assalamulaikum w.b.t dan salam sejatera

alhamdullillah, syukur kepada pencipta yang maha berkuasa dan bijaksana, kita masih diberi nikmat yang tidak terkira.. [nikmat sihat dan aman ] .... nikmat ilmu yang luas yang dikurniakan pencipta kepada makhluknya..

diri ini bersyukur kerana dapat bersama-sama sahabat semua untuk menimba ilmu , mengorek pengalaman dan menggilap bakat dalam program simulasi khidmat masyarakat yang diadakan bermula jumaat ( 16 oktober 2009) hingga ahad ( 18 oktober 2009). alhamdullillah, banyak input-input berguna yang dapat diperoleh dan dijadi bekalan untuk masa akan datang.. peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diri terpilih untuk menjadi ahli pasukan 2. kami memberi nama kumpulan sebagai kumpulan anak-anak nasir kerana kami merupakan penghuni kolej tun syed nasir ..

tugasan program diberikan kepada setiap kumpulan, kami ditugaskan untuk membentuk organisasi untuk merancang dan melaksanakan program yang berbentuk kemasyarakatan.. awalnya, kami memilih untuk membuat lawatan ke rumah orang tua tetapi ia perlu ditukar kepada program yang lain kerana sebab-sebab tertentu, akhirnya, kami memilih untuk membuat khidmat masyarakat di perkampungan orang asli.. alhamdullillah, kata sepakat telah tercapai , maka program KEMBARA KASIH PERIBUMI telah dilancarkan .

KEMBARA KASIH PERIBUMI

"MENABUR JASA, MENGENAL DUNIA"


KAMPUNG ORANG ASLI DONGLAI BARU , SEMENYIH , SELANGOR

18 - 20 DISEMBER 2009


bermula lah tugasan-tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap exco dan MT , akhirnya kertas kerja , laporan postmortem , surat- surat yang berkenaan , banner dan logo telah disiapkan dengan jayanya.. tidak cukup dengan itu, kami perlu menyediakan persembahan sketsa untuk dipersembahkan selama tujuh minit .. alhamdullillah semua berjalan lancar..

pelbagai nilai yang diterapkan dan kemahiran yang kami peroleh melalui program ini. antaranya ialah nilai kerjasama antara kumpulan, kemahiran berorganisasi , kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran memimpin , komunikasi, kemahiran sosial dan budaya dan banyak lagi.. diri bersyukur dapat menambah ilmu dan kemahiran bersama-sama sahabat lain ..

tahniah diucapkan kepada semua warga kumpulan anak-anak nasir : hamdi, kirin, sapri, hakim , pek yang, che yang , nailah , tan, mira , josephine, shirley, jacquline, rini , wani , sweet leng ,jason , fatin , hafsah , pea, .. syabas atas semangat berpasukan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan setiap perkara yang diberi.
semoga pengalaman yang diperoleh dapat digunakan untuk masa akan datang .. kearah mahasiswa yang berjiwa glokal dalam membentuk masyarakat kelas pertama ..

SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN FINAL EXAM

ILMU SINAR KEBAHAGIAAN


SALAM UKHWAH

AMIN







Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,