Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberikan pinjam nikmat nyawa , dapat hidup udara yang segar dan hidup aman di muka bumi-Nya di kuala lumpur ini. minggu-minggu belajar mengajar kita erti bersabar dan mengurus masa dengan sebaik-baiknya.
Semestinya kita dihidang dengan banyak kuliah , amali , assignment , tutor , tesis dan pelbagai kerja lagi dan ini bukan lah satu bebanan yang merugikan kita sebaliknya dapat mendidik diri kita supaya lebih menghargai masa , ilmu yang dicurahkan bahkan pengalaman untuk kita aplikasikan ketika menempuh alam pekerjaan.
Pengalaman mengajar manusia erti kehidupan dan setiap musibah , kejayaan dan kesusahan serta kesenangan adalah ujian Allah kepada hambanya untuk menguji hambanya dikala hidup dimuka bumi ini untuk dibawa bekalan diakhirat nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita di dalam apa jua keadaan samada sibuk menyiapkan report amali, bertungkus lumus menyiapkan presentation yang akan dibentangkan dan bermacam-macam tanggungjawab lagi untuk kita lakukan demi mendapat redha Allah agar hidup kita diberkati.
insyaAllah, saya sebagai wakil fakulti farmasi, saya berharap sahabat-sahabat semua dapat memberitahu kepada saya sekiranya mempunyai masalah , cadangan dan pandangan untuk kita bersama-sama meningkatkan lagi nilai di dalam diri kita disamping meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malahan di peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian , banyak aktiviti-aktiviti anjuran Universiti lain seperti UIA, USM dan UM , NGO – NGO dan juga pertubuhan antarabangsa seperti WHO yang dianjurkan untuk kita sertai . insyaAllah, akan saya akan memaparkan Aktiviti –aktiviti tersebut dan mengharapkan penyertaan dari semua mahasiswa fakulti farmasi..
selamat meningkat kualiti dan pengalaman.
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN ORANG ASLI
Tempat : lembah pangsun , ulu Langat
Masa : 28 mac 2009 ( tidak tetap insyaAllah dianjak 2 minggu lagi )
9 pagi – 2 petang
Anjuran : biro kesihatan ABIM dan IOA
Penyertaan : 3 pelajar UKM
Dijangka merawat 100 pesakit dan selepas selesai bole mandi air terjun
PHARMQUEST ( PHARMACY QUIZ )
DATE : 8 /8 / 2009
Anjuran : UIAM
Penyertaan: beberapa kumpulan dari UKM
1 kumpulan , 5 peserta ( 3 peserta utama, 2 peserta simpanan)
PROGRAM TOBBACO CONTROL INTERNATIONAL
DATE : 24 JUN 2009
ANJURAN : WHO ( world health organization) and USM
Penyertaan : 4 student or student who want to be leader
You will plan for future anti tobacco program
2 day training dan campaign to public
Perbelanjaan di tanggung , tidak perlu bayaran
Perhubungan: kak dayah 3 year famasi 019-7780615
p/s :
Setiap perubahan program atau maklumat akan diberitahu dari masa ke semasa. Boleh berhubung dengan saya terus ke talian 013-2169769.
salam ukhwah
amin