12 MPP Mahasiswa telah menyatakan kesepakatan untuk melancarkan sebuah visi, misi dan objektif pembawaan MPP GMUKM pada tahun ini.


Dengan slogan yang penuh bersemangat "Suara Anda Keutamaan Kami", MPP mahasiswa seramai 12 orang iaitu :



MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN

MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI

MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI

MPP FUU-PHOON KAR LIANGMPP FFARMASI

MPP FFAR- MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARIMPP

MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL

MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN

MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF

MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD

MPP FPER - WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN

MPP FST - MOHD ARIF BIN MISROL



Juga selari dengan tema pembawakan pada kali ini iaitu “ Bergerak Seiringan Memimpin Perubahan ”, 12 MPP Mahasiswa penuh berkeyakinan dan bersemangat untuk memacu perubahan berdasarkan 3 dasar utama iaitu kebajikan, keintelektualan dan falsafah UKM itu sendiri.

Berikut merupakan Visi, Misi dan Objektif pembawaan MPP GMUKM pada tahun ini.




Visi :
Membina masyarakat kampus berlandaskan acuan kebenaran dan keadilan sejagat melalui penerapan nilai-nilai murni.



Misi:
1)Mendominasi pemikiran dan tindakan mahasiswa dengan kebenaran dan keadilan sejagat
2)Menggerakkan organisasi MPP secara professional dengan pengurusan yang efektif dan dinamik
3)Melahirkan mahasiswa ukm yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah
4)Memenangi hati mahasiswa yang telah mengundi MPP Mahasiswa



OBJEKTIF:
1)Mendominasi pemikiran dan tindakan mahasiswa dengan kefahaman kebenaran dan keadilan sejagat
-membina jaringan yang baik dengan seluruh persatuan dan kelab di Universiti Kebangsaan Malaysia
-Memupuk budaya ilmu di kalangan mahasiswa ukm
-Mewujudkan dan memperluas engagement dengan tanpa mengira agama dan bangsa
-Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga untuk menghadapi pihak lawan


2)Menggerakkan organisasi MPP secara professional dengan pengurusan yang efektif dan dinamik
-Mewujudkan sistem pengurusan organisasi yang tersusun melalui kewujudan kabinet bayangan -Menzahirkan imej MPP yang professional dan mempunyai softskill yang tinggi
-Membina hubungan baik dengan pihak pentadbiran dan pengurusan universiti


3)Melahirkan mahasiswa UKM yang cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah
-Memastikn sekurang-kurangnya 50 peratus graduan UKM mendapat pekerjaan setelah bergelar graduan
-Membudayakan program-program keintelektualan dan mengurangkan budaya hedonisme dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan masyarakat yang bermoral
-Memastikan 75 peratus mahasiswa mendapat CGPA 2.80 keatas dan minimum 2.3 ke atas


4)Memenangi hati mahasiswa yang mengundi MPP Mahasiswa
-Menjadi pembangkang yang kuat dengan bersifat check and balance kepada PMUKM
-Menzahirkan imej MPP yang mesra mahasiswa serta menjadi role model kepoada mahasiswa UKM.

(Kepimpinan melaui Tauladan)




"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN KECEMERLANGAN"

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,