alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerna masih lagi diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini.. hidup di bumi ini hanya lah sementara dan hidup selama2nya di akhirat kelak.. pabila h1n1 melanda, semua manusia menjadi huru-hara termasuk kita yang masih menuntut di gedung ilmu ..

kita tertanya-tanya mengapakah ia bole berlaku? kenapa? dan apa sebabnya... persoalan ini telah timbul dalam diri ini sejak beberapa peristiwa yang di kenang, pabila tsunami mengganas , pabila selsema burung menjelma , pabila diuji dengan kekurangan sumber makanan .. kita semestinya berasa insaf dan mahu bertaubat.. mula mendekatkan diri kepada pencipta kerna sedar dalam takut jika ia melanda diri ini..


sekali lagi kita diuji , kali ini ia benar2 hampir dengan kita , baru diri ini sedar bahawa ujian yang datang bukan lah perkara yang enteng kerna ia melibatkan diri ini , nyawa kita.. hidup ini penuh dengan ujian .. ujian yang datang pelbagai cara dan perkara... bukan sahaja yang susah tetapi juga yang senang, kerna diri ini percaya diri ini dimiliki dan bukan memiliki...

oleh itu, mohon lah kepada pencipta agar diri ini menjadi tenang , sabar walaupun kita diuji... bersabarlah walaupun kita disekat sedikit kebebasan yang sementara, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui...


maafkan diri ini kerna memaparkannya sekadar untuk peringatan buat diri dan sahabat2..
sekiranya ada sebarang simptom , segera lah membuat pemeriksaan... untuk kebaikan bersama. banyakkan memohon kepada pencipta agar dipermudahkan ujian yang mendatang...

"hidup ini adalah ujian"

salam ukhwah

amin

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,