Archive for April 2011

SALAM UKHWAH DAN PERSAHABATAN BUAT SEMUA INSAN 


alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerna kita masih berada di alam dunia yang serba indah dengan nikmat dan ujian yang tidak kunjung datang dan pergi bagi menguji kesabaran dan keimanan hambanya hidup dimuka bumi ciptaannya. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w yang telah  bertungkus lumus membawa sinar dan cahaya kepada semua ummat agar mendapat ketenangan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. 






melayari universiti kehidupan, 
tika kita berjalan meniti masa-masa yang lalu, 
berlari-lari mengejar cita-cita yang pasti dan tidak pasti, 
kadang-kadang tersadung dek ujian yang datang, 
kadang kala tertawa dengan nikmat yang diberikan, 
syukur itu jalan yang pasti, 


bumi UKM, 
kita bermula dengan langkah bersahaja, 
bersama-sama cita-cita yang kabur di awalnya, 
mengecapi kejayaan yang pasti diakhirnya, 
benar, kita sedang melayari universiti kehidupan. 


menerjah alam baru yang tidak diketahui nasibnya, 
mengemudi diri di alam yang lebih mencabar, 
memerlukan persediaan yang lebih rapi dan teliti, 
berusaha dan bertawakal diatas jalan keimanan dan taqwa, 
agar ia menjadi mudah dan diredhai. 


membina keluarga impian, 
mendaki cita-cita kerjaya yang diimpikan, 
bersama kegemilangan pencapaian diri, 
bukan semata-mata untuk duniawi, 
malah ukhrawi yang menjadi rebutan. 


kerna hidup ini bukan lama, 
kerna tubuh ini bukan milik kita, 
kerna nikmat ini bukan kita yang peroleh secara percuma, 
kerna dunia ini semakin tua, 
bersama melayari universiti kehidupan. 


ku harapkan, 
kita akan kembali tenang dan bahagia, 
hidup diatas cahaya ketaqwaan dan keimanan, 
benar, kita hanya hamba ilahi, 
menelusuri duniawi, 
mengejar impian jannati.. 


ibn khalid  
1411:KL


salam kemaafan dari kalbu buat semua sahabat. alhamdulillah, universiti kehidupan di UKM telah saya tempuh bersama sahabat-sahabat yang dirahmati. bermula perjalanan kehidupan realiti yang semakin mencabar dan menguji keimanan. maaf atas segala kesilapan buatku kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. insyaAllah, doakan agar semua ujian yang dihadapi pada sems 2 ini lulus semua agar dapat meneruskan kehidupan yang sedang menanti. 

insyaAllah, hari cuti sudang dipalu, semua sedang sibuk pulang berjumpa keluarga tercinta untuk melepaskan rindu selepas setahun berjihad mencari ilmu dan penuhkan kefahaman di dada. alhamdulillah, 4 tahun melayari universiti kehidupan di UKM. Banyak perubahan yang telah diri ini terasa, dari segi ilmunya, kemahirannya, pemikirannya, kepimpinannya dan beberapa aspek lain yang telah saya target masa hari pertama masuk UKM kampus KL ini. Semua dirancang dengan bantuan ilahi bagi melansaikan hutangku pada ilahi untuk melayari kehidupan ini.

sudah tiba masanya, membuka lembaran buku baru bagi meneruskan kehidupan yang sentiasa menunggu pengakhirannya. Beberapa aspek lain yang perlu dicapai dan digapai. pemantapan iman, dakwah, Keluarga, kerjaya dan ilmu yang berterusan perlu difikirkan dan teliti. 

alhamdulillah, targetku, untuk membuka mini perpustakaan akan diteruskan. targetku untuk mencapai 150 buku diawalnya dan kini hanya mampu mencapai hampir 70 buah buku yang ada ditangan. insyaAllah, kepada sahabat2 yang masih meminjam buku itu. teruskan dan bacalah.. insyaAllah, saya hadiahkan kepada sahabat itu jika terlupa untuk memulangkannya. moga-moga kita bersama mendadapt manfaatnya. "garden of knowledge" nama diberi memberi inspirasi pada diri. ilmu itu penting kerna ilmu sinar kebahagian. ia bekalan untuk diri dan sahabat bagi menelusuri kehidupan. dari data-data biasa menjadi informasi diri seterusnya jadikan ia sebagai kebijaksaan yang sangat berharga. 

