seifiniti kesyukuran kepada ilahi yang sentiasa memberi nikmat dan rezeki kepada hambanya untuk menguji kita samada kita sentiasa bersyukur atau disebaliknya.. selawat dan salam kepada junjungan kepada nabi junjungan , nabi muhammad s.a.w yang telah membawa sinar cahaya dan hidayah kepada seluruh umat di dunia ini . kehidupan yang berlalu adalah rakaman untuk masa akan datang yang akan dipertontonkan kembali pada alam yang semakin hampir iaitu alam akhirat. dunia sering mengejar kemajuan dan perubahan , rintihan isi bumi yang semakin resah dan gelisah tidak diendahkan oleh penduduknya. oleh itu, marilah sahabat-sahabat kita bermuhasabah diri agar sentiasa berada dibawah naugan ilahi dan hidup yang diberkati. kehidupan yang kekal semakin hampir.. waallahu'lam, hanya pencipta yang mengetahui ilmu yang tidak terbatas ini .
tahniah dan syabas , sahabat semua kerna telah menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang mengundi untuk memilih pemimpin masa akan datang.. alhamdullillah , moga-moga usaha kita akan diberkati..
sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
ramai sahabat yang bertanya kepada saya berkenaan keputusan pilihan raya. alhamdullillah , keputusan baru diumumkan lewat malam tadi..
secara overall , mpp mahasiswa untuk kampus kesihatan , kita menang 4 kerusi .. untuk kampus ukmkl , mpp mahasiswa telah berjaya memperoleh 3 kerusi daripada 5.. keputusan penuh , sahabat bole melayari : http://smp.ukm.my/resultmpp/
alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada mahasiswa yang telah memberi mandat kepada sahabat-sahabat yang telah dipilih.. diharapkan kita akan mendapat manfaat dan perubahan untuk bersama-sama kita kearah mahasiswa minda kelas pertama.
pengumuman .. berkenaan wang pendahuluan rm500 telah diberikan check yang perlu diambil di pejabat bendahari.. bagi sebahagian mahasiswa seperti saya juga, pihak bendahari telah memasukkan duit tersebut dan sahabat perlu memeriksaan akaun bank serta melunaskan hutang di pejabat bendahari..
maafkan diri ini sekiranya ada salah silap disepanjang menerajui kepimpinan pmukm fakulti farmasi dan sebagainya secara langsung atau tidak langsung.. diharapkan dibawah kepimpinan baru nanti , mariah dapat membawa perubahan yang lebih besar untuk mahasiswa dan fakulti farmasi..
mengembara di bumi Allah, menuntut diri agar sentiasa berfikir berkenaan Alam dan kejadiannya..semestinya diri kita sebagai makhluk akan merasa diri sebagai hamba yang paling berjaya dan gemilang namun hakikat sebenarnya kita masih lagi diawang-awangan , tidak menentukan dimana tempat kita akhirnya.. adakah ditempat yang paling bahagia( syurga ) atau ditempat paling menderita ( neraka ) ? sama-sama kita muhasabah diri ini , hamba yang sentiasa mengejar ke arah fitrah , fitrah kebahagian yang hakiki namun banyak halangannya..
alhamdulillah, berkenaan masalah wang pendahuluan rm500 jpa/ptptn yang telah masuk akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon walaupun wang tidak dimasukkan didalam akaun bank mahasiswa.. saya telah berhubung dengan unit bendahari bangi dan bertandang di unit kaunseling berkenaan masalah ini . setelah dijelaskan masalah ini kepada pihak bendahari , insyaAllah, ada 2 cara untuk menyelesaikannya..
