1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
marilah sahabat-sahabat kita amalkan dan fikirkan tentang 10 cara di atas.
oleh itu, marilah kita jadi seorang pemikir yang mempunyai imiginasi yang tinggi , melakukan kerja ketika otak dalam keadaan sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.
pepatah arab ada mengatakan
'akal yang sihat untuk badan yang sihat'
ayuh kita sihatkan tubuh badan dan sentiasa senyum
"you must be the change you want to see in the world"
-Mahatma Gandhi
" everyting should be as simple as it is, but not simpler"
-Albert Einstein
"appear weak when you are strong, and strong when you are weak"
-Sun Tzu
"semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, bersikap adil ketika kuat"
mahasiswa/ siswi diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 26 Mac 2009.
Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya.
mahasiswa / siswi diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
mahasiswa/siswi bole juga ambil result sems 1 di pejabat fakulti farmasi
Pharmacists ready to take over dispensing of medicine (17-Jan-2009)
Malaysian Pharmaceutical Society president Datuk Nancy Ho says there are sufficient pharmacists now.
SUBANG JAYA: The Malaysian Pharmaceutical Society has proposed a "zoning" system to enable pharmacists to take over the dispensing of medicine from doctors. MPS president Datuk Nancy Ho said the age-old argument of insufficient number of pharmacies in Malaysia was no longer true.
The society conducted a "geo-mapping" study to identify the locations of pharmacies in relation to clinics and found that in major areas like Klang Valley, Penang, Johor Baru, Kota Kinabalu, Kota Baru and Kuching, the ratio was enough to serve doctors.
Ho said pharmacists could set up 24-hour outlets to cater to the needs of clinics.
MPS wanted the zoning proposal to be implemented in selected towns and to let consumers decide where they wanted to get their prescribed medications. Some 100 doctors and pharmacists will gather at a symposium, "Future Challenges for Healthcare in Malaysia" here tomorrow and one of the issues to be raised is separation of the role of doctors and pharmacists in providing healthcare.
"It is crucial that consumers are educated on the proper use of medicines."
So, UKM Pharmacy students prepare ourselves.. selamat study... :)
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberikan pinjam nikmat nyawa , dapat hidup udara yang segar dan hidup aman di muka bumi-Nya di kuala lumpur ini. minggu-minggu belajar mengajar kita erti bersabar dan mengurus masa dengan sebaik-baiknya.
Semestinya kita dihidang dengan banyak kuliah , amali , assignment , tutor , tesis dan pelbagai kerja lagi dan ini bukan lah satu bebanan yang merugikan kita sebaliknya dapat mendidik diri kita supaya lebih menghargai masa , ilmu yang dicurahkan bahkan pengalaman untuk kita aplikasikan ketika menempuh alam pekerjaan.
Pengalaman mengajar manusia erti kehidupan dan setiap musibah , kejayaan dan kesusahan serta kesenangan adalah ujian Allah kepada hambanya untuk menguji hambanya dikala hidup dimuka bumi ini untuk dibawa bekalan diakhirat nanti. Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita di dalam apa jua keadaan samada sibuk menyiapkan report amali, bertungkus lumus menyiapkan presentation yang akan dibentangkan dan bermacam-macam tanggungjawab lagi untuk kita lakukan demi mendapat redha Allah agar hidup kita diberkati.
insyaAllah, saya sebagai wakil fakulti farmasi, saya berharap sahabat-sahabat semua dapat memberitahu kepada saya sekiranya mempunyai masalah , cadangan dan pandangan untuk kita bersama-sama meningkatkan lagi nilai di dalam diri kita disamping meningkatkan kredibiliti fakulti farmasi bukan sahaja di UKM malahan di peringkat antarabangsa.
Oleh yang demikian , banyak aktiviti-aktiviti anjuran Universiti lain seperti UIA, USM dan UM , NGO – NGO dan juga pertubuhan antarabangsa seperti WHO yang dianjurkan untuk kita sertai . insyaAllah, akan saya akan memaparkan Aktiviti –aktiviti tersebut dan mengharapkan penyertaan dari semua mahasiswa fakulti farmasi..
selamat meningkat kualiti dan pengalaman.
