ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
pertama-tamanya, mari kita panjatkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerna limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepada kita untuk hidup dimuka bumi ciptaannya.. selamat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada pencipta agar dipermudahkan urusan didunia ini.. sesungguhnya ia adalah ujian yang kecil didunia jika dibandingkan dengan ujian yang besar di kemudian hari yang kita tidak jangka..
alhamdullillah , berita baik kepada sahabat-sahabat semua berkenaan yuran pengajiaan dan pihak bendahari telah melakukan pelarasan kepada bayaran pembayaran untuk unit pengajian.. sebelum ini dikatakan ia dalam bentuk package dan sebagainya. insyaAllah, akan saya paparkan kronologi berkenaan isu yuran ini dan ia adalah dari sudut sisi diri ini..
kronologi berkenaan isu yuran dalam bentuk package [ sudut sisi diri ini ]
> masalah ini timbul apabila sebahagian pelajar melihat kewangan untuk pembayaran yuran mereka bertambah terutamanya pelajar senior ( tahun 3 dan 4 )
> masalah telah saya diajukan kepada penolong pendaftar fakulti farmasi , en saidi dan dibawa berbincang semasa meeting pengurusan pentadbiran fakulti farmasi kali pertama.
> setelah berbincang, saya telah mulakan pemerhatian dan ajukan kepada unit bendahari ukm kl dan seterusnya unit bendahari bangi. keputusan yang diperoleh ialah pembayaran yuran unit pengajian adalah dalam bentuk package iaitu bagi fakulti farmasi rm850 untuk semua tahun mahasiswa fakulti farmasi.. dan dimaklumkan fakulti lain pun sama.
> pemerhatian diteruskan dan untuk program dialog bersama mahasiswa yang dilakukan untuk semua tahun , ramai sahabat bertanyakan tentang isu yuran ini
> pada 14 september 2009 , semasa majlis berbuka puasa bersama TNC hepa ( prof dr abdul razak ) , saya telah mengajukan masalah ini dan alhamdullillah prof prihatin berkenaan isu ini.
prof mengatakan ianya untuk pelarasan yuran untuk semua tahun dan ia akan memudahkan proses pengurusan kewangan .. isu berkenaan sebahagian pelajar fakulti farmasi yang mengambil ptptn telah saya timbulkan kerana ramai sahabat yang bertanya dan prof menyatakan akan berbincang diperingkat ukm.. alhamdullillah , terima kasih kerana sudi hadir dan mendengar aduan kami..
> 29 september 2009 , meeting bersama pengurusan univerisiti iaitu bersama naib canselor , tnc hepa dan unit-unit bahagian universiti seperti unit bendahari , unit sukan , JPP , PPP dan sebagainya. semasa sesi dialog bersama nc , saya telah mengajukan masalah ini kepada nc dan telah mendapat feedback serta sokongan dari sahabat dari fakulti lain. fakulti lain juga menjelas perkara berkenaan isu yuran pengajian dalam bentuk package ini .
antara perkara yang disampaikan berkenaan pembayaran yuran dalam bentuk package dan pelaksanaannya. unit bendahari menjelaskan ia adalah pelarasan sistem pembayaran unit pengajian dimana ia akan memberi kemudahan kepada pelajar. sistem ini adalah bagus kerana ia akan mencampurkan semua unit dari tahun 1 hingga 4 .. jumlah keseluruhan akan dibahagikan mengikut tahun.. jadi ia jumlahnya akan sama setiap semester.. semestinya , sistem ini memberi kemudahan kepada pelajar tahun 1 dan 2 kerana sistem pengiraan unit mereka telah berubah dan bertambah.. akan tetapi yang menjadi masalah ialah pelajar senior ( tahun 3 dan 4 ) dimana ia masih mengikuti sistem unit lama.. tiada penambahan unit seperti yang berlaku pada tahun 1 dan 2.. usaha bersama telah dilakukan , saya dan PMU lain untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak pengurusan universiti.
> 13 oktober 2009 , saya mendapat maklumat melalui sms daripada haji bisro ( jabatan bendahari ) yuran pengajian farmasi secara pakej rm850/sem adalah berdasarkan jumlah unit untuk tempoh pengajian 4 tahun @ 8 semester ialah rm 40 seunit. ia juga adalah mengikut arahan kadar yuran farmasi dari KPM pada tahun 1991. tiada kenaikan sampai kini..
terkini , saya dapat berita gembira berkenaan isu yuran ini . BERITA DIPEROLEH DARI E-PELAJAR..
DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT INFO DAN INPUT BERKENAAN ISU INI.. ALHAMDULLILLAH , ISU INI AKHIR DAPAT DISELESAIKAN .
SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN BERDOA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA
" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"
SALAM UKHWAH
MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FAKULTI FARMASI
PMUKM
SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN BERDOA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA
" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"
SALAM UKHWAH
MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FAKULTI FARMASI
PMUKM