pertama ialah mereka akan membatalkan akaun hutang di akaun mahasiswa yang memohon terutama jpa kerana pemohon jpa mendapat biasiswa awal .. cara yang kedua adalah setelah pihak bendahari memasukkan wang tersebut didalam akaun iaitu sebanyak rm500 dan kita perlu membayarnya kembali wang tersebut kepada pihak bendahari kerana bagi mengelakkan pembatalan akaun penerima seperti ptptn yang masih belum masuk wangnya.. insyaAllah, semua keputusan akan berubah dari semasa ke semasa..
bersabar sahabat insyaAllah, masalah dapat diselesaikan.. yang pentingnya sahabat perlu menyemak akaun dan jumlah biasiswa atau pinjaman yang kita peroleh.. untuk pengetahuan sahabat farmasi , jumlah biasiswa kali ini ialah rm6350 ..
berkenaan masalah kemasukan akaun hutang penempatan kolej di dalam akaun walaupun sahabat tidak tinggal dikolej telah disampaikan dan alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diselesaikan .. cuba sahabat menyemak kembali akaun hutang anda..
berkenaan masalah yuran penempatan semester 2 tahun pertama yang berlaku mahasiswa farmasi sesi 2008/2009 dan tahun ini adalah tahun 3 telah disampaikan kepada pihak bendahari , diharapkan sahabat bersabar .. insyaAllah akan diselesaikan ..
HAKIKAT DIRI SEBAGAI MAKHLUK CIPTAAN ILAHI , KITA SEMESTINYA MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN YANG TIDAK TERHINGGA NILAI DAN BILANGANNYA KERNA SIFAT AR-RAHMAN (MAHA PEMURAH ) DAN AR-RAHIM ( MAHA PENYAYANG) . SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W..
insyaAllah, jari yang kedua yang dikenali sebagai jari manis dimana di jari inilah akan disarungkan cincin permata apabila kita mahu berubah tangga. jari selepas jari kelingking adalah lebih panjang sedikit dan lebih besar melambang perkembangan yang berlaku setelah kita memasuki zaman bayi. kita akan membesar dengan sumber nutrient yang halal disamping dididik dari segi sikap dan perangainya dengan akhlak yang soleh .
ia adalah merupakan zaman kanak-kanak. semestinya pada zaman . kita akan mengalami pelbagai kenangan manis dan ceria.. kita bole melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh ibu bapa. kita sentiasa bermain , mencari perkara-perkara baru untuk diteroka , kita dijaga rapi dalam segenap perkara , kita bole melakukan dengan hati yang ceria dan gembira. pada zaman ini juga , kita tidak dikongkong tetapi diberi kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara. almaklum, ia adalah zaman otak kita berkembang, zaman sikap ingin tahu mula menjelma, ibu bapa tidak memarahi jika kita melakukan kesalahan , mereka akan sentiasa memantau dan melarang sesetengah perkara agar kita menjadi insan yang berguna kelak..
hakikat tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah masih belum diketahui, kita mula tahu memikirkan yang mana baik dan mana buruk , dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil, kearah diri yang semakin membesar dan mencapai tahap mumaiz . pada zaman ini, terasa diri ini adalah milik diri dan kebahagian itu datang dalam setiap masa, apa yang kita mahu akan kita peroleh , ibubapa akan sentiasa memenuhi keperluan hidup kita.. benar.. diri ini merasa zaman itu, zaman dimana kita bole main semua perkara, kita bole minta apa sahaja, kita bole makan apa yang dihajati, semua hanya perlu diucapkan.. sahabat2 mesti melalui zaman ini ..
sungguh besar anugerah ilahi untuk kita syukuri , besar sungguh pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan diri ini dan melayan kerenah dan telatah ketika zaman kanak-kanak. terima kasih ibu dan ayah.. doakan untuk kebahagian mereka moga2 mereka tergolong dalam ahli syurga..insyaAllah , akan diteruskan untuk jari seterus ..
pertama-tama ucapan seifiniti kesyukuran ke hadrat ilahi kerna kita masih lagi diuji.. ujian yang mendatang mematang diri kita sebagai insan.. rintihan yang datang ada hikmah dan pengajaran yang bole kita perolehi untuk masa depan..
