERAMAL SEBELUM TERLAMBAT"

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

SALAM UKHWAH

AMIN

:: SALAM INFORMASI ::


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

KEPADA YANG MENGAMBIL KHIDMAT MASYARAKAT
PADA SEMESTER INI , BERIKUT MERUPAKAN MASA DAN
TEMPAT UNTUK KELAS PADA 9 JANUARI 2010..

esok HM1021 set 2 di tibe 9 am, set 3 di dk3 11 am...
HM1023 set 2 di dk2 11 am, set 3 di dk1 8 am, set 4 di dk3 8am..

INFORMASI DARI SAHABAT ( CHE YANG)
TERIMA KASIH

" jaga lah hati , kerna ia permata untuk kita, jagalah ukhwah kerna ia akan memberi kemanisan pd kemudian hari, jaga lah hubungan kita dengan ilahi kerna ia tempat kita kembali , jaga lah diri agar kita menuju ke jalan di redhai "

SALAM UKHWAH

AMIN



:: PROGRAM KESEDARAN TEMBAKAU : JOM RAMAI2 BERTANDANG ::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

INSYAALLAH , AKAN DIADAKAN

PROGRAM KESEDARAN TEMBAKAU

PADA 9 JANUARI 2010 ( SABTU PAGI )

ANJURAN PMFF DAN PASUKAN TEMBAKAU FAKULTI FARMASI
DI DEWAN SERBAGUNA KTSN 1,

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN ..

MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT

ILMU SINAR KEBAHAGIAN

SALAM INFORMASI

AMIN

Wednesday, January 6, 2010

:: MAKLUMAN UNTUK SAHABAT::

ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

PERTAMA2NYA MARI KITA BERMUHASABAH DIRI INI YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN LEKA DENGAN DUNIA.. DUNIA YANG PENUH TIPU DAYA DAN PERMAINAN .. NAMUN HAKIKATNYA ATURANNYA ADALAH KETENTUAN ILAHI.. WAHAI SAHABTKU, MARILAH KITA BERSYUKUR DENGAN PELBAGAI REZEKI DAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA IAITU HAMBA YANG SENTIASA DIUJI..

KITA JUGA DIUJI DENGAN KEKERINGAN DUIT YANG MENJADI NEGATIF SIMPANANNYA.. DIRI INI JUGA MERASA KEADAAN TERSEBUT DAN DIHARAPKAN SAHABAT BERSABAR ... PIHAK JPA TELAH MENAMPAL NOTIS PEMBERITAHUAN TENTANG KELEWATAN PEMBAYARAN DUIT TERSEBUT .. ALHAMDULILLAH, MEREKA TELAH MENYEDIAKAN ALTERNATIF IAITU MENDAPAT DUIT AWAL RM500..

PROESEDURNYA ADALAH SAHABAT PERLU MEMBAWA SALINAN I/C ATAU SALINAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN AKAN MENGISI BORANG UNTUK DUIT PENDAHULUAN TERSEBUT.. INSYAALLAH , DALAM MASA SEMINGGU , DUIT AKAN DIMASUKKAN.. CONTOHNYA DIRI INI TELAH MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR.. DITANYA BILA AKAN DAPAT, INSYAALLAH MINGGU DEPAN... PERHATIAN SAHABAT2, PERMOHONAN PERLU DIBUAT DI BILIK KAUNSELING , ARAS 5 BLOK E PADA HARI RABU SAHAJA ..BILIK TERSEBUT TERLETAK BERHAMPIRAN KAUNTER UNTUK BENDAHARI UNTUK BAYAR YURAN , DIBAHAGIAN KIRI , BILIK PERTAMA ...


INFO PENTING!!

DIPEROLEH DINOTIS FAKULTI

PERHATIAN KEPADA PELAJAR2 BERMULA SESI
PENGAJIAN 2008/2009 DAN KEATAS,

YANG MENETAP DI LUAR KOLEJ YANG MASIH BELUM
MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BERSEKUTU KOLEJ
UNTUK PENILAIAN KONPENTENSI GENERIK


DIKEHENDAKI ( WAJIB ) MENDAFTAR DENGAN KADAR SEGERA..

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN BOLEH DIAMBIL DI BAHAGIAN AKADEMIK KOLEJ PUSAT PERKEMBANGAN PELAJAR, ARAS 4 BANGUNAN PUSANIKA, UKM BANGI..

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 18 JANUARI 2010 ( ISNIN )

KEPADA SAHABAT YANG TERLIBAT SILA AMBIL PERHATIAN..
NOTIS TELAH DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN DI FAKULTI


DIHARAPKAN SAHABAT DAPAT MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAIN ..

"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

SALAM INFORMASI

AMIN

Tuesday, January 5, 2010

:: MAKLUMAN ::


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


Perhatian kepada Farmasi/3,
sesiapa yang mengambil kursus CHC,
Sila daftar kursus CHC hari ini juga.
Melalui e.learning,Fakulti Perubatan.

Sila click sahaja disini untuk capaian ke e.learning.Sekian.Terima kasih. http://www.medicine.ukm.my/e.learning

TQ AINUL MEMPERINGATKAN

SALAM INFORMASI

AMIN

Thursday, December 31, 2009

:: WAHAI KAUM ADAM > MARILAH KITA BERUSAHA KEARAHNYA::


Tuhanku...
Aku berdo'a untuk memiliki seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada sebahagian di hatinya setelah Engkau, Rasulnya, Para Ulama' dan Ibubapanya
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan teladan RasulMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku...
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin....

PERKONGSIAN ILMU UNTUK MENJADI PEDOMAN UNTUK SEMUA INSAN .. LEBIH-LEBIH LAGI KITA SEBAGAI INSAN BERGELAR MANUSIA, YANG MAHUKAN CINTA SELEPAS MERAIH CINTA ILAHI ..

TERIMA KASIH SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI PERINGATAN DENGAN
NUKILAN YANG BERMAKNA UNTUK MENJADI
INDIKATOR UNTUK LELAKI , BERUSAHA SELAGI ADA MASA..
KERNA MASA ITU SENTIASA MENCEMBURUI KITA..


"DUNIA ADALAH PERSINGAHAN YG SEMENTARA"


SALAM UKHWAH

AMIN


Wednesday, December 30, 2009

:: PENGUMUMAN DARI SAHABAT ::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Bagi pemegang biasiswa JPA pula,

pihak JPA telah mengesahkan kepada pihak UKM bahawa wang biasiswa akan di masukkan pada hujung Januari 2010.

Bagi para pelajar yang mempunyai masalah kewangan (JPA dan PTPTN),
anda boleh mendapatkan duit pendahuluan sebanyak RM500.00
dengan mengisi borang permohonan yang terdapat
di Unit Kaunseling, Tingkat 5 Blok E, UKM KL.

Borang ini boleh diserahkan kepada Puan Wan yang akan
berada di sana pada setiap hari Rabu.
Walau bagaimanapun, para pelajar hanya layak memohon jika tidak mempunyai sebarang hutang pada Semester 1 (dikecualikan bagi hutang Semester 2).
Duit pendahuluan ini akan ditolak daripada
pinjaman/biasiswa anda apabila telah
diterima kelak.

TERIMA KASIH KEPADA SAFAWATI DAN KAK MIZAH ATAS INFO YANG DIBERI

SALAM UKHWAH

AMIN

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,