kerjaya yang telah menanti. ahli farmasi itulah cita-cita sejak saya kecil lagi. halatuju yang dinamik perlu kita rangka. saya bercita-cita mengemudi rangkaian kedai farmasi untuk menjadi seorang usahawan berjaya atau menjadi ahli akademik dalam bidang farmasi. Prof. Dr. Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid - nama yang diidamkan bukan sahaja expert dalam bidang perubatan moden malah perubatan islam. angan-angan yang tidak pasti pencapaian. :). Namun itulah, cita-cita yang perlu kita rangka. georg. Maxwell dalam bukunya memberi inspirasi bercita-cita besar bersama sultan muhammad alfateh seorang tokoh inspirasi diri menjadi pemuda yang beriman dan futuristik. 



baitul muslim dakwah yang diimpikan. salam kemaafan dalam kalbu kepada sahabat-sahabatku terutama junior-juniorku. membicaranya awal bukan beerti kita asyik memikir tentangnya, bukan kita menjadi obses dengan cinta namun ia adalah proses untuk mematangkan diri ini. ia menjadilan kita matang dan bersedia bagi melayari universiti kehidupan ini. mantaplah dirimu dengan ilmu, capailah pengalaman-pengalaman dalam mengharungi kehidupan ini kerna cinta itu pasti hadir namun ia datang dalam keadaan suci atau sebaliknya. cinta itu perlu dipelajari dan difahami. diri tidak pernah bercinta namun berusaha mendalami hakikat cinta itu. banyak buku-buku tarbiyah cinta yang tersedia bersama-sama forum2 dan majlis ilmu yang ada. kerna kita sedang melayari universiti kehiduapan. Moga-moga kita semua akan bertemu cinta itu. salam kemaafan kepada sahabatku, juniorku, dan telah terlibat dalam analisa dan kajianku tentang cinta dan erti perkahwinan itu  :). 

kerinduaan pada ibu bapaku, lama sungguh tidak pulang ke rumah. melayari kehidupan sebagai mahasiswa dan pelajar di sekolah telah mengajar erti berdikari dalam hidupku. bole dikira dengan jari beberapa hari yang sy pulang dan hanya cuti panjang baru ku pulang ke kampung halamanku. terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa ku, yang sentiasa mendoakan dan memberikan segala keperluan untukku. juga pada adik beradikku yang lain, along, uda, andak, uteh, alang, adik yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan sehingga aku berada disini dan berjaya di pertengahan kehidupanku. 

SALAM KEMAAFAN DARI KALBU UNTUK SEMUA INSAN 

SELAMAT BERCUTI DAN MELAYARI UNIVERSITI KEHIDUPAN 

IBN KHALID 




Contribution by UKM to Government’s MyBrain15 programme

BANGI, 18 April, 2011 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hopes to produce at least 5,000 PhD holders by 2015 as part of its contribution towards fulfilling the government’s  MyBrain15 programme which aimed at producing 60,000 PhDs by 2020.

In line with this, UKM has mapped out various strategies including offering five fellowship programmes, reforming some of its faculties and setting up off-shore centres for postgraduate studies.

Director of the Centre for Graduate Management, Prof Dr Aini Hussain said the MyBrain15 programme is one of the critical agenda of the government to achieve Vision 2020.

As part of that agenda the government  had drawn up its various transformation plans including the Economic Transformation Plan (ETP). Through ETP a new economic model with emphasis on innovation is targetted.

Under the MyBrain15 project the Ministry of Higher Education is offerring  the MyPhd, MyMaster, PhD Industry and Academic Training Scheme  IPTA (SLAI) programme.

It is part of part of the nation’s critical agenda which aims at producing a group of high knowledge work force who will act as catalysts to spur research and innovation.

“In line with this, UKM has targeted to have 15,000 registered post graduates by 2015,” she said.

Prof Aini said as part of its plan to contribute to the government’s effort, UKM is offering five fellowship programmes made up of the UKM Fellowship, UKM Premier Fellowship, Research University Fellowship, Research Grant Fellowship and the OUP (Research University Operations) Fellowship. A total of RM5 million has been allotted for the fellowships this year.

“The UKM Premier Fellowship  was accepted by the University’s Senate recently and will be advertised very soon for the 2011/2012 intake, she said.

