Archive for February 2011


 SEMINAR PASAK ALQURAN

salam.insya Allah esok akan diadakan SEMINAR PASAK AL-QURAN bertempat di DSG KTSN bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.minum pagi disediakan!! berikut tentatif program: 

8.00 am -Pendaftaran Peserta
8.15 am -Ketibaan VIP dan penceramah jemputan
-Ucapan alu- aluan oleh MC
-Bacaan doa
8.30 am -Ceramah sesi 1
10.00 am -Rehat
10.30 am -Ceramah sesi 2
-Penggulungan
-Sesi soal jawab
12.00 a m -Ucapan penutup dari pengarah program
12.05 pm -Penyampaian cenderahati
12.10 pm -VIP diiringi ke bilik jamuan
12.20 pm -Bersurai

ALQURAN PERATURAN HIDUPKU 
AYUH SAHABAT, TAMBAH ILMU MU, KAJI DAN MENDALAMI ILMU DALAM ALQURAN, PASAKNYA DIJIWAMU 
INSYAALLAH KETENANGAN YANG AKAN KAMU PEROLEH.. 


" EKSPLORASI HATI KEARAH KETENANGAN HAKIKI" 

IBN KHALID



Seorang pengkaji alam semula jadi warga Perancis, John Febre pernah membuat kajian mengenai sejenis ulat bulu yang tabiatnya suka mengikut ulat di hadapannya. Dalam kajian itu Fabre telah mengisi sebuah pasu dengan tanah dan menanam pokok yang menjadi makanan ulat bulu tersebut ditengah-tengahnya.

Fabre kemudian menyusun ulat bulu tersebut seekor demi seekor; mengelilingi tepi pasu dan membiarkannya. Seperti biasa, ulat2 bulu tersebut berjalan mengikut ulat yang di hadapannya. Mereka berjalan mengelilingi pasu jam demi jam, dan hari demi hari sehingga akhirnya semua mati kebuluran.

Jika salah seekor daripada ulat bulu itu bergerak keluar kira2 enam inci daripada pusingan tersebut, ia pasti akan mendapat makanan diperlukan. Malangnya ulat2 bulu tersebut tetap dengan tabiatnya mengikut ulat di hadapannya tanpa berfikir dan bertindak bijak. Mereka mengikut rutin, dan akhirnya semua menemui maut.

Perkara yang sama mungkin berlaku kepada sesetengah orang atau kita sendiri. Hidup saban hari melakukan perkara yang sama, dan mengikut rutin tanpa ada perubahan. Matlamat2 yang ingin kita semua diperolehi berada tidak jauh, tetapi kita tidak boleh mencapainya. Dan selagi kita tidak bertindak di luar kebiasaan untuk mencapainya, selagi itulah matlamat2 itu kekal sebagai anganan kosong.

Adalah mudah untuk memahami hal ini, jika hidup kita menjadi satu rutin, ia boleh memusnahkan. Hari demi hari kita akan melakukan perkara yang sama dari pagi hingga ke malam; pergi kerja, pergi belajar, bekerja, bergaul dengan kawan2 dan macam2 lagi, dan  pulang untuk tidur. Kita tidak melakukan sesuatu yang lain dengan menggunakan pelbagai alasan. ‘tidak ada masa’ adalah antara alasan kebiasaan yang sering di dengar dan digunakan.

Ini adalah kehidupan kita, ambil sedikit masa untuk menukar corak rutin harian dan mencipta perubahan yang boleh memberi lebih manfaat kepada hidup kita. Sebelum itu kita perlu mengenal pasti bahawa hidup ini telah menjadi satu rutin dan perlu berubah.

Jika kita menjalani hidup seharian tanpa banyak berfikir lagi, seolah-olah memandu sebuah pesawat secara autopilot, atau melalui kehidupan tanpa perancangan untuk mengubah masa depan, maka kita sebenarnya berada dalam zon rutin.
 

Sebenarnya bukanlah sukar untuk keluar daripada rutin itu. kita hanya perlu membuat keputusan untuk berubah. Jika berterusan dengan kerja, atau tindakanyang sama setiap hari, keputusan atau hasil yang  didapati juga hampir serupa.

Contohnya jika kita ingin mengurangkan berat badan tetapi terus dengan tabiat makan yang serupa setiap hari, adakah kita akan mencapai matlamat itu? Tentu tidak! Begitu juga, kita tidak akan mencapai matlamat jika terikat dengan rutin yang sama.

