ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
mengembara di bumi Allah, menuntut diri agar sentiasa berfikir berkenaan Alam dan kejadiannya..semestinya diri kita sebagai makhluk akan merasa diri sebagai hamba yang paling berjaya dan gemilang namun hakikat sebenarnya kita masih lagi diawang-awangan , tidak menentukan dimana tempat kita akhirnya.. adakah ditempat yang paling bahagia( syurga ) atau ditempat paling menderita ( neraka ) ? sama-sama kita muhasabah diri ini , hamba yang sentiasa mengejar ke arah fitrah , fitrah kebahagian yang hakiki namun banyak halangannya..
alhamdulillah, berkenaan masalah wang pendahuluan rm500 jpa/ptptn yang telah masuk akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon walaupun wang tidak dimasukkan didalam akaun bank mahasiswa.. saya telah berhubung dengan unit bendahari bangi dan bertandang di unit kaunseling berkenaan masalah ini . setelah dijelaskan masalah ini kepada pihak bendahari , insyaAllah, ada 2 cara untuk menyelesaikannya..
pertama ialah mereka akan membatalkan akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon terutama jpa kerana pemohon jpa mendapat biasiswa awal .. cara yang kedua adalah setelah pihak bendahari memasukkan wang tersebut didalam akaun iaitu sebanyak rm500 dan kita perlu membayarnya kembali wang tersebut kepada pihak bendahari kerana bagi mengelakkan pembatalan akaun penerima seperti ptptn yang masih belum masuk wangnya.. insyaAllah, semua keputusan akan berubah dari semasa ke semasa..
bersabar sahabat insyaAllah, masalah dapat diselesaikan.. yang pentingnya sahabat perlu menyemak akaun dan jumlah biasiswa atau pinjaman yang kita peroleh.. untuk pengetahuan sahabat farmasi , jumlah biasiswa kali ini ialah rm6350 ..
berkenaan masalah kemasukan akaun hutang penempatan kolej di dalam akaun walaupun sahabat tidak tinggal dikolej telah disampaikan dan alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diselesaikan .. cuba sahabat menyemak kembali akaun hutang anda..
berkenaan masalah yuran penempatan semester 2 tahun pertama yang berlaku mahasiswa farmasi sesi 2008/2009 dan tahun ini adalah tahun 3 telah disampaikan kepada pihak bendahari , diharapkan sahabat bersabar .. insyaAllah akan diselesaikan ..
" KEBAJIKAN KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"
SALAM UKHWAH
AMIN
"BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"
SALAM UKHWAH
AMIN