"Manusia tidak merancang 
untuk gagal, tetapi mereka gagal 
untuk merancang"



Sebenarnya kunci untuk menetapkan tujuan kejayaan adalah kemampuan kita untuk memotivasi diri sendiri dan tetap termotivasi sehingga kita telah mencapai tujuan kita. Mendapatkan dan tetap termotivasi tidak sesulit kelihatannya. Ini hanya memerlukan disiplin dan beberapa kekuatan untuk memulakannya. Pertama, mari kita lihat apa motivasi sebenarnya, dan kemudian melihat bagaimana kita boleh termotivasi untuk mencapai tujuan kita. 

Motivasi bukan merupakan produk dari pengaruh luar. Ianya adalah produk alami dari keinginan kita untuk mencapai sesuatu dan keyakinan kita bahawa kita mampu melakukannya. Ianya akan meningkat dalam diri kita sekiranya kita dapat membina seberapa kuat keinginan kita dan kepercayaan pada diri sendiri. Di sini ustaz abu ridhuan cuba senaraikan beberapa cara yang kita benar-benar dapat memotivasi diri sendiri dan tetap sangat termotivasi sehingga kita mendapatkan tujuan kita. 

1. Mulailah dengan visualisasi kejayaan masa depan kita dan membayangkan saat kita mengalami perasaan ketika kita mencapai tujuan kita. Visualisasi tersebut akan dapat dicapai setelah kita berusaha untuk merealisasikannya, maka bangkitkanlah motivasi diri menuju kejayaan.

Masih ingat kisah Rasulullah saw. membayangkan bahawa pada suatu saat nanti Islam akan menawan kerajaan Parsi. Sedangkan pada saat itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti langit dengan bumi. Namun Rasulullah saw. dengan yakin telah membayangkan kejayaan dakwahnya sehingga mampu menawan kerajaan Parsi. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan terharu. Ternyata visualisasi Rasulullah saw. menjadi kenyataan. 


2. Miliki mentaliti positif bahawa anda mampu menuju kepada kejayaan. Fokus dan berilah seluruh konsentrasi bagaimana kita akan melangkahkan tapak-tapak kejayaan. Bayangkan kebahagiaan yang akan dapat kita peroleh saat satu demi satu langkah kita menghampiri kejayaan. Sungguh, memperoleh kejayaan bermula dengan langkah-langkah positif menuju kejayaan. Maka jangan biarkan langkah anda sumbang. Perhatikan serah perjalanan perjuangan dakwah Rasulullah saw. Sebenarnya tiada yang pincang dalam langkah-langkah baginda saw, sebaliknya ianya menjadi langkah sejarah dakwah sehingga langkah-langkah itu telah menyinarkan bumi ini dengan kemuliaan Islam. 

3. Tetapkan keutamaan yang tinggi yang harus di capai untuk setiap tugas. Ianya akan memberikan kesan keutamaan dalam fikiran kita. Tegaskan kepada diri sendiri bahawa kita akan melakukan apa yang diperlukan tanpa gagal. Biasanya kita gagal menetapkan keutamaan antara study kita dengan aktiviti yang lain seperti bersukan, outing, berfacebook, bercinta dan sebagainya sehinggakan masa kualiti kita habis untuk aktiviti yang tidak penting malah merosakan diri sendiri. 

4. Menetapkan sasaran untuk jumlah jam / kerja yang kita akan lakukan setiap hari ke arah tujuan kita. Jadualkan jumlah masa / kerja dalam perancangan harian kita dan jangan biarkan jadual itu diganggu atau terabai. Sebagai contoh, penulis sentiasa menetapkan 2 jam setiap hari untuk membuat latih tubi soalan. Penulis akan pastikan ianya berjalan, walau dengan apa cara pun, hatta terpaksa mengurangkan masa tidur. 


5. Cuba senaraikan apakah hasil yang ingin kita capai, samada dalam bentuk senarai, graf, gambar dan sebagainya. Tampalkan di tempat yang selalu kita lalu atau lihat seperti di meja belajar, di dinding bilik, dan sebagainya. Ianya akan membantu mengingat dalam pemikiran kita bila-bila masa dan sepanjang hari. 


6. Cuba senaraikan apakah target lain yang kita ingin capai, seperti untuk menjadi seorang doktor berjaya, peguam terbaik dan sebagainya. Penulis sentiasa set untuk bercita-cita menjadi seorang profesional da’i. Untuk menjadi profesional penulis perlu cemerlang dalam belajar sehingga ke tahap PhD. Untuk menjadi da’i maka penulis perlu istiqamah dengan tarbiah Islam dan dakwah. Komitmen untuk mencapai cita-cita tersebut akan meningkatkan motivasi kita untuk mecapainya. Saat ini apa yang anda citakan atau masih samar lagi? 


7. Selalu buat post moterm pencapaian yang telah kita usahakan. Menulis laporan kemajuan. Dalam Islam disebut muhasabah. Muhasabah kita mesti konkrit, senaraikan apa yang lemah, apa yang belum dilakukan, kenapa tidak dilakukan dan apa tindakan untuk improve kelemahan tersebut. Muhasabah merupakan salah satu kunci istiqamah. Agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. 