Kita mesti lakukan kelainan, jika kita berterusan dengan perkara yang sama, kita akan terus terikat dengannya sehingga ia akan mengusai hidup.

Inilah antara perangkap yang perlu di elakkan. Kita mesti membuat perubahan itu sekarang, dan tidak membiarkan hidup dijalani secara autopilot! Renung2kanlah…

terbaik sahabat hairil haizan, memberikan peringatan dan inspirasi untuk diri bagi melakukan perubahan yang lebih luar biasa. target  kali ni dalam kehidupanku adalah akademik ku cemerlang, grad dengan ilmu yang mencukupi, turunkan berat badan, kurangkan kerja bertangguh. bersedia menjadi ahli farmasi masa depan. oleh itu aku kena berubah. tukar rutin biasa menjadi luar biasa. adakah ku mampu? 

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"

IBN KHALID

   
PROGRAM KESEDARAN FARMASI
UKM 2011
 
TARIKH
26 & 27 Februari 2011


TEMPAT
Jusco AU2 Setiawangsa

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI FARMASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA
"FARMASI BERSAMA ANDA"

PAMERAN, QUIZ, CERAMAH KESIHATAN HADIAH YANG MENARIK DAN TERTARIK.. 
BERMULA NI JUSCO AU2
PADA  26 & 27 FEBRUARI NI 

JOM TAMBAH ILMU






Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!

Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.

Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.

Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.

Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya ‘escapisme’ . Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!

Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ‘etheis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.

Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!

Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.

Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… walau apa jua keadaan dan cabarannya! Amin.

nukilan ustaz pahrol juoi . inspirasi untuk jiwaku memperoleh ketenangan.

salam ukhwah untuk semua hamba yang sentiasa mencari ketenangan dalam kehidupan. berkejar-kejaran, berlumba-lumba mencari harta dunia dan " harta akhirat" yang semestinya hampir2 kita menjadi lupa dan alpa. perjalanan hidup ini merupakan satu rentasan masa untuk kita di " evaluate" dan diuji kerna kita adalah hamba. hamba kepada ilahi, hamba kepada Allah yang sentiasa memberikan nikmat arrahman( pengasih) dan arrahim( penyanyang).

salam kemaafan untuk semua insan yang bersama2 denganku mengharungi kehidupan lebih2 lagi pada minggu PRK yang telah berlalu. andainya tersilap kata, terkasar bahasa dan terluka hati, ku mengharapkan kemaafan dari segenap pelusuk insan yang aku sayangi. sudah tiba masanya saya membuka lembaran baru bagi menghadapi kehidupan yang lebih mencabar hidup di zaman milenium, zaman siber, zaman globalisasi, zaman generasi Y yang sentiasa menjanjikn cabaran yang lebih kompleks dan rumit.

memasuki fasa keempat dalam diriku hidup di zaman menuntut ilmu, aku perlu bergerak ke depan lagi selangkah kehadapan bagi menembusi benteng " kejahilan" dan benteng "kelemahan" sebelum aku melangkah alam pekerjaan yang lebih mencabar. setelah beberapa tahun aku belajar erti kehidupan, erti kepimpinan, erti pendidikan,erti keadilan, erti pengorbanan, erti kasih sayang .. masa itulah juga aku menemui titik kelemahan dan kejahilan ku yang perlu aku bangkit dan bangun untuk menjadi insan yang luar biasa.

pepatah pujangga ada mengatakan jika kamu hendak berjaya kamu kena jadi orang yang luar biasa, jika kamu nak jadi orang luar biasa maka kamu kena mencari punca kamu menjadi orang yang biasa. kearah zero kepada hero menjanji satu perjalanan impian yang bermatlamat. matlamat bersama tindakan memerlukan strategi2 dan misi2 yang perlu dicapai oleh diri kita dalam kehidupan. jangan disangka hanya persatuan sahaja mempunyai misi dan visi serta objektifnya. kerna kehidupan kita didunia ini juga ada misi, visi dan objektifnya.

