Archive for October 2009


Assalamulaikum W.b.t dan salam sejahtera

alhamdullillah, bersyukur kepada ilahi kerana kita masih diberikan peluang dan ruang untuk hidup dimuka bumi untuk bersama-sama memakmurkan kehidupan insan dan mengutip segala amalan-amalan yang akan dijadikan bekalan pada hari pembalasan nanti..
[ dunia adalah ladang untuk akhirat ]

OPKIM
tempat : kg banat , perlis
masa : 4 - 9 disember 2009
anjuran : urusetia pembangunan sumber manusia , hal ehwal pelajar ( HEPA )

insyaAllah, kepada sesiapa sahabat yang berminat untuk menyertai Operasi Khidmat Masyarakat yang akan berlansung ketika cuti nanti.. sahabat boleh menhantar sms ( 0133169769 ) dan berjumpa dengan saya sebelum 19 oktober 2009 . tempat adalah terhad ..

butir-butir yang diperlukan :
NAMA PENUH, FAKLUTI , KURSUS , NO. MATRIX , JANTINA, NO TELEPON , SAIZ BAJU DAN BAYARAN RM25 UNTUK BAJU..


alhamdullillah, tempat untuk menyertai opkim ke perlis pada kali ini telah penuh.. diharapkan sahabat-sahabat yang telah memberikan nama dapat menyalurkan butir-butir maklumat dan duit sebanyak rm25.. selamat berkhidmat untuk masyarakat..


SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN

" KEGAGALAN ITU ADALAH PENCETUS KEJAYAAN"

SALAM UKHWAH

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, BERITA BAIK KEPADA SAHABAT FARMASI TAHUN 3, FAKULTI TELAH MENAMPAL NOTIS BERKENAAN KURSUS CHC ( COMPREHENSIVE HEALTH CARE) BERMULA HARI INI ( 23/10/2009 ) HINGGA 13 NOVEMBER 2009. TEMPAT ADALAH TERHAD IAITU HANYA 34 PELAJAR SAHAJA. 11 PELAJAR YANG WAJIB AMBIL TIDAK TERMASUK..

KEPADA SAHABAT YANG BERMINAT BOLEH LAH MENULIS NAMA DI PEJABAT FAKULTI FARMASI SEPANJANG TEMPOH MASA YANG DIBERI.. JADUAL PEMBELAJARAN KURSUS ADA DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN FAKULTI.. SAMPAIKAN KEPADA SAHABAT LAIN.

SELAMAT BERFIKIR DAN MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR SEMS 1

" MASA ITU ADALAH BOM JANGKA, JIKA TERSILAP GUNA .IA AKAN MEMUSNAHKAN DIRINYA "

SALAM INFORMASI

AMIN


ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

pertama-tamanya, mari kita panjatkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerna limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepada kita untuk hidup dimuka bumi ciptaannya.. selamat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 1.. berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada pencipta agar dipermudahkan urusan didunia ini.. sesungguhnya ia adalah ujian yang kecil didunia jika dibandingkan dengan ujian yang besar di kemudian hari yang kita tidak jangka..

alhamdullillah , berita baik kepada sahabat-sahabat semua berkenaan yuran pengajiaan dan pihak bendahari telah melakukan pelarasan kepada bayaran pembayaran untuk unit pengajian.. sebelum ini dikatakan ia dalam bentuk package dan sebagainya. insyaAllah, akan saya paparkan kronologi berkenaan isu yuran ini dan ia adalah dari sudut sisi diri ini..

kronologi berkenaan isu yuran dalam bentuk package [ sudut sisi diri ini ]

> masalah ini timbul apabila sebahagian pelajar melihat kewangan untuk pembayaran yuran mereka bertambah terutamanya pelajar senior ( tahun 3 dan 4 )

> masalah telah saya diajukan kepada penolong pendaftar fakulti farmasi , en saidi dan dibawa berbincang semasa meeting pengurusan pentadbiran fakulti farmasi kali pertama.

> setelah berbincang, saya telah mulakan pemerhatian dan ajukan kepada unit bendahari ukm kl dan seterusnya unit bendahari bangi. keputusan yang diperoleh ialah pembayaran yuran unit pengajian adalah dalam bentuk package iaitu bagi fakulti farmasi rm850 untuk semua tahun mahasiswa fakulti farmasi.. dan dimaklumkan fakulti lain pun sama.