kepada sahabat2 saya berharap kita bersabar dan ikhlas diri moga-moga ia menjadi bekalan kita masa perhitungan kelak.. berkenaan program bersama-sama kanak-kanak gaza di ukm kl pada 16 jan 2010 adalah tidak benar.. didalam laman web halaqah.net ada membincangkannya.. laman webnya [ http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10056.0 ] ..
diharapkan sahabat-sahabat bersabar , insyaAllah , ada hikmah disebaliknya..
yang keduanya, alhamdulillah, duit JPA telah dimasukkan ke dalam akaun. [ sujud syukur ] . diharapkan sahabat dapat menguruskan sebaik mungkin .. tetapi kepada sahabat-sahabat yang memohon wang pendahuluan rm500 .. telah dimasukkan hutang ke dalam akaun yuran kita walaupun duit belum diperoleh.. insyaAllah , perkara tersebut akan disampai kepada pejabat bendahari dan unit kauseling.. diharapkan sahabat bersabar
'' kita selalu diberi rezeki , tetapi kurang bersyukur, kita diberikan ujian tetapi kita kurang bertawakal , kita adalah insan yang perlu menyedari diri ini bukanlah milik mutlak tetapi kita dimiliki , tubuh ini adalah pinjaman dari pencipta "
alhamdulillah, kehidupan di dunia mengajar erti kehidupan untuk dijadikan keperluan dan persediaan untuk masa akan datang.. insan seperti kita semestinya sibuk dengan hal-hal duniawi untuk mengejar cita-cita bagi masa depan yang cerah.. dunia dicari untuk keperluan akhirat kelak .. moga2 kita sentiasa berusaha kearahnya..
[ IKTIBAR DARI LIMA JARI ]
.. syukur ke hadrat ilahi kerana makhluk yang dinamakan manusia.. manusia adalah sebaik2 kejadian yang dicipta Allah di dunia ini untuk beribadat kepadanya dan melakukan kebaikan didunia ini bagi mengutip butiran pahala yang akan dijadikan bekalan pada hari perhitungan kelak.. jiwaku merintih .. adakah amal ku telah cukup ? bagaimana dengan ibadat ku ? adakah ku mampu meniti titian siratulmustaqim ? adakah ku mampu melarikan diri dari api yang maha hebat dan dasyat? adakah ku akan diberi dengan buku tangan kanan atau sebalik nya? adakah ku telah menjalankan tanggungjawab ku sebagai mahkluk kepada tuan empunya bumi ini dan seluruh alam ? adakah ku mampu menggapai cita2 untuk kebahagian di syurga ? alangkah nikmatnya kehidupan di syurga.. sungai yang mengalir , diri yang sentiasa muda, kehendak yang sentiasa dipenuhi dengan dianugerahkan bidadari syurga.. adakah ku dapat memperolehnya? ku perlu tanya amal dan imanku .. adakah ku mampu?
jari adalah ciptaan Allah yang dianugerah kepada makhluknya.. dengan jari , insan bole melakukan pelbagai aktiviti dan perkara .. menulis , memegang , mengira dan banyak lagi.. 5 jari yang dikurnia mempunyai banyak kegunaan dan keperluan untuk kita syukuri.. tahukah sahabat dengan jari kita bole menghayati hidup ini ..
jari kelingking adalah jari yang paling kecil dan halus .. jari yang mengingatkan diri kita di zaman bayi.. zaman kita masih kecil , halus dari budi pekertinya.. sentiasa menangis , mata yang sentiasa mahukan melihat keindahan dunia . kita masih kecil dan belum tahu tentang hakikat dunia sebenar.. kita diawasi dan dijaga rapi oleh ibubapa yang tersayang .. ibu bapa yang banyak berkorban untuk seorang insan.. manakan tidak , setiap masa perlu diawasi . susu yang perlu disediakan dan diberi , menangis tidak tentu hala pada masa-masa yang tidak dijangka.. pengorbanan ibu bapa yang mengerti keluhan anaknya yang masih tidak mampu melakukan sendiri.. itulah zaman bayi .. zaman kita paling kecil dan halus .. dari tapak kaki sebesar dua jari ibu kita dibesarkan.. alangkah besarnya pengorbanan ibu dan ayah..
