Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Salam Perpaduan dan Salam Muhibbah buat semua warga Fakulti Farmasi khususnya dan amnya warga UKM. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah memberikan kepercayaan, semangat dan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada saya sehinggalah saat ini untuk memikul amanah sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Farmasi, PMUKM 2009. Saya juga mengucap tahniah dan syabas kepada barisan organisasi PMUKM fakulti farmasi yang telah dilantik.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama berusaha kerana kejayaan itu bukan datang bergolek tanpa usaha tetapi ia memerlukan pengorbanan.


‘success usually comes to those who are too busy to be searching it’

By Henry David Thoreau


Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana dapat diberikan peluang untuk mewujudkan sebuah blog persendirian di laman web http://aminmppfarmasi.blogspot.com dan saya amat mengharapkan dengan kewujudan blog ini dapat memudahkan Mahasiswa/i UKM untuk berhubung dengan saya secara konsisten, cepat dan berkesan sekiranya terdapat sebarang masalah mahupun di fakulti dan kolej kediaman . Sebarang cadangan dan pandangan daripada mahasiwa/i bole dikongsi bersama.


Selain itu, saya juga berharap agar mahasiswa/i dapat input dan informasi yang berguna daripada blog ini berkenaan aktiviti-aktiviti anjuran fakulti , PMUKM serta universiti lain seperti UIA, USM dan UM , NGO – NGO dan juga pertubuhan antarabangsa seperti WHO yang dianjurkan untuk kita sertai. Saya akan beusaha untuk memaparkan Aktiviti –aktiviti tersebut dan mengharapkan penyertaan dari semua mahasiswa fakulti farmasi untuk kita meningkatkan lagi nilai di dalam diri kita disamping meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malahan di peringkat antarabangsa.


Mahasiswa / siswi yang dikasihi ,


Akhir kata, saya mengharapkan mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umunya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal. Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk masa akan datang yang semakin mencabar.


Segala aduan , cadangan dan masalah bole disalurkan ke 0132169769 atau org_tangkak88@yahoo.com.my serta aminmppfarmasi.blogspot.com .

Sekian, wassalam.

“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"




Salam ukhuwah.


Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid,
MPP FAKULTI FARMASI 2009

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,