Archive for April 2009







Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..

http://www.kickapoojoy.com/history.html




Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan!!


PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.


Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.



* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
· � � � � Canned Meat
· � � � � Canned Seafood
· � � � � Canned Fruits
· � � � � Canned Vegetables
· � � � � Seasonings


salam imtihan , sahabat2 semua..
ni adalah bebarapa makanan yang diragui dan sepatutnya
kita tidak membelinya..
ada banyak lagi makanan yang selalu kita makan dan diragui status halalnya
dan ada yang haram tetapi tidak jelas status haramnya..

sampaikan kepada sahabat2 muslim yang lain kerana makanan yang
dimakan akan membentuk tubuh badan kita..
seterusnya membentuk jiwa seorang muslim..

berhati2 wahai sahabat semua

salam ukhwah

amin



Suatu ketika, aku pernah berasa amat tidak tenteram sekali. Perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini telah menyerangku bertubi-tubi. Aku telah menceritakan permasalahan dan perasaanku ini kepada seorang abang di kolej ku. Aku diminta untuk sentiasa melakukan muhasabah atas setiap yang telah aku lakukan.Dalam ketika perbincangan itu berlangsung, aku tertarik akan nasihat-nasihat sang abang ini. Dia menceritakan kepada ku tentang permasalahan hati yang sering kali “menyerang” dan “membunuh” seseorang terutamanya pemimpin. Perkara-perkara inilah yang selalu membatalkan pahala.


Pesan sang abang kepada ku, “janganlah kamu berasa riak”. Riak adalah salah satu permasalahan hati yang amat dahsyat sekali. Riak ini adalah satu perasaan hati yang mana kita inginkan “keagongan” atau “kemasyhuran” setelah kita melakukan sesuatu. Contohnya seperti, bila kita melakukan satu kebaikan terhadap seseorang kita akan merasa keinginan untuk disanjung dan dipuji atas kebaikan tersebut. Kita ingin digelar “hero” atau “pahlawan” atas kebaikan yang pernah kita lakukan.


Yang kedua adalah ‘ujub. ‘Ujub ini merupakan permasalahan hati yang mana sang hamba lupa akan pertolongan Allah dalam tiap sesuatu. Kita tahu yang kita ada kelebihan dalam memimpin, mentadbir dan macam-macam lagi sehinggakan kita merasa yang diri kita ini cukup hebat sehinggakan kita lupa bahawa apa yang kita terima itu datangnya dari taufiq dan hidayah daripada sang pencipta alam.


Sum’ah adalah permasalahan hati yang ketiga yang boleh diketagorikan sebagai yang kronik sekali. Ia bermaksud setiap apa yang kita lakukan, kita gemar untuk menceritakan ia kepada orang lain dengan tujuan bermegah-megah. Mereka ingin orang lain tahu apa yang telah mereka lakukan supaya mereka nampak seperti hebat. Perasaan gah dihati ini ingin dizahirkan supaya ramai orang tahu dan menyanjungnya.


Inilah tiga permasalahan hati yang perlu ditangani oleh setiap makhluk terutama yang bergelar manusia. Sebelum kami berpisah, si abang meninggalkan kepada ku satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Inilah pesannya kepada ku, duhai adikku, jagalah hatimu dalam setiap tingkah lakumu, dalam hati seorang pemimpin akan mudah merebaknya penyakit ini, jujurlah dalam setiap perkara, ikhlaskan hati dalam setiap tindakan supaya nanti akan dirahmati. Terima kasih wahai abang atas nasihat tersebut, insyaallah akan aku ingat dalam setiap tindakan ku.


dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati”,surah Al-Mulk:13


Ingatlah wahai manusia, janganlah kamu merasa hebat atas apa yang telah kamu lakukan. Allah amat mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hatimu. Ya Allah, jauhkanlah aku dari masalah hati ini supaya segala apa yang aku lakukan diterima olehMu.


Created by: tintapermata=>

KUALA LUMPUR 26 April - Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.


Langkah-langkah tersebut ialah:


l. Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.


2. Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda 'penyakit seperti selesema'. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


3. Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


4. Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.

"Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO," katanya.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mempunyai vaksin H1N1 untuk disuntik kepada ternakan babi bagi mencegah penularan wabak selesema babi di negara ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata jabatan hanya menunggu arahan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses vaksinisasi terhadap ternakan babi.

"Buat masa ini belum ada arahan untuk menyuntik vaksin H1N1 kepada ternakan babi di seluruh negara tetapi jika diarah dan keadaan memerlukan, sudah ada vaksin yang sedang dikaji bagi tujuan itu," katanya.

Dr Abd Aziz berkata, persatuan penternak negeri dikehendaki bekerjasama dengan JPV untuk melaporkan sebarang simptom berkaitan selesema babi.

