Rasullullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis, "Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T."
Jawab Iblis: "Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya."
Tanya Rasullullah lagi: "Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab Iblis: "Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:
Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku."
Firman Allah kepada Iblis: "Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku beriakn kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan..."
Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
ambil ikhtibar , nasihat untuk diriku dan sahabat2 semua.
selamat berehat dan menjaga kesihatan buat sahabat2 semua,
jadi kn masa yang terluang adalah masa yang berharga. masa adalah roda kehidupan dan juga rakaman pencipta untuk masa mendatang, jadi penuhi lah ia dengan sesuatu yg berharga. kepada sahabat yang tidak pulang ke kampung halaman , insyaAllah , bole di isi masa tersebut dengan bermacam perkara.. kepada sahabat yang pulang, alhamdulillah, dapat menghilang kerinduan yang melanda diri .
insyaAllah, midsem semakin menjelma, banyak perkara perlu dilakukan, perancangan rapi perlu dirancang.
alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerna masih lagi diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini.. hidup di bumi ini hanya lah sementara dan hidup selama2nya di akhirat kelak.. pabila h1n1 melanda, semua manusia menjadi huru-hara termasuk kita yang masih menuntut di gedung ilmu ..
kita tertanya-tanya mengapakah ia bole berlaku? kenapa? dan apa sebabnya... persoalan ini telah timbul dalam diri ini sejak beberapa peristiwa yang di kenang, pabila tsunami mengganas , pabila selsema burung menjelma , pabila diuji dengan kekurangan sumber makanan .. kita semestinya berasa insaf dan mahu bertaubat.. mula mendekatkan diri kepada pencipta kerna sedar dalam takut jika ia melanda diri ini..
sekali lagi kita diuji , kali ini ia benar2 hampir dengan kita , baru diri ini sedar bahawa ujian yang datang bukan lah perkara yang enteng kerna ia melibatkan diri ini , nyawa kita.. hidup ini penuh dengan ujian .. ujian yang datang pelbagai cara dan perkara... bukan sahaja yang susah tetapi juga yang senang, kerna diri ini percaya diri ini dimiliki dan bukan memiliki...
oleh itu, mohon lah kepada pencipta agar diri ini menjadi tenang , sabar walaupun kita diuji... bersabarlah walaupun kita disekat sedikit kebebasan yang sementara, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui...
maafkan diri ini kerna memaparkannya sekadar untuk peringatan buat diri dan sahabat2.. sekiranya ada sebarang simptom , segera lah membuat pemeriksaan... untuk kebaikan bersama. banyakkan memohon kepada pencipta agar dipermudahkan ujian yang mendatang...
1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).
2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen,rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.
3. Amalkan kebersihan diri: • Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. • Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda. • Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Sebaik-baiknya gunakan tandas yang berasingan. • Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah • Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin ( misalnya, chlorox - Campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).
4. Jika ada demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask) .
5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.
perhatian kepada mahasiswa/i dan warga ukm kl di KTSN 1, kepada sesiapa yang mempunyai symptom h1n1, segeralah berjumpa dengan pbsm di dsg, untuk pemeriksaan lanjut,
insyaAllah, yang di suspek akan dipindahkan bilik di blok 6. pesanan pengetua, mahasiswa/1 yang mempunyai symptom .sila laporkan diri anda.. diharapkan mahasiswa/i memberi kerjasama. untuk kebaikan bersama
di kolej luar, ktsn luar , plazarah mahasiswa perlulah menjalani kurantin juga, self monitoring iaitu sekiranya ada symptom, segera pergi ke hospital dan kurangkan bertemu dengan masyarakat luar. balik ke rumah tidak digalakkan.
insyaAllah, untuk kolej luar, akan diadakan pertemuan dengan pengetua, prof dr ruzita yang dijangka bermula pada pukul 9.30 malam ini bermula di k5, then , k4 dan plazarah ( wakil rumah ) akhir sekali k3
untuk mahasiswa/i duduk setapak dan rumah, diharapkan dapat menjalankan self monitoring juga.
