Archive for August 2009



Ceramah Nuzul al-Quran

oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Ihya' Ramadhan 2009

Thursday
3 September 2009
at 9:45pm -11.30 pm

Surau Ibnu Sina, KTSN

selamat berpuasa dan beramal

marilah jadikan ramadhan kali ini
sebagai " insitut pemantapan tarbiyah diri"


salam ukhwah

amin

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH, LELAH UNTUK MIDSEM BARU SAHAJA REDA...
KERISAUAN YANG BERPANJAGAN DAPAT DIKURANGKAN.. DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT MEMBUAT YANG TERBAIK DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SERTA SENTIASA BERDOA KEPADANYA..
KERNA DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG YANG BERIMAN..

INSYAaLLAH, FINAL EXAM AKAN MENJELMA.. UJIAN AKAN DATANG KEMBALI... OLEH ITU, DIHARAPKAN SAHABAT2 DAPAT MEMBUAT PENGESAHAN DI SMPWEB DARI 31/8 - 6/9 ...

SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL

SALAM UKHWAH

AMIN





Assalamulaikum w.b.t

selamat menyambut bulan Ramadhan..
Di dalam bulan Ramadhan ini,
salah satu program ihya' Ramdhan ialah
IFTAR PERDANA
utk semua penghuni ktsn luar..
Kepada semua penghuni ktsn luar,
anda dialu-alukan utk menyertai program tersebut..
Terdapat ceramah yg akan diadakan pada pukul 6.30 ptg mengikut aturcara
selain berbuka bersama-sama dan solat jemaah maghrib,
Isya' dan tarawih insyaAllah..

Rebutlah pengalaman berharga dlm bulan Ramadhan tahun ini..
Sekiranya anda ingin menyertai,
sila tulis nama pada borang yg akan diedarkan sepanjang bulan Ramadhan ini..
ataupun boleh la terus menaip :
NAMANO MATRIKJABATAN/TAHUNKTSN 3/4/5/PR
Hantar ke
017-3063345 (Hafiz)
013-3574307 (Asmahani)

Sekian, Syukran jzln..

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

alhamdulillah, bersyukur kepada pencipta, yang telah memberi kita pelbagai nikmat untuk kita meneruskan kehidupan di muka bumi dengan cara tersendiri. Hidup ini adalah ujian kerana setiap yang kita lakukan akan dirakam dan dipertontonkan pada hari akhirat kelak ujian yang datang tidak menentu, samada mendapat musibah dan kegagalan atau mendapat kejayaan dan kesenangan kerana setiap insan akan diuji oleh penciptanya.

"MEMORI YANG BERLALU MENJADI KENANGAN UNTUK MASA AKAN DATANG"

pengalaman dan peristiwa yang berlaku menjadi kenangan yang indah untuk diri ini untuk diingati dan direnungi.alhamdulillah, beberapa peristiwa yang dilalui dapat dicoretkan dalam lembaran penulisan ini.


PROGRAM DIALOG BERSAMA MAHASISWA


bersyukur ke khadrat ilahi kerana diberi masa dan kesempatan untuk diri ini menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama-sama sahabat pmukm yang lain . jutaan terima kasih kepada 12 barisan pmukm fakulti farmasi bertungkus- lumus untuk bersama2 menjayakan program ini. syabas juga diucapkan kepada sahabat2 junior dan senior fakulti farmasi kerana sudi memberi ruang masa dan tenaga untuk mendengar celoteh dari diri ini dan mengajukan soalan serta cadangan untuk menjaga kebajikan bersama. insyaAllah segala aduan dan cadangan akan diusahakan dan diajukan kepada pihak berkaitan.

alhamdulillah, program "one week,one article" telah dilancarkan dan telah bermula .. diharapkan sahabat2 mendapat manfaat daripada secebis usaha daripada kami untuk bersama2 berkongsi ilmu . ilmu sinar kebahagiaan

MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE - 37

setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi dan tahniah kepada abang2 dan akak2 yang bertungkus-lumus mencari ilmu dan pengalaman yang akan digunakan untuk masa akan datang.
kejayaan kalian menjadi sumber inspirasi kami yang masih menuntut di gedung ilmu. doakan kejayaan kami dan kami berharap abang2 dan akak2 dapat membina kehidupan yang bahagia sebagai seorang ahli farmasi yang berjaya kelak. insyaAllah.








LAWATAN KE PUSAT NUKLEAR ( MINT)


alhamdulillah , banyak ilmu yang dicurah oleh pengawai2 disana yang boleh digunakan dan diaplikasi untuk kehidupan masa datang. diri ini dan sahabat2 lain sempat meninjau 3 tempat utama iaitu SECONDARY STANDART DOSIMETRY LABORATORY ( SSDL) , PUSAT REAKTOR NUKLEAR DAN BILIK NUKLEAR FARMASEUTIKAL. banyak input2 yang diperolehi berkenaan nuklear ...







MU'MIN NEGARAWAN TARBIYAH

ini adalah misi yang disarankan kepada diri ini dan sahabat2 semua untuk kita bersama2 menuju kearahnya. konsep yang diperkenalkan adalah hasil cetusan idea sahabat dan diri ini untuk kita sentiasa mempunyai halatuju hidup di dunia yang banyak cabaran ini. menjadi mu'min iaitu insan yang beriman yang mempunyai ilmu yang secukupnya bukan sahaja dibidang yang diceburi malah ilmu2 agama , ilmu semasa berkenaan politik , ekonomi dan sebagainya serta mempunyai pentarbiyahan diri yang dapat membentuk insan yang berguna untuk diri, agama dan negara.



MIDSEