Archive for June 2010


KARYA CERPEN HILAL ASYRAF

Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.

Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.

“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.

“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.

“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.

Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.

“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.

“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.

Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.

“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.

“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.

“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.

Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.

“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.

Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.

Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…

Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.

“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”

Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.

Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.

Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

****

Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.

Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.

“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.

Tidak lama kemudian terdengar satu suara.

“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.

Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.

“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.

Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”

Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.

“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.

Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.

“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”

Perempuan itu terkedu.

“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.

Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.

“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.

“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.

Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.

“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.

Lelaki itu terdiam.

Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.

“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.

Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.

Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.

“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.

****

Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.

“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”

Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”

“Bila kita hendak bertindak?”

Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.

“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.

Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”

“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.

Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.

Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.

“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”

Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.

“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.

Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.

“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”

Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.

“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.

Gelak Raynald tambah berdekah.

“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”

Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.

****

Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.

Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.

“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.

Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.

“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.

Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.

“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.

Dia memandang jauh ke medan perang.

Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.

Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabtbergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.

Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.

Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.

Di manakah Allah?

Bersama hambaNya yang percaya.

Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.

Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.

Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”

Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”

Salahuddin tidak berkata apa-apa.

“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”

“Em, apa yang aku katakan?”

“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.

Bulu roma Raynald menegak.

“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.

Salahuddin memandang Guy.

“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”

Dan Salahuddin bergerak pergi.

“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.

****

2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.

“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.

Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.

“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.

Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”

Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”

“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.

Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.

“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”

Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.

“Amiin”

Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.

“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.

Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.

“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.

Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.

“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.

Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.

“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tenteraberpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.

“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.

Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”

“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.

Tentera-tentera itu ketawa.

“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.

“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”

Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.

“Maka, di mana tuhan kamu?”

Dan soalannya disambut dekah tawa.

Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.

Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.

Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.

Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.

Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.

Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.

Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.

Terus menerus memproses.

Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.

Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.

*****

Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.

Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.

“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.

Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.

Itulah dia Khalifah ummat hari ini.

Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.

Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.

Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.

Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.

Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.

Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.

Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.

Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.

Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.

“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.

“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.

Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.

Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.

Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.

Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.

“Menuju Al-Quds!”

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.

Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.

Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.

Dia memandang jauh ke hadapan.

“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”




DUNIA ADALAH TEMPAT YANG SEMENTARA

KEJAYAAN YANG DATANG MEMERLUKAN KOMITMEN DIRI

DIRI PERLU BERUBAH , ANJAKAN PARADIGMA

LADANG UNTUK KITA MENUAI SEGALA AMAL DAN IMAN

UNTUK DIJADIKAN BEKALAN HARI PEMBALASAN

MENGGAPAI DIMENSI BARU

DIMENSI PERUBAHAN DIRI


IBN KHALID

HAMBA YANG FAKIR DAN LEMAH





TELADAN CINTA KITA

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang muliaAli pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu…di pelamin kemiskinan

Fatimah…
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad

Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air…di padang pasir
Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali

Untuk suami, kerana Ilahi

Ali…
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata

Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah

Ali & Fatimah…
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar
Lalu esoknya mereka datang lagi…
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah,
seorang wanita yang az zahrah!

SAJAK USTAZ FAHROL JUOI

CITA-CITAKU UNTUK HIDUP DIDUNIA INI

BERUSAHA SELAGI ADA MASA

MENCARI CINTA YANG DIREDHAI

BERSAMA BAKAL PENGHULU BIDADARIKU

IBN KHALID

BERUKHWAH SAMPAI KE SYURGA

CORETAN ILMU OLEH SAHABAT
MARWAN

Sebelum menamatkan alam persekolahan, seorang cikgu saya pernah menyampaikan satu pesanan yang sangat berharga kepada saya sehingga ianya masih terngiang-ngiang di telinga.

Kata cikgu,

"Sewaktu di alam persekolahan, jikalau kita terjatuh ke dalam lubang, akan ada orang tolong kita untuk bangun semula dan akan ada juga orang yang akan mentertawakan kita."

Saya mengangguk sambil menanti kata-kata cikgu seterusnya.

"Namun sewaktu kamu di alam universiti dan alam bekerja nanti, jikalau terjatuh dalam lubang, bukan sahaja tidak akan ada orang yang membantu kita untuk bangun semula, bahkan orang yang nak tertawakan kita pun tak ada."

