ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
alhamdulillah, kehidupan di dunia mengajar erti kehidupan untuk dijadikan keperluan dan persediaan untuk masa akan datang.. insan seperti kita semestinya sibuk dengan hal-hal duniawi untuk mengejar cita-cita bagi masa depan yang cerah.. dunia dicari untuk keperluan akhirat kelak .. moga2 kita sentiasa berusaha kearahnya..
[ IKTIBAR DARI LIMA JARI ]
.. syukur ke hadrat ilahi kerana makhluk yang dinamakan manusia.. manusia adalah sebaik2 kejadian yang dicipta Allah di dunia ini untuk beribadat kepadanya dan melakukan kebaikan didunia ini bagi mengutip butiran pahala yang akan dijadikan bekalan pada hari perhitungan kelak.. jiwaku merintih .. adakah amal ku telah cukup ? bagaimana dengan ibadat ku ? adakah ku mampu meniti titian siratulmustaqim ? adakah ku mampu melarikan diri dari api yang maha hebat dan dasyat? adakah ku akan diberi dengan buku tangan kanan atau sebalik nya? adakah ku telah menjalankan tanggungjawab ku sebagai mahkluk kepada tuan empunya bumi ini dan seluruh alam ? adakah ku mampu menggapai cita2 untuk kebahagian di syurga ? alangkah nikmatnya kehidupan di syurga.. sungai yang mengalir , diri yang sentiasa muda, kehendak yang sentiasa dipenuhi dengan dianugerahkan bidadari syurga.. adakah ku dapat memperolehnya? ku perlu tanya amal dan imanku .. adakah ku mampu?
jari adalah ciptaan Allah yang dianugerah kepada makhluknya.. dengan jari , insan bole melakukan pelbagai aktiviti dan perkara .. menulis , memegang , mengira dan banyak lagi..
5 jari yang dikurnia mempunyai banyak kegunaan dan keperluan untuk kita syukuri.. tahukah sahabat dengan jari kita bole menghayati hidup ini ..
jari kelingking adalah jari yang paling kecil dan halus .. jari yang mengingatkan diri kita di zaman bayi.. zaman kita masih kecil , halus dari budi pekertinya.. sentiasa menangis , mata yang sentiasa mahukan melihat keindahan dunia . kita masih kecil dan belum tahu tentang hakikat dunia sebenar.. kita diawasi dan dijaga rapi oleh ibubapa yang tersayang .. ibu bapa yang banyak berkorban untuk seorang insan.. manakan tidak , setiap masa perlu diawasi . susu yang perlu disediakan dan diberi , menangis tidak tentu hala pada masa-masa yang tidak dijangka.. pengorbanan ibu bapa yang mengerti keluhan anaknya yang masih tidak mampu melakukan sendiri.. itulah zaman bayi .. zaman kita paling kecil dan halus .. dari tapak kaki sebesar dua jari ibu kita dibesarkan.. alangkah besarnya pengorbanan ibu dan ayah..
insyaAllah akan bersambung untuk jari2 seterusnya.. berfikir untuk memikir .. ilham yang datang adalah ilmu dari ilahi untuk dikongsi bersama2..
salam ukhwah
amin
salam ukhwah
amin