| BADAI YANG LALU,  MENGGAMIT KALBU MENGEMUDI BAHTERA  KEINSAFAN DAN KEIMANAN,  MENGEJAR KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN  YANG BERTERUSAN DI JALAN YANG ONAR DAN BERDURI, BERSAMA CABARAN DAN UJIAN SEGENAP PENJURU,  AYUH BANGKIT NUQABA' YANG DIIMPIKAN, MEMBAWA CAHAYA MENERANGI KEGELAPAN,  MEMBAWA KEADILAN MENUMPASKAN KEZALIMAN,  MEMBAWA DIRI, HAMBA ILAHI KEARAH INSAN  NUQABA' YANG MEMPESONAKAN  SENTIASA IMPIKAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT YANG KEKAL BERTERUSAN.  ibn khalid 1548:KL Ayuh, sahabatku.. kita perlu bersiap siaga menjadi khalifah dan daie dimuka bumi Allah. Dalam   menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’i hendaklah memiliki beberapa   persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas   jalan perjuangan ini.  Di antara   persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah: PERSIAPAN ILMU Senjata   pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu. Secara   keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak,   hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses   pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah, proses mengambil alih kuasa   pemerintahan, penggubalan perlembagaan, pelaksanaan sistem pendidikan,   sosialisasi masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan konsep hubungan   antarabangsa Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah   dan sejarah Islam.  Sekurang-kurangnya   setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan sistem hidup Islam secara   umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat,   perkembangan politik semasa.  Sebagai   para pendokong jamaah Islam, setiap da’ie hendaklah memahami penubuhan,   perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran Jamaah yang diperjuangkannya.  Demi   kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah   seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah,   perancangan dakwah dan pengurusan dakwah.  Sebagai   pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai   beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul   al-Fiqh, ilmu Maqasid al-Syariah, Fiqh al-Awlawiyat, al-Siyasah al-Syar’iyyah   serta sejarah pemerintahan dan pembinaan hukum Islam.  Kemantapan   ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran   yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam   yang bersifat ilmiah dan semasa seperti tahaluf siyasi, konsep negara Islam,   kedudukan non-muslim di dalam negara Islam, hubungan antarabangsa Islam dan   lain-lain.  PERSIAPAN   MENTALITI Antara   persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana   (fatanah) iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan   fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah ,mengenalpasti   kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada   sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang   diperjuangkannya.  Seseorang   da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak   pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya   kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam   mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang   berkesan dalam memimpim gerakan dakwah Islamiyyah ke arah mencapai visi, misi   dan objektif yang telah ditetapkan. PERSIAPAN   JASMANI Setiap   da’ie berkewajipan menjaga kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan   dan minuman yang seimbang dan berkhasiat.  Lantaran   itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu   yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti serap meminum minuman yang   manis, makan banyak dan merokok.  Setiap   da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota   jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang,   menembak dan mendaki gunung. PERSIAPAN   ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN Di antara   persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan   perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’   dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui   keampunan dan keredhaan Allah.  Manakala   akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat   marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf,   menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan   mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w.  Berhubung   dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak   mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya   kepimpinan orang lain.  Seseorang da’ie   yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam   mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah   dan politik. alhamdulillah, terima kasih pada sahabat yang berkongsi ilmu untuk tatapan semua insan. moga2 diberikan kemudahan dan balasan disisi tuhan yang esa, Allah. persiapan yang perlu disiap siaga dan menjadi bekalan masa depan yang tidak menentu. koreksi diri dan berusaha selagi termampu.. kerna kita masih berada dipertengahan jalan kehidupan.  "DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT" IBN KHALID  | 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
