assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

kehangatan peperiksaan makin terasa, semesti akal telah terisi dengan pelbagai ilmu dan maklumat mengenai pelajaran2 dan bekalan ilmu yang kita perlu kuasai sebelum menghadapi ujian getir di dunia iaitu

FINAL EXAM

alhamdulillah, dengan kesungguhan yang konsisten, istiqamah mentelaah atau mengulagkaji pelajaran, bertawakal kepada Allah dan berdoa mengharapkan keredhaan Allah terhadap ilmu yang telah diberikan kepada kita.


insyaAllah , kita dapat keputusan yang kita ingini
seperti kata-kata keramat

"kejayaan datang kepada sesiapa yang sibuk mengejar dan mendapatkannya"


di kesempatan ini , insyaAllah akan diadakan program munajat perdana peringkat ukm bangi dan di ukm kl khusus kepada semua warga fakulti farmasi, FSKB, perubatan dan pergigian.

untuk di UKM bangi , maklumat ringkas :

masa : 16 April 2009 ( khamis)
bermula pada 7.00 petang

tempat : Masjid UKM

pengisian: solat hajat, bacaan yasin,
program bicara ummah " mahasiswa dan konsep al-falah"
disampaikan oleh Prof Madya Ajmain safar.


semua warga ukm bangi dan kl dialu-alukan .
untuk pengetahuan sahabat2 al-falah bermaksud kejayaan ..
kejayaan yang perlu kita capai sebagai muslim adalah kejayaan di dunia dan akhirat


untuk UKM kl, saya dan beberapa sahabat dari fakulti lain telah merancang untuk menjalan program ini.
maklumat ringkas:

masa : 17 april 2009 ( jumaat malam)

bermula selepas magrib dan diharap sahabat2 dapat melakukan solat maghrib bersama2

tempat : surau D
pengisian: solat hajat, bacaan yasin
amanat serta nasihat daripada pemimpin pelajar
dan
insyaAllah ceramah motivasi daripada dr. hidayatulfathi tetapi ini sedang diusahakan .


Anjuran bersama:
BADAR

PMUKM KL

PMFFAR

PMFSKB

PERSIAP

PMFGG

ini dalam perancangan dan bole berlaku perubahan,
kepada sahabat2 yang ada cadangan bole ajukan kepada saya


akhir kata, berusaha untuk kita mendekatkan diri kepada Allah,
sesungguhnya Allah menguji hambanya dengan pelbagai uijan.


kita menghadapi ujian dunia iaitu peperiksaan akhir sem
jadi berusaha , berdoa dan bertawakal kepadanya.


salam ukhwah


amin






Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,