insyaAllah akan bersambung untuk jari2 seterusnya.. berfikir untuk memikir .. ilham yang datang adalah ilmu dari ilahi untuk dikongsi bersama2..
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayahNya , kita masih lagi diberikan peluang dan ruang untukmeneruskan kehidupan di dunia ini bagi mengutip butiran-butiran pahala untuk dijadikan bekalan untuk hari yang mendatang. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat serta keluarga baginda yang berjuang untuk membawa sinar kebahagian kepada umat sejagat. Saya mengucapkan selamat tahun baru 2010 dan salam maal hijrah kepada sahabat-sahabat yang sedangrancak memulakan gerak dan langkah untuk meniti pencarian ilmu di bumi UKM . Selamat kembali berjuang menuntut ilmu dan mengilham harapan sertaazam yang baru untuk mencapai pembangunan diri secara holistik dan menjadi mahasiswa yang cemerlang di dunia dan akhirat.
“ jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, jadikan tahun ini lebih cemerlang dari tahun sebelumnya”
Mahasiswa/i yang dihormati,
Genap hampir setahun , saya memegang tampuk kepimpinan PMUKM fakulti farmasi bersama-sama barisan MT dan exco yang lain . Pelbagai kejayaan , dugaan dan masalah yang dihadapi untuk kami tempuh bersama-sama dalam menjalankan tugas sebagai wakil mahasiswa untuk menyuarakan hasrat dan harapan mahasiswa. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan MT dan exco PMUKM fakulti farmasi yang bertungkus- lumus menjalankan tugas sebaik mungkin serta sahabat-sahabat fakulti farmasi yang sentiasa memberi semangat dan kerjasama untuk memberikan cadangan yang kritis dan pandangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kredibiliti fakulti farmasi untuk menjadi fakulti yang terbaik kelak. Diharapkan semua yang terlibat mendapat manfaat serta memperolehcoretan kenangan untuk diukirpada masa depan dalam menjalani latihan kehidupan sebagai ahli farmasi professional .
Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran fakulti farmasi serta pensyarah yang sentiasa memberi idea dan kerjasama untuk bersama-sama bergerak ke hadapan menuju kejayaan menjadi fakulti terkehadapan . Tidak lupa juga , ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran kolej tun syed nasir, pihak unit pengangkutan UKM , pihak bendahari UKM , JAKSA kolej tun syed nasir serta pihak-pihak yang banyak memberi kerjasama demi menjaga kebajikan kami semua sebagai mahasiswa UKM.
“ bergerak seiringan , memimpin perubahan”
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya, kita telah melihat pelbagai perubahan yang berlaku dalam diri kita sebagai mahasiswa dan juga keadaan di sekeliling kita samada ia perubahan yang positif mahupun negatif. Kehidupan di muka bumi Allah ini menuntut diri kita agar berubah kearah yang lebih baik dan cemerlang. Tahun 2010 ini , kita telah melihat perubahan yang berlaku di bilik-bilik kuliah dengan kemudahan-kemudahan yang telah dipertingkatkan untuk keselesaan kita semua selepas kita melalui era perubahan jabatanfarmasi menjadi sebuah fakulti . Diharapkan sahabat semua akan bergerak seiringin memajukan diri dan melakukan perubahan kearah pembentukan mahasiswa yang unggul dan professional . selain itu, ucapan terima kasih kepada pihak unit pengangkutan yang sentiasa mengambil berat kebajikan kami dengan melakukan perubahan seperti menyediakan kemudahan bas selepas pukul 9 serta pelbagai perubahan lain yang memudahkan perjalanan kami semua. Tidak lupa juga, masalah yuran yang berlaku dalam bentuk pakej juga telah diajukan dan telah berlaku perubahan untuk manfaat semua . Alhamdulillah, semua yang berlaku adalah kehendak ilahi atas usaha bersama yang kita lakukan . terima kasih kepada sahabat semua yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyampaikan aduan dan cadangan untuk saya bersama-sama barisan exco yang lain berusaha untuk menjaga kebajikan kita semua.