> pemerhatian diteruskan dan untuk program dialog bersama mahasiswa yang dilakukan untuk semua tahun , ramai sahabat bertanyakan tentang isu yuran ini

> pada 14 september 2009 , semasa majlis berbuka puasa bersama TNC hepa ( prof dr abdul razak ) , saya telah mengajukan masalah ini dan alhamdullillah prof prihatin berkenaan isu ini.
prof mengatakan ianya untuk pelarasan yuran untuk semua tahun dan ia akan memudahkan proses pengurusan kewangan .. isu berkenaan sebahagian pelajar fakulti farmasi yang mengambil ptptn telah saya timbulkan kerana ramai sahabat yang bertanya dan prof menyatakan akan berbincang diperingkat ukm.. alhamdullillah , terima kasih kerana sudi hadir dan mendengar aduan kami..

> 29 september 2009 , meeting bersama pengurusan univerisiti iaitu bersama naib canselor , tnc hepa dan unit-unit bahagian universiti seperti unit bendahari , unit sukan , JPP , PPP dan sebagainya. semasa sesi dialog bersama nc , saya telah mengajukan masalah ini kepada nc dan telah mendapat feedback serta sokongan dari sahabat dari fakulti lain. fakulti lain juga menjelas perkara berkenaan isu yuran pengajian dalam bentuk package ini .

antara perkara yang disampaikan berkenaan pembayaran yuran dalam bentuk package dan pelaksanaannya. unit bendahari menjelaskan ia adalah pelarasan sistem pembayaran unit pengajian dimana ia akan memberi kemudahan kepada pelajar. sistem ini adalah bagus kerana ia akan mencampurkan semua unit dari tahun 1 hingga 4 .. jumlah keseluruhan akan dibahagikan mengikut tahun.. jadi ia jumlahnya akan sama setiap semester.. semestinya , sistem ini memberi kemudahan kepada pelajar tahun 1 dan 2 kerana sistem pengiraan unit mereka telah berubah dan bertambah.. akan tetapi yang menjadi masalah ialah pelajar senior ( tahun 3 dan 4 ) dimana ia masih mengikuti sistem unit lama.. tiada penambahan unit seperti yang berlaku pada tahun 1 dan 2.. usaha bersama telah dilakukan , saya dan PMU lain untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak pengurusan universiti.

> 13 oktober 2009 , saya mendapat maklumat melalui sms daripada haji bisro ( jabatan bendahari ) yuran pengajian farmasi secara pakej rm850/sem adalah berdasarkan jumlah unit untuk tempoh pengajian 4 tahun @ 8 semester ialah rm 40 seunit. ia juga adalah mengikut arahan kadar yuran farmasi dari KPM pada tahun 1991. tiada kenaikan sampai kini..

terkini , saya dapat berita gembira berkenaan isu yuran ini . BERITA DIPEROLEH DARI E-PELAJAR..


Yuran Pengajian Pra Siswazah Semester 1 Sesi 2009/2010

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kadar yuran pengajian Semester I Sesi 2009/2010 akan diselaraskan semula mengikut kaedah berikut:

1.Pelajar Tahun 1 dan 2 dikenakan yuran pengajian secara pakej kerana perubahan struktur program pengajian mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah mula dilaksanakan mulai Sesi 2008/2009.

2.Pelajar Tahun 3 dan 4 akan dikenakan yuran pengajian pada kadar lama mengikut jumlah unit kursus yang diambil pada Semester ini kerana struktur program pengajian belum mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia.

3.Pelarasan yuran ini akan dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu dari 19 - 26 Oktober 2009.

4.Pelajar-pelajar terlibat boleh merujuk maklumat tersebut selepas tempoh pelarasan dibuat iaitu selepas 26 Oktober 2009.

(epelajar/bul/bil.19102009-29)



DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT INFO DAN INPUT BERKENAAN ISU INI.. ALHAMDULLILLAH , ISU INI AKHIR DAPAT DISELESAIKAN .

SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN DAN BERDOA UNTUK KEJAYAAN BERSAMA


" BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN"

SALAM UKHWAH

MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FAKULTI FARMASI
PMUKM



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULLILLAH, MAKLUMAN KEPADA SAHABAT BERKENAAN PENEMPATAN BARANG2 SEMASA CUTI.. PERKARA INI TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PENGETUA DAN TELAH MENDAPAT FEED BACK ..

BARANG2 SAHABAT DINASIHATKAN UNTUK DIBAWA BALIK KERANA STOR TIDAK DISEDIAKAN .. BILIK BOLEH DISEWA DAN CADANGAN UNTUK SEWA 1 BILIK BERAMAI2 ADALAH LANGKAH YANG EFFEKTIF .. DIINGATKAN , SAHABAT PERLU RE CHECK IN KOLEJ..

UNTUK MENYIMPAN BARANG DISURAU JUGA TELAH DIAJUKAN , PENGETUA TIDAK MEMBENARKAN KERANA SIKAP PELAJAR YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SELEPAS WAKTU MENYIMPAN DAN ISU KESELAMATAN YANG TIMBUL..

DIHARAPKAN SAHABAT MENDAPAT MAKLUMAT DAN SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIBERITAHU UNTUK MASA AKAN DATANG..

SALAM INFORMASI

AMIN


Juga diceritakan oleh Jamaluddin al-Qasimi, pernah seorang yang
kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari bertanya kepada beliau
"apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal",

jawab al-Bukhari
"tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu
melainkan dua perkara:
kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl)
dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)".

Nah!!lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini sangat logik, rasional dan praktikal, tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu,

tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan
pengulangan yang kerap!!

MOGA2 KITA DAPAT PRAKTIKKAN CARA TERSEBUT ..
IA ADALAH SALAH SATU KAEDAH UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN ADA
PELBAGAI LAGI KAEDAH YANG KITA PERLU TEROKA..

" AMALKAN SECARA KONSISTEN ILMU YANG ADA"

ILMU SINAR KEBAHAGIAN

SALAM UKHWAH

AMIN



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, TAWARAN ISTIMEWA KEPADA SAHABAT SEMUA.. PMU DAN PMF FARMASI, MEDIC, DENTAL , FSKB , SAINS DAN MATEMATIK SERTA SAHABAT LAIN YANG BERMINAT.. UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR LEPASAN PMR ..

JEMPUTAN PANITIA SAINS SMK DESA PETALING, PADA 5 NOVEMBER 2009, BERMULA PUKUL 7.30 PAGI - 10.00 PAGI.
KUMPULAN SASARAN SERAMAI 200 ORANG PELAJAR PMR.


OBJEKTIF PROGRAM UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP BIDANG ILMU SAINS DAN MATEMATIK .. CADANGAN AKTIVITI IALAH PAMERAN , LATIHAN DALAM KUMPULAN ATAU DEMONSTRASI EXPERIMENT .. SUMBER KEWANGAN AKAN DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR..

KEPADA PERSATUAN DAN KELAB YANG BERMINAT , SAHABAT BOLEH MENGHUBUNGI
KAK MUHAINI ( KETUA PANITIA SAINS SMK DESA PETALING) - 0129668620

INSYAALLAH , SAHABAT2 YANG BERKELAPANGAN DAN BERMINAT , MARI KITA BERSAMA2 BERUSAHA UNTUK MEMBERI KHIDMAT DAN PENGALAMAN KEPADA ADIK2 KITA YANG AKAN MENEMPUH DUNIA ILMU YANG SEMAKIN MENCABAR.
MOGA2 PERKONGSIAN ILMU TERSEBUT DAPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DIDUNIA DAN AKHIRAT..

alhamdullillah, program ini telah dikelolai oleh fakulti pendidikan, selamat berkhidmat untuk masyarakat.. terima kasih kak muhaini kerana sudi berhubung dengan kami.. insyaAllah.. ada kesempatan , kami pula akan menganjurkan program di sana..

" BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"



SALAM INFORMASI

AMIN



ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


ALHAMDULLILLAH, SLIP UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 TELAH DIKELUARKAN.. SAHABAT SEMUA BOLE MENGAMBILNYA DI PEJABAT FAKULTI.

DIHARAPKAN SAHABAT DAPAT MENYAMPAIKAN BERITA INI KEPADA SAHABAT YANG LAIN..

" UJIAN DI DUNIA MERUPAKAN UJIAN YANG KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN UJIAN DI AKHIRAT"

SELAMAT BERUSAHA MENTELAAH ILMU

SALAM INFORMASI

AMIN


ARTICLE OF AMAZING FACTS ABOUT OUR BODY:


1. The attachment of the human skin to muscles causes _________________


2. The bone in the human body that is not connected to another bone is ________________________



GENERAL SCIENCE:


  1. The instrument that is used to measure pressure? ___________________
  2. The intensity of an earthquake is measured with a ___________________
  3. Alexander Fleming discovered the ________________________________
  4. Oncology is the study of ______________________




GENERAL KNOWLEDGE:


  1. Which is the smallest ocean in the world?

_____________________________________________________



  1. Which is the country hosting the 2008 Olympic Games?

_____________________________________________________



3. Match the following columns:



Column 1

Column 2

A. Anna Kournikova

1. Golf

B. Gordie Howe

2.Tennis

C. Vijay Singh

3. Hockey

D. Michael Jordan

4. Cricket

E.Brett Lee

5. Basketball




OPINION ABOUT DISPENSING SEPARATION :

................................................................................





Disediakan oleh:

Exco pembangunan akademik

Siti amirah 013-3133945

Nazatulsyima 013-2225876





ANSWER [ ONE WEEK, ONE ARTICLE ]


H1N1 article
1. Give 2 symptoms of H1N1.
Fever / sore throat / muscle ache / headache / cough

2. Name one of the anti-viral that is used to treat H1N1
Osetalmivir / Zanamivir / Tamiflu / Relenza

HUMAN BODY
1. How many bones are there in an adult human being?
The average newborn human baby has about 270, but, when you grow into an adult you end up with only 206 bones in your body because many of them fuse together.

2. The largest part of the human brain is the
The cerebrum is the largest part of the brain. Making the Cerebellum the second largest part of the brain.

3. Which glands secrete tears?
Tears are secreted by the lachrymal (or lacrimal) glands.

4. Malaria is a disease which effects the
Liver

5. Short-sightedness can be corrected by using
Concave lens

GENERAL KNOWLEDGE:
1. Who is the third chancellor of UKM?
DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

2. The largest library in the world is the
United States Library of Congress, Washington DC

(* Nama-nama para pemenang akan diberitahu kemudian)


Disediakan oleh:

Exco pembangunan akademik
Siti amirah 013-3133945
Nazatulsyima 013-2225876


assalamulaikum w.b.t dan salam sejatera

alhamdullillah, syukur kepada pencipta yang maha berkuasa dan bijaksana, kita masih diberi nikmat yang tidak terkira.. [nikmat sihat dan aman ] .... nikmat ilmu yang luas yang dikurniakan pencipta kepada makhluknya..

diri ini bersyukur kerana dapat bersama-sama sahabat semua untuk menimba ilmu , mengorek pengalaman dan menggilap bakat dalam program simulasi khidmat masyarakat yang diadakan bermula jumaat ( 16 oktober 2009) hingga ahad ( 18 oktober 2009). alhamdullillah, banyak input-input berguna yang dapat diperoleh dan dijadi bekalan untuk masa akan datang.. peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diri terpilih untuk menjadi ahli pasukan 2. kami memberi nama kumpulan sebagai kumpulan anak-anak nasir kerana kami merupakan penghuni kolej tun syed nasir ..

tugasan program diberikan kepada setiap kumpulan, kami ditugaskan untuk membentuk organisasi untuk merancang dan melaksanakan program yang berbentuk kemasyarakatan.. awalnya, kami memilih untuk membuat lawatan ke rumah orang tua tetapi ia perlu ditukar kepada program yang lain kerana sebab-sebab tertentu, akhirnya, kami memilih untuk membuat khidmat masyarakat di perkampungan orang asli.. alhamdullillah, kata sepakat telah tercapai , maka program KEMBARA KASIH PERIBUMI telah dilancarkan .

KEMBARA KASIH PERIBUMI

"MENABUR JASA, MENGENAL DUNIA"


KAMPUNG ORANG ASLI DONGLAI BARU , SEMENYIH , SELANGOR

18 - 20 DISEMBER 2009


bermula lah tugasan-tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap exco dan MT , akhirnya kertas kerja , laporan postmortem , surat- surat yang berkenaan , banner dan logo telah disiapkan dengan jayanya.. tidak cukup dengan itu, kami perlu menyediakan persembahan sketsa untuk dipersembahkan selama tujuh minit .. alhamdullillah semua berjalan lancar..

pelbagai nilai yang diterapkan dan kemahiran yang kami peroleh melalui program ini. antaranya ialah nilai kerjasama antara kumpulan, kemahiran berorganisasi , kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran memimpin , komunikasi, kemahiran sosial dan budaya dan banyak lagi.. diri bersyukur dapat menambah ilmu dan kemahiran bersama-sama sahabat lain ..

tahniah diucapkan kepada semua warga kumpulan anak-anak nasir : hamdi, kirin, sapri, hakim , pek yang, che yang , nailah , tan, mira , josephine, shirley, jacquline, rini , wani , sweet leng ,jason , fatin , hafsah , pea, .. syabas atas semangat berpasukan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan setiap perkara yang diberi.
semoga pengalaman yang diperoleh dapat digunakan untuk masa akan datang .. kearah mahasiswa yang berjiwa glokal dalam membentuk masyarakat kelas pertama ..

SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN FINAL EXAM

ILMU SINAR KEBAHAGIAAN


SALAM UKHWAH

AMIN







ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULLILLAH, SAHABAT DAH BOLE MENDAFTAR KURSUS UNTUK SEMESTER DUA SEHINGGA 25 OKTOBER 2009..

SILA LAYARI SMPWEB ( http://smp.ukm.my/smpweb/) UNTUK MENDAFTAR ..

SAHABAT PERLU MENGISI PENILAIAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1.. BAGI YANG TIDAK MELANGSAIKAN HUTANG , SAHABAT TIDAK BOLEH MENDAFTAR SEHINGGA IA DILANGSAIKAN..


SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1

"KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN"

SALAM UKHWAH

AMIN

ASSALAMAULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

SIMULASI KHIDMAT MASYARAKAT AKAN DIADAKAN BERMULA 16 OKTOBER 2009 HINGGA 18 OKTOBER 2009 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA KTSN.. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 5 DAN DIHARAPKAN SEMUA SAHABAT YANG TERLIBAT AKAN MENGHADIRKAN DIRI PADA WAKTU TERSEBUT DI DSG KTSN..

JUMAAT : 5 PTG - 10.30 MLM

SABTU : 8.30 PAGI - 12 MLM

AHAD : 8.30 PAGI - 12 TENGAHARI

PAKAIAN SEPERTI BIASA ( DI DEWAN KULIAH) DAN BARANG2 YANG PERLU DIBAWA SEPERTI LAPTOP DAN ALAT TULIS... TAKLIMAT AKAN DIADAKAN SEMASA HARI PERTAMA..

ALHAMDULLILLAH, SEDIKIT MAKLUMAT BERKENAAN PROGRAM SIMULASI KHIDMAT MASYARAKAT .. DIHARAPKAN SAHABAT2 SAMPAIKAN KEPADA SAHABAT YANG LAIN..

SALAM INFORMASI

AMIN

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

INSYAALLAH, PENDAFTARAN SUBJEK UNTUK SEMESTER 2 DAH DIBUKA..
PASTIKAN HUTANG SAHABAT SUDAH DILANGSAIKAN UNTUK MEMBOLEHKAN SAHABAT MEMBUAT PENDAFTARAN..

UNTUK SAHABAT YANG HANYA BOLE MENDAFTAR BEBERAPA UNIT SAHAJA, PENAMBAHAN SUBJEK BOLEH DIBUAT SEMASA SESI GUGUR/TAMBAH KURSUS, PERMOHONAN PENAMBAHAN UNIT PERLU DIBUAT DENGAN BERHUBUNG PENGAWAI DI PEJABAT FAKULTI UNTUK MENGAMBIL BORANG..

SLIP PEPERIKSAAN AKAN DIKELUARKAN PADA MINGGU INI ATAU MINGGU DEPAN.. DIHARAPKAN SAHABAT DAPAT MENGAMBIL SLIP DAN MENYIMPANNYA DENGAN CERMAT..

PESANAN KEPADA SAHABAT YANG BERPESAN KEPADA SAHABAT LAIN UNTUK MENGAMBIL SLIP, DIHARAPKAN HUTANG TELAH DILANGSAIKAN, JIKA TIDAK SAHABAT PERLU MENGAMBILNYA SENDIRI ..

SELAMAT BELAJAR DAN MENEMPUH UJIAN DUNIA [ FINAL EXAM]

BERUSAHA + BERDOA + BERTAWAKAL = KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

SALAM UKHWAH

AMIN




ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

pertama-tamanya , kita mengucapkan seifiniti kesyukuran kepada ilahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup di muka bumi ciptaan Allah yang semakin hari semakin berkurang kestabilannya. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w yang berjaya menyampaikan cahaya dan ilmu untuk makhluk dimuka bumi agar menjadi insan yang beriman dan bertakwa untuk bertemu dengan janji ilahi yang pasti iaitu syurga.

perasmian oleh dekan fakulti farmasi. prof. Ibrahim Jantan

alhamdullillah, bermula hari semalam 9 oktober 2009( sabtu ) hingga hari ini 10 oktober 2009 ( ahad) telah diadakan program "pharmacy awareness 2009" yang bertemakan FARMASI DI SISI ANDA anjuran persatuan mahasiswa fakulti farmasi . tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah program , saudara izzuandi , majlis tertinggi program , exco-exco yang terlibat dan ajk-ajk yang memberikan khidmat dan binbingan kepada masyarakat yang hadir di booth program tersebut. ia berlangsung di pasaraya mines ..

selamat berkunjung ke booth pharmacy awareness

tahniah kepada barisan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi , Fakulti Farmasi , sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini . insyaAllah , banyak yang akan kita peroleh melalui program ini. pelbagai booth pameran dan perkhidmatan telah disediakan secara percuma untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ubat dan kesihatan.




ucapan pengarah program, saudara izzuandi

[ FARMASI DI SISI ANDA ]


tema yang diketengah kali ini , moga2 dapat memberi input yang maksimum kepada masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan cakna tentang kesihatan mereka .
kerna badan yang sihat dan kesihatan itu penting.. [ SIHAT SEBELUM SAKIT ]
seterusnya melahir masyarakat yang sihat dan semestinya memberi impak yang positif kepada negara kita kerna ia akan mengurangkan kos perubatan yang ditanggung oleh negara..

pameran berkenaan penyakit asma dan kencing manis juga telah dipamerkan bersama2 beberapa alatan seperti inhaler yang pelbagai jenis dan bentuk kerana ada yang dalam bentuk cecair dan serbuk serta pen insulin untuk pesakit kencing manis.. selain itu pameran alatan untuk menyediakan sesuatu formulasi ubat seperti emulsion dan cream juga ada dipamerkan .
demonstrasi membuat emulsion juga ada ditunjukkan .. ramai juga yang teruja kerana dapat melihat sendiri bagaimana ubat tersebut di hasilkan . pameran berkenaan ubat diberi secara infusi khususnya yang selalu diguna untuk memasukkan darah dan air garam dalam badan juga ada disediakan..

pameran daripada agensi antidadah kebangsaan juga telah dapat memberi input2 yang berguna berkenaan penyalahgunaan dadah yang semakin menjadi-jadi seperti syabu dan sebagainya. jabatan penguatkuasaan kawalan dadah juga telah mempamerkan contoh2 dadah yang tidak berdaftar dan cara untuk mengenal pasti dadah itu berdaftar atau tidak.. [ KENALI UBAT ANDA]

perkhidmatan pemeriksaan secara percuma telah diadakan seperti pemeriksaan tekanan darah, BMI , kolesterol dalam badan dan seterusnya perkhidmatan kaunseling daripada ahli farmasi yang bertauliah dan berpengalaman seperti dr. mohd dan ramai lagi.ceramah kesihatan seperti H1n1 juga telah diadakan.

tahniah kepada syarikat farmaseutikal seperti pharmaniaga sdn. bhd sebagai penaja utama dan juga telah mepamerkan berkenaan beberapa produk yang telah dihasilkan seperti citrex dan sebagainya untuk tontonan umum.. syabas diucapkan juga kepada penaja lain seperti spies of malaysia dan lain-lain kerana dapat bersama2 menyumbang untuk melahirkan masyarakat yang prihatin kepada kesihatan.

selain itu , untuk menceriakan suasana, permainan mencampak dart untuk memecahkan belon jiga diadakan dimana dalam belon tersebut ada disediakan soalan berbentuk pengetahuan am dan sesiapa yang dapat menjawab akan mendapat hadiah seperti vitamin c , pen dan sebagainya.
permainan teka ubat untuk nama penyakit tertentu juga diadakan iaitu kita akan mengambil satu nama ubat dan meneka untuk penyakit apa ubat tersebut digunakan . alhamdullillah, nasib baik nama penyakit telah disediakan dan tinggal untuk meneka



tahniah kepada semua warga fakulti farmasi [ farmasi di sisi anda]

diharapkan sahabat-sahabat fakulti farmasi mendapat kemahiran dan pengalaman yang berguna seperti kemahiran berorganisasi, kemahiran bercakap dan bnyak lagi kemahiran yang kita perlukan untuk masa akan datang pabila menjadi seorang ahli farmasi yang profesional .

sedikit coretan daripada saya berkenaan program kesedaran farmasi dan diharapkan ia memberi input dan pengalaman yang bermakna untuk diri ini dan sahabat2 semua .

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT, MOGA2 KITA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA

"BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA"

SALAM UKHWAH

AMIN


ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,