Sepanjang tiga tahun saya meninggalkan alam persekolahan, saya memang mengakui bahawa kata-kata cikgu itu memang ada benarnya. Saya memahami dengan erti bahawa hakikatnya kita akan menempuh hidup ini dengan sendiri, menyelesaikan masalah kita ini dengan sendiri dan mencari yang terbaik untuk kehidupan kita ini dengan sendiri. Dunia individualistik.

Mudah kata, siapa yang tahu keputusan akademik kita merosot dan merudum dengan dahsyatnya di alam universiti jikalau tidak kita sendiri yang memberitahu? Alam persekolahan sangat berbeza kerana para guru akan cuba memainkan watak seorang ibu dalam mendorong anak-anak muridnya yang merosot dalam pelajaran untuk bangkit semula dan kembali cemerlang.

Di alam universiti, pensyarah tidak mempunyai masa untuk melayani karenah anak-anak muridnya kerana kesibukan kerja masing-masing. Malah, kebanyakan pensyarah tidak pun mengenali anak muridnya berbeza dengan guru-guru di sekolah. Mungkin ibu bapa akan tahu kerana keputusan tersebut dihantar ke rumah atau dipaksa untuk diberitahu kepada mereka atas desakan yang bertalu-talu. Namun apa yang ibu bapa mampu lakukan hanyalah marah, menegur atau memberi nasihat. Tetapi untuk mengubah keputusan tersebut daripada F ke C sekurang-kurangnya akhirnya adalah di atas usaha kita sendiri.

Saya memberi contoh yang lain, siapa yang tahu kita mempunyai masalah kewangan jikalau kita sendiri tidak mendedahkannya kepada orang lain? Jawapannya ialah memang tiada siapa yang tahu dan tiada siapa pun yang ingin ambil tahu. Diri sendiri pun bergelumang dengan masalah kewangan sendiri, inikan pula mahu membantu orang lain. Maka akhirnya kita dengan sendirinya harus berusaha mencari inisiatif sendiri untuk memperbaiki kewangan kita seperti mencari kerja tambahan, memohon zakat dan sebagainya. Jangan sesekali mengharapkan ada orang lain yang dengan murah hatinya tiba-tiba datang mahu membiayai perjalanan hidup kita seharian. Tak mustahil berlau, tapi ianya sekali dalam sejuta.

Maka dengan ini, saya menyedari bahawa akhirnya hidup kita ini akan sendiri. Jikalau kita mempunyai masalah kesihatan, kita sendirilah yang harus mengharunginya. Jikalau kita mempunyai masalah hati dan perasaan, kita sendirilah yang perlu menyelesaikannya. Jikalau kita mempunyai konflik dalam keluarga, kita sendirilah yang terbeban dengannya. Jikalau kita mempunyai bebanan kerja di pejabat atau dalam organisasi, jangan sesekali menunggu simpati orang untuk membantu kita. Setuju atau tidak, inilah realiti kehidupan. Sehinggakan kumpulan nasyid Saujana pernah menghasilkan sebuah nasyid yang bertajuk 'Sendiri' tidak beberapa lama dahulu dalam memberi peringatan kepada kita.

Namun, sepanjang tiga tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini juga, saya telah berjumpa dengan satu formula yang sediki sebanyak mampu mengurangkan bebanan prinsip pertama di atas. Formula tersebut ialah 'ukhuwwah'. Perkataan arab ini memang sangat mudah disebut malah memang sering kali disebut. Mereka yang berjaya menghayati dan merasai dengan sendirinya nilai ukhuwwah pasti akan sangat menghargainya dan tidak akan sesekali membenarkan tali ukhuwwah itu terputus dengan mudahnya.

Kekuatan ukhuwwah memang sangat luar biasa. Buktinya, kerajaan Islam Madinah berjaya didirikan atas dasar ukhuwwah yang mantap antara Muhajirin dan Ansar. Kedua-dua kaum yang tidak pernah bertemu ini, malah tidak mempunyai sebarang pertalian darah ini telah berjaya atas dasar ukhuwwah. Malah perpaduan mereka ini melebihi perpaduan anak beranak atau ahli keluarganya sendiri. Perniagaan sanggup diberikan atas nilai ukhuwwah, isteri sanggup dihadiahkan atas dasar ukhuwwah, rumah sanggup dikongsi atas dasar ukhuwwah dan pelbagai lagi seperti yang telah dirakam sejarah. Begitu kagumnya dunia menyaksikan satu sejarah bagaimana ukhuwwah telah berjaya menyelamatkan segolongan manusia daripada terus hidup dalam kesusahan sehingga akhirnya sebuah daulah yang hebat telah berjaya didirikan.

