ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
HAKIKAT DIRI SEBAGAI MAKHLUK CIPTAAN ILAHI , KITA SEMESTINYA MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN YANG TIDAK TERHINGGA NILAI DAN BILANGANNYA KERNA SIFAT AR-RAHMAN (MAHA PEMURAH ) DAN AR-RAHIM ( MAHA PENYAYANG) . SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..
insyaAllah, jari yang kedua yang dikenali sebagai jari manis dimana di jari inilah akan disarungkan cincin permata apabila kita mahu berubah tangga. jari selepas jari kelingking adalah lebih panjang sedikit dan lebih besar melambang perkembangan yang berlaku setelah kita memasuki zaman bayi. kita akan membesar dengan sumber nutrient yang halal disamping dididik dari segi sikap dan perangainya dengan akhlak yang soleh .HAKIKAT DIRI SEBAGAI MAKHLUK CIPTAAN ILAHI , KITA SEMESTINYA MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN YANG TIDAK TERHINGGA NILAI DAN BILANGANNYA KERNA SIFAT AR-RAHMAN (MAHA PEMURAH ) DAN AR-RAHIM ( MAHA PENYAYANG) . SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..
ia adalah merupakan zaman kanak-kanak. semestinya pada zaman . kita akan mengalami pelbagai kenangan manis dan ceria.. kita bole melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh ibu bapa. kita sentiasa bermain , mencari perkara-perkara baru untuk diteroka , kita dijaga rapi dalam segenap perkara , kita bole melakukan dengan hati yang ceria dan gembira. pada zaman ini juga , kita tidak dikongkong tetapi diberi kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara. almaklum, ia adalah zaman otak kita berkembang, zaman sikap ingin tahu mula menjelma, ibu bapa tidak memarahi jika kita melakukan kesalahan , mereka akan sentiasa memantau dan melarang sesetengah perkara agar kita menjadi insan yang berguna kelak..
hakikat tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah masih belum diketahui, kita mula tahu memikirkan yang mana baik dan mana buruk , dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil, kearah diri yang semakin membesar dan mencapai tahap mumaiz . pada zaman ini, terasa diri ini adalah milik diri dan kebahagian itu datang dalam setiap masa, apa yang kita mahu akan kita peroleh , ibubapa akan sentiasa memenuhi keperluan hidup kita.. benar.. diri ini merasa zaman itu, zaman dimana kita bole main semua perkara, kita bole minta apa sahaja, kita bole makan apa yang dihajati, semua hanya perlu diucapkan.. sahabat2 mesti melalui zaman ini ..
sungguh besar anugerah ilahi untuk kita syukuri , besar sungguh pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan diri ini dan melayan kerenah dan telatah ketika zaman kanak-kanak. terima kasih ibu dan ayah.. doakan untuk kebahagian mereka moga2 mereka tergolong dalam ahli syurga.. insyaAllah , akan diteruskan untuk jari seterus ..
"BELAJAR MEMBERI DARI MENERIMA "
SALAM
UKHWAH AMIN
SALAM
UKHWAH AMIN