Mahasiswa yang dirahmati,
Dipenghujung meniti kehidupan untuk menutup tirai tugasan MPP mahasiswa fakulti farmasi , saya berharap sahabat-sahabat mendapat manfaat daripada program-program yang telah diadakan seperti dialog bersama mahasiswa, program “ one week, one article ”, quiz pengetahuan am , pharm quiz di UIA serta sistem kebajikan bersepadu dan pelbagai program lain untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman serta mengeratkan lagi hubungan sesama kitadan mahasiswa di universiti yang lain. Selain itu , saya mengucapkan ribuan kemaafan sekiranya saya bersama-sama barisan MT dan exco yang lain telah melakukan kesilapan dan kesalahan dalam menuturkata-kata dan menjalankan tugas ini .
Sebagai penutup perutusan terakhir ini , saya berharapagar mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran yang lain terutamanya sahsiah diri serta dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar. Selamat memilih barisan kepimpinan yang baru, pilihlahyang terbaik kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Mahasiswa idealisma , Mahasiswa pendokong Negara tercinta.
INSYAALLAH, AKAN DIADAKAN LARIAN AMAL PALESTIN PADA 16 JANUARI 2010 DITAMAN TASIK PERMAISURI.. SIJIL PENYERTAAN ADA DISEDIAKAN..MASA : 7.30 PAGI HINGGA 10 PAGI
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : LIYANA- O172332050 FAIZUDDIN : 01332515145
" HIDUP INI ADALAH UJIAN KEPADA MAKHLUKNYA, BERAMAL SEBELUM TERLAMBAT" BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA SALAM UKHWAH AMIN
KEPADA YANG MENGAMBIL KHIDMAT MASYARAKAT PADA SEMESTER INI , BERIKUT MERUPAKAN MASA DAN TEMPAT UNTUK KELAS PADA 9 JANUARI 2010..
esok HM1021 set 2 di tibe 9 am, set 3 di dk3 11 am... HM1023 set 2 di dk2 11 am, set 3 di dk1 8 am, set 4 di dk3 8am..
INFORMASI DARI SAHABAT ( CHE YANG) TERIMA KASIH
" jaga lah hati , kerna ia permata untuk kita, jagalah ukhwah kerna ia akan memberi kemanisan pd kemudian hari, jaga lah hubungan kita dengan ilahi kerna ia tempat kita kembali , jaga lah diri agar kita menuju ke jalan di redhai "
PERTAMA2NYA MARI KITA BERMUHASABAH DIRI INI YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN LEKA DENGAN DUNIA.. DUNIA YANG PENUH TIPU DAYA DAN PERMAINAN .. NAMUN HAKIKATNYA ATURANNYA ADALAH KETENTUAN ILAHI.. WAHAI SAHABTKU, MARILAH KITA BERSYUKUR DENGAN PELBAGAI REZEKI DAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA IAITU HAMBA YANG SENTIASA DIUJI..
KITA JUGA DIUJI DENGAN KEKERINGAN DUIT YANG MENJADI NEGATIF SIMPANANNYA.. DIRI INI JUGA MERASA KEADAAN TERSEBUT DAN DIHARAPKAN SAHABAT BERSABAR ... PIHAK JPA TELAH MENAMPAL NOTIS PEMBERITAHUAN TENTANG KELEWATAN PEMBAYARAN DUIT TERSEBUT .. ALHAMDULILLAH, MEREKA TELAH MENYEDIAKAN ALTERNATIF IAITU MENDAPAT DUIT AWAL RM500..
