ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


JADILAH BENIH YANG BERNAS,

SERIBU TAHUN DIJEMUR PANAS,

DIGETUS DIGETAS BINATANG BUAS,

TETAP TUMBUH MENCETUS TUNAS,

NUKILAN ALMARHUM HAJI ABDULLAH MUHAMMAD


seifiniti kesyukuran kepada ilahi , kita masih lagi diberikan kehidupan di dunia ini untuk menjalani kehidupan sebagai makhluk yang semestinya menuntut diri berfikir dan mengkaji . kajian yang bermula dari kejadian alam yang indah dan unik seterusnya melibat diri makhluk itu sendiri sebagai manusia yang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

[MENEROBOS KEMAMPUAN DIRI]

kita adalah seorang yang mampu dalam mengurus kehidupan didunia ini dengan mengkaji kemampuan diri.

monolog dalaman diri :

" KNOW YOURSELF , YOU WILL CONQUER YOUR LIFE AND THE WORLD"

pemerhatian diri , ramai sahabat-sahabat mengetahui kelebihan diri , kemampuan diri dan kelemahan diri , tetapi kita sering menganggapnya perkara yang tidak perlu dan tidak penting. diri ini adalah pinjaman dari ilahi yang menuntut diri untuk melakukan kerja-kerja seharian , ibadat harian semata-mata untuk mengutip mutiara pahala dan butiran ilmu yang akan menjadi bekalan di alam akhirat nanti.. ramai juga sahabat berfikir agama dan kehidupan sesuatu benda perlu dipisahkan , agama hanya untuk ibadat semata-mata seperti solat , puasa, zikir dan sebagainya..

namun hakikat yang sebenar , agama adalah terkandung di dalam diari kehidupan seharian, pengetahuan berkenaan ilmu agama adalah penguatkuasa dalam diri untuk menjadi indikator kepada kemampuan diri samada kita akan melakukan perkara yang disuruh atau dicegah . memang benar , jika kita melakukan dosa dan maksiat , ia tidak memberi kesan yang drastik dan jelas kepada kehidupan kita dimuka bumi Allah ini , kita tidak akan diberikan denda terus jika melakukan kesalahan, kita umat akhir zaman , umat yang diberi kelebihan untuk kita berfikir dan memikir.. berfikir masa depan akan datang, bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan dan dosa tersebut .. moga-moga hidup diberkati..


" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "

menerobos kemampuan diri kearah kecemerlangan diri secara holistik .. menuntut diri sentiasa berfikir dan bermuhasabah atau kita menilai diri ini .. adakah diri ini mampu , adakah diri ini rela, adakah diri ini untuk keseronokan dunia, adakah diri ini seorang yang istimewa, bagaimana dengan diri sahabat yang lain , adakah sahabat lain mendapat peluang yang sama. pelbagai persoalan yang timbul pabila kita memikirkan secara holistik atau keseluruhan..

kecemerlangan diri yang holistik bukan hanya cemerlang dari segi akademiknya, bukan juga cemerlang dari kekayaannya , bukan juga cemerlang dari statusnya, tetapi cemerlang kerna ilmunya yang bermanfaat untuk semua makhluk, cemerlang kerna memperoleh kehidupan yang bahagia.. cemerlang kerna ketenangan hati , kesopanan akhlak dan keupaayaan minda ..

oleh itu , sahabat2 semua, marilah kita menerobos kemampuan diri, berfikir secara holistik, mempunyai visi dan misi yang sendiri , matlamat yang jelas dalam hidup, bermuhasabah diri untuk mengetahui kemampuan diri yang sebenar. menuju kearah kecemerlangan diri yang holistik mahupun di dunia dan akhirat..

" jadilah insan yang berfikir kerna kita akan mengetahui kemampuan diri.. jadilah insan yang bersyukur kerna kita akan memperoleh kemanisan dalam kehidupan, berusahalah kearah kecemerlangan diri secara holistik agar diri diberkati "

BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN MIDSEM YANG SEMAKIN HAMPIR

SALAM UKHWAH

AMIN

HAMBA YANG BANYAK KEKURANGAN




One Response so far.

  1. opto_eyework says:

    alhamdulillah satu motivasi u diri u terus bangkit mgejar impian dn kejayaan... ikhlaskan krn allah insyaallah hidup diberkati. syukran amin.

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,