Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera
pertama-tamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana masih diberi peluang dan ruang untuk hidup berbakti dan beramal di ladang untuk akhirat iaitu bumi ciptaan ilahi..
Alhamdulillah, kita masih lagi hidup dalam keadaan aman dan tenteram di muka bumi malaysia dan marilah kita berdoa untuk kesejahteraan sahabat-sahabat yang ditimpa musibah gempa bumi indonesia dan berharap agar Allah memberi perlindungan dan pertolongan kepada mereka.. oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan jiwa ini bahawa setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan ilahi yang semestinya mengajak diri dan akal makhluknya untuk berfikir dan memikir.
bersyukur kepada ilahi kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu berkenaan kejadian yang berlaku di alam ini .. jika dahulu , kita digemparkan dengan gelombang tsunami yang mengganas, selsema burung dan H1N1 yang membimbangkan sehingga diri ini juga telah mengalaminya dan hari ini , sekali lagi kita diuji dengan kejadian Alam yang merupakan peringatan dari ilahi untuk hambanya berfikir. gempa bumi yang melanda sahabat kita di seberang sana dan kita juga merasa gegarannya di bumi malaysia.
Diri ini sering tertanya-tanya. adakah ia merupakan peringatan dari pencipta ? atau ia sekadar perubahan muka bumi yang berlaku ? adakah kita telah lalai tentang tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ? adakah kita lupa tentang keagungan pencipta ? adakah kita cinta pada dunia dan takut pada mati?
banyak persoalan yang timbul dalam diri ini dan sahabat2 semua yang menjadikan diri dan jiwa tidak tenteram .. maha suci Allah, tuhan sekalian alam.. ilmu isi al-quran adalah sangat luas.. cahaya petunjuk kepada orang yang beriman. insyaAllah , sahabat-sahabat , marilah kita insafi diri dan bermuhasabah diri kerana segala yang berlaku di dalam kehidupan ini adalah ketentuan ilahi.
Allah bersifat pemurah kepada seluruh makhluknya di muka bumi tanpa mengira agama, bangsa dan negara . allah maha penyayang kepada makhluk yang beriman dan beramal soleh.. kejadian yang berlaku ada hikmah dan peringatan yang tersurat dan tersirat .. kita sebagai makhluk bersama2 memperbaiki diri , iman , akhlak agar tergolong dalam golongan yang beriman..
ujian yang datang dalam pelbagai bentuk dan keaadan, ada ketika kita senang dan bahagia , ada juga ketika kita susah dan berduka seperti yang berlaku kepada sahabat kita di indonesia.. semua yang berlaku menuntut diri ini dan sahabat2 untuk berfikir dan berubah.. marilah kita berdoa agar Allah permudahkan urusan dan menyelamat sahabat-sahabat yang ditimpa musibah dan ujian..
berfikir untuk memikir
" kehidupan di dunia adalah ladang untuk akhirat "
salam ukhwah
amin
" kehidupan di dunia adalah ladang untuk akhirat "
salam ukhwah
amin