Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


pertama-tamanya , marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kita masih di beri lagi peluang untuk hidup di muka bumi Allah ini dengan pelbagai nikmat yang diberi agar kita menjadi lebih beringat dan bersyukur

Demam peperiksaan sudah mula terasa bahangnya, study week sudah bermula. semua mahasiswa/siswi sudah mula mengorak langkah, harapan saya, kita semua berjaya untuk peperiksaan final nanti. jaga kesihatan mental dan fizikal. banyakkan berdoa dan meminta restu ibu bapa . moga2 mendapat keberkatan .

" selamat mengulangkaji pelajaran dan menjawab peperiksaan akhir sem"

laporan cadangan dan masalah serta analisis berkenaan isu pengangkutan fakulti farmasi telah dihantar ke unit pengangkutan.alhamdulillah, perbincangan dengan En. Hassan Umar ( penolong pengawai tadbir , bahagian pengurusan , kampus kuala lumpur ) telah dapat dilakukan pada 9 april 2009 . banyak isu yang telah dilaporkan dan dibincang bersama-sama.

didalam laporan itu, saya telah mengasingkan setiap masalah dan cadangan mengikut tahun pelajar fakulti farmasi dan antara isu yang telah dibincangkan adalah :

masalah yang dikemukan pelajar tahun 1 farmasi :

1. bas lambat
2. perjalanan bas hanya pada waktu tertentu
3. masa bas tidak menentu
4. kadang-kadang pemandu bas terlewat terutamanya hari jumaat
5. lepas titas tidak cukup bas, bas masa lunch sepatutnya sampai pukul 2
6.bas dari kolej ke kampus kurang pada hari jumaat petang
7.bas bawa ramai penumpang . bole membahaya penumpang

hal diatas berkenaan masalah kemudahan bas yang disediakan. masalah telah diaju kepada En. hassan umar dan dia telah menjelaskan tentang perkara ini.

berkenaan bas lambat , perjalanan bas tidak menentu dan masa bas tidak menentu , dia menjelaskan berkenaan jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan.

pada hari isnin, selasa, rabu dan khamis , masa perjalanannya adalah

dari 7 pagi - 9 pagi , 12.30 tengahari - 1.30 petang, 3.30 petang - 7.00 petang.

untuk makluman mahasiswa/siswi, setiap hari , bas mempunyai 16 perjalanan dan setiap selang perjalanan mengambil masa 30 minit. jadi sebagai contoh , 7 pagi - 9 pagi. bas mempunyai 5 trip perjalanan iaitu 7 , 7.30 , 8, 8.30 dan 9 pagi dan untuk seterusnya. insyaAllah, mahasiswa/siswi bole mengira sendiri. dimaklum juga, pihak unit menyediakan 3 buah bas yang disewa luar dan 1 bas UKM yang akan membantu.

pada hari jumaat , masa perjalanan adalah

7 pagi - 9 pagi, 12 tengahari - 1 petang , 3.30 petang - 7 petang.

diingatkan kepada mahasiswa/ siswi berkenaan masa 12 - 1 petang dan bukan lah 12.30 hingga 1.30 petang. pihak unit pengangkutan menjelaskan perkara ini kerana kesemua pemandu adalah muslim dan mereka perlu untuk bersembahyang jumaat.

berkenaan isu bas lambat, pihak unit pengangkutan menjelaskan mengenai masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku dan perkara ini tidak boleh dijangka tetapi insyaAllah selepas ini pihak unit pengangkutan berbincang dengan syarikat bas tersebut dan memaklum perkara ini.

berkenaan bas tidak cukup lepas kuliah titas, masalah ini telah diajukan, pihak unit pengangkutan menjelaskan pemandu bas telah dimaklumkan jika ada kelas TITAS dan mereka akan bersedia. sebanyak 3 bas telah disediakan seperti yang dimaklumkan kepada saya. bas disediakan sampai pukul 7 petang.

berkenaan isu bas membawa terlalu ramai penumpang dan dikhuatiri boleh membahayakan penumpang. pihak unit menjelaskan masalah ini berlaku apabila ramai pelajar beratur untuk menaiki bas terutama waktu kemuncak pukul 7.30 hingga pukul 8 dan 8.30 hingga 9 pagi. en . hassan menjelaskan kadang-kadang pelajar sendiri yang mahu menaiki bas walaupun penuh kerana kesuntukan masa.

tambahannya juga, bas awal sebelum waktu kemuncak yang disediakan selalunya kurang penumpang. en. hassan amat berharap agar mahasiswa/siswi dapat mengatur masa perjalanan mereka untuk menggunakan bas ke fakulti dengan bersedia awal dan tidak tertumpu pada waktu kemuncak. selain itu, en hassan menasihatkan kepada mahasiswa/siswi sekiranya masa sudah melebihi pukul 9 , diharapkan pelajar tidak tunggu lama disitu kerana bas disediakan sehingga pukul 9.

berkenaan pelajar ramai beratur dan ada yang tidak dapat masuk bas walaupun itu bas terakhir telah diajukan. en hassan menjelaskan pemandu akan memberitahu kepada yang lain sekiranya perkara ini berlaku dan bas yang lain akan datang sekiranya ada kekosongan. saya juga mengharapkan mahasiswa dapat mengambil inisiatif untuk bertanya kepada pemandu sekiranya perkara ini berlaku.

hal ini telah diajukan dan diharapkan setiap masalah , aduan dan cadangan dapat dibincangkan dan diselesaikan . diharapkan bilangan bas dapat ditambah untuk masa akan datang . kita berusaha Allah menentukan.

harapan saya, mahasiswa/siswi mendapat maklumat dan menyampaikan kepada yang lain . masalah ini telah dilaporkan juga kepada pengetua, alhamdulillah , jadual berkenaan perjalanan bas akan ditampal di kolej . Sekiranya anda mempunyai masalah , aduan dan cadangan boleh ajukan kepada saya atau terus kepada

En. hassan umar
penolong pengawai tadbir
bahagian pengurusan
kampus kuala lumpur
universiti kebangsaan malaysia
03- 92897217


"kebajikan kita adalah tanggungjawab bersama"


"bergerak seiringan , memimpin perubahan"


salam ukhwah

muhammad hafizul amin khalid
MPP fakulti farmasi
PMUKM 08/09













Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,