bersukan dibenarkan, dan diharapkan pelajar yang ada symptom tidak sertai sama ditakuti akan menyebarkannya berkumpul beramai2 tidak dibenarkan seperti meeting dan sebagainya
berkenaan topeng muka insyaallah, akan disediakan topeng tersebut dan akan ada jualan topeng di ktsn
pelajar tidak dibenarkan balik atau keluar , pelawat juga tidak dibenarkan masuk
sebarang perubahan akan diberitahu sila ambil perhatian sahabat2 semua
ambil berat berkenaan pengumuman yang dibuat dari semasa ke semasa sampaikan kepada sahabat2 lain
jaga kesihatan kita hidup ini sekali dan untuk selama-lamanya di akhirat kelak
PROGRAM MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2009
TARIKH : 28 / 7 / 2009
TEMPAT : UKM KL
PROGRAM YANG BOLEH DISERTAI MAHASISWA/I:
1) SENAM ROBIK ( 8.30 PAGI )
2) KEMPEN DERMA DARAH ( 8.30 PAGI)
3) CERAMAH H1NI ( 2.30 PETANG)
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHANTAR NAMA DAN NO MATRIK KEPADA SAYA , AMIN ( 0132169769) SECEPAT MUNGKIN SEBELUM HARI ISNIN UNTUK MENYEDIAKAN SURAT PELEPASAN KULIAH DAN MERIT
Aku tak pernah terfikir pun akan hal ini sebelum. Tapi bila mana seorang sahabat bertanya kepada ku akan perkara ini, barulah aku mula berfikir. Terima kasih kepada sahabat tersebut. Coretan ini cuma pendapat peribadi yang ingin dikongsi bersama. Harap tidak disalah tafsir.
“ko perasan tak, kenapa virus H1N1 ni sekarang mudah merebak danbanyak menyerang masyarakat ye..kalau dilihat betul-betul kat Malaysia ni, orang melayu yang paling banyak kena..tengok UiTM tu, dah tiga buah kena tutup”..kata seorang sahabat.
Aku tersentak dengan kata-kata sahabat ini. Dia membuatkan aku terus berfikir dan mencari jawapan. Bila mana aku melihat surat khabar untuk 3 hari berturut-turut, hati aku luruh melihat cerita dan berita di dalamnya. Sungguh menyayat hati. Bukanlah cerita tentang H1N1 ni, tapi isu gejala sosial. Boleh dikatakan setiap muka surat tu menceritakan tentang kes rogol, ragut, hiburan dan macam-macam lagi. Na’uzubillah.
Mungkin ini adalah amaran ALLAH kepada kita hambanya. DIA meminta kita untuk berfikir akan hakikat yang sedang berlaku ini. Teguran ALLAH kepada kita hambanya dengan menghantar tentera influenza A H1N1 ini supaya kita sedar. Ye la, mana tidaknya secara tiba-tiba serangan virus ini cukup hebat dan laju sekali. Statistic dari kementerian kesihatan sudah hampir 1000 orang mendapat serangan virus ini. Jika diteliti, kebanyakan mereka adalah orang-orang melayu. Virus ni boleh pilih bangsa ka??? Bukanlah provokasi kaum hendak diketengahkan, tetapi ingin mengajak semua untuk berfikir akan perkara ini. Kita sibuk bergaduh pasal nama yang hendak digunakan pada penyakit ini, influenza A H1N1 la, selesema babi la, tapi hakikat sebenar kita tidak pernah bincangkan. Sedih…..
Bila disebut orang melayu saja, automatic kita akan kaitkan dengan Islam. Mungkin disebabkan orang Islam itu sendiri tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh, suka melanggar arahan illahi seperti berhibur hingga lupa diri, lalai dalam beribadah, terlalu bebas bergaul dan lain-lain lagi sehingga tuhan menghantar tenteranya yang kita langsung tidak sangka untuk menegur. Tetapi apa yang menyedihkan, masyarakat sekarang masih tidak berfikir akan hakikat ini. Mereka lupa siapa mereka. Mereka lupa siapa yang cipta mereka. Mereka lupa apa tugas mereka. Mereka lupa ke mana hala tuju mereka kelak. Mereka lupa sang pencipta sedang memerhatikan mereka dan menegur mereka. Mereka hanya memandang penyakit hanyalah penyakit tanpa berfikir. Mungkin terlalu keras untuk aku berkata begini, tetapi jika perlu aku terpaksa sebut, mereka ni bukan buta mata tetapi buta hati. Maka sahabat2 ku , jagalah hati ini kerana ia milik kita.
