Seorang pengkaji alam semula jadi warga Perancis, John Febre pernah membuat kajian mengenai sejenis ulat bulu yang tabiatnya suka mengikut ulat di hadapannya. Dalam kajian itu Fabre telah mengisi sebuah pasu dengan tanah dan menanam pokok yang menjadi makanan ulat bulu tersebut ditengah-tengahnya.

Fabre kemudian menyusun ulat bulu tersebut seekor demi seekor; mengelilingi tepi pasu dan membiarkannya. Seperti biasa, ulat2 bulu tersebut berjalan mengikut ulat yang di hadapannya. Mereka berjalan mengelilingi pasu jam demi jam, dan hari demi hari sehingga akhirnya semua mati kebuluran.

Jika salah seekor daripada ulat bulu itu bergerak keluar kira2 enam inci daripada pusingan tersebut, ia pasti akan mendapat makanan diperlukan. Malangnya ulat2 bulu tersebut tetap dengan tabiatnya mengikut ulat di hadapannya tanpa berfikir dan bertindak bijak. Mereka mengikut rutin, dan akhirnya semua menemui maut.

Perkara yang sama mungkin berlaku kepada sesetengah orang atau kita sendiri. Hidup saban hari melakukan perkara yang sama, dan mengikut rutin tanpa ada perubahan. Matlamat2 yang ingin kita semua diperolehi berada tidak jauh, tetapi kita tidak boleh mencapainya. Dan selagi kita tidak bertindak di luar kebiasaan untuk mencapainya, selagi itulah matlamat2 itu kekal sebagai anganan kosong.

Adalah mudah untuk memahami hal ini, jika hidup kita menjadi satu rutin, ia boleh memusnahkan. Hari demi hari kita akan melakukan perkara yang sama dari pagi hingga ke malam; pergi kerja, pergi belajar, bekerja, bergaul dengan kawan2 dan macam2 lagi, dan  pulang untuk tidur. Kita tidak melakukan sesuatu yang lain dengan menggunakan pelbagai alasan. ‘tidak ada masa’ adalah antara alasan kebiasaan yang sering di dengar dan digunakan.

Ini adalah kehidupan kita, ambil sedikit masa untuk menukar corak rutin harian dan mencipta perubahan yang boleh memberi lebih manfaat kepada hidup kita. Sebelum itu kita perlu mengenal pasti bahawa hidup ini telah menjadi satu rutin dan perlu berubah.

Jika kita menjalani hidup seharian tanpa banyak berfikir lagi, seolah-olah memandu sebuah pesawat secara autopilot, atau melalui kehidupan tanpa perancangan untuk mengubah masa depan, maka kita sebenarnya berada dalam zon rutin.
 

Sebenarnya bukanlah sukar untuk keluar daripada rutin itu. kita hanya perlu membuat keputusan untuk berubah. Jika berterusan dengan kerja, atau tindakanyang sama setiap hari, keputusan atau hasil yang  didapati juga hampir serupa.

Contohnya jika kita ingin mengurangkan berat badan tetapi terus dengan tabiat makan yang serupa setiap hari, adakah kita akan mencapai matlamat itu? Tentu tidak! Begitu juga, kita tidak akan mencapai matlamat jika terikat dengan rutin yang sama.

Kita mesti lakukan kelainan, jika kita berterusan dengan perkara yang sama, kita akan terus terikat dengannya sehingga ia akan mengusai hidup.

Inilah antara perangkap yang perlu di elakkan. Kita mesti membuat perubahan itu sekarang, dan tidak membiarkan hidup dijalani secara autopilot! Renung2kanlah…

terbaik sahabat hairil haizan, memberikan peringatan dan inspirasi untuk diri bagi melakukan perubahan yang lebih luar biasa. target  kali ni dalam kehidupanku adalah akademik ku cemerlang, grad dengan ilmu yang mencukupi, turunkan berat badan, kurangkan kerja bertangguh. bersedia menjadi ahli farmasi masa depan. oleh itu aku kena berubah. tukar rutin biasa menjadi luar biasa. adakah ku mampu? 

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"

IBN KHALID

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,