Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Syukur kehadrat ilahi kerna kita masih diberikan masa dan peluang untuk melalui liku-liku ranjau kehidupan sebagai seorang hamba yang berlumba-lumba mengumpul amal kebajikan yang maksima untuk dijadikan bekalan untuk alam akhirat yang sentiasa menanti. Alhamdulillah, rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan pada kita.. moga2 kita tergolong dalam insan yang bersyukur.
alhamdulillah.. menempuh kehidupan di KL sebagai seorang mahasiswa farmasi telah menghidangkan pelbagai liku-liku kehidupan yang mencabar. dari seorang budak kampung, menjamu beberapa penghijrahan ke tempat2 lain di mersing, N. sembilan dan akhirnya ke kuala lumpur semestinya menjamu memori-memori suka dan duka. almaklum dari geografi kehidupan desa berpindah ke bandar hingga ke kota metropolitan memberikan pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk hamba Allah ini hidup dan meneruskan ranjau kehidupan.
dalam merentasi masa kehidupan itu. semestinya ada keluhan yang menjelma dan terdetik, ada fikiran negatif yang bertandang sekiranya ditimpa musibah namun kita perlu bangkit dan sedar.. bersabarlah kerna itulah ujian yang kita perlu tempuh dan ramai lagi makhluk Allah yang telah dicipta untuk menjalani kehidupan di dunia dengan sejarah dan peranan mereka sebagai khalifah Allah. disini dicoret perkongsian yang bermakna dari syahirul berkenaan antara sabar dan mengeluh. moga kita mendapat manfaat dari perkongsian ilmu darinya.
perjalanan hidup yang masih panjang. dimana memerlukan kita merancang dan membuat perubahan dalam diri ini. minggu-minggu peperiksaan mengundang sindrom 'masa cepat pergi' dan tekanan-tekanan yang dijangka dan tidak dijangka. almaklum setiap masa itu berharga sehingga ada yang tidur 30 minit pun ada bagi memberikan kelegaan dalam diri bagi membuat persediaan sebelum berpencak di medan pertempuran akal di dewan peperiksaan. alhamdullillah, 3 paper telah berjaya ditempur dan tawakal serta doa yang diiringkan.. moga-moga diberikan kejayaan dan kebahagian. 1 paper paling getir iaitu farmasi klinikal dan theraputik 2 yang akan berlangsung isnin ini masih dalam persediaan. moga Allah berikan kemudahan dan kesempatan agar hamba ini bersedia dan insyaAllah jika semua ini berjaya dilepasi dengan pertolongan dari ilahi. saya akan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang ahli farmasi. Cita-citaku sejak aku berumur 10 tahun lagi.
pabila meneliti perancangan kehidupan yang panjang ini terutamanya mengisi masa-masa rehat dan cuti sebelum menempuh kehidupan yang lebih mencabar. kelihatan ramai sahabat sibuk merangka jadual dan perancangan mereka tersendiri. Ada yang mahu bekerja, ada yang mahu tolong ibu bapa, ada yang mahu berehat panjang, ada yang mahu bercucuk tanam dan pelbagai lagi perancangan yang unik dan menarik. oleh yang demikian, diri ini pun teruja untuk merancang kehidupan masa cuti ini.. sebenarnya tidak tahu apa yang mahu di buat dan awalnya mahu berehat semata-mata sebelum menempuh alam yang kurang rehatnya (alam bekerja). selepas melihat idea dari sahabat berkenaan perancangan mereka.. jadi saya rasa teruja.
"PLAN IS NOTHING, PLANNING ARE EVERYTHING"
cikgu roslan (ex- lecture biology kmns)
perancangan itu perlu dan menjalankan apa yang dirancang itu perlu diambil berat. jadi masa cuti nanti, diri merancang untuk tambah ilmu didada serta kemahiran berkenaan farmasi. harapannya 2 minggu di guardian akan memberikan pengalaman yang berharga sebagai farmasi komuniti. minggu-minggu lain juga dirancang untuk bekerja sementara di kedai2 farmasi yang ada bagi menambah ilmu dan pengalaman. untuk ilmu juga, nak baca novel dan buku-buku yang banyak dibeli tapi tidak sempat dihabiskan :). lesen kereta juga perlu di"completekan". selebihnya akan digunakan untuk tinggal bersama keluarga tercinta terutamanya emak dan ayah di kampung. almaklum hidup belajar dengan merantau. masa yang singkat sahaja dikampung pada waktu cuti sems atau hari raya saja.
kampungku tempat yang tenang, merancang untuk tolong ayahku menguruskan ladang sawit. dengar2 ayahku buka satu kebun sawit untuk diusahakan.. insyaAllah.. dikesempatan ini, mahu bekerja dikampung pula sebelum menempuh kehidupan di hospital dan klinik. ditambah lagi nak kurang lemak pada badan yang agak sukar dibuang jika tidak lakukan aktiviti fizikal. Theraputic lifestyle changes ( TLC) perlu dijalankan untuk diri ini dengan mengawal pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
perancanganku untuk bekerja disekitar johor tetapi apakan daya jika dapat ketempat lain. hati ini berat mengatakan akan dapat bekerja di sarawak. Seronok juga disarawak. negeri yang tenang, baru habis pilihan raya umum. kesesakan yang kurang dengan hutan menghijau yang masih banyak. pengalaman selama 2 minggu disarawak semasa cuti tahun 3 membuatkan diriku tertarik untuk bekerja di sarawak. disana juga ada kakak dan abg ipar yang bole membantu dengan harapan dapat post di hospital kuching :). insyaAllah, moga apa yang dirancang berjaya dilalui. sekiranya tidak tercapai, bersabar dan tidak perlu mengeluh. itulah rezeki yang telah Allah sediakan pada hambanya.
Harapan agar diberikan ketenangan untuk bersedia menempuh ujian paper last dan ujian besar dalam kehidupan ini. merancangkan diari kehidupan kerna kita merancang, Allah juga merancang dan segala ketentuan hanyalah dari Allah pencipta yang agung.
SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG MASIH PANJANG
"DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT"
IBN KHALID
masih terlalu jauh perjalanan..
dalam perjalanan yang baru sejengkal nipun sudah terlalu banyak diuji
gusar memikirkan jalan dihadapan..
moga diteguhkannNya..
moga dapat menempuhnya dengan sabar dan tanpa mengeluh..
tetapkanlah apa yang terbaik buat kami..
'ya allah janganlah biar kami menentukan nasib kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu' amin~