"begin the end of mind" . aku mencari sinar kebahagian dicelah2 kesibukan kehidupan dunia, aku belajar apakah aku sebenarnya.. aku belajar tujuan hidupku. pabila ku melihat tatkala insan yg nazak, insan yg tercedera, insan yang diuji dengan penyakit di hospital.. ketika itu lah keinsafan bertandang dalam diriku. aku hidup untuk beribadah kerna mu, aku hidup kerna aku perlu menjadi khalifah yang diberikan tugas2 memimpin diriku dan memimpin dunia ini. kerna aku adalah manusia. tubuh badan pinjaman, nikmat kurniaan serta kehidupan mainan untuk dihisab ketika al-mizan( hari timbangan pahala dan dosa).

maafkan ku wahai sahabatku, aku adalah manusia, tidak terlepas dari kesilapan. aku memohon seifiniti kemaafan..

HAMBA MENCARI KETENANGAN

IBN KHALID




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt ddan Salam Sejahtera

Alhamdulillah PRK untuk pemilihan MPP UKM bagi sesi 2010/2011 sedang berlangsung. Dari pihak kami, mantan MPP Mahasiswa UKM KL, kami telah memenangi 3 kerusi dari 5 kerusi di UKM KL pada sesi lepas. Sekarang kami kedengaran pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang kami memegang jawatan ini. Justeru itu, kami ingin membuat beberapa kenyataan untuk menjelaskan semula isu yang diutarakan.

  1. Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan yang melarang mahasiswi untuk turun ke kafe selepas pukul 8 malam.
  2. Kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang melarang mahasiswa/i makan di kafe dan hanya boleh membeli makanan dan bungkus sahaja.
  3. Isu ATM juga hangat dipersoalkan. Oleh itu, bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah ziarah http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/12/mesin-atm-bakal-dibina-di-ukm-kl.html atau http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/perkembangan-mesin-atm.html . Ringkasan yang kami peroleh dari sini

- 2 mesin ATM akan dibina BIMB dan CIMB

- Pengubahsuaian di sebelah surau TIBE adalah untuk memindahkan Jabatan Bendahari dari tingkat 5 ke tingkat 1 dan seterusnya menempatkanBIMB di sebelah Jabatan Bendahari tersebut.

- Bank ATM masih belum dibina dan hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk pemasangan.

4. Isu pengangkutan ke BYS. Alhamdulillah MPP ILI telah berjaya mengusahakan perjalanan bas ke bangunan tersebut bagi kemudahan pelajar yang belaja di sana.

5. Kami juga telah berjaya melunaskan hampir 99% manifesto kami.

6. Kami membawa suara-suara mahasiswa/i ke pihak atasan sehinggalah ke Naib Canselor. Misalnya isu HE dan HX, kami telah mengedarkan borang kajian dan setelah membuat analisa kami telah menyampaikan suara-suara atau masalah-masalah yang mahasiswa/i hadapi di dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti bertarikh 14/10/2010, di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselor,i UKM. dan bersyukur ke hadrat Ilahi, pihak atasan mengambil prihatin isu ini.

7. Isu kafeteria fakulti telah diberi perhatian pihak Pengurusan UKM KL dan mereka telah membuka sebutharga baru untuk mana-mana pengurus kafeteria baru menguruskan kafe fakulti.

8. Kami juga tidak menyekat kebebasan mahasiswa/i. Setiap idea dan kreatviti siswa/i dalam melaksanakan program, kami tidak pernah membantah.

9. Kami memperjuangkan hak dan isu kebajikan anda. Kami tidak pernah memperlekehkan walau sekecil-kecil aduan yang kami terima.

Ini adalah di antara isu-isu yang kami dengar dikeluarkan dari pihak yang tidak bertangungjawab. Untuk mengetahui perkembangan lanjut gerak kerja kami bolehlah layari blog-blog kami iaitu http://ilimppfskb.blogspot.com/, http://mariahzakaria.blogspot.com/, http://nasihamppfper.blogspot.com/.

Anda adalah keutamaan kami. Kerana anda mengundi kami, maka terlantiklah kami menjadi wakil anda. Justeru itu, tiada hak kami untuk menghalang kebebasan bersuara anda. Malahan kami mewakili anda menyuarakan suara anda ke pihak atasan. Percayalah, anda keutamaan kami. Oleh itu, kami mohon, sekiranya masih ada kekeliruan atau suara-suara yang tidak pasti kesahihan sumbernya, silalah rujuk kami bertiga. Kami bersedia menjawab setiap pertanyaan. InsyaAllah.

Jawatan itu amanah. Amanah itu tangungjawab. Tanggungjawab itu bakal dipersoalkan saat berhadapan denganNYA.