For the fellowship schemes, all full-time students can apply and it covers all fields of study with emphasis given to the eight research niche of UKM.

Prof Aini said UKM will be also be transforming a few faculties which will focus on post graduates programmes.

“The Deputy Vice Chancellor (Academic and International Affairs) and the Centre for Graduate Management have identified three faculties that will be transformed. They are the Faculty of Medicine, Faculty of Education and Faculty of Engineering and Built Environment.

“The faculties needed to have a registration target of 70% post graduates against 30% first degree students. The undergraduates will become feeders for their post graduate programmes.

“The other faculties must set a target ratio of 50%:50% graduate and undergraduate students by 2015. To date UKM  have 14 institutes and the Graduate School of Business (GSB) that only cater for post graduate studies.

On the formation of the off-shore studies centres, she said the programme comes as part of the university’s Education Co-operation Agreement (ECA).

UKM has thus far succeeded in forging a few education co-operation with universities in Indonesia involving the Faculty of Education, Faculty of Science and Technology and the Faculty of Economics and Management.

The Faculty of Law has recently signed a co-operation agreement with Hunan University of China.

UKM currently have 3,160 PhD students and she believes that the plans were realistic and achievable.

For the MyPhD and MyMaster programme the terms and condition set by the Ministry of Higher Eduction applies.  Candidates targeted are unemployed graduates without permanent incomes, staff from the private sector as well as lecturers from the Private Institutions of Higher Learning.
MyBrain15 aims to increase researchers to spur innovation and research
The MyBrain15 Programme is a programme under the National Higher Education Strategic Plan (PSPTN) which aims at developing a pool of knowledgeable human resources to spur innovation and research.

It is seen as a vital step to ensure the Government’s effort in developing an innovation-based economy succeeds. Under this programme, the Government targets to achieve a total of 60,000 PhD holders among Malaysians.

The programme offered by the Ministry of Higher Education is MyPhD which is opened to all eligible graduates as well as private sector employees.

The objective of the programme is to increase the number of domestic professional workers who are knowledgeable and highly-skilled based on innovation and creativity and to also encourage innovations in the economic sector and local industries.

The MyMaster programme acts as a feeder to the MyPhD programme for PhD-level studies. Its objective is to encourage high-calibre graduates to continue their studies at a higher level in various critical fields consistent with the national development agenda.

The third programme offered is the PhD Industry which focuses on producing innovation and increasing competency among professionals and industry practitioners through industry-based research. This programme is the government’s incentive to encourage knowledge-sharing among industry practitioners and academicians in producing knowledgeable professionals.

Under the Academic Training Scheme IPTA (SLAI), focus is given to efforts aimed at improving the quality of teaching staffs at public higher learning institutions consistent with the objective of PSPTN that is to empower higher learning institutions.

In the 10th Malaysia Plan (RMK-10), the Government aims towards achieving 75% of lecturers in a research university to have a PhD qualification, while 60% for other higher learning institutions. This programme is only open to lecturers/tutors/fellows from public higher learning institutions.

The Ministry listed 14 action plans that must be taken into account by the university. They are:
· Encouraging research collaborations between Malaysian and international students in a research university.
· Offering PhD programmes in the fields of science and technology besides focusing on indigenous-based research.
· Creating a non-conventional PhD programme mode such as applied research programme based on industry.
· Making it compulsory for supervisor-PhD student ratio to be at 1:5.
· Requiring a PhD student to have experience doing research in an overseas lab (for relevant fields of study).
· Attempting a partnership with industries as a way to give experience to academicians so that their research can go hand in hand with the need and focus of the industry.
· Building collaborations between universities and commercial research labs in the private sectors as well as research institutes.
· Giving incentive to academicians who successfully commercialize and patent their products.
· Ensuring PhD supervisors to be highly competent.
· Enrolling top students from all over the world for PhD programmes in Malaysian higher learning institutions.
· Employing top professors from all over the world as university staffs to encourage more top students to pursue their PhDs in Malaysia.
· Setting a clear target on the number of PhD students, patents and commercialized products.
· Giving significant emphasis on refereed publications and research outputs that can be patented and commercialized (in relevant disciplines) as a condition to get promoted.
· Funding high-impact researches that can produce important findings and innovations as a step towards obtaining prestigious prizes such as the Nobel Prize after 2020.
Even though the government, through the Ministry of Higher Education, The Public Services Department (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) and MOSTI, have allocated scholarship and funding for postgraduate students in Malaysia, the input indicator for research and development (R&D) showed that we are still behind other rival countries.