Sedarlah wahai kawan-kawan sekalian, ALLAH sedang menegur kita. Jangan sampai UKM tutup nanti disebabkan serangan virus ini, baru hendak buat post-mortem pada diri. Kurangkan perkara-perkara maksiat. Dekatkan diri dengan pencipta. Virus H1N1 ni baru tentera yang kecil, andai tuhan hantar tentera angin dan air seperti tsunami yang lepas, baru kita nak merangkak
mengadu dengan sang pencipta.
Ingatlah kawan-kawan dan sesiapa pun yang membaca artikel ini, murka ALLAH sangat dekat dengan hamba yang lalai. Banyakkan berdoa supaya kita tidak terkena akan musibah yang menimpa negara ketika ini tetapi dari sudut pengamalan agama secara keseluruhan perlulah ditingkatkan. Kepada sesiapa yang berkuasa, gunakanlah kuasa sebaik mungkin. Kurangkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan murka ALLAH. Nasihat untuk diriku dan sahabat2 semua. Wallahu ‘alam
Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.. Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
DISPENSING MEDICINE: A case for a separation of roles
Description: DR MOHAMED AZMI AHMAD HASSALI, DR ASRUL AKMAL SHAFIE, DR T. JAYABALAN Discipline of Social and Administrative Pharmacy, School of Pharmaceutical Studies, Universiti Sains Malaysia
YET another debate is raging on the issue of the prescribing and dispensing of medicines in Malaysia. This separation will indeed be an enormous task to achieve as it involves various stakeholders and is not only confined to community pharmacists and general practitioners. Traditionally, doctors have held on to the practice of prescribing as well as dispensing and GPs in particular have served as a one-stop centre for patient needs. So why change something that seems to have worked well for many years? In considering the merits or demerits of a separation of roles, three issues need to be addressed:
- Convenience: It is very convenient to go to one centre where you not only receive treatment but also obtain medication. A separation of services will entail going first to see the doctor and then to collect medication from the pharmacist.
While it might appear that going to two places will inconvenience the patient, in fact this might not be so. For example in a government hospital, you can receive your treatment in one room and still have to cross over to another block to collect your medication. By the same token, a pharmacy located close to a clinic will serve just as well.
- Cost: It is well known that clinics cannot have an exhaustive list of medications. There are instances where prescriptions have to be written out by doctors for patients to purchase from pharmacists.
Secondly, the use of generics will mean tremendous savings for patients as well as the country and this can be achieved without compromising quality.
The generic-substitution policy is best carried out by community pharmacists as medicines are the cornerstone of any medical treatment and pharmacists are trained to dispense medicines. Drug therapy and medicine-related illnesses cannot be managed and monitored effectively without a proper understanding of pharmaceutical care, which is a tenet of modern pharmacy practice.
- Safety: Engaging two practitioners will lead to a good check and balance to prevent any medication errors which sometimes could be fatal to patients. This is an important factor that is recognised internationally, and dispensing separation has become a norm in many developed countries.
We believe there is room for the implementation of dispensing separation in Malaysia but it is a question of timing and appropriate policies.
One of the problems in Malaysia is that doctors and pharmacists do not really appreciate each other's professional roles. The perception that pharmacists are merely businessmen who try to act like doctors has to be changed as pharmacists are professionals highly trained in the rational use of medicines.
Furthermore, with the changes in the current curriculum of pharmacy schools across the globe, pharmacist undergraduate training has become more patient-oriented than product-oriented. At most institutions across the world and Malaysia, medical specialists are also intensely involved in teaching clinical aspects of disease management to pharmacy students during their clinical years. Therefore, a mutual insight into each other's professional roles is needed and any personal conflict should be avoided as it will mar the professional images of both.
DISPENSING: The road to better healthcare
Description:
DATUK NANCY HO, President, Malaysian Pharmaceutical Society
WE read with concern the letter from Dr Steven Chow of the Federation of Private Medical Practitioners on the role of doctors and pharmacists in dispensing medicine ("Don't tamper with dispensing system"-- NST, July 7).