Saat dipersoalkan, pilihan hanya 2, syurga atau neraka. Tiada yang ketiga. justeru itu bijaklah memilih dan mengundi.


SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA SAHABAT YANG DIKASIHI.. INSYAALLAH, SEPANJANG SAYA MENJADI MPP SEHINGGA SAYA MENGURUSKAN MEREKA DAN BERDEPAN DENGAN PIHAK ASPIRASI, BANYAK PENGALAMAN YANG SAYA PEROLEHI. BANYAK CABARAN YANG SAYA TEMPUHI BERSAMA2 SAHABAT2 FAKULTI FARMASI, SAHABAT2 PENDOKONG, PENYOKONG DAN PEMERHATI GMUKM DAN TIDAK LUPA KEPADA MAHASISWA/I SERTA GOLONGAN PENTADBIR-PENTADBIR.

HARAPANKU MENJADI AGENT OF CHANGE IAITU "BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN" HAMPIR MENJADI REALITI. PERINGKAT PERTAMA KEMENANGAN PADA ERA AKU MENJADI MPP, AKU CUBA MENGUBAH PERSEPSI TANGGAPAN MAHASISWA KEPADA GMUKM, AKU CUBA MENGEMBALI PERANAN MPP TERSEBUT YANG SEMEMANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR [ MENGEMBALIKAN PERANAN MPP KE TEMPAT SEPATUTNYA] , AKU CUBA MENJADI PENGHUBUNG MAHASISWA KEPADA PIHAK PENTADBIRAN, AKU CUBA MELAKSANAKAN MANIFIESTO KU, AKU CUBA MENINGKAT NAMA FAKULTI FARMASI KEPADA PERINGKAT NASIONAL. KESEMUA DILAKUKAN KERNA AKU PERCAYA, JADILAH YANG TERBAIK MOGA2 IA MENJADI TAULADAN UNTUK SEMUA INSAN.. ALHAMDULLILAH, SEMUA BERJALAN DENGAN LANCAR BERSAMA KERJASAMA YANG PENUH DARI JAWATANKUASA PMUKM FAKULTI FARMASI, PIHAK PENTADBIRAN FAKULTI, PIHAK PENTADBIRAN KOLEJ DAN TIDAK LUPA MAHASISWA YANG BUKAN SAHAJA DARI FAKULTI FARMASI TETAPI DR SEMUA FAKULTI DI KAMPUS UKM KL INI.

LEGASI TERSEBUT DITERUS OLEH MPP MAHASISWA MARIAH, ILI DAN NASIHA BAGI MEMBAWA SUARA MAHASISWA, MENJADI PENGHUBUNG, PENYELESAIAN MASALAH, MEMBENTUK MAHASISWA PROFESIONAL DAN SETERUSNYA MENJADI ROLE MODEL KEPADA KEPIMPINAN MAHASISWA MASA HADAPAN. TAHNIAH UNTUK MEREKA KERNA HAMPIR 99% MANIFIESTO MEREKA TERCAPAI . HALATUJU INI MENEKANKAN PERANAN MAHASISWA KEPADA UNIVERSITI SEIRING PERUBAHAN ZAMAN.

SETERUSNYA MEMASUKI ERA KETIGA PEMERINTAHAN, DENGAN HALATUJU YANG BARU BAGI SETIAP CALON. AKU MENGHARAPKAN ARUS PERUBAHAN ITU MENJADI LEBIH DINAMIK DAN HOLISTIK. SELAIN ITU, AKU JUGA BERJUANG MAHU MENEGAKKAN KEBENARAN. AKU TAHU SEJAK DARI AKU FIRST YEAR, ADA BEBERAPA TUDUHAN YANG DIBUAT PADA GMUKM. AKU MAHU MENCARI KEBENARAN. AKU MAHU MEMBERITAHU KEPADA MAHASISWA/I TENTANG CERITA SEBENARNYA. AKU MAHU MENGUBAH TANGGAPAN MAHASISWA, AKU MAHU MANJAWAB CERITA2 YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN. KERNA ITU AKU MASIH BERADA DI SINI MEMEGANG PANJI USAHA ITU. HARAPAN KU, PADA MASA MENDATANG, TIDAK KIRA DARI GMUKM ATAU ASPIRASI ATAU PIHAK YANG LAIN, KITA AKAN MELAKUKAN DENGAN PROFESIONAL KERNA KITA ADALAH PEMIMPIN MASA DEPAN. MAHASISWA/I SEKARANG AKAN MENJADI GOLONGAN2 INTELEK, GOLONGAN USAHAWAN, GOLONGAN PROFESIONAL DAN SETERUSNYA MENJADI PEMIMPIN DISEMUA PERINGKAT.