For publications in the Science and Technology field in refereed journals, Malaysia is last-placed compared to Taiwan, Korea, Finland and Singapore, with a total of 993 publications.

Malaysia is also last among those countries in terms of the number of patents, in which only 98 patents were awarded in 2006.

Thus Malaysia intends to be a pioneer in critical fields such as biotechnology, biomedical sciences Halal Hub and Islamic Finances.


In view of this, the Ministry want to increase the number of PhD holders in the country, especially that the 8,000 PhD holders we currently have are not enough to support the nation’s needs towards developing those critical areas. 

RESOURCES : UKM NEWS PORTAL


monolog diri: adakah aku boleh menyumbang dalam projek mybrain15 ini? antara peluang dan halatuju, sepertimana misi pertama saya semasa first year iaitu ilmu sumber kebahagian.. carilah ilmu selagi ada masa dan tenaga. moga-moga kita menjadi insan yang dahagakan ilmu dimana jua.. 


SELAMAT BERGRADUASI SAHABAT KU

"MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN"

IBN KHALID 
0748:E329 





BADAI YANG LALU, 
MENGGAMIT KALBU MENGEMUDI BAHTERA 
KEINSAFAN DAN KEIMANAN, 
MENGEJAR KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN 
YANG BERTERUSAN DI JALAN YANG ONAR DAN BERDURI, BERSAMA CABARAN DAN UJIAN SEGENAP PENJURU, 
AYUH BANGKIT NUQABA' YANG DIIMPIKAN,
MEMBAWA CAHAYA MENERANGI KEGELAPAN, 
MEMBAWA KEADILAN MENUMPASKAN KEZALIMAN, 
MEMBAWA DIRI, HAMBA ILAHI KEARAH INSAN 
NUQABA' YANG MEMPESONAKAN 
SENTIASA IMPIKAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT YANG KEKAL BERTERUSAN. 

ibn khalid 1548:KL

Ayuh, sahabatku.. kita perlu bersiap siaga menjadi khalifah dan daie dimuka bumi Allah. Dalam menjalankan kegiatan dakwah, setiap da’i hendaklah memiliki beberapa persiapan yang perlu untuk memastikan mereka akan terus istiqamah di atas jalan perjuangan ini. 

Di antara persiapan-persiapan yang perlu diberikan perhatian ialah:

PERSIAPAN ILMU

Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah persiapan ilmu.

Secara keseluruhannya, setiap da’ie perlu memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh serta persoalan dakwah dan jihad yang mencakupi proses pembentukan jamaah, pelaksanaan dakwah, proses mengambil alih kuasa pemerintahan, penggubalan perlembagaan, pelaksanaan sistem pendidikan, sosialisasi masyarakat, penguatkuasaan undang-undang dan konsep hubungan antarabangsa Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran, al-Sunnah dan sejarah Islam. 

Sekurang-kurangnya setiap da’ie berkewajipan mengetahui ajaran dan sistem hidup Islam secara umum, pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam menghadapi masyarakat, perkembangan politik semasa. 

Sebagai para pendokong jamaah Islam, setiap da’ie hendaklah memahami penubuhan, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran Jamaah yang diperjuangkannya. 

Demi kebebasan dakwah, setiap da’ie perlu mengetahui ilmu dan selok-belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dakwah dan pengurusan dakwah. 

Sebagai pelengkap kepada ilmu-ilmu di atas, seseorang da’ie juga perlu menguasai beberapa bidang ilmu yang lain seperti bahasa Arab, ilmu Usuluddin, Usul al-Fiqh, ilmu Maqasid al-Syariah, Fiqh al-Awlawiyat, al-Siyasah al-Syar’iyyah serta sejarah pemerintahan dan pembinaan hukum Islam. 

Kemantapan ilmu akan menjadikan para da’ie lebih berkemampuan dalam memberikan gambaran yang jelas sama ada berkenaan asas-asas ajaran Islam dan hukum-hukum Islam yang bersifat ilmiah dan semasa seperti tahaluf siyasi, konsep negara Islam, kedudukan non-muslim di dalam negara Islam, hubungan antarabangsa Islam dan lain-lain. 
  
PERSIAPAN MENTALITI

Antara persiapan yang perlu dimiliki oleh setiap da’ie ialah sifat bijaksana (fatanah) iaitu mempunyai daya berfikir yang tinggi dalam mengembangkan fikrah dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah ,mengenalpasti kelemahan, mencari sasaran, membuat keputusan dan mengambil peluang daripada sesuatu kesempatan yang berkaitan dengan kepentingan dakwah Islam yang diperjuangkannya. 

Seseorang da’ie yang telah memiliki persiapan ilmu yang memadai, mempunyai banyak pengalaman daripada usaha-usaha dakwahnya, bijaksana dalam memupuk daya kepimpinannya secara langsung akan memiliki mentaliti yang tinggi dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, taktik dan strategi yang berkesan dalam memimpim gerakan dakwah Islamiyyah ke arah mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.

PERSIAPAN JASMANI

Setiap da’ie berkewajipan menjaga kesihatan jasmani dengan cara mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. 

Lantaran itu, setiap da’ie berkewajipan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada dirinya seperti serap meminum minuman yang manis, makan banyak dan merokok. 

Setiap da’ie juga berkewajipan mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmaninya melalui latihan-latihan yang tertentu seperti bersenam, berenang, menembak dan mendaki gunung.

PERSIAPAN ROHANI, AKHLAK DAN DAYA KEPIMPINAN

Di antara persiapan rohani yang perlu dimiliki oleh para da’ie ialah meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara’ dan amalan ketaatan, sabar dalam menanggung ujian dakwah serta merindui keampunan dan keredhaan Allah. 

Manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan cara membersihkannya daripada sifat marah dan keras hati, membiasakan diri dengan sifat sabar dan pemaaf, menyucikannya dengan adab-adab yang mulia dan mempertingkatkannya dengan mentauladani jejak langkah Rasulullah s.a.w. 

Berhubung dengan persiapan daya kepimpinan pula, setiap da’ie mestilah bijak mempelajari dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman dan daya kepimpinan orang lain. 

Seseorang da’ie yang memiliki persediaan di atas adalah diharapkan lebih berjaya dalam mempengaruhi masyarakat berbilang kaum dan seterusya mencapai matlamat dakwah dan politik.


alhamdulillah, terima kasih pada sahabat yang berkongsi ilmu untuk tatapan semua insan. moga2 diberikan kemudahan dan balasan disisi tuhan yang esa, Allah. persiapan yang perlu disiap siaga dan menjadi bekalan masa depan yang tidak menentu. koreksi diri dan berusaha selagi termampu.. kerna kita masih berada dipertengahan jalan kehidupan. 


"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT"

IBN KHALID 


THE Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) has recommended changes that could see pharmacists playing a more active role in the business of retail pharmacy. 

Recommendations made to the government include the need for pharmacists to own a majority stake in an independent pharmacy.

In the chain pharmacies, in the likes of Guardian and Watsons, MPS has suggested that pharmacists sit on the board and have an executive role, which allows decision making.

There are close to 2,050 community pharmacies in Malaysia. 

This is because pharmacists too are professional care providers like doctors and dental surgeons and hence need to be in control of how the business is being conducted.

MPS president Datuk Nancy Ho in a recent interview with Business Times said she would like to see the proposal being incorporated into the new Pharmacist Act, which is being drawn up.

The new act will replace The Registration of Pharmacist Act 1951 (revised 1989), The Poisons Act 1952 (Revised 1989), Dangerous Drugs Act 1952 (Revised 1980), Sale of Drugs Act 1952 (Revised 1989) and Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 (Revised 1983).

"We uphold ethics too, not only a business code by a professional code. There are certain do's and don'ts that we have to adhere to. The pharmacists have to be the centre of the practice," she said.

"We want pharmacists to have a shareholding in the retail business, as it would make sense when it comes to decision making," Ho said.

"When one is running a retail pharmacy, it is critical that the pharmacist, who is also the owner of the business, gets to be the decision maker and has the ability to drive the business further. We want the business to be vibrant and profitable," she said.

MPS has nearly 2,000 members.


