Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera...


" The best way to predict the future is to create it"
by Peter Drucker

" jadikan hari esok lebih baik dari hari ini"


alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih lagi berpeluang hidup di dunia ini . hari-hari sibuk telah berlalu, demam peperiksaan semakin hampir . walaupun kita diberi masa selama 2 minggu untuk bersedia, namun saya merasakan masa itu adalah singkat kerana belajar merupakan perkara yang luas. semakin kita mendalami , semakin banyak yang kita tidak tahu. ilmu sinar kebahagian.

jadi penngurusan masa yang efektif adalah penting untuk kita khususnya bergelar mahasiswa/siswi. 2 ungkapan di atas bole dijadikan motto dalam hidup kita. pada saya jika kita hendak membina sebuah kejayaan , haruslah kita yang menciptanya dan berusaha untuk mendapatkannya. kita harus memperbaiki diri dari semasa ke semasa jika kita mahu mencipta masa depan yang cerah di dunia dan akhirat.

dikesempatan ini saya mahu mengucapkan tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabat yang telah diberi tanggungjawab untuk mengepalai persatuan mahasiswa fakulti farmasi ( PMFFar) yang diketuai saudara helmi hayat dan dibarisi MT serta exco-exco. saya berharap kami di Pihak PMUKM fakulti farmasi dan PMFFar dapat bekerjasama mengembeleng tenaga dan idea untuk menjaga kebajikan mahasiswa/siswi dan seterusnya meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malah diperingkat anratabangsa.

" succes usually comes to those who are busy to searhcing it "
by Henry David Thoreau.

ucapan tahniah dan syabas juga diucap kepada barisan organisasi PMUKM fakulti farmasi yang di terajui oleh saya bersama-sama MT yang lain ( alex dan nadiah ) serta setiausaha ( wahida , syazwani , azila) , sekteriat program ( ain sormo dan fareha) , sekteriat penerbitan ( hafsah dan syazienna) , sekteriat perhubungan ( suhaila dan safea) , sekteriat kebajikan ( munirah dan rahayu) dan sekteriat pembangunan akademik ( amirah dan syima) . saya berharap kita dapat memberi yang terbaik untuk fakulti kita dan juga Universiti kebangsaan Malaysia. malah kerjasama dari sahabat2 di fakulti juga amat diperlukan kerana saya pasti kita hidup di dalam fakulti farmasi adalah seperti sebuah keluarga.

selamat menjalankan tugas dan membuat persiapan untuk peperiksaan akhir tahun .

" bergerak seiringan memimpin perubahan"

salam muhibbah

amin
MPP UKM fakulti farmasi

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,