8. Berikan diri kita beberapa galakan dan dorongan untuk mengingatkan diri kita bahawa kita miliki kemampuan dan komitmen untuk mencapai tujuan kita. Gilapkan potensi dan kekuatan yang ada pada diri kita semaksimanya. Rasulullah saw. sering memuji sahabat-sahabatnya yang memiliki sebarang kekuatan / kebaikan, ini akan mendorong lagi motivasi para sahabat untuk berprestasi. 


9. Bacalah buku, tulisan, kisah atau meontotn video yang memotivasi kita dan menggerakkan kita untuk bertindak. 


10. Dengar muzik yang memotivasi kita, yang membangkitkan ruh / jiwa kita untuk membangkitkan motivasi dan cita kita. Apatah lagi kalau kita sentiasa mendengar bacaan Al Quran, insyaAllah mampu membantu diri kita. 


11. Sentiasa bersaing dengan teman-teman yang komited dengan study, jadikan mereka sebagai partner belajar dan dalam masa yang sama pesaing kita yang sihat.




12. Dapatkan bantuan dan sokongan dari orang-orang di sekitar kita. Penulis amat akrab dengan para pensyarah penulis sehingga mereka sentiasa membuka pintu untuk membantu kejayaan penulis. 


13. Tentukan versi kejayaan kita seiring dengan kehendak Allah dan Rasulullah saw. Jangan biarkan orang lain mendefinisikan kejayaan untuk kita. 

14. Abaikan atau nyahkan pengaruh negatif atau tanggapan orang luar bahawa kita tidak boleh berjaya . Pekakkan telinga terhadap suara orang-orang negatif. Sebaliknya berkawanlah dengan dengan orang yang berjiwa positif dan telah berjaya. Bertahan! Jangan lemah semangat dengan suara dan pandangan sumbang. 


15. Sedarkan diri sentiasa untuk sentiasa berbuat lebih baik daripada yang pernah kita lakukan. Hadapi masalah dan menerima cabaran yang muncul. Jangan lari dari masalah. Perancangan jika dilaksanakan akan selalu merubah hari anda. Apa yang penting adalah proses setiap perancangan dilaksanakan sehingga kita memiliki arah yang jelas tanpa ragu-ragu. 


16. Fokus pada prestasi positif kita dan bukan negatif. Semua orang mempunyai persepsi mereka sendiri terhadap kita, ada yang berpesepsi positif dan ada yang negatif. Beri tumpuan kepada perkara-perkara atau orang yang memberi kemajuan kepada kita. Tetap positif dan yakin tentang perjalanan kita dan hasil yang kita ciptakan. 


17. Berkongsi kejayaan kita dengan teman yang dipercayai kerana ini akan membantu kita tetap fokus dan membangkitkan prestasi kita. Raikan bersama mereka setiap kali kita berjaya melaksanakan apa yang dirancangkan.


18. Sentiasa aktifkan analisis SWOT. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan. Tingkatkan dan kuasai kekuatan yang kita miliki. Perbaiki kelemahan. Ambil ruang dan peluang baik yang ada disekeliling untuk tingkatkan motivasi kita seperti program-program motivasi, latihan pengurusan diri dan sebagainya. 


19. Melatih diri untuk menyelesaikan apa yang kita mulai dengan menolak untuk berhenti sehingga kita selesai. Menumbuhkan kebiasaan tekad dan ketekunan. 


20. Jangan takut untuk membuat kesalahan (kesalahan dalam belajar bukan kesalahan buat dosa) dan jika kita lakukannya, jangan menghukum diri sendiri. Fahami bahawa kita dalam proses untuk berjaya. Orang-orang yang berjaya sebenarnya bermula dengan kegagalan dalam perjalanan mereka. Mereka menebus kelalaian mereka dengan memperbaiki diri dan membuat anjakan paradigma baru untuk mencapai tujuan / goals yang telah ditetapkan. 


21. Jangan lupa berdoa dan bertaqarub kepada Allah. Kekuatan motivasi sebenar terbit dalam jiwa yang sentiasa harap kepada Allah. Hanya Allah swt sahaja yang berkuasa memberikan kita motivasi yang original. Motivasi dari langit. Justeru kita akan belajar bukan lagi untuk capai tujuan kejayaan dunia, sebaliknya menjulang aspirasi kerajaan langit dan bumi, motivasi dan momentum belajar adalah kerana Allah dan memenuhi tuntutan Islam. Maka sudah tentu kita perlu mendampingi yang Maha Bijaksana dan Maha Tinggi, Allah swt. Semoga panduan dan tips ini memberi manfaat kepada pembaca. Selamat belajar!


TERIMA KASIH BUAT USTAZ ABU RIDHUAN ATAS PERKONGSIAN YANG HEBAT DAN MANTAP

SELAMAT BERTEMPUR DAN MENEMPUH FINAL EXAM 
SELAMAT BERUSAHA DAN BERJAYA 

SEMOGA KITA MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR DAN BERTAWAKAL

" DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT" 

IBN KHALID 





Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,