PROESEDURNYA ADALAH SAHABAT PERLU MEMBAWA SALINAN I/C ATAU SALINAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN AKAN MENGISI BORANG UNTUK DUIT PENDAHULUAN TERSEBUT.. INSYAALLAH , DALAM MASA SEMINGGU , DUIT AKAN DIMASUKKAN.. CONTOHNYA DIRI INI TELAH MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR.. DITANYA BILA AKAN DAPAT, INSYAALLAH MINGGU DEPAN... PERHATIAN SAHABAT2, PERMOHONAN PERLU DIBUAT DI BILIK KAUNSELING , ARAS 5 BLOK E PADA HARI RABU SAHAJA ..BILIK TERSEBUT TERLETAK BERHAMPIRAN KAUNTER UNTUK BENDAHARI UNTUK BAYAR YURAN , DIBAHAGIAN KIRI , BILIK PERTAMA ...
INFO PENTING!!
DIPEROLEH DINOTIS FAKULTI
PERHATIAN KEPADA PELAJAR2 BERMULA SESI PENGAJIAN 2008/2009 DAN KEATAS, YANG MENETAP DI LUAR KOLEJ YANG MASIH BELUM MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BERSEKUTU KOLEJ UNTUK PENILAIAN KONPENTENSI GENERIK
DIKEHENDAKI ( WAJIB ) MENDAFTAR DENGAN KADAR SEGERA..
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN BOLEH DIAMBIL DI BAHAGIAN AKADEMIK KOLEJ PUSAT PERKEMBANGAN PELAJAR, ARAS 4 BANGUNAN PUSANIKA, UKM BANGI..
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 18 JANUARI 2010 ( ISNIN )
KEPADA SAHABAT YANG TERLIBAT SILA AMBIL PERHATIAN.. NOTIS TELAH DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN DI FAKULTI
DIHARAPKAN SAHABAT DAPAT MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAIN ..
Tuhanku... Aku berdo'a untuk memiliki seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada sebahagian di hatinya setelah Engkau, Rasulnya, Para Ulama' dan Ibubapanya Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan teladan RasulMu ada pada dirinya Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas Seorang yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku Seorang yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya
Tuhanku... Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna
Tuhanku... Aku juga meminta, Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan: "Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan Amin....
PERKONGSIAN ILMU UNTUK MENJADI PEDOMAN UNTUK SEMUA INSAN .. LEBIH-LEBIH LAGI KITA SEBAGAI INSAN BERGELAR MANUSIA, YANG MAHUKAN CINTA SELEPAS MERAIH CINTA ILAHI .. TERIMA KASIH SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI PERINGATAN DENGAN NUKILAN YANG BERMAKNA UNTUK MENJADI INDIKATOR UNTUK LELAKI , BERUSAHA SELAGI ADA MASA.. KERNA MASA ITU SENTIASA MENCEMBURUI KITA..
"DUNIA ADALAH PERSINGAHAN YG SEMENTARA" SALAM UKHWAH
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ku biarkan Qalam berbicara..agar mudah untuk mengerti ape yang telah terjadi..Aku sedaya upaya untuk mempersembahkan yang terbaik, dikala masih belajar mendayung bahtera di arena angkasaraya yang terbuka luas ini..Semoga ALLAH tunjukkan jalan untuk menempuhi jalan perjuangan Islam..doa jua teguran dari sahabat ku dambakan..Moga aku istiQamah dalam perjuangan ini.