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN ORANG ASLI
Tempat : lembah pangsun , ulu Langat
Masa : 28 mac 2009 ( tidak tetap insyaAllah dianjak 2 minggu lagi )
9 pagi – 2 petang
Anjuran : biro kesihatan ABIM dan IOA
Penyertaan : 3 pelajar UKM
Dijangka merawat 100 pesakit dan selepas selesai bole mandi air terjun
sahabat-sahabat yang saya hormati, Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dengan pelbagai nikmat yang Allah masih pinjamkan kepada kite semua kerana dengan sifat ar-rahman ( maha pengasih ) dan ar-rahim ( maha penyayang) yang dimiliki oleh Allah , semua makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia yang beragama islam atau bukan beragama islam , gunung-ganang dan semua kejadian dilangit , di bumi dan alam semesta mendapat rezeki dan rahmat dari Allah .
dikesempatan ini, saya mahu berkongsi ilmu berkenaan niat untuk menuntut ilmu termasuklah ilmu dunia
( jika sekarang ilmu untuk menjadi Ahli farmasi) dan ilmu agama kerana saya pasti menuntut ilmu bukan lah sesuatu yang ada hadnya dan ia adalah proses yang berterusan sepanjang hayat kita lebih-lebih lagi kita adalah seorang mahasiswa yang tentunya berada dilandasan untuk mencari ilmu kerana saya percaya ilmu itu adalah sinar kebahagian di dunia dan akhirat. pada pendapat saya ,tuntut lah ilmu daripada orang yang berilmu atau ahli ilmu ( ulama' ) termasuklah profesor, doktor dan kita bersama-sama perbetulkan niat untuk mencari ilmu agar ilmu diberkati .
marilah kite renung dan ambil pengajaran daripada hasil cetusan ilmu oleh Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin dan ditaip semula oleh Abdul Kadir.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.”
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada
Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)
demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-‘Ilm dan ulama’ (ahl al-‘Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.
Pertama : Liyujaariya bihi al-‘Ulama’ – iaitu untuk bersaing dengan ulama.
Kata al-Imam Ibn Athir (wafat 606H) : “maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riya’ dan sum’ah (inginkan kemasyhuran). (Ibn al-Athir, al-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)
Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah satu kesalahan. Apatah lagi jika seseorang itu bernar-benar berkemampuan. Islam menggalakkan kebangkitan ilmu dan generasi intektual yang baru.
Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.
Kesan niat yang sangat buruk sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementingkan dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redhai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka.
kata al-Imam al-Tibi (wafat 743H) : “Maksud hadith ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama : “aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takabur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya.” (Al-Tibi, Syarh al-Tibi ‘ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)
Kedua : Liyumaariya bihi as-Sufahaa’ – untuk bertengkar dengan orang jahil.
Kata Imam al-Munawi (meninggal 1031H) : “Maksudnya ialah untuk dia berhujjah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri.” (Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-kubra, Mesir)
Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunjukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.
Sebenarnya berbahas, atau berhujjah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah.
Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud :
“Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”
Kata al-Tibi : “Maksud : berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya.” (Al-Tibi, op.cit. 1/420.)
Ketiga : Yasrifa bihi wujuuha an-Naasi ilaihi – agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya.
Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari popularity atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.
Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.
Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi s.a.w. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka.
Dalam hadith yang lain baginda menyebut :
maksudnya : “Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. : “ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Pengajaran Semasa
1- Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini disemua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersih dan mencari redha Allah s.w.t. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.
2- Kemunculan individu dan NGO tertentu yang cuba menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.
3- Kelahiran tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w.
4- Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi dan Kristian. Sikap tidak mementingkan ilmu dan ingin segera memiliki sijil segera dan memperolehi habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia Umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkan kepada umat Islam.
Sebab itu seorang tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) menyebut : maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)
Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru yang tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadith daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fekah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum hakam syarak. Namun hanya kepada Allah kita mengadu betapa ramai anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun
kepada umat Islam.
itulah cetusan ilmu dan pendapat dari Ustaz Mohd Asri Zainul abidin ( bekas mufti perlis ) .
ilmu itu luas dan kita perlu mencarinya. kita bole mengaplikasinya dalam kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa yang masih lagi belajar dan ia bukan terhad untuk ilmu agama semata-mata namun juga semua ilmu didunia ini . kita harus memperbetulkan niat untuk mencari ilmu agar ilmu itu diberkati dan bole membawa kita kearah kebahagian dan ketenangan di dunia dan Akhirat. ilmu itu nur ( cahaya ) . nur memerlukan jiwa yang bersih dengan niat yang betul.
jika kita belajar ilmu contohnya sahabat2 semua sedang belajar ilmu berkenaan kesihatan manusia yang sangat penting dan berguna untuk membantu manusia yang sakit dan sebagainya , marilah kita bersama2 berusaha untuk belajar ilmu tersebut bersungguh2 dengan niat untuk membantu , menolong mereka dengan ilmu yang kita ada dan berdoa agar dengan ilmu tersebut kita akan lebih dekat dengan pencipta kita iaitu Allah.
insyaAllah, dengan keberkatan ilmu tersebut, kita akan menjadi orang yang bahagia di dunia ini. dan semestinya menjadi idaman setiap manusia hidup masa kini untuk mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang tinggi , hidup selesa . kesemua nikmat itu adalah impian semua insan tetapi ingatlah wahai sahabat ku , semua nikmat ini adalah milik Allah. Allah yang menentukan.
oleh itu, marilah sahabat2 semua kita bersama2 pertingkatkan ilmu bukan sahaja ilmu berkenaan kesihatan malah ilmu agama dan ilmu yang lain seperti pengetahuan ilmu semasa dan ilmu untuk bersosial dan pelbagai lagi agar kita mendapat keredhaan Allah dan hidup diberkati.