"Jika ada tanda-tanda yang sama seperti virus influenza, demam yang tinggi, sakit tekak dan sakit badan, pekerja ladang perlu diberi cuti dan menjalani pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini jabatan belum menerima sebarang laporan berhubung wujudnya simptom selesema babi di negara ini.

Katanya, selesema babi berpotensi untuk menjangkiti burung tetapi kadar kemungkinannya adalah rendah.


"Jika selesema burung boleh berjangkit melalui pemakanan, sebagai contoh memakan ayam, selesema babi pula tidak boleh dijangkiti dengan memakan babi tetapi ia boleh dijangkiti melalui pembawaan manusia," katanya.


Maklumat lanjut mengenai wabak selesema babi boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my

penyakit baru melanda dunia, kita perlu berjaga-jaga...
jika ada tanda-tanda seperti yang dimaklum,
bersegeralah membuat pemeriksaan.

marilah kita bersama-sama tingkatkan amal dan berdoa agar
diri dan keluarga tabah menghadapi ujian yang Allah kepada makhluknya.

salam ukhwah

amin


assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

berkenaan penginapan kolej, kepada mahasiswa/siswi yang ada
masalah kolej boleh berhubung dengan pejabat kolej.

kepada mahasiswi yang dapat tinggal KTSN 1
dan mahu tukar ke plazarah,
boleh bagi nama kat saya beserta no matrix sebelum hari isnin ( 27 april 2009).
untuk diberi kepada pengetua kolej.

berkenaan tempat penyimpanan barang,
untuk plazarah, mahasiswa/siswi boleh menyewa bilik
di plazarah untuk 1 nama sahaja dan melaporkan kepada pejabat ktsn terlebih dahulu

untuk k1, mahasiswi / siswa boleh menyimpan barang
di surau dan bilik tv tingkat 4 blok masing-masing kecuali surau D

barang perlu di susun kemas dalam kotak untuk disimpan dan perlu dinyatakan nama , no matrix dan perkara lain seperti yang dinyatakan pada notice terkini .

berkenaan yuran plazarah tidak naik dan kekal seperti dulu..

haraf maklum..

salam ukhwah

amin




assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWA ( KAKS) akan diadakan
bagi pelajar tahun akhir di kolej-kolej kediaman UKM

tarikh : 11-15 mei 2009
tempat : akan dimaklumkan

sesiapa yg berminat boleh beri nama kat saya pada no. tepon ( 0132169769) atau beri komen sebelum 29 april 2009.

sila sertakan nama , no. matrix , no. handphone , email , fakulti, kursus..

salam ukhwah

amin



Aku sedang asyik membaca blog kawan baik ku yang merupakan MPP UKM ketika ini. Terlintas difikiran ku tentang amanah yang amat berat dipikul oleh seorang pemimpin. Pernah satu ketika aku ditegur dan diingatkan oleh seorang kawan ku tentang kepimpinan ku. Hingga sekarang aku masih berpegang kepada kata-katanya.


rahim(bukan nama sebenar), kau tau tak apa erti seorang pemimpin. Pemimpin ni umpama seorang raja yang duduk di atas satu puncak bukit. Rakyat ni pula umpama orang yang duduk di kaki-kaki bukit tersebut. Orang yang duduk di kaki-kaki bukit ni selalu mendongak untuk meliha keadaan rajanya yang ada di atas puncak bukit tersebut. Mereka sentiasa mengharapkan sesuatu yang dapat diberikan oleh sang raja kepada mereka. Mereka boleh melihat susuk tubuh sang raja keseluruhannya dari kaki hingga kepala. Sang raja pula hanya dapat melihat kepala rakyat-rakyatnya sahaja tanpa dapat melihat keseluruhan tubuh rakyatnya”


Itulah kata-kata keramat yang pernah aku terima dan membuatkan aku selalu berfikir akan amanah yang sedang aku pikul. Pangkat yang aku ada bukanlah satu kelebihan bahkan ia merupakan satu amanah yang amat berat sekali. Di dalam petikan pujangga arab ada mengatakan, “bila mana kamu menerima suatu tanggungjawab, umpama sebelah kakimu telah berada di neraka jahannam. Bila mana kamu leka atas amanah tersebut, maka akan terjunlah kamu kedalamnya secara keseluruhan. Tetapi bila mana kamu dapat melaksana dan menjaganya dengan baik, dirimu akan selamat”.


Rakyat selalu mengharapkan sesuatu kebaikan yang mampu diberikan oleh pemimpin kepada mereka. Tetapi dewasa ini dapat kita lihat bagaimana pemimpin terlalu rakus untuk mengejar nama, kemasyhuran dan harta. Kadang-kadang aku juga leka dan lalai bahawa tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas diri ini sangat berat sekali. Rakyat sanggup berkorban demi pemimpin yang mereka sayangi, tetapi apakah balasan yang telah diberikan oleh sang pemimpin. Ya Allah, aku amat takut akan kuasa yang aku ada ini. Kuasa yang aku miliki ini adalah ujian yang amat berat bagiku sehinggakan hanya air mata sahaja yang mampu memberi aku kekuatan dan dekat denganMu.