I feel the esteemed doctor missed the point when he mentioned "tampering" with the patients' right to choose where or from whom they can get their medication.
The discussion thus far has centred on the need to separate the professional functions of doctors and pharmacists and let the two concentrate on putting into practice what they have been trained for.
In a nutshell, doctors can be spared the role of keeping an inventory of medicines, with its attendant complexities, and instead focus on diagnosing ailments and prescribing medicine. In this way, there will be no doubt more quality time for medical care.
Likewise, pharmacists can focus on dispensing, counselling patients on their medication and providing quality pharmaceutical care. This will definitely allow patients to have more choice, as advocated by Dr Chow, if doctors do not both prescribe and dispense.
At present, patients do not have a choice to have their prescriptions filled at the pharmacies. We should seriously consider giving consumers that choice.
We are determined not to get into a mudslinging exercise whereby professionals accuse each other of irregular practice. Instead, we seek to collaborate with all members of the healthcare industry out of mutual respect.
It is heartening to note that Dr Chow suggested a "professional partnership" between pharmacists and their neighbouring private clinics. Nevertheless, all partnerships should be on a level playing ground and therefore, benefit all parties concerned.
We do not have any doubt that all professional doctors and pharmacists have the interest of the patients at heart. Therefore, let us seek new ways of ensuring better-quality healthcare.
source : new strait time
Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera
bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih lagi dipinjamkan nyawa dan tubuh badan untuk hidup di bumi yang unik ini...
alhamdulillah, kuliah baru sahaja masuk minggu ketiga tetapi kehangatan belajar semakin terasa.. keterujaan datang pabila mendengar pengalaman dan perkongsian ilmu ahli farmasi yang sedang mengharungi kesibukan bekerja .. pada pendapat diri ini, bidang farmasi adalah luas dan mencabar.. bersyukur kerana diberikan keizinan oleh Allah untuk mengharungi hidup sebagai pelajar farmasi..
banyak berita yang telah saya paparkan untuk sahabat2 semua. untuk menjadi ahli farmasi yang kompeten dan profesional, segala ilmu mesti dituntut bukan sahaja bidang farmakologi dan farmaseutikal semata-mata malah pengetahuan semasa dan berorganisasi juga penting..
tahniah kepada organiasasi interaksi farmasi dan pelajar tahun 2 kerana dapat menganjurkan program dengan jayanya.. " integrasi pencetus tranformasi" adalah tema untuk tahun ini bersesuaian dengan keadaan masa kini yang memerlukan integrasi dan perpaduan antara semua masyarakat fakulti farmasi .. segala kekurangan adalah perkara biasa kerana lumrah manusia adalah belajar daripada kesilapan.. tahniah dan syabas kepada organiasasi interaksi farmasi kerana sahabat2 telah menjalani proses tranformasi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program dan diharapkan misi dan objektif interaksi farmasi kali ini tercapai...
akhir kalam, selamat mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa/i fakulti farmasi.. tingkatkan ilmu di dunia dan akhirat.. kerna dunia ini semakin tua... selamat berfikir dan belajar..
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku .
Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
“ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya”. Surah Al-‘Araf: 34 tinta permata:-
MINIT MESYUARAT BERSAMA PENTADBIRAN FAKULTI FARMASI DAN DAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI FARMASI
SESI 2009-2010
Tarikh: 16 Julai 2009
Tempat: Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi
Masa- 2.30 petang
Kehadiran:
1.Prof. Madya Dr. Jamia Azdina binti Jamal
Timbalan Dekan Fakulti Farmasi (Akademik dan Antarabangsa)
2.Dr. Haliza Katas
Penyelaras Program Prasiswazah (pemangku)
3.Semua ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi 2009-2010
4.Wakil kelas Tahun 2-4
5.Muhammad Hafizul Amin bin Khalid
Presiden, PMUKM Fakulti Farmasi
6.Nurul Wahida binti Abd Aziz
Setiausaha II, PMUKM Fakulti Farmasi
Agenda yang dibincangkan (berkaitan dengan PMUKM Fakulti Farmasi):
Pengurusan aduan pelajar (masalah tentang bilik kuliah, sesi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya)
1.1Dr. Jamia mengucapkan terima kasih kepada Presiden PMUKM FF kerana telah menguruskan perkara ini dengan jayanya.