Berbalik kepada contoh-contoh yang saya berikan di atas, tiada siapa yang akan tahu dan mahu mengambil tahu keputusan akademik kita semester demi semester kita samada menurun atau meningkat atau apa-apa sekalipun. Mind you own business! Orang hanya akan tahu jikalau kita sendiri yang memberitahu. Namun tidak semua perkara tentang kita akan kita dedahkan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi jikalau keputusan kita ketika itu sedang merosot. Namun nilai ukhuwwah mampun memecahkan prinsip ini. Dengan adanya ukhuwwah, tanpa perlu diberitahu, dia akan lebih dahulu mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap sahabatnya. Kalau dia tidak tahu pun, dia akan bersikap proaktif untuk mengetahui masalah sahabatnya dan bersama-sama turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Memang sukar untuk menpunyai sahabat sebegitu. Lebih sukar untuk kita menjadi seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri sebegitu. Hal ini kerana jelas nilai ukhuwwah harganya sangat mahal. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja mampu membelinya dan menghayati keindahan ukiran dan nilai seni yang terpahat pada ukhuwwah.

Sebagai seorang manusia yang masih mentah sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di tanah air, saya terpaksa mengakui walau betapa sombongnya saya atau betapa kebudakannya saya dalam mana-mana tindakan yang pernah saya lakukan dahulu, kerap kali ukhuwwah datang menyelamatkan saya (khususnya ketika krisis 2007 yang hampir sahaja menyebabkan saya lumpuh dalam mengharungi arus ribut badai dan taufan). Di mata saya sendiri juga, saya telah menyaksikan berapa ramai kawan-kawan yang telah terselamat kehidupannya kerana ukhuwwah yang ada.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada dua prinsip yang saya kemukakan dalam tulisan kali ini ialah, dalam kehidupan kita, kita harus bergerak dengan sendiri (berdikari) dalam mencari yang terbaik untuk kemandirian kita di dunia dan di akhirat. Jangan sesekali mengharapkan ada orang yang sentiasa memerhatikan kita dan boleh memberikan pertolongan kepada kita pada bila-bila masa sahaja yang kita perlukan. Ada ketikanya ada orang mampu membantu kita, namun ada ketikanya hanya diri kita sahaja yang dapat membantu diri kita, hatta kedua ibu-bapa kita pun tidak mampu berkata apa-apa ketika itu. Maka untuk mengatasi masalah ini, pasak mesti kuat, akar harus kukuh dan iman perlu mantap. Ketika itu kita akan mampu berdikari walaupun satu dunia tidak mengendahkan kita.

Namun, bebanan ini mampu dikurangkan (bukan dihapuskan, hanya dikurangkan) jika kita menyemai dalam diri kita nilai-nilai ukhuwwah seperti yang telah diajar oleh Allah dan rasul melalui Quran dan Sunnah. Kita bukan sahaja perlu mencari kawan yang baik dan soleh, tetapi carilah kawan yang baik dan soleh yang rela untuk berukhuwwah bersama kita. Nescaya suatu masa nanti kita bila kita sedang kesunyian, lidah kita tanpa dipaksa akan mengungkapkan,

'rindunya nak berukhuwwah'.


