ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


seifiniti kesyukuran kepada ilahi yang sentiasa memberi nikmat dan rezeki kepada hambanya untuk menguji kita samada kita sentiasa bersyukur atau disebaliknya.. selawat dan salam kepada junjungan kepada nabi junjungan , nabi muhammad s.a.w yang telah membawa sinar cahaya dan hidayah kepada seluruh umat di dunia ini . kehidupan yang berlalu adalah rakaman untuk masa akan datang yang akan dipertontonkan kembali pada alam yang semakin hampir iaitu alam akhirat. dunia sering mengejar kemajuan dan perubahan , rintihan isi bumi yang semakin resah dan gelisah tidak diendahkan oleh penduduknya. oleh itu, marilah sahabat-sahabat kita bermuhasabah diri agar sentiasa berada dibawah naugan ilahi dan hidup yang diberkati. kehidupan yang kekal semakin hampir.. waallahu'lam, hanya pencipta yang mengetahui ilmu yang tidak terbatas ini .

tahniah dan syabas , sahabat semua kerna telah menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang mengundi untuk memilih pemimpin masa akan datang.. alhamdullillah , moga-moga usaha kita akan diberkati..

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

ramai sahabat yang bertanya kepada saya berkenaan keputusan pilihan raya. alhamdullillah , keputusan baru diumumkan lewat malam tadi..

kerusi farmasi - mariah
kerusi medic 1 & 2 year - nasiha
kerusi dental - nassiha
kerusi fskb 1& 2 - muin
kerusi fskb 3& 4 - nurili
kerusi medic 3,4 &5 - farih

secara overall , mpp mahasiswa untuk kampus kesihatan , kita menang 4 kerusi .. untuk kampus ukmkl , mpp mahasiswa telah berjaya memperoleh 3 kerusi daripada 5.. keputusan penuh , sahabat bole melayari : http://smp.ukm.my/resultmpp/

alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang telah memberi mandat kepada sahabat-sahabat yang telah dipilih.. diharapkan kita akan mendapat manfaat dan perubahan untuk bersama-sama kita kearah mahasiswa minda kelas pertama.

pengumuman .. berkenaan wang pendahuluan rm500 telah diberikan check yang perlu diambil di pejabat bendahari.. bagi sebahagian mahasiswa seperti saya juga, pihak bendahari telah memasukkan duit tersebut dan sahabat perlu memeriksaan akaun bank serta melunaskan hutang di pejabat bendahari..

maafkan diri ini sekiranya ada salah silap disepanjang menerajui kepimpinan pmukm fakulti farmasi dan sebagainya secara langsung atau tidak langsung.. diharapkan dibawah kepimpinan baru nanti , mariah dapat membawa perubahan yang lebih besar untuk mahasiswa dan fakulti farmasi..

" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

" KEARAH MAHASISWA PROFESIONAL YANG UNGGUL "

SALAM UKHWAH

AMIN

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,