1.2Dr. Jamia telah menjelaskan tentang penambahbaikan yang telah dan akan dilakukan di bilik kuliah seperti:
- penukaran dan penambahbaikkan system bunyi, projektor LCD,dan penghawa dingin.
- menaiktaraf lantai dan mengecat semula dinding bilik kuliah.
1.3 Dr. Jamia juga telah menjelaskan masalah ruang yang sempit di dalam bilik kuliah. Beliau berkatabahawa jika pelajar Farmasi ingin mendapat ruang yang lebih selesa(seperti di DK1, DK2, DK3, dan DK4) para pelajar perlu berkorban masa iaitu kelas akan diadakan selepas pukul 5 jika mahu menggunakan DK yang ada kerana DK tersebut perlu dikongsi bersama pelajar-pelajar FSKB, Fakulti Pergigian dan Fakulti Perubatan (Thn 1 dan 2).
Etika berpakaian pelajar
2.1Dr. Jamia mengharapkan agar semua pelajar Fakulti Farmasi mematuhi kod etika berpakaian di dalam kampus.
2.2Dr. Jamia juga telah menjelaskan kod etika berpakaian yang sepatutnya. Beliau mengingatkan bahawa para pensyarah boleh menghalang pelajar untuk menghadiri kuliah dan para pelajar juga tidak dibenarkan berurusan dengan pejabat jika tidak mematuhi kod etika berpakaian yang sepatutnya.
2.3Dr. Jamia juga berpesan kepada wakil PMUKM agar menampal kod etika berpakaian yang sepatutnya di sekitar kampus.
Buku rujukan untuk pelajar farmasi di Perpustakaan Dr. Abdul Latif
3.1Dr. Jamia telah menjelaskan bahawa senarai buku teks yang diperlukan oleh pelajar farmasi telah dihantar kepada pihak perpustakaan. Walaubagaimanapun kelulusan buku-buku tersebut tertakluk kepada pihak perpustakaan.
Yuran pengajian
4.1Dr. Jamia menjelaskan bahawa segala urusan berkaitan dengan yuran adalah ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Bendahari, UKM Bangi. Pihak Fakulti tidak berhak menentukan tentang status yuran para pelajar.
Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri
5.1Dr. Jamia meminta supaya program ini diadakan secepat mungkin untuk semua ahli jawatankuasa PMFF dan PMUKM. Program ini bertujuan untuk melatih peserta agar menjadi pemimpin yang baik untuk para pelajar.
5.2Program ini akan diadakan pada 9 Ogos 2009 di DSG KTSN.
Program-program yang dirancang oleh PMUKM Fakulti Farmasi
6.1Program Mencapai Kemuncak
- Presiden PMUKM FF telah menjelaskan bahawa program ini agak sukar dijalankan kerana
salah sebuah sekolah tersebut mempunyai jadual yang agak padat dan mungkin tidak
mendapat komitmen yang sepatutnya daripada sekolah yang satu lagi.
6.2Forum ‘Dispensing Separation’
- Dr. Jamia mencadangkan agar organisasi merujuk kepada pakar dalam hal ini seperti Prof.
Dr. PT Thomas kerana forum ini melibatkan pelajar farmasi dan perubatan.
6.3Forum Wacana Ilmu
- Program ini akan dijalankan secapat mungkin dan kertas kerja bagi program ini sedang dijalankan.
6.4 Dialog bersama mahasiswa - program dalam perancangan dan akan dilaksanakan dalam masa
terdekat.
Pembukaan pagar belakang di kampus semasa hari Sabtu.
7.1Dr. Jamia menjelaskan hanya pagar utama dibuka pada hari Sabtu atas sebab keselamatan.
Hal-hal lain
8.1Dr. Jamia menjelaskan tentang program kualiti Fakulti Farmasi yang akan diadakan sepanjang sesi 2009-2010. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat memberikan kerjasama dalam program kualiti ini.
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ku biarkan Qalam berbicara..agar mudah untuk mengerti ape yang telah terjadi..Aku sedaya upaya untuk mempersembahkan yang terbaik, dikala masih belajar mendayung bahtera di arena angkasaraya yang terbuka luas ini..Semoga ALLAH tunjukkan jalan untuk menempuhi jalan perjuangan Islam..doa jua teguran dari sahabat ku dambakan..Moga aku istiQamah dalam perjuangan ini.