PABILA UKHWAH DISEMAI,
DIRI SEMAKIN MEMAHAMI,
KEHIDUPAN INI
BUKAN SEORANG DIRI,
BERSAMA-SAMA SALING MENCINTAI
UNTUK MENGEJAR GANJARAN DARI ILAHI
AKU YAKINI ,
SEUNTAI UKHWAH UNTUK DIRASA

IBN KHALID



coretan pengalaman oleh sahabat marwan banyak mengimbau pengalaman lama dan ia sangat mengusik jiwa ini. semakin hari semakin dewasa. semasa banyak yang perlu difikir. sudah tiba masanya kita hidup atas diri sendiri dan mencorak masa depan . sewaktu masih mentah, diri tidak mengerti apakah itu ukhwah. maksud itu perlu didalami, agar diri sentiasa mencari ukhwah sejati. ukhwah untuk semua ummah .. ukhwah di dalam keluargaku , sahabat2ku , buddyku (odin) , murabbiku, kepada yang mengenali diri ini. aku perlu merasa untaian ukhwah itu selagi diberikan peluang oleh penciptaku, Allah untuk hidup dimuka bumi pinjamannya.

ustaz hazrizal mengungkap bercinta sampai ke syurga , maka aku perlu berukhwah sampai ke syurga. untuk meraih cinta itu.

selamat berukhwah

"SEUNTAI UKHWAH UNTUK DIRASA"

IBN KHALID


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


SEIFINITI KESYUKURAN KEHADRAT ILAHI KERNA KITA MASIH LAGI DIBERIKAN KELAPANGAN DAN NIKMAT YANG SERING DILUPAKAN. ALHAMDULLILLAH, RANCANGAN MALAYSIA KE -10 TELAH DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERTEMAKAN Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

SEDIKIT INTIPATI RMK-10 UNTUK TATAPAN SEMUA:

RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.


SEBAHAGIAN INTIPATI YANG ADA KENA DENGAN KITA SEBAGAI MAHASISWA IAITU MODAL INSAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA:

Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

* RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

* Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

*Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

* Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

* MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

* Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf akademik yang telah bersara.

* Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.


* Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan akan ditingkatkan setiap tahun.

* Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

* Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.

* Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010.

* Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.



UNTUK TATAPAN DIRI DAN SAHABAT, SAHABAT BOLE MELAYARI MALAYSIA KINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

NEGARA MALAYSIA ADALAH TEMPAT KITA DILAHIRKAN, TEMPAT YANG TELAH DIBINA OLEH ALLAH UNTUK KITA MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBA ALLAH..
PERJALANAN DAN PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA PERLU DIAMBIL CAKNA OLEH SEMUA MAHASISWA. KERNA KITA ADALAH PEWARIS UNTUK MASA DEPAN..

SELAMAT MENILAI DAN BERFIKIR, MOGA-MOGA MALAYSIA KEKAL SEBAGAI NEGARA MAJU SEIRING DENGAN KEMAJUAN AHKLAK DAN SOSIAL MASYARAKATNYA..

" PERJALANAN SEORANG HAMBA MENITI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA "

IBN KHALID



SUMBER : DR MAHASISWA

INSYAALLAH, SAHABAT-SAHABAT YANG BERADA DI KTSN DAN KTDI , TIDAK LUPA DI BANGI , MARILAH BERAMAI-RAMAI HADIR.. MOGA2 USAHA INI DIBERKATI ALLAH..

" DUNIA LADANG UNTUK AKHIRAT"

IBN KHALID

"kesabaran adalah kunci kemenangan, ketinggian darjat dan kemuliaan. ya Allah, kami mohon kepadaMu kesabaran bersamaMu. kami juga memohon ketaqwaan, kecukupan, kekosongan dari semua dan hanya sibuk denganMu, serta ungkaplah tirai hijab antara kami dengan diriMu."
-Sheikh Abd Qadir al-Jailani~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Salam ukhwah, buat semua warga penghuni dunia yang sentiasa menantikan dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dan cemerlang.. buat sahabat yang berjuang untuk keadilan.. buat sahabat yang berusaha memaksimakan kemampuan diri seiring dengan pemberian ilahi.. buat semua insan , makhluk ciptaan Allah yang sentiasa diuji dan diperhati serta dinilai..

bersama2 mengucapkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerna kita masih berada dimuka bumi untuk menempuh ranjau kehidupan , melayani senario dunia dan memahami tentang erti kehidupan..

alhamdulillah, buat pejuang2 ilmu yang masih lagi dalam keaadan selesa, berehat bersama keluarga, bersukaria menjalani rencah kehidupan dunia.. keputusan exam sudah dikeluarkan.. insyaAllah.. sahabat bole memperolehnya melalui sms dan juga smpweb.. selamat mendapat keputusan..