Assalamualaikum ,, Kala jiwa rakyat marhaen memberontak memohon agar pengajaran dan pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dihapuskan DAN di kala jiwa pemerintah pula bermati-matian mempertahankan PPSMI...hati dan jiwa ini turut menjerit pilu!Aku rakyat marhaen dan perjuanganku selari dengan rakyat marhaen.
Namun penentanganku terhadap PPSMI bukanlah semata-mata kerana aku rakyat marhaen. Penentanganku adalah kerana aku seorang ibu dari sebuah negeri terpencil, Terengganu yang telah turut merasai peritnya perubahan mengajar dan melihat kemerosotan anak-anakku di dalam matapelajaran Sains dan Matematik setelah sistem itu diperkenalkan! Jiwa kecilku telah lama memberontak..Hari ini hati kecilku kembali menangis dan merintih. Menangis dan merintih dengan sebuah kisah yang begitu menyayat hati dan menyedarkan diriku.
Rupanya bukan sekadar aku seorang ibu yang merasai jerih-payahnya 'sistem pemusnah bahasa ibunda' itu tetapi lebih-lebih lagilah guru-guru kampung yang selama ini berjuang mendidik anak-anak bangsa untuk mengenal huruf dan angka!Kubawakan kisah ini yang telah diceritakan oleh seorang hamba Allah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru sementara...
“Hah…Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar di situ sekitar 2004.Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar. Cantik!“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket.” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah.
Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?“Hang jangan nak menggatai.
Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu.” mak aku membantah.“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory.” cetus hati aku.Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.“Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…Habis takat tu…
Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar bandar’. Maknanya sangat- sangat terpencil).
Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.
Biar aku ceritakan…
Adegan 1: Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla.” “Now I would like to know each of you before I begin my lesson.
Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you.”“ Err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”Aku jawab : “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih.”“ I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir.”“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.”Dalam hati : “Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”
Adegan 2:Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.“Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu…mula
Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan.”“OK takpa, kamu!” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.“ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.“Sebab apa nak jaga lembu?”“Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia.”“ Oo…ya ka?”
aku menyetujui kata-katanyaDalam hati : “Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.”Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar.
Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?
Adegan 3:Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.Untuk Tingkatan 4…semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.Untuk Tingkatan 5…ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati
Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : “Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak.” Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.
“Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau.” Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.
Adegan 4: Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.“Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah…susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:“Depa tengah main Sing-Kong Sir.”“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.“Judi!” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq.
Sapa betoi dia dapat duit syiling tu “ Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” Tegas aku dalam nada separuh bengang.“Ok sir.” Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”“I am” “Kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is” “He is”Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar.
Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.Kesimpulan mengenai Sistem Pendidikan Malaysia:1. HancurSistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu Sains dan Matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar.
ITU ALASAN SEMATA-MATA!Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq Sains dan Matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.
Tak Adil Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu. Sebab apa tak mahu? Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke Politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi (oversea). Tiada…Tiada…Tiada!Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?
Sebab mereka tak mampu! Nak cari guru tuisyen macam orang bandar? Nak beli buku ulangkaji dua, tiga buah? Mana nak cari duit?Ayah buat bendang tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta tu pun kat kedai pomen orang lain.
Mana ada duit?Apa yang mereka ada? Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”
Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…Pak Menteri yang dok push supaya sistem yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta!Tolonglah Pak Menteri.
Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains Matematik dalam BI. Esok lusa kalau Bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq Sains Matematik dalam Bahasa Cina?
Tak ka bercelaru sistem pendidikan Malaysia waktu tu?Kita ada golongan luar bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???Sedikit Pengalaman Manis:1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini?
La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih.”3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main saljipun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”4. “Sir, nak ambik gambaq dengan Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat Sir.”
Adegan 5 : “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni Sir.” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)6. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir.” “Mana dia?” Aku tanya kembali. “Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih.”7. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini.
InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam Bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan.”Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.
(Diceritakan oleh Penulis - Haikal Ghazali, yang kini hampir menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di sebuah institusi pengajian dalam negeri)
hal ini dicerita dalam longhat kedah jika x saya x silap. betul kan saya jika saya tersilap . baca dan fahamkn wahai sahabat ku.. kita fikir2 kn , ia bukan menyalahkan sesiapa tetapi marilah kita sama2 berfikir kerana Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. insyaAllah, saya akan ulas serba sedikit pengalaman saya dan pendapat saya untuk masa akan datang...