Rasullullah pernah bersabda yang berbunyi, “setiap dari kamu akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang telah kamu lakukan, dan pemimpin akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang telah dipimpin olehnya”. Ameer (ketua) adalah pemimpin bagi rakyatnya, suami adalah pemimpin bagi sesebuah keluarga dan tiap individu adalah pemimpin bagi diri mereka sendiri.


Apakah yang kamu kehendaki wahai pemimpin??? Ingatlah bahawa kuasa yang kita ada ini bukan satu keistimewaan bahkan ia merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dan dijaga dengan baik. Setiap tingkah laku si pemimpin akan diperhatikan dengan teliti oleh rakyat-rakyatnya. Hanya dengan sedikit kesilapan, akan dicanang keburukan itu di merata-rata tempat. Janganlah sesekali kita mengejar nama atau kemasyhuran atas setiap tindakan kita kerana sesungguhnya hati seorang pemimpin ini amat mudah dijangkiti dengan penyakit-penyakit hati. Ikhlaskan diri agar menerima keredhaan Allah.


“ya Allah jika hanya kerana kuasa ini aku jauh dariMu, maka engkau tariklah ia. Jika dengan kuasa ini aku dapat membangunkan agamaMu, maka bantulah aku. Jika dengan kuasa ini aku melakukan kerosakkan, hukumlah aku. Jika dengan kuasa ini aku dapat menjaga agamaMu, maka berikanlah aku kekuatan. Ya Allah, lindungilah aku dari segala permasalahan hati yang menyebabkan amalanku tidak diterima. Bantu dan lindungilah aku”


Pemimpin tanpa rakyat umpama sebatang pokok yang hanya ada batang tetapi tidak mempunyai akar. Bila adanya rakyat maka adanya pemimpin. Bila mana adanya akar, maka adanya batang bagi pokok itu. Terima kasih diucap kepada sahabat yang pernah menigatkan diri ini tentang hakikat pemimpin. Kata Umar r.a ketika beliau dilantik menjadi khalifah “sebaik-baik perkara yang mampu dilakukan oleh rakyat kepada pemimpinnya adalah memberi teguran kerana teguran adalah perkara yang paling berharga bagi seorang pemimpin”


Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Created by: tintapermata=>


WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali.
Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'.
Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana.
Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.

diharapkan kita sebagai muslim mengambil berat tentang perkara ini..

salam peringatan

amin


KUALA LUMPUR: Starting them young is believed to be the motto of a businessman who sold up to 50,000 controlled cough tablets a month to students for just 50 sen a piece. The man, in his 40s, was supplying the controlled cough narcotic, called Nospan, to secondary school students who wanted to get high.

Abuse of this medication results in hallucination, vomiting, drowsiness and other side effects.

Health authorities raided a Chinese medicine hall in Seremban yesterday morning and checks revealed that the licence for the premises had been revoked more than a year ago.

"The businessman supplied Nospan mainly in the Seremban area. It is understood that the man used the Chinese medicine hall as a front for his business," a pharmacy source disclosed.

"However, the authorities are investigating how the businessman managed to use a licence, which expired in 2007, to obtain a steady supply of Nospan, which is a controlled drug and for which users need a doctor's prescription to obtain it."

During the raid, the authorities found more than 10,000 Nospan pills and more than 100 types of controlled substances of various brands with a market value of RM20,000.

It is believed that the businessman has a regular supplier. Investigations are also being conducted on companies supplying Nospan to pharmacies.

Initial investigations indicate that the businessman sold Nospan illegally to mainly school students and is believed to have raked in thousands of ringgit every month.

"To avoid detection, the suspect was believed to have sold between 10 and 40 Nospan pills in unlabelled packages to customers in each transaction," the source said.

"For a cough prescription, one tablet is needed at a time. We believe the students take two or three pills at one time which is enough to cause hallucination.

"Addicts take between five and 10 tablets and achieve the same high as a conventional addict who takes heroin or syabu. Students resort to the drug because it is cheap."


sumber berita new srait time dan MPS.

berita ini memeranjatkan kita kerana kebanyakkan yang terlibat adalah masih belajar di sekolah menengah dan ia mesti di cegah!!!

oleh itu, ingatkan sahabat , adik2 kita agar tidak terlibat denganbenda yang bole merosak minda , tubuh badan

dan juga generasi pemuda dan pemudi Malaysia untuk masa akan datang...


salam ukhwah

amin



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:



"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung
timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:
iaitu yg lebih
bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,