SOURCE : NST ONLINE , 11 APRIL 2011

FACULTY OF PHARMACY, UKM 
I hope that i will gain a lot of experiences and skill improvement together with a bulk of knowledges at guardian. attachment at guardian from 13/6 - 26/6. my ambition to be the retailer. 10 year later, i wish that mision will be acomplished. Yup, personal achiever vs super sale people. i think real manager will win. :).. p/s:only who take pharmacy practice IV will understand. 

" FOCUS & TARGET : MOVE WITH CLEAR WAYS" 

IBN KHALID 
pharmacist for future.. to be.



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera 

Syukur kehadrat ilahi kerna kita masih diberikan masa dan peluang untuk melalui liku-liku ranjau kehidupan sebagai seorang hamba yang berlumba-lumba mengumpul amal kebajikan yang maksima untuk dijadikan bekalan untuk alam akhirat yang sentiasa menanti. Alhamdulillah, rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan pada kita.. moga2 kita tergolong dalam insan yang bersyukur. 

alhamdulillah.. menempuh kehidupan di KL sebagai seorang mahasiswa farmasi telah menghidangkan pelbagai liku-liku kehidupan yang mencabar. dari seorang budak kampung, menjamu beberapa penghijrahan ke tempat2 lain di mersing, N. sembilan dan akhirnya ke kuala lumpur semestinya menjamu memori-memori suka dan duka. almaklum dari geografi kehidupan desa berpindah ke bandar hingga ke kota metropolitan memberikan pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk hamba Allah ini hidup dan meneruskan ranjau kehidupan. 

dalam merentasi masa kehidupan itu. semestinya ada keluhan yang menjelma dan terdetik, ada fikiran negatif yang bertandang sekiranya ditimpa musibah namun kita perlu bangkit dan sedar.. bersabarlah kerna itulah ujian yang kita perlu tempuh dan ramai lagi makhluk Allah yang telah dicipta untuk menjalani kehidupan di dunia dengan sejarah dan peranan mereka sebagai khalifah Allah. disini dicoret perkongsian yang bermakna dari syahirul berkenaan antara sabar dan mengeluh. moga kita mendapat manfaat dari perkongsian ilmu darinya. 

perjalanan hidup yang masih panjang. dimana memerlukan kita merancang dan membuat perubahan dalam diri ini. minggu-minggu peperiksaan mengundang sindrom 'masa cepat pergi' dan tekanan-tekanan yang dijangka dan tidak dijangka. almaklum setiap masa itu berharga sehingga ada yang tidur 30 minit pun ada bagi memberikan kelegaan dalam diri bagi membuat persediaan sebelum berpencak di medan pertempuran akal di dewan peperiksaan. alhamdullillah, 3 paper  telah berjaya ditempur dan tawakal serta doa yang diiringkan.. moga-moga diberikan kejayaan dan kebahagian. 1 paper paling getir iaitu farmasi klinikal dan theraputik 2 yang akan berlangsung isnin ini masih dalam persediaan. moga Allah berikan kemudahan dan kesempatan agar hamba ini bersedia dan insyaAllah jika semua ini berjaya dilepasi dengan pertolongan dari ilahi. saya akan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang ahli farmasi. Cita-citaku sejak aku berumur 10 tahun lagi. 

pabila meneliti perancangan kehidupan yang panjang ini terutamanya mengisi masa-masa rehat dan cuti sebelum menempuh kehidupan yang lebih mencabar. kelihatan ramai sahabat sibuk merangka jadual dan perancangan mereka tersendiri. Ada yang mahu bekerja, ada yang mahu tolong ibu bapa, ada yang mahu berehat panjang, ada yang mahu bercucuk tanam dan pelbagai lagi perancangan yang unik dan menarik. oleh yang demikian, diri ini pun teruja untuk merancang kehidupan masa cuti ini.. sebenarnya tidak tahu apa yang mahu di buat dan awalnya mahu berehat semata-mata sebelum menempuh alam yang kurang rehatnya (alam bekerja). selepas melihat idea dari sahabat berkenaan perancangan mereka.. jadi saya rasa teruja. 

