Suatu ketika, aku pernah berasa amat tidak tenteram sekali. Perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini telah menyerangku bertubi-tubi. Aku telah menceritakan permasalahan dan perasaanku ini kepada seorang abang di kolej ku. Aku diminta untuk sentiasa melakukan muhasabah atas setiap yang telah aku lakukan.Dalam ketika perbincangan itu berlangsung, aku tertarik akan nasihat-nasihat sang abang ini. Dia menceritakan kepada ku tentang permasalahan hati yang sering kali “menyerang” dan “membunuh” seseorang terutamanya pemimpin. Perkara-perkara inilah yang selalu membatalkan pahala.


Pesan sang abang kepada ku, “janganlah kamu berasa riak”. Riak adalah salah satu permasalahan hati yang amat dahsyat sekali. Riak ini adalah satu perasaan hati yang mana kita inginkan “keagongan” atau “kemasyhuran” setelah kita melakukan sesuatu. Contohnya seperti, bila kita melakukan satu kebaikan terhadap seseorang kita akan merasa keinginan untuk disanjung dan dipuji atas kebaikan tersebut. Kita ingin digelar “hero” atau “pahlawan” atas kebaikan yang pernah kita lakukan.


Yang kedua adalah ‘ujub. ‘Ujub ini merupakan permasalahan hati yang mana sang hamba lupa akan pertolongan Allah dalam tiap sesuatu. Kita tahu yang kita ada kelebihan dalam memimpin, mentadbir dan macam-macam lagi sehinggakan kita merasa yang diri kita ini cukup hebat sehinggakan kita lupa bahawa apa yang kita terima itu datangnya dari taufiq dan hidayah daripada sang pencipta alam.


Sum’ah adalah permasalahan hati yang ketiga yang boleh diketagorikan sebagai yang kronik sekali. Ia bermaksud setiap apa yang kita lakukan, kita gemar untuk menceritakan ia kepada orang lain dengan tujuan bermegah-megah. Mereka ingin orang lain tahu apa yang telah mereka lakukan supaya mereka nampak seperti hebat. Perasaan gah dihati ini ingin dizahirkan supaya ramai orang tahu dan menyanjungnya.


Inilah tiga permasalahan hati yang perlu ditangani oleh setiap makhluk terutama yang bergelar manusia. Sebelum kami berpisah, si abang meninggalkan kepada ku satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Inilah pesannya kepada ku, duhai adikku, jagalah hatimu dalam setiap tingkah lakumu, dalam hati seorang pemimpin akan mudah merebaknya penyakit ini, jujurlah dalam setiap perkara, ikhlaskan hati dalam setiap tindakan supaya nanti akan dirahmati. Terima kasih wahai abang atas nasihat tersebut, insyaallah akan aku ingat dalam setiap tindakan ku.


dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati”,surah Al-Mulk:13


Ingatlah wahai manusia, janganlah kamu merasa hebat atas apa yang telah kamu lakukan. Allah amat mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hatimu. Ya Allah, jauhkanlah aku dari masalah hati ini supaya segala apa yang aku lakukan diterima olehMu.


Created by: tintapermata=>

One Response so far.

  1. big bro says:

    saya pown slalu ada penyakit2 hati mcm saudara tulis nih.memang kerap arr.lagi2 riak.saya pernah baca yang riak tu adalah sebhgan dari syirik kecil kan.Saya sedar yang saya nih terriak tp aper yang saya mampu buat hayelah berdoa n beristghfr agar Allah hilangkan penyakit2 hati nih.takut sgt klo sgala aper yang kita buat nih x d terima oleh Allah

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,