TUGAS HARIAN DAN GERAK LANGKAH KU
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MSU SPORT GAME - 6/3
PHARMACYNITE - MASQURADE .>> 13/3
BULAN PENGHAYATAN ISLAM - 4 /3 - 20/3
PROGRAM KEM KERJA BERPASUKAN DAN BENGKEL MOTIVASI - 27/3
PROGRAM HARI PENGHARGAAN PMUKM FAKULTI FARMASI - DALAM PERANCANGAN.. TARGET SEBELUM FINAL ..
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MUTIARA HATI
"Ilmu yang berguna itu seperti permata di dalam timbunan kaca. Sinarnya sukar untuk dibezakan. Carilah ia walaupun jemarimu luka. Sentiasa suburkan hidupmu sebagai insan yang cintakan ilmu."
SLOGAN PERJUANGAN
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan." - Ustaz Hasrizal Jamil
MOTIVASI BUATKU
BAITI JANNATI - BAITUL MUSLIM DAKWAH IMPIAN YANG MAHU DIKECAPI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM AIDIL ADHA seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi, masih lagi diberikan ruang, masa serta nikmat yang pelbagai ...
GO AHEAD , BERFIKIR UNTUK MEMIKIR
MPP PMUKM FARMASI 2009
WE LOVE UKM!
3 DASAR : Kebajikan, keintelektualan, falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA
~Melangkah dan terus melangkah membuka dimensi baru kepimpinan Malaysia~
GMUKM HARAPAN BARU MAHASISWA
TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH:
1) Cinta kepada kematian.2) bermunajat kepada Allah 3) sentiasa berzikir kepada Alah 4) Berjuang ke jalan Allah
MATLAMAT JELAS=TINDAKAN JELAS
BILA UKHWAH BERSEMI
Teguhkan imanmu wahai sahabat-sahabat..luruskan saf...satukan hati-hati kami Ya Allah....agar ISLAM tertegak di bumi UKM yang dicintai ini..
MUTIARA KATA
Tiada bekal yang lebih utama daripada TAQWA....tiada sesuatu yang lebih daripada DIAM..tiada musuh yang lebih bahaya daripada KEBODOHAN...tiada penyakit yang lebih parah daripada BERBOHONG
AMPUNILAH AKU YA ALLAH....
Dalam kita mengharungi kehidupan, terkadang hati diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang melalaikan hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa... tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan...moga kita ditetapkan iman...amiin...
JIHADKU.....
Setapak ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan....
KATAKAN TIDAK KEPADA "COUPLE"
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". ( ali-imran :104)
BACALAH AL-QURAN
Satu wasilah untuk Allah berbicara pada hati kita. Mungkin, dalam kesibukan, aku terlupa untuk bertemu sahabat yang paling hampir dengan kita iaitu Al-Quran. Di dalamya terdapat pujian Allah terhadap hambaNya. Di dalamnya, tersusun indah ayat pujukan buatmu, kala diri lemah dan tersisih. Segala-galanya ada di dalamnya. Moga kita termasuk dalam golongan tawwabin. InsyaAllah.
mutiara CINTA dan RINDU
"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya padaMu, agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa itu untuk aku selalu merinduiMu, hingga akhir nyawa meninggalkan raga di hatiku hanya untuk satu cinta. Bila tidak mampu aku menyintaiMu, kemana harus kusembunyikan wajahku, Bila berjumpa denganMu ya Robbi."
KITA ADALAH KHALIFAH DI MUKA BUMI FANA INI
"Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!" "Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan!" "Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"
RAMUAN CINTA
Sudahkah kau temukan ramuan paling rahsia itu agar seluruh orang di dunia ini mencintai Allah sepenuh jiwa raganya?
WAKTUMU.....
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari 'ilmu maka Allah akan permudahkannya jalan ke syurga (Hadith Riwayat Muslim)
HIDUP INI UNTUK DAKWAH
Penuhilah kehidupan ini dengan da'wah. nescaya tenang hatimu lantaran membantu manusia untuk beriman & beramal untuk mendekatkan diri kepada Allaah