SEBENARNYA BANYAK LAGI UNTUK DIBINCANG, NAMUN CUKUP LAH SEKADAR INI. MOGA2 USAHA INI MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI.


SALAM KEMAAFAN DARI KU,

SELAMAT MENGUNDI,

" DUNIA LADANG UNTUK AKHIRAT"

IBN KHALID

Aman

Album : Halawatul Iman II: Saat Lafaz
Munsyid : Fareast
http://liriknasyid.com


Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu

Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh...

Gegak gempita bila segala berubah hala

Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah... turut ah... ku sanggah...
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasrat bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama

Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu

Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran

Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin

Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama

Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

INI SUMBER INSPIRASI UNTUK KALI NI.. PENENANG JIWAKU. PENGHIBUR HATI YANG SENTIASA RESAH.. MEMASUKI FASA PRK- AKU MAHUKAN YANG TERBAIK. HARAPANKU SEMUA BERJALAN LANCAR.. AKU MAHUKAN KEBENARAN. SEJAK AKU MENJADI MPP, AKU MAHU MENGUBAH SUASANA, AKU MAHU MENJADI SEORANG HAMBA MELAKUKAN TERBAIK. MOGA2 IA BAGI UNTUK INSPIRASI MAHASISWA.. AKU MAHUKAN KEAMANAN, AKU MAHUKAN KEADILAN, AKU MAHUKAN KEBENARAN. MOGA SEMUA DAPAT DICAPAI DAN DIGAPAI.

LAGU INI, BEST . HAYATI LIRIKNYA DAN RENTAKNYA.. INSYAALLAH.. MEMBERIKAN KEKUATAN.

LINKNYA: http://www.4shared.com/audio/ufYHI6wI/Far_East_-_Aman.html


“Alhamdulillah….!”

Bersujud syukur setiap hamba Allah yang menghargai sebuah keadilan.

Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama.

Tanggal bersejarah 11 Februari ’11, Omar Suleiman membuat pengumuman perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir ketiga, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.

Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.

Hosni Mubarak meletakkan jawatan!

Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu!

TELADAN REVOLUSI TUNISIA

Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.

Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.

Itulah wajah Revolusi Mesir.

Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.

Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.

Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.

Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.

Justeru apakah masa depan Mesir?

MANUSIA YANG AMAN


Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.

Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.

Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).

Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.

Pastinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.

Islamist bukan pengganas.

Mereka adalah manusia yang berintegriti.

Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.

Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.

Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.

Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]

MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA


Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.

Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…

Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!

Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.

Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.

Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.

Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.

Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.


Malam ini, kita semua adalah Misri!

moga2 keamanan, keadilan dapat diperoleh.. ku sentiasa berdoa agar kezaliman, ketamakan diruntuhkan.. sesungguhnya Allah maha adil.

teringat kisah nabi muhammad ketika hijrah ke thaif.. bagaimana baginda dicerca dan diperlakukan sehingga 1/3 sepatunya dipenuhi darahnya. maka datanglah malaikat jibril mahu memusnahkan negeri thaif.. namun doa baginda , akan lahir daripada tulang sulbi dari penduduk thaif ini, ummat yang akan membawa sinar untuk islam..
moga2 kita semua sentiasa berada dibawah lembayung keredhaan ilahi ..


" EVOLUSI TRANSISI TRANFORMASI "

IBN KHALID






VALENTINE...BENARKAH IA HANYA KASIH SAYANG??

Dalam kesibukan kita menantikan menjelangnya bulan Rabiul' A'wal dan Maulid Nabawi, ada segolongan dari umat kita yang masih lalai dan alpa tentang menghayati kesyumulan Islam itu..mereka lebih suka menyambut hari yang kekasih (Valentine Day) yang memang tiada asal usul di dalam Islam...Ana ...lebih suka sahabat-sahabat mengetahui apakah yang disebut Hari Kekasih....??

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine.

Berbagai tempat hiburan bermula dari (disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya).

