Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera
seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi kerna kita masih diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah dan kerja-kerja didunia ini serta berkongsi idea dan pengalaman bersama-sama sahabat dalam menuju jalan ilahi ..
ANTARA TAHU VS MAHU
ANTARA FAHAM VS IKUT
ANTARA MASA VS HARTA
ANTARA DUNIA VS AKHIRAT
ANTARA ILMU VS TARBIYAH
MARI KITA BERFIKIR UNTUK MEMIKIR
perkongsian ilmu daripada sahabat.. sahabat ingin mengajak pembaca meneliti srategi yang dimainkan dalam permainan catur untuk diaplikasikannya dalam satu peperangan. Peperangan yang dimaksudkan disini bukan sekadar peperangan di
Dalam permainan catur apabila buah putih memulakan langkahnnya, bermakna bermulanya perubahan. Perubahan yang
Selepas buah putih memulakan langkahnya, lantas bagaimana pula buah hitam mahu bergerak. Permulaan langkah daripada buah putih diperhatikan dan diteliti, langkah pertama yang dimulakan memberi seribu kemungkinan.
Dalam situasi begini perkara pertama yang perlu ada pada kedua-dua pihak adalah undang-undang permainan, bagaimana pergerakan setiap buah catur. Contohnya kuda (knight) perlu bergerak 3 langkah tegak dan dua langkah ke kiri atau ke kanan, kelebihan kuda ini berbanding buah catur yang lain, ia adalah satu-satunya buah yang boleh bergerak dengan melangkah buah lain. Kemudian tembok (castle) pula hanya boleh bergerak secara menegak, kelebihannya boleh bergerak jauh dan peranannya kadang- kadang menyebabkan musuh tidak perasan akan kebolehan tindakan nya menyerang dari jauh. Begitu juga dengan (bishop), Permaisuri Putih (Queen), Raja (King), Askar (Pawns), Kaedah "castle- kingside”. Masing-masing ada peranan dan kelebihan tersendiri. Dengan mengetahuinya pemain boleh menentukan keutamaan kepentingan setiap buah tersebut apabila berlaku pertembungan antara dua, buah manakah yang perlu diselamatkan. Keutamaan bagi menyelamatkan buah tersebut adalah bukan dipilih secara sambrono, malah perlu mengambil kira kelebihan, kehebatan dan kelemahan diri sendiri dan juga pihak lawan.
Sebagai ahli yang berada dalam sebuah organisasi atau sepasukan tenaga kerja, apabila kita dipilih sebagai pemimpin, maka perlu bagi kita mengetahui peranan, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh setiap anak buah kita. Dengan demikian pencaturan dan pemobilasian setiap ahli dapat meletakkan mereka pada tempat yang sesuai dengan keupayaan mereka. Bahkan jika kita hanya sebagai ahli sekalipun, setiap antara kita memainkan peranan yang sangat penting untuk saling membantu antara sebahagian yang lain. Sehingga sampai tahap kita kadang-kadang perlu berkorban untuk menyelamatkan ahli yang lain demi mencapai matlamat utama yang dikehendaki.
Selepas mengetahui setiap pergerakan perlu pula mengetahui beberapa strategi mudah contohnya strategi pembukaan dan strategi membentuk kubu pertahanan seperti Ruy Lopez, King`s Gambit or Sicillian Defense. Strategi yang diperoleh adalah berdasarkan daripada pengalaman diri sendiri mahupun di kutip daripada orang lain yang lebih lama mengenali dan bergiat dalam perlawaanan ini.Perlu diingat bahawa pemilihan untuk menggunakan strategi ini perlu terlebih dahulu diteliti, ia juga mengambil kira kesesuaian strategi yang digunakan oleh pihak lawan.
Satu cara Grandmaster memperbaiki permainan mereka ialah dengan mengenal pasti apakah kesilapan yang pernah mereka lakukan. Mereka akan menganalisis kembali semua permainan yang telah dimainkan samada menang ataupun kalah. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kesilapan yang menyebabkan mereka kalah dan kesilapan pihak musuh yang menyebabkan mereka menang.
chess menjadi kegemaran diri ini sewaktu ketika dulu , ia benar mengajar diri ini cara berfikir dan mengurus kehidupan .. minda diasah dengan strategi yang perlu dibina dari kekalahan dan kesilapan yang dilakukan , ia memerlukan kesabaran dalam membuat keputusan , beberapa pertimbangan perlu dilakukan untuk menggerak walaupun selangkah , pergerakan lawan perlu diteliti , kemungkinan perlu dikaji dan dijangka.. insyaAllah , kita akan menjadi pemain yang hebat sekiranya kita mendalami dan mengkaji intipati yang deperoleh dari chess ini . Dalam kehidupan yang serba mencabar menuntut diri agar lebih bersedia dan berfikir . moga2 kehidupan ini mendapat ketenangan dan diridhai Allah ..
[ DAKWAH DAN TARBIAH ]
Tanpa dakwah, ajakan tidak berlaku, seruan tidak terjadi. Dakwah bukan sahaja menjentik minda tetapi perlu keberkesanan di hati. Kalimah dakwah bukan sekadar mengajak mengajar berfikir, bahkan membimbing manusia ke arah kebenaran dan perubahan. Dakwah tanpa tarbiyah, watak tidak terbentuk. Tarbiah tanpa dakwah tidak wujud cetusan, dan cetusan inilah permulaan kepada perubahan. Namun, perubahan dengan keyakinan tanpa ilmu menghasilkan mad`u yang keliru arah tujuan. Oleh itu dakwah dan tarbiyah beriringan membentuk mad`u yang memahami idealism dan realiti, teori dan praktis, keyakinan dan amalan.
MOGA-MOGA USAHA KITA DIBERKATI
" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT "
SALAM UKHWAH
AMIN