Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Mari kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya yang tidak terhingga serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan , nabi Muhammad S.A.W kerana saya masih lagi dizinkan untuk hidup di muka bumi ini untuk memegang tanggungjawab dan amanah yang besar sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti kebangsaan Malaysia sesi 2008/2009. Alhamdulillah , tanggal 3 Ogos 2009 adalah genap 200 hari , saya memegang jawatan sebagai MPPUKM fakulti farmasi dengan berteraskan slogan “ bergerak seiringan , memimpin perubahan” , saya berusaha untuk melakukan sebaik mungkin tugasan dan perubahan atas setiap gerak kerja agar ia dapat memberi impak yang positif dan maksimum terhadap mahasiswa/I , fakulti dan universiti.


Mahasiswa/I yang dihormati,


Ucapan selamat dan rahmat diucapkan kepada mahasiswa/I kerana kita telah diuji dengan fenomena penularan virus influenza A atau H1N1 yang melanda kita dan seluruh pelusuk dunia. Antara ujian dan peringatan daripada ilahi untuk kita renungkan atau fenomena alam yang memberi tanda agar kita perlu bersedia untuk masa mendatang yang semakin mencabar. Maka , kita perlulah sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada ilahi dengan nikmat yang telah dikurniakan tanpa mengharapkan balasan dan sentiasa menjaga kebersihan diri agar penularan fenomena ini dapat dibendung untuk generasi akan datang.


200 hari saya diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan liku-liku dan cabaran yang pelbagai. Alhamdulillah, dengan izin ilahi , beberapa peringkat tugas yang dicakna telah dapat dijalankan seperti yang diharapkan . Pada peringkat pertama , untuk tiga bulan pertama. Fasa pemantapan organisasi telah diberi nama. Organisasi PMUKM fakulti farmasi telah dibentuk , kursus-kursus yang telah saya jalani memberi sumber ilmu dan inspirasi, beberapa program dirancang , borang-borang aduan untuk menjaga kebajikan mahasiswa/I telah diedarkan bersama-sama dengan kewujudan dimensi maya iaitu blog, email, YM dan nombor telepon memberi impak yang maksimum untuk mencapai misi dan visi yang telah digarap dan dirancang selaras dengan prinsip “ falsafah, keilmuan dan kebajikan” yang seringkali saya utarakan.


Mahasiswa/I yang berintegriti,


Fasa kedua menjelma atas nama fasa kebajikan untuk semua. Kebajikan mahasiswa/I merupakan tugas perdana yang perlu dilakukan untuk memastikan segala keperluan dan kemudahan yang disediakan dapat digunakan untuk kebaikan semua. Segala cadangan dan permasalahan telah diutarakan kepada pihak berwajib . Setiap aduan dan cadangan telah dianalisis dan dihantar mengikut skop tertentu iaitu kolej kediaman , yuran , cafeteria, kemudahan pembelajaran di fakulti dan kemudahan pengangkutan yang menjadi topik utama dalam hal-hal kebajikan mahasiswa/I di universiti. Alhamdulillah, setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran fakulti, kolej , unit pengangkutan dan unit bendahari atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam memberi maklum balas terhadap aduan serta cadangan yang diaju demi kebajikan kita bersama.


“Success usually comes to those who are too bussy to be searching it” Henry David Thoreau


Untuk tiga bulan yang mendatang, fasa terakhir untuk saya menjalankan tugas. Fasa keilmuan dan falsafah yang telah dirancang. Program-program yang dirancang diharapkan dapat memberi sumber ilmu dan manfaat untuk semua selain dapat mengukuhkan jalinan hubungan dan integrasi antara pelajar fakulti farmasi .Program “ dialog bersama mahasiswa” telah dirangka untuk semua tahun , pelancaran kempen etika pemakaian dan program “ one week , one article” telah dirancang serta sambutan ke-200 saya sebagai MPP diharapkan dapat memberi gambaran dan input-input yang berguna untuk mahasiswa/I fakulti farmasi . oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi semangat dan usaha untuk mengembangkan potensi diri, meningkat kredibiliti fakulti farmasi dan menaikkan nama universiti ke persada antarabangsa.


Akhir kata, saya mengharapkan mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal. Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar.


“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN”


Salam ukhwah,


MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FAKULTI FARMASI

PMUKM SESI 2008/2009

Aminmppfarmasi.blogspot.com

Email: org_tangkak88@yahoo.com.my

013-2169769

2 Responses so far.

  1. Aimanz says:

    fuyo.. ko ke tulis ni.. mantap ar ko skang.

    -Aiman SI budak Biotek-

  2. salam

    sahabat lama,
    alhamdullillah,
    idea dan ilham dr ilahi,
    tu je yg tertubik di fikiran dan pengalaman
    ko pe kurangnya.
    balik malaysia,
    habak awal2..

    salam ukhwah
    amin si budak farmasi ...hehe..

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,