Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera.

pertama-tamanya marilah kita mengucapkan setinggi2 kesyukuran keatas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita , nikmat islam, iman dan aman hidup dibumi Allah. salam dan selawat keatas junjungan nabi Muhammad s.a.w.

alhamdulillah , pada hari ini 9 mac 2009 bersamaan 12 rabiul Awal 1430 h. kita bersama2 menyambut hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w , rasullullah yang terakhir yang telah banyak berkorban untuk umat manusia bagi membawa nur atau cahaya petunjuk kearah kebenaran dan jalan yang lurus. marilah kita sama2 merenung kembali kisah perjuangan Rasullullah dari menyampaikan dakwah secara sulit di Mekah dan seterusnya berterus-terang sehingga kehari ini kita masih lagi merasai nikmat islam dan iman hidup dimuka bumi Allah.


Alhamdulillah , saya juga bersyukur diberi peluang untuk menimba ilmu dan menjadi wakil sahabat semua bukan sahaja untuk fakulti farmasi tetapi untuk semua Mahasiswa di UKM.
marilah kita berdoa agar kami semua, majlis perwakilan pelajar ukm dapat melakukan tugas dengan sebaik mungkin dan sahabat2 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami.

Banyak pengalaman yang telah saya perolehi daripada kursus pengurusan organisasi
( KPO ) anjuran kementerian pengajian tinggi pada 2 hari yang lepas. Alhamdullillah, saya berpeluang untuk bertemu dengan mpp seluruh Malaysia dan berbincang pelbagai isu yang menarik serta melakukan aktiviti yang dapat menguatkan fizikal. Antara aktiviti menarik yang dijalan diskusi pemimpin bersama ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi, ceramah 'branding' oleh wakil dari celcom , forum kepimpinan mahasiswa , berkayak, rakit , paintball dan yang paling penting networking session.

forum kepimpinan yang dibarisi panel iaitu naib cancellor UiTM , presiden MPP UMP
( Johan pertandingan kemuncak malam pidato antarabangsa bahasa melayu) dan naib presiden MPP UNIMAP.. saya tertarik dengan kenyataan naib cancellor Uitm yang menyatakan mahasiswa pada era 70 an dan 80 an adalah berbeza dengan mahasiswa masakini. saya menyokong kenyataan tersebut kerana pada pandangan saya Mahasiswa mestilah berubah-ubah dari semasa ke semasa disebabkan cabaran dan pelbagai rintangan juga semestinya berubah. cabaran hidup di zaman IT dan teknologi , era kegawatan ekonomi dan ketidaktentuan dunia semestinya memberikan impak perubahan yang besar kepada Mahasiswa.

mahasiswa seharusnya mempunyai misi dan idealisma serta cita2 tersendiri kerana kita adalah pemimpin masa akan datang. saya juga tertarik dengan kenyataan president mpp ump yang menyatakan mahasiswa seharusnya mempunyai halatuju dan pandangan sendiri. sebagai contoh mahasiswa perlulah mendapatkan maklumat dari semua golongan tidak kira yang menyokong atau yang membangkang dan kita yang menilainya. pada hemat saya , kita seharusnya menjadi pemikir dan penganalisis kepada semua informasi dan kenyataan yang telah dipaparkan didada akhbar , tv dan blog. dalam prinsip saya kita belajar untuk menjadi insan yang berilmu dan insan yang boleh berfikir kerana ayat alquran ada menyatakan berfikir lah tentang kejadian yang ada didunia , moga2 kita akan berjaya kelak.. ( maaf saya terlupe ayat yang mana dan diharapkan sahabat2 memahami maksud tersebut) ..

selain itu , saya telah bertemu dengan wakil farmasi dari uia ( saudara Arif ) dan kami mengharapkan kerjasama yang erat antara semua fakulti farmasi diseluruh malaysia dapat dilakukan . saudara arif mengharapkan agar mahasiswa fakulti farmasi ukm dapat bersama2 memberi komitmen dan kerjasama dalam melakukan pelbagai aktiviti untuk fakulti farmasi seluruh malaysia. harapan saya kepada sahabat2, marilah kita bersama2 meningkatkan ilmu yang ada dimuka bumi Allah, bukan sahaja ilmu akademik malah ilmu agama , ilmu kemahiran ( soft skill) , dan ilmu yang lain kerana prinsip saya ilmu itu sinar kebahagiaan dan sinar kehidupan.

sampai disini coretan pengalaman saya, diharapkan sahabat semua dapat input yang berguna dan menegur segala kesilapan saya, segala baik dan buruk datang dari Allah, dan segala kesilapan adalah atas kelemahan hamba Allah ini. terima kasih.

salam ukhwah

muhammmad hafizul amin khalid
mpp wakil fakulti farmasi.

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,