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ku biarkan Qalam berbicara..agar mudah untuk mengerti ape yang telah terjadi..Aku sedaya upaya untuk mempersembahkan yang terbaik, dikala masih belajar mendayung bahtera di arena angkasaraya yang terbuka luas ini..Semoga ALLAH tunjukkan jalan untuk menempuhi jalan perjuangan Islam..doa jua teguran dari sahabat ku dambakan..Moga aku istiQamah dalam perjuangan ini.
TUGAS HARIAN DAN GERAK LANGKAH KU
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MSU SPORT GAME - 6/3
PHARMACYNITE - MASQURADE .>> 13/3
BULAN PENGHAYATAN ISLAM - 4 /3 - 20/3
PROGRAM KEM KERJA BERPASUKAN DAN BENGKEL MOTIVASI - 27/3
PROGRAM HARI PENGHARGAAN PMUKM FAKULTI FARMASI - DALAM PERANCANGAN.. TARGET SEBELUM FINAL ..
ATTACHMENT AT GUARDIAN - 13/6- 26/6 NEWS
MUTIARA HATI
"Ilmu yang berguna itu seperti permata di dalam timbunan kaca. Sinarnya sukar untuk dibezakan. Carilah ia walaupun jemarimu luka. Sentiasa suburkan hidupmu sebagai insan yang cintakan ilmu."
SLOGAN PERJUANGAN
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan." - Ustaz Hasrizal Jamil
MOTIVASI BUATKU
BAITI JANNATI - BAITUL MUSLIM DAKWAH IMPIAN YANG MAHU DIKECAPI
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM AIDIL ADHA seifiniti kesyukuran kehadrat ilahi, masih lagi diberikan ruang, masa serta nikmat yang pelbagai ...
GO AHEAD , BERFIKIR UNTUK MEMIKIR
MPP PMUKM FARMASI 2009
WE LOVE UKM!
3 DASAR : Kebajikan, keintelektualan, falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA
~Melangkah dan terus melangkah membuka dimensi baru kepimpinan Malaysia~
GMUKM HARAPAN BARU MAHASISWA
TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH:
1) Cinta kepada kematian.2) bermunajat kepada Allah 3) sentiasa berzikir kepada Alah 4) Berjuang ke jalan Allah
MATLAMAT JELAS=TINDAKAN JELAS
BILA UKHWAH BERSEMI
Teguhkan imanmu wahai sahabat-sahabat..luruskan saf...satukan hati-hati kami Ya Allah....agar ISLAM tertegak di bumi UKM yang dicintai ini..
MUTIARA KATA
Tiada bekal yang lebih utama daripada TAQWA....tiada sesuatu yang lebih daripada DIAM..tiada musuh yang lebih bahaya daripada KEBODOHAN...tiada penyakit yang lebih parah daripada BERBOHONG
AMPUNILAH AKU YA ALLAH....
Dalam kita mengharungi kehidupan, terkadang hati diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang melalaikan hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa... tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan...moga kita ditetapkan iman...amiin...
JIHADKU.....
Setapak ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan....
KATAKAN TIDAK KEPADA "COUPLE"
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". ( ali-imran :104)
BACALAH AL-QURAN
Satu wasilah untuk Allah berbicara pada hati kita. Mungkin, dalam kesibukan, aku terlupa untuk bertemu sahabat yang paling hampir dengan kita iaitu Al-Quran. Di dalamya terdapat pujian Allah terhadap hambaNya. Di dalamnya, tersusun indah ayat pujukan buatmu, kala diri lemah dan tersisih. Segala-galanya ada di dalamnya. Moga kita termasuk dalam golongan tawwabin. InsyaAllah.
mutiara CINTA dan RINDU
"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya padaMu, agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa itu untuk aku selalu merinduiMu, hingga akhir nyawa meninggalkan raga di hatiku hanya untuk satu cinta. Bila tidak mampu aku menyintaiMu, kemana harus kusembunyikan wajahku, Bila berjumpa denganMu ya Robbi."
KITA ADALAH KHALIFAH DI MUKA BUMI FANA INI
"Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!" "Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan!" "Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"
RAMUAN CINTA
Sudahkah kau temukan ramuan paling rahsia itu agar seluruh orang di dunia ini mencintai Allah sepenuh jiwa raganya?
WAKTUMU.....
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari 'ilmu maka Allah akan permudahkannya jalan ke syurga (Hadith Riwayat Muslim)
HIDUP INI UNTUK DAKWAH
Penuhilah kehidupan ini dengan da'wah. nescaya tenang hatimu lantaran membantu manusia untuk beriman & beramal untuk mendekatkan diri kepada Allaah