TUGAS HARIAN DAN GERAK LANGKAH KU
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MSU SPORT GAME - 6/3
PHARMACYNITE - MASQURADE .>> 13/3
BULAN PENGHAYATAN ISLAM - 4 /3 - 20/3
PROGRAM KEM KERJA BERPASUKAN DAN BENGKEL MOTIVASI - 27/3
PROGRAM HARI PENGHARGAAN PMUKM FAKULTI FARMASI - DALAM PERANCANGAN.. TARGET SEBELUM FINAL ..
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MUTIARA HATI
"Ilmu yang berguna itu seperti permata di dalam timbunan kaca. Sinarnya sukar untuk dibezakan. Carilah ia walaupun jemarimu luka. Sentiasa suburkan hidupmu sebagai insan yang cintakan ilmu."
SLOGAN PERJUANGAN
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan." - Ustaz Hasrizal Jamil
MOTIVASI BUATKU
BAITI JANNATI - BAITUL MUSLIM DAKWAH IMPIAN YANG MAHU DIKECAPI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM AIDIL ADHA seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi, masih lagi diberikan ruang, masa serta nikmat yang pelbagai ...
GO AHEAD , BERFIKIR UNTUK MEMIKIR
MPP PMUKM FARMASI 2009
WE LOVE UKM!
3 DASAR : Kebajikan, keintelektualan, falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA
~Melangkah dan terus melangkah membuka dimensi baru kepimpinan Malaysia~
GMUKM HARAPAN BARU MAHASISWA
TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH:
1) Cinta kepada kematian.2) bermunajat kepada Allah 3) sentiasa berzikir kepada Alah 4) Berjuang ke jalan Allah
MATLAMAT JELAS=TINDAKAN JELAS
BILA UKHWAH BERSEMI
Teguhkan imanmu wahai sahabat-sahabat..luruskan saf...satukan hati-hati kami Ya Allah....agar ISLAM tertegak di bumi UKM yang dicintai ini..
MUTIARA KATA
Tiada bekal yang lebih utama daripada TAQWA....tiada sesuatu yang lebih daripada DIAM..tiada musuh yang lebih bahaya daripada KEBODOHAN...tiada penyakit yang lebih parah daripada BERBOHONG
AMPUNILAH AKU YA ALLAH....
Dalam kita mengharungi kehidupan, terkadang hati diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang melalaikan hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa... tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan...moga kita ditetapkan iman...amiin...
JIHADKU.....
Setapak ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan....
KATAKAN TIDAK KEPADA "COUPLE"
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". ( ali-imran :104)
BACALAH AL-QURAN
Satu wasilah untuk Allah berbicara pada hati kita. Mungkin, dalam kesibukan, aku terlupa untuk bertemu sahabat yang paling hampir dengan kita iaitu Al-Quran. Di dalamya terdapat pujian Allah terhadap hambaNya. Di dalamnya, tersusun indah ayat pujukan buatmu, kala diri lemah dan tersisih. Segala-galanya ada di dalamnya. Moga kita termasuk dalam golongan tawwabin. InsyaAllah.
mutiara CINTA dan RINDU
"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya padaMu, agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa itu untuk aku selalu merinduiMu, hingga akhir nyawa meninggalkan raga di hatiku hanya untuk satu cinta. Bila tidak mampu aku menyintaiMu, kemana harus kusembunyikan wajahku, Bila berjumpa denganMu ya Robbi."
KITA ADALAH KHALIFAH DI MUKA BUMI FANA INI
"Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!" "Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan!" "Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"
RAMUAN CINTA
Sudahkah kau temukan ramuan paling rahsia itu agar seluruh orang di dunia ini mencintai Allah sepenuh jiwa raganya?
WAKTUMU.....
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari 'ilmu maka Allah akan permudahkannya jalan ke syurga (Hadith Riwayat Muslim)
HIDUP INI UNTUK DAKWAH
Penuhilah kehidupan ini dengan da'wah. nescaya tenang hatimu lantaran membantu manusia untuk beriman & beramal untuk mendekatkan diri kepada Allaah