"PLAN IS NOTHING, PLANNING ARE EVERYTHING" 
cikgu roslan (ex- lecture biology kmns)

perancangan itu perlu dan menjalankan apa yang dirancang itu perlu diambil berat. jadi masa cuti nanti, diri merancang untuk tambah ilmu didada serta kemahiran berkenaan farmasi. harapannya 2 minggu di guardian akan memberikan pengalaman yang berharga sebagai farmasi komuniti. minggu-minggu lain juga dirancang untuk bekerja sementara di kedai2 farmasi yang ada bagi menambah ilmu dan pengalaman. untuk ilmu juga, nak baca novel dan buku-buku yang banyak dibeli tapi tidak sempat dihabiskan :). lesen kereta juga perlu di"completekan". selebihnya akan digunakan untuk tinggal bersama keluarga tercinta terutamanya emak dan ayah di kampung. almaklum hidup belajar dengan merantau. masa yang singkat sahaja dikampung pada waktu cuti sems atau hari raya saja. 

kampungku tempat yang tenang, merancang untuk tolong ayahku menguruskan ladang sawit. dengar2 ayahku buka satu kebun sawit untuk diusahakan.. insyaAllah.. dikesempatan ini, mahu bekerja dikampung pula sebelum menempuh kehidupan di hospital dan klinik. ditambah lagi nak kurang lemak pada badan yang agak sukar dibuang jika tidak lakukan aktiviti fizikal. Theraputic lifestyle changes ( TLC) perlu dijalankan untuk diri ini dengan mengawal pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. 

perancanganku untuk bekerja disekitar johor tetapi apakan daya jika dapat ketempat lain. hati ini berat mengatakan akan dapat bekerja di sarawak. Seronok juga disarawak. negeri yang tenang, baru habis pilihan raya umum. kesesakan yang kurang dengan hutan menghijau yang masih banyak. pengalaman selama 2 minggu disarawak semasa cuti tahun 3 membuatkan diriku tertarik untuk bekerja di sarawak. disana juga ada kakak dan abg ipar yang bole membantu dengan harapan dapat post di hospital kuching :). insyaAllah, moga apa yang dirancang berjaya dilalui. sekiranya tidak tercapai, bersabar dan tidak perlu mengeluh. itulah rezeki yang telah Allah sediakan pada hambanya. 

Harapan agar diberikan ketenangan untuk bersedia  menempuh ujian paper last dan ujian besar dalam kehidupan ini. merancangkan diari kehidupan kerna kita merancang, Allah juga merancang dan segala ketentuan hanyalah dari Allah pencipta yang agung. 

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG MASIH PANJANG
"DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT" 

IBN KHALID 





assalamulaikum w.b.t 

alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi, kerna diri ini, sahabat semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis, membaca, mengulangkaji pelajaran dan melakukan setiap perkara iaitu ibadah dalam kehidupan harian dengan nikmat kesihatan, kelapangan dan paling penting ialah nikmat iman dan islam itu sendiri yang memberikan ketenangan untuk jiwaku, diriku ini.. dikesempatan ini, amat sukar untuk membicarakan tentang jodoh kerna diri masih lagi dalam proses belajar dan juga mencari.. jodoh antara aturan ilahi vs pilihan dihati merupakan persoalan yang sering berlegar2 dalam minda sanubari, ia merupakan paradigma cinta yang perlu kita amati dan dalami kerna ia adalah penentu kehidupan yang mendatang. 

diri ini bukan lah ustaz, insan biasa yang mencr cahaya dalam kehidupan berusaha menjadi hamba yang beriman dan berilmu. krisis perkahwinan : penceraian yg semakin rancak dan berleluasa dianggar satu penceraian dalam masa 15 minit. ini amat membimbangkan diri dan juga seluruh umat. oleh itu, aku harus belajar dan mencari.. aku harus membentuk dan membina diri agar tidak tergolong dalam golongan yg berkrisis itu.. almaklum, diri masih muda. kurang arif tentang cinta jadi mencoret ilmu dalam murabbiku, ustaz pahrol iaitu bercerita tentang jodoh.. moga ia memberi manfaat untuk bakal mencari dan sahabat2 yang mahu mencr atau yang belum mencari.. 

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

nota diri:
berusaha memahami dan mencari 
belajar dan terus meneliti kerna kita adalah hamba 
aturan ilahi vs pilihan diri 
berusaha lah membentuk diri 
insyaAllah kita dapat memilih seperti yang diatur ilahi 

"BERCINTA HINGGA KESYURGA"

IBN KHALID




ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,