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DITUNGGU-TUNGGU,
MENANTI BEBERAPA NOMBOR DAN HURUF YANG AKAN TERPAMER..
PABILA CEMERLANG, DIRIKU GEMBIRA, PABILA KURANG GEMILANG ,
DIRIKU DIAM SEKETIKA, PABILA TIDAK TERBILANG ,
MATAKU MULA MENGALIRKAN TITISANNYA..

NAMUN, ADAKAH AKU SEDAR, CEMERLANG DAN TERBILANG HANYA SEMENTARA, IA HANYA MELAKAR SEJARAH.. SEJARAH YANG DIBINA PERLU KUKUH TETAPI AKU TELAH GAGAL.. BUKAN GAGAL KERANA KEPUTUSANKU TETAPI GAGAL MEMAHAMI ERTI HIDUP DIDUNIA. AKU PERLU BANGKIT, ATURKAN SENJATA PEPERANGAN MELAWAN ARUS DUNIA , UJIAN PERLU KU TEMPUH DENGAN TABAH. ADAKAH AKU RELA MENDAPAT KECEMERLANGAN TETAPI MENGABAIKAN SAHABAT-SAHABAT YANG MERUPAKAN INSAN SEPERTIKU, PALESTINE MAAFKAN AKU.. AKU TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA..
DOA SAHAJA YANG AKAN AKU IRINGKAN..

AKU BARU SEDAR.
DIRIKU JUGA PERLU BERUBAH,
KEGAGALAN YANG DATANG BUKAN KERNA AKU TIDAK PANDAI
BUKAN KERNA AKU TIDAK CEKAP DAN PANTAS
TETAPI AKU LUPA MUHASABAH DIRIKU
AKU LUPA MEMBETULKAN NIATKU
AKU LUPA MEMBANTU SAHABAT-SAHABATKU

SAHABATKU,
SAUDARA SEISLAMKU- PALESTINE
MAAFKAN DIRIKU,
MAAFKAN DOSAKU
MAAFKAN KESILAPANKU
KERNA AKU TIDAK PANDAI MENDIDIK JIWAKU,
TIDAK PANDAI MENGAWAL NAFSU KU ,
TIDAK BIJAK MENGURUS AKALKU
UNTUK MEMBETULKAN
DIRIKU,
KELUARGAKU,
MASYARAKATKU,
NEGARAKU.

MOGA DIMENSI BARU TERLAKAR DAN TERBINA
BILAKAN IA AKAN TERCAPAI?
REALISASI VARSITI KEHAMBAAN
KEMUNCAK KEPADA KEJAYAAN


LL4G- operasi yang murni , membantu insan yang tertindas, membantu insan yang terluka, namun adakah kita merasainya.. itulah panahan tekanan dunia, tekanan kebendaan yang melenyapkan perasaan duka ini ..

sahabat bole mendapat input LL4G dari blog ustaz hilal ..

SELAMAT MENEMPUH KEHIDUPAN BERLIKU

SALAM UKHWAH

IBN KHALID










Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berikut, saya paparkan semula sejarah ringkas kehidupan Sultan Muhammad al Fatih & pembebasan Constantinople. Sebelum itu, setinggi-tinggi penghargaan buat penulis asal artikel ini. Semoga dapat terus dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. Hagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.

SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


aku mahu jadi sepertinya. menjadi pemimpin yang terbilang.. dan harapanku.. pabila lahirnya pemimpin sepertinya maka dunia akan kembali aman.. alkisah robin hood yang baru saja ditayang dipawagam.. memberikan aku gambaran tentang perlunya keadilan.. apabila ia di robek maka akan datang kecelakaan.. kita selalu alpa tentang keadilan di dunia kerna kita terlalu lupa keadilan diakhirat yang dijanji oleh Allah itu yang akan menentukan segala-galanya.. israel laknatullah!!! bermain dengan keadilan dunia maka tunggulah keadilan sebenar akan datang!!! kebangkitan itu akan datang.. pabila lahirnya pemimpin seperti yg aku mahu sepertinya..

rise! and begin the rise! until the sheep become the lion!!! - kata2 pujangga dr cerita robin hood


salam perjuangan

ibn khalid



ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,