ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerna kita masih lagi tegak berdiri bersama denyutan jantung dan pertukaran oksigen di peparu serta pergerakan darah ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan kita berfikir dan beramal di jalan Allah. syukur di berikan kesempatan masa yang bertandang setiap masa tetapi disibukkan dengan perihal dunia yang menjadikan asam garam dalam kehidupan dan lembaran perjalanan hidup setiap insan. 

paradigma hamba : masa itu adalah hak Allah, rezeki kepada manusia

kita sering diingatkan " lapang sebelum sibuk". nikmat lapang yang sentiasa menjadi harapan setiap insan dimuka bumi ini bagi menjadikan diri mereka bebas dari sebarang tekanan dan bebanan. Namun, hakikatnya ialah setiap masa itu adalah detik2 yang sentiasa berjalan mengikut arusnya sama seperti perjalanan darah di dalam badan kita yang tidak bole dihentikan walaupun seketika. Akibatnya, jika ia berhenti, maka badan tidak bole berfungsi dan ajal akan datang mendekati. bagi masa ia juga tidak akan berhenti sehingga Allah menetapkan ia akan berhenti. tika itu, tiupan sangkakala yang pertama akan mengemparkan dunia dan isinya serta alam sejagat, masa ini yang ditentukan oleh pencipta agung iaitu Allah. Allah berhak menentukan masa kita hidup didunia dan di akhirat. 


iktibar dari filem IN TIME 

filem IN TIME mengambarkan satu jalan cerita yang menarik dimana kehidupanb diuruskan berdasarkan masa yang kita ada.. nyawa dibeli dengan masa. makanan, perjalanan, semua kehidupan adalah ditentukan dengan masa. insan yang mempunyai masa yang banyak adalah gologan yang kaya dan mereka akan  hidup lebih  lama sehingga berabad2 lamanya.. persoalannya disini, adakah masa yang menentukan kehidupan? itulah hakikat hidup di dunia yang penuh dengan persaingan dan kepentingan. 

jika dulu kita bekerja untuk wang, tetapi sekarang masa adalah satu anugerahkan yang berharga untuk insan bergelar manusia. banyak maksud tersirat yang digambar dalam filem tersebut bagi mengkritik golongan2 kaya yang mengawal masa golongan bawahan. sesungguhnya, bekerja untuk masa adalah satu ungkapan yang mungkin benar dan mungkin salah. namun, ia bergantung pada paradigma kita tentang MASA itu. 

MASA 
DETIK-DETIK YANG BERLARI 
TANPA MENGENAL ERTI LELAH
BERJALAN DENGAN TELITI
TANPA MENGENAL ERTI KALAH
DIKEJAR SETIAP INSAN 
MAHU DIMILIKI DAN DIKUASAI 
MENCAPAI KESEMPURNAAN HIDUP YANG HAKIKI 

NAMUN, 
MASA ITU ADALAH BUKAN MILIK KITA, 
NYAWA KITA BUKAN HAK KITA, 
DUNIA INI BUKAN DIJADIKAN TANPA PENCIPTA, 
KERNA IA MILIK ALLAH, 
REZEKI BUAT HAMBANYA YANG BERSYUKUR

IBN KHALID 
kuching :1802

semoga kita dipermudahkan kehidupan dalam urusan untuk mengurus masa, setiap insan mempunyai pelbagai peranan dan masa yang dianugerahkan. hargai masa itu dan ia bukan semata2 kehidupan di dunia namun diakhirat yang kekal abadi 
" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

IBN KHALID 
PHARMACIST


One Response so far.

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,