SALAM UKHWAH DAN PERSAHABATAN BUAT SEMUA INSAN
alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerna kita masih berada di alam dunia yang serba indah dengan nikmat dan ujian yang tidak kunjung datang dan pergi bagi menguji kesabaran dan keimanan hambanya hidup dimuka bumi ciptaannya. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w yang telah bertungkus lumus membawa sinar dan cahaya kepada semua ummat agar mendapat ketenangan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
melayari universiti kehidupan,
tika kita berjalan meniti masa-masa yang lalu,
berlari-lari mengejar cita-cita yang pasti dan tidak pasti,
kadang-kadang tersadung dek ujian yang datang,
kadang kala tertawa dengan nikmat yang diberikan,
syukur itu jalan yang pasti,
bumi UKM,
kita bermula dengan langkah bersahaja,
bersama-sama cita-cita yang kabur di awalnya,
mengecapi kejayaan yang pasti diakhirnya,
benar, kita sedang melayari universiti kehidupan.
menerjah alam baru yang tidak diketahui nasibnya,
mengemudi diri di alam yang lebih mencabar,
memerlukan persediaan yang lebih rapi dan teliti,
berusaha dan bertawakal diatas jalan keimanan dan taqwa,
agar ia menjadi mudah dan diredhai.
membina keluarga impian,
mendaki cita-cita kerjaya yang diimpikan,
bersama kegemilangan pencapaian diri,
bukan semata-mata untuk duniawi,
malah ukhrawi yang menjadi rebutan.
kerna hidup ini bukan lama,
kerna tubuh ini bukan milik kita,
kerna nikmat ini bukan kita yang peroleh secara percuma,
kerna dunia ini semakin tua,
bersama melayari universiti kehidupan.
ku harapkan,
kita akan kembali tenang dan bahagia,
hidup diatas cahaya ketaqwaan dan keimanan,
benar, kita hanya hamba ilahi,
menelusuri duniawi,
mengejar impian jannati..
ibn khalid
1411:KL
salam kemaafan dari kalbu buat semua sahabat. alhamdulillah, universiti kehidupan di UKM telah saya tempuh bersama sahabat-sahabat yang dirahmati. bermula perjalanan kehidupan realiti yang semakin mencabar dan menguji keimanan. maaf atas segala kesilapan buatku kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. insyaAllah, doakan agar semua ujian yang dihadapi pada sems 2 ini lulus semua agar dapat meneruskan kehidupan yang sedang menanti.
insyaAllah, hari cuti sudang dipalu, semua sedang sibuk pulang berjumpa keluarga tercinta untuk melepaskan rindu selepas setahun berjihad mencari ilmu dan penuhkan kefahaman di dada. alhamdulillah, 4 tahun melayari universiti kehidupan di UKM. Banyak perubahan yang telah diri ini terasa, dari segi ilmunya, kemahirannya, pemikirannya, kepimpinannya dan beberapa aspek lain yang telah saya target masa hari pertama masuk UKM kampus KL ini. Semua dirancang dengan bantuan ilahi bagi melansaikan hutangku pada ilahi untuk melayari kehidupan ini.
sudah tiba masanya, membuka lembaran buku baru bagi meneruskan kehidupan yang sentiasa menunggu pengakhirannya. Beberapa aspek lain yang perlu dicapai dan digapai. pemantapan iman, dakwah, Keluarga, kerjaya dan ilmu yang berterusan perlu difikirkan dan teliti.
alhamdulillah, targetku, untuk membuka mini perpustakaan akan diteruskan. targetku untuk mencapai 150 buku diawalnya dan kini hanya mampu mencapai hampir 70 buah buku yang ada ditangan. insyaAllah, kepada sahabat2 yang masih meminjam buku itu. teruskan dan bacalah.. insyaAllah, saya hadiahkan kepada sahabat itu jika terlupa untuk memulangkannya. moga-moga kita bersama mendadapt manfaatnya. "garden of knowledge" nama diberi memberi inspirasi pada diri. ilmu itu penting kerna ilmu sinar kebahagian. ia bekalan untuk diri dan sahabat bagi menelusuri kehidupan. dari data-data biasa menjadi informasi diri seterusnya jadikan ia sebagai kebijaksaan yang sangat berharga.
kerjaya yang telah menanti. ahli farmasi itulah cita-cita sejak saya kecil lagi. halatuju yang dinamik perlu kita rangka. saya bercita-cita mengemudi rangkaian kedai farmasi untuk menjadi seorang usahawan berjaya atau menjadi ahli akademik dalam bidang farmasi. Prof. Dr. Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid - nama yang diidamkan bukan sahaja expert dalam bidang perubatan moden malah perubatan islam. angan-angan yang tidak pasti pencapaian. :). Namun itulah, cita-cita yang perlu kita rangka. georg. Maxwell dalam bukunya memberi inspirasi bercita-cita besar bersama sultan muhammad alfateh seorang tokoh inspirasi diri menjadi pemuda yang beriman dan futuristik.
baitul muslim dakwah yang diimpikan. salam kemaafan dalam kalbu kepada sahabat-sahabatku terutama junior-juniorku. membicaranya awal bukan beerti kita asyik memikir tentangnya, bukan kita menjadi obses dengan cinta namun ia adalah proses untuk mematangkan diri ini. ia menjadilan kita matang dan bersedia bagi melayari universiti kehidupan ini. mantaplah dirimu dengan ilmu, capailah pengalaman-pengalaman dalam mengharungi kehidupan ini kerna cinta itu pasti hadir namun ia datang dalam keadaan suci atau sebaliknya. cinta itu perlu dipelajari dan difahami. diri tidak pernah bercinta namun berusaha mendalami hakikat cinta itu. banyak buku-buku tarbiyah cinta yang tersedia bersama-sama forum2 dan majlis ilmu yang ada. kerna kita sedang melayari universiti kehiduapan. Moga-moga kita semua akan bertemu cinta itu. salam kemaafan kepada sahabatku, juniorku, dan telah terlibat dalam analisa dan kajianku tentang cinta dan erti perkahwinan itu :).
kerinduaan pada ibu bapaku, lama sungguh tidak pulang ke rumah. melayari kehidupan sebagai mahasiswa dan pelajar di sekolah telah mengajar erti berdikari dalam hidupku. bole dikira dengan jari beberapa hari yang sy pulang dan hanya cuti panjang baru ku pulang ke kampung halamanku. terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa ku, yang sentiasa mendoakan dan memberikan segala keperluan untukku. juga pada adik beradikku yang lain, along, uda, andak, uteh, alang, adik yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan sehingga aku berada disini dan berjaya di pertengahan kehidupanku.
SALAM KEMAAFAN DARI KALBU UNTUK SEMUA INSAN
SELAMAT BERCUTI DAN MELAYARI UNIVERSITI KEHIDUPAN
IBN KHALID