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM


Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

wallahua'lam...El-faqir



terima kasih farehawaheda.. sahabat yang menyampai peringatan ini.. moga2 pahala yang berterusan kita akan peroleh kepada pembaca, pemnyampai . pengamal dan semua generasi ummat.. yup, fatwa kebangsaan dan professor dr. yusof qardawi memutuskan menyambut valentine day adalah haram.. berfikir untuk memikir.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang dibangkitkan diakhirat kelak menjadi golongan husnul khatimah.. syurga dan keredhaan Allah itu matlamatku..

" Dunia adalah ladang untuk akhirat "

ibn khalid

Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala ketentuan. Setelah hampir 3 bulan usaha bagi menjayakan satu seminar bermodul bagi Fiqh Perubatan, akhirnya program ini bakal dapat dilaksanakan. Ia adalah hasil kerja keras beberapa rakan dalam mengedakan perbincangan yang panjang dan sabar dalam menghadapi banyak liku-liku dan karenah. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa pekara berkaitan Seminar Fiqh Perubatan Malaysia ini.

Objektif:

1-Melahirkan pelajar Islam yang menguasai ilmu fiqh didalam bidang perubatan
2-Memberi kefahaman kepada para pelajar tentang hukum hakam Islam bedasarkan kaedah rawatan pada hari ini
3-Mendedahkan kepada para pelajar perubatan muslim tentang kepentingan pengamalan perubatan mengikut hukum Islam
4-Melahirkan generasi yang prihatin terhadap isu-isu semasa dan agama dalam pengamalan perubatan

Penganjur utama:

1-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP)
2-Universiti Putra Malaysia (UPM)-Persatuan Perubatan Putra (PPP)
3-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-Medical Science Club (MSC)

Penganjur bersama:

1-Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)

Masa:

1-Setiap bulan, pada minggu ke 2 atau ke 3 (bergantung kepada kalendar akademik)
2-Hari Sabtu/Ahad

Penyertaan:

1-UKM: 70 tempat
2-UPM: 70 tempat
3-USIM: 70 tempat
4-Kampus Jemputan (CUCMS, UM dan UiTM): 40 tempat
Jumlah keseluruhan= 250 tempat

Bayaran yuran (RM 80/10 sesi):

1-Melalui akaun bank Maybank (162143148674)
2-Melalui wakil kampus yang dilantik

Tempat:

1-Dewan Kuliah Universiti Putra Malaysia
2-Auditorium Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(selang-seli)

Modul/Topik:

1-a)The Concept of Health & Illness in Islam
b)Islamic Medical Ethics, Codes & Oaths
2-a)Important Regulations Pertaining to the Dying & Death
b)Important Regulations Pertaining to the Sick
3-a)Islamic Scholars Efforts (Ijtihad) on Medical Issues
b)Objective of Syariah (Maqasid Syariyyah) Pertaining to Medical Fiqh
4-Principles of Fiqh (Qawaid Fiqhiyyah) Pertaining to Medical Fiqh & Its Application
5-a)Medical Issues in Fasting Patients
b)Medical Issues in Pilgrimage People
6-Purification & Ibadah for Wounded, Fractured, Mental & Physical Disable Patient
7-Bloods & Body Secretion in Men & Women
8-Allowed & Forbidden Medication & Procedures
9-Contemporary Topics in Medical Fiqh
10-Ruqyah Syariyyah (Prayers) for Practitioners & Patients

Program Perasmian:

Program: Seminar Fiqh Perubatan
Tarikh: 19 Febuari 2011
Masa: 8 pagi-2 petang
Tempat: Universiti Putra Malaysia

Pekara yang akan diberi/disediakan:

1-Nota berkaitan topik
2-Sijil diakhir sesi ke 10 seminar




Pesanan:

1-Ini adalah kali pertama program seumpama ini dijalankan. Mungkin ada banyak kekurangan yang akan berlaku. Oleh itu pihak penganjur memerlukan bantuan dari para peserta bagi memberi maklum balas kepada kami.
2-Segala modul masih dalam usaha penambahbaikan.
3-Ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu agama Allah ini.

Yang menjalankan tugas,


MOHAMAD AZIZUDDIN FAHMI B NORDIN
Timb. Pengerusi II,
Seminar Fiqh Perubatan Malaysia.
(0132858832)

alhamdulillah, niat hati untuk tambahkan ilmu.. moga2 semua mendapat manfaat.. tahniah sahabtku..

" kesungguhan itu faktor kejayaan "

ibn khalid

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,