ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA 

DUNIA, 
TEMPAT HAMBA BERSEMUKA,
TEMPAT SEKELIAN MAKHLUK DIBERIKAN PELUANG DAN RUANG, 
MENGHIASI JENDELA MASA DAN PERADABAN, 
MENGEMUDI BAHTERA LAYAR KEHIDUPAN, 
BERINTERAKSI SAYU BERSAMA ALAM, 
BERPENCAK DALAM PELBAGAI RAGAM DAN RENCAM, 
DIBERIKAN PINJAMAN SEBATANG TUBUH BADAN DARI SANG PENCIPTA ALAM, 
UNTUK MENGURUSKAN SELOKA KEHIDUPAN.

SELOKA KEHIDUPAN,
MADAH HAMBA MENGHIASI RAKAMAN DUNIA,
DIJADIKAN BEKALAN PADA HARI YANG PASTI, 
KERNA USIA DUNIA SEMAKIN TUA, 
TUA BERSAMA ISINYA. 

SELAMAT MENERJAH BADAI,
RAKAMAN DUNIA ADALAH SELOKA KEHIDUPAN.

IBN KHALID 
KL: 1010


syukur kehadrat ilahi kerna kita masih diberikan nikmat yang pelbagai dari segenap hidup kehidupan. rezeki, udara, cahaya, makanan itu adalah sebahagian nikmat yang dikurniakan dari sifat pemurah Allah kepada semua makhluk. namun nikmat islam dan iman adalah pemberian paling berharga bagi hamba di muka bumi ini yang diberikan kepada mereka terpilih dan dipilih oleh-Nya.

alhamdulillah, nikmat kehidupan masih kita kecapi di dunia ini. saya selaku seorang hamba bagaikan sampan dilautan yang sentiasa di pukul ombak kehidupan dan semestinya memerlukan pendayung bagi mengarahkannya ke destinasi yang mahu dituju. insyaAllah, destinasi itulah pilihan kita samada kebahagian hakiki dengan cita-cita bidadari yang rupawan, sungai-sungai yang enak rasanya, permintaan yang sentiasa dipenuhi ataupun kesengsaraan penghuninya yang minum air panas menggelegak, dibakar dek api yang sangat panas, keresahan sentiasa melanda serta penyesalan tidak sudah-sudah. itu semua pilihan kita. 

dunia ini adalah rakaman kehidupan bagi hambanya. syukur kehadrat ilahi, diri ini berpeluang meneruskan seloka kehidupan sebagai trainee pharmacist di guardian danau desa. tempat yang menarik dengan dihiasi pelbagai teratak-teratak kedai berjenama, di kiri dan kanan jalan menuju kesana, dibentang dengan kondomium mewah, dibahu-bahu jalan, tersusun berlapis-lapis kereta-kereta mewah dan besar. itulah suasana taman danau desa. taman menempatkan pelbagai jenis manusia menjalani kehidupan sebgai hamba. 

berbekal 2 minggu disana, dibimbing oleh miss Tan, pharmacist yang tenang dan unik, bersama sahabat seperjuangan UKM, bakal ahli farmasi masa depan, saudari syasya, nama ringkasnya. saya memulakan seloka kehidupan sebagai trainee ahli farmasi komuniti di guardian yang merupakan salah satu cabang bidang ahli farmasi. farmasi komuniti adalah bidang kegemaranku, berbicara dengan manusia, berinteraksi dengan ubat, menolong hamba dalam mencari penawar sementara bagi menghadapi kifarah dosa iaitu sakit. ia juga memerlukan pengetahuan yang luas, menimba pengalaman-pengalaman berharga, mengisi diri dengan kemahiran-kemahiran tertentu seperti blood glucose test, blood pressure dan pelbagai lagi. 
kata-kata menusuk kalbu dari miss Tan pabila ku bertanya tentang kenapa masuk ke bidang farmasi komuniti. jawapan ringkas '' bekerja di hospital adalah boring, buat kerja yang sama tetapi bekerja di farmasi komuniti adalah satu yang lebih mencabar'' 

kata-kata itu menguatkanku untuk terus mendalami kemahiran dan ilmu di bidang farmasi. ia satu yang cukup memberikan gambaran positif dan masa depan yang cerah. pelbagai karenah dan telatah client yang bertandang di gerabak belakang guardian. ada dari taiwan, arab, zimbabwe, melayu, india dan majoritinya adalah cina. rupa-rupanya kemahiran komunikasi adalah sangat penting untuk menjadi ahli farmasi komuniti. teringat alkisah saudagar taiwan yang datang dengan hanya mengucapkan perkataan YAZ.. cakapnya sepatah-sepatah. saya menjadi tidak keruan, miss tan apatah lagi. namun akhirnya, difahami juga kehendaknya iaitu YAZ, contraception medicine ( ubat pencegah kehamilan). ditambah lagi dengan saudagar dari zimbabwe jika tidak silap, sebole-bole meminta antibiotic untuk bengkak di mulutnya. secara peraturannya, antibiotic adalah dadah jenis kelas B, yang memerlukan prescription letter dari doktor. namun saudagar itu sebole-bole mahukan antibiotic tersebut dan tunggu lama di situ. kelihatan berpeluh juga miss tan menerangkannya, akhirnya selesai juga masalah itu. 

dunia ahli farmasi penuh dengan rencam kehidupan manusia yang sakit dari segi fizikalnya namun kurang dirawat dari segi rohaninya. oleh sebab itu, kita sebgai muslim, perlulah menanam cita-cita yang lebih tinggi bagi menjalani kehidupan sebgai hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini. kita diberikan peluang bertemu dengan pelbagai jenis hamba dari pelbagai bangsa dan bahasa. oleh itu, kita perlu bersedia. 

PENGALAMAN ADALAH PENGAJAR KEPADA KEHIDUPAN. alkisah ini saya peroleh dari seorang pekerja guardian yang telah 5 tahun bekerja. seorang wanita mahu mencari vitamin untuk anaknya. saya sengaja mahu melihat kemahiran abang itu dalam bidang perubatan walaupun dia tidak belajar ilmu perubatan secara spesifik. hebat, kerna ubat yang diambil tepat dengan kehendak wanita itu iaitu anaknya kurang selera makan dan dia mengesyorkan multivitamin + lysine bagi menambah selera makan. penangan pengalaman memberi inspirasi dalam diri ini untuk sentiasa belajar dan terus belajar daripada kehidupan ini kerna Dunia rakaman kehidupan tempat hamba menimba pengalaman dan pengajaran. 

banyak lagi yang mahu dicoretkan, namun cukuplah beberapa pengalaman yang dikongsi dan perlu diambil ibrah atau pengajaran bagi adik2 atau bakal ahli farmasi masa depan. ini ceritaria perjalanan hamba sebgai ahli farmasi komuniti, banyak lagi bidang farmasi yang mencabar pernah ditempuh sebagai seorang production manager, ahli farmasi klinikal, ahli farmasi persendirian.. doakan kebahagian kita bersama untuk semua hamba di dunia. tidak lama lagi, akan menempuh kehidupan dan pengalaman di HOSPITAL pula sebgai PRP ( Provisional Registered Pharmacist). selamat berkerja buat sahabat yang Allah kasihi. semoga rakaman dunia kita semua menjadi seloka kehidupan bermakna untuk kita sebgai hamba Allah. 

KAMI DATANG DARI SEMUA SUDUT BUMI 
UNTUK MENJADI GELAS YANG KOSONG
YANG SIAP DIISI
MENGHARAP ILMU DAN HIKMAH 
DENGAN HATI YANG LAPANG
DARI KEBIJAKAN LECTURE YANG IKHLAS
DI UKM YANG DAMAI 

Diolah dan diubah dari buku negeri 5 menara  ( a.fuadi) 

SELAMAT MENJALANI SELOKA KEHIDUPAN, 
RAKAMAN DUNIA YANG MENJADI BEKALAN KELAK. 

IBN KHALID

















Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,