ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
alhamdulillah, bersyukur kepada pencipta, yang telah memberi kita pelbagai nikmat untuk kita meneruskan kehidupan di muka bumi dengan cara tersendiri. Hidup ini adalah ujian kerana setiap yang kita lakukan akan dirakam dan dipertontonkan pada hari akhirat kelak ujian yang datang tidak menentu, samada mendapat musibah dan kegagalan atau mendapat kejayaan dan kesenangan kerana setiap insan akan diuji oleh penciptanya.
"MEMORI YANG BERLALU MENJADI KENANGAN UNTUK MASA AKAN DATANG"
pengalaman dan peristiwa yang berlaku menjadi kenangan yang indah untuk diri ini untuk diingati dan direnungi.alhamdulillah, beberapa peristiwa yang dilalui dapat dicoretkan dalam lembaran penulisan ini.
PROGRAM DIALOG BERSAMA MAHASISWA
bersyukur ke khadrat ilahi kerana diberi masa dan kesempatan untuk diri ini menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama-sama sahabat pmukm yang lain . jutaan terima kasih kepada 12 barisan pmukm fakulti farmasi bertungkus- lumus untuk bersama2 menjayakan program ini. syabas juga diucapkan kepada sahabat2 junior dan senior fakulti farmasi kerana sudi memberi ruang masa dan tenaga untuk mendengar celoteh dari diri ini dan mengajukan soalan serta cadangan untuk menjaga kebajikan bersama. insyaAllah segala aduan dan cadangan akan diusahakan dan diajukan kepada pihak berkaitan.
alhamdulillah, program "one week,one article" telah dilancarkan dan telah bermula .. diharapkan sahabat2 mendapat manfaat daripada secebis usaha daripada kami untuk bersama2 berkongsi ilmu . ilmu sinar kebahagiaan
MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE - 37
setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi dan tahniah kepada abang2 dan akak2 yang bertungkus-lumus mencari ilmu dan pengalaman yang akan digunakan untuk masa akan datang. kejayaan kalian menjadi sumber inspirasi kami yang masih menuntut di gedung ilmu. doakan kejayaan kami dan kami berharap abang2 dan akak2 dapat membina kehidupan yang bahagia sebagai seorang ahli farmasi yang berjaya kelak. insyaAllah.
LAWATAN KE PUSAT NUKLEAR ( MINT)
alhamdulillah , banyak ilmu yang dicurah oleh pengawai2 disana yang boleh digunakan dan diaplikasi untuk kehidupan masa datang. diri ini dan sahabat2 lain sempat meninjau 3 tempat utama iaitu SECONDARY STANDART DOSIMETRY LABORATORY ( SSDL) , PUSAT REAKTOR NUKLEAR DAN BILIK NUKLEAR FARMASEUTIKAL. banyak input2 yang diperolehi berkenaan nuklear ...
MU'MIN NEGARAWAN TARBIYAH
ini adalah misi yang disarankan kepada diri ini dan sahabat2 semua untuk kita bersama2 menuju kearahnya. konsep yang diperkenalkan adalah hasil cetusan idea sahabat dan diri ini untuk kita sentiasa mempunyai halatuju hidup di dunia yang banyak cabaran ini. menjadi mu'min iaitu insan yang beriman yang mempunyai ilmu yang secukupnya bukan sahaja dibidang yang diceburi malah ilmu2 agama , ilmu semasa berkenaan politik , ekonomi dan sebagainya serta mempunyai pentarbiyahan diri yang dapat membentuk insan yang berguna untuk diri, agama dan negara.
MIDSEM SEMAKIN HAMPIR , RAMADHAN MENJELMA
selamat membuat persediaan diucapkan kepada sahabat2 yang akan menempuh ujian kecil didunia iaitu peperiksaan pertengahan semester . bersedia lah dari semua aspek termasuk kesihatan, peralatan dan yang paling penting ilmu yang perlu dicari sebelum menempuh ujian tersebut. tambahkan lah ilmu dan amal dengan perbanyakkan perbincangan dan amalan sunat seperti solat hajat , tahajud dan berdoa kepada ilahi meminta dipermudah segala urusan .
ramadhan menjelma kembali setelah lama kita meninggalkannya, rebutlah peluang yang ada untuk kita bersama2 menambah ilmu dan amal . insyaAllah, kita bersama2 mengambil peluang untuk menghidupkan bulan mulia ini dan jadikan ia institut pemantapan tarbiyah( IPT ) diri kerna peluang yang datang setahun sekali .
" selamat menjawab midsem"
salam ukhwah
amin
alhamdulillah, anta bsemangat tinggi dlm mnjayakan mukmin negarawan tarbiyah, mudah2han dipermudahkan Allah dalam setiap urusan anta.. inilah juga impian ana..
smg anta istiqamah dgn pjuangan anta...
tarbiyah dan dakwah adalah seperti adik beradik yg saling memerlukan antara satu sama lain...
alhamdulillah, anta bsmangat dalam menjayakan misi mukmin negarawan tarbiyah, mudah2han dpermudahkan allah..smg istiqamah dlm pjuangan anta...
terima kasih ,
hamba Allah,
insyaAllah,
kita berusaha kearahnya..
hidup dunia yang banyak pancaroba,
memerlukan pengetahuan yg pelbagai,
kita sama2 berusaha menuju kearah pembentukan muslim yang glokal, negara perlu dipimpin , diri perlu dididik dengan tarbiyah ,
moga2 mendapat keberkatan dan ketenangan jiwa..
berfikir untuk memikir
salam ukhwah
amin