assalaimualikum w.b.t dan salam sejahtera..

alhamdulillah, bersyukur ke khadrat ilahi kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk menyambung kehidupan di dunia ini , tempat yang tidak kekal untuk kita duduki dan kita masih lagi di berikan masa untuk kita membuat persediaan untuk ke akhirat kelak. selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad , penghulu segala nabi dan rasul serta ahli keluarga dan sahabat2 baginda.

dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada jawatankuasa organisasi program semarak impian 08/09 ( makan malam kolej tun syed nasir ) kerana dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya dan komited melakukan tugas2 yang diberi dan akhirnya program dapat berjalan dengan lancar dan baik. jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran kolej, pengetua, timbalan pengetua, felo-felo pemantau, jaksa pemantau ( alex) yang telah banyak membantu pihak kami di barisan organisasi malam semarak impian untuk menjayakan program ini dengan jayanya.

tidak lupa juga, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan majlis tertinggi iaitu pengarah malam semarak impian ( owen ) , timbalan pengarah ( vimal) , setiausaha ( kak farhana dan rani) , bendahari ( cheaw chong dan zulaikha) yang telah bersama-sama memerah keringat untuk mengepalai program malam semarak impian ini dan alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan jayanya.

ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua exco-exco malam semarak impian iaitu exco program ( jocelyn dan yus) , exco protokol ( ku bashirah , hafizah dan pei teng) , exco ttk ( fadzil dan noraini) , exco publisiti ( lina dan hoo chin) , exco teknikal ( naim dan boon wee) , exco jamuan ( zue dan bai) , exco kebudayaan ( asheila, hema dan fan say ken) , exco multimedia ( jing siew dan hui jing) , exco cenderamata( sarah dan vithya), exco pemasaran ( anne, radiah dan intan) , exco pengangkutan dan perhubungan ( navin, saravanan dan syukri ) serta exco keselamatan dan kawalan ( yash dan indira). maaf jika terlalu ramai untuk disebut dan hakikatnya semua sahabat yang terlibat telah banyak membantu kami dibarisan MT untuk bersama-sama menjayakan majlis makan malam tersebut. tahniah dan terima kasih kepada semua ajk yang terlibat termasuk lah MC formal dan informal serta pihak luar yang membuat persembahan dan juga pihak HGH sendiri yang telah banyak membantu kami untuk menjayakan program ini.

diharapkan kenangan dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi satu memori yang bole kita jadikannya sebagai satu peristiwa yang bermakna dalam rentetan kehidupan di dunia ini yang semestinya semakin mencabar. pengalaman dan asam garam dalam beroganisasi sebenarnya akan mematangkan diri kita untuk menjadi mahasiswa yang unggul dan seterusnya melahirkan graduan-graduan yang serba boleh dan kompeten pada masa akan datang .

dikesempatan ini juga , saya mengucapkan ribuan kemaafan kepada sahabat2 semua jika ada terkasar bahasa , termakan atau terminum dan apa2 kesalahan di sepanjang saya mengepalai organisasi malam semarak impian ini. Oleh itu, saya berharap agar program makan malam kolej untuk sesi seterusnya akan dapat dilangsungkan dengan jayanya. semua yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah atas kelemahan diri saya sendiri .namun hakikatnya, baik dan buruk itu datang dari pencipta kita iaitu Allah.


salam ukhwah

amin
timbalan pengarah
malam semarak impian 08/09

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,