ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
pertama-tamanya , kita mengucapkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup di muka bumi ciptaan Allah yang semakin hari semakin berkurang kestabilannya. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w yang berjaya menyampaikan cahaya dan ilmu untuk makhluk dimuka bumi agar menjadi insan yang beriman dan bertakwa untuk bertemu dengan janji ilahi yang pasti iaitu syurga.
alhamdullillah, bermula hari semalam 9 oktober 2009( sabtu ) hingga hari ini 10 oktober 2009 ( ahad) telah diadakan program "pharmacy awareness 2009" yang bertemakan FARMASI DI SISI ANDA anjuran persatuan mahasiswa fakulti farmasi . tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah program , saudara izzuandi , majlis tertinggi program , exco-exco yang terlibat dan ajk-ajk yang memberikan khidmat dan binbingan kepada masyarakat yang hadir di booth program tersebut. ia berlangsung di pasaraya mines ..
tahniah kepada barisan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi , Fakulti Farmasi , sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini . insyaAllah , banyak yang akan kita peroleh melalui program ini. pelbagai booth pameran dan perkhidmatan telah disediakan secara percuma untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ubat dan kesihatan.
[ FARMASI DI SISI ANDA ]
tema yang diketengah kali ini , moga2 dapat memberi input yang maksimum kepada masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan cakna tentang kesihatan mereka .
kerna badan yang sihat dan kesihatan itu penting.. [ SIHAT SEBELUM SAKIT ]
seterusnya melahir masyarakat yang sihat dan semestinya memberi impak yang positif kepada negara kita kerna ia akan mengurangkan kos perubatan yang ditanggung oleh negara..
pameran berkenaan penyakit asma dan kencing manis juga telah dipamerkan bersama2 beberapa alatan seperti inhaler yang pelbagai jenis dan bentuk kerana ada yang dalam bentuk cecair dan serbuk serta pen insulin untuk pesakit kencing manis.. selain itu pameran alatan untuk menyediakan sesuatu formulasi ubat seperti emulsion dan cream juga ada dipamerkan .
demonstrasi membuat emulsion juga ada ditunjukkan .. ramai juga yang teruja kerana dapat melihat sendiri bagaimana ubat tersebut di hasilkan . pameran berkenaan ubat diberi secara infusi khususnya yang selalu diguna untuk memasukkan darah dan air garam dalam badan juga ada disediakan..
pameran daripada agensi antidadah kebangsaan juga telah dapat memberi input2 yang berguna berkenaan penyalahgunaan dadah yang semakin menjadi-jadi seperti syabu dan sebagainya. jabatan penguatkuasaan kawalan dadah juga telah mempamerkan contoh2 dadah yang tidak berdaftar dan cara untuk mengenal pasti dadah itu berdaftar atau tidak.. [ KENALI UBAT ANDA]
perkhidmatan pemeriksaan secara percuma telah diadakan seperti pemeriksaan tekanan darah, BMI , kolesterol dalam badan dan seterusnya perkhidmatan kaunseling daripada ahli farmasi yang bertauliah dan berpengalaman seperti dr. mohd dan ramai lagi.ceramah kesihatan seperti H1n1 juga telah diadakan.
tahniah kepada syarikat farmaseutikal seperti pharmaniaga sdn. bhd sebagai penaja utama dan juga telah mepamerkan berkenaan beberapa produk yang telah dihasilkan seperti citrex dan sebagainya untuk tontonan umum.. syabas diucapkan juga kepada penaja lain seperti spies of malaysia dan lain-lain kerana dapat bersama2 menyumbang untuk melahirkan masyarakat yang prihatin kepada kesihatan.
selain itu , untuk menceriakan suasana, permainan mencampak dart untuk memecahkan belon jiga diadakan dimana dalam belon tersebut ada disediakan soalan berbentuk pengetahuan am dan sesiapa yang dapat menjawab akan mendapat hadiah seperti vitamin c , pen dan sebagainya.
permainan teka ubat untuk nama penyakit tertentu juga diadakan iaitu kita akan mengambil satu nama ubat dan meneka untuk penyakit apa ubat tersebut digunakan . alhamdullillah, nasib baik nama penyakit telah disediakan dan tinggal untuk meneka
diharapkan sahabat-sahabat fakulti farmasi mendapat kemahiran dan pengalaman yang berguna seperti kemahiran berorganisasi, kemahiran bercakap dan bnyak lagi kemahiran yang kita perlukan untuk masa akan datang pabila menjadi seorang ahli farmasi yang profesional .
sedikit coretan daripada saya berkenaan program kesedaran farmasi dan diharapkan ia memberi input dan pengalaman yang bermakna untuk diri ini dan sahabat2 semua .
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT, MOGA2 KITA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA
"BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA"
SALAM UKHWAH
AMIN
SALAM UKHWAH
AMIN