"Logo Rasmi Dimensi Kesenian Islam II"

tiket murah je RM6.......apa tunggu lagi kawan-kawan? jom turun ramai-ramai


"Allahu Rabbi - Inteam Reunited"-Nantikan Kemunculannya-
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Mesra Abadi.
Layari www.inteam.com.my





Alhamdulillah, sebuah program mega iaitu Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) yang diterajui oleh teman-teman Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan UKM akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009.



Bahang kehangatannya semakin dirasai tatkala hebahan dan arus jualan tiket Konsert Amal MANIS V (program kemuncak DKI II) bertambah pantas ekoran daripada gerak kerja yang komited daripada warga Famili DKI II dan kerjasama yang erat antara penganjur dan artis-artis (Nice, Devotees, Far-East dan Inteam) serta para penaja telah menjadi pemangkin utama kebangkitan 'MANIS' di persada UKM dan sekitar Lembah Klang dengan izin Yang Maha Esa.



Kalian semua akan berpeluang berhibur sambil menderma dengan lagu-lagu baru dan kelainan yang tersendiri daripada artis-artis jemputan, penampilan istimewa daripada Firasat Inzar UKM, identiti, tema dan konsep Konsert Amal MANIS V daripada warga Famili DKI II dan ISIUKM.












DIMENSI KESENIAN ISLAM II (MANIS V)
21 MAC 2009 (SABTU)
8.00 MALAM
DECTAR UKM
INTEAM, FAREAST, DEVOTEES, NICE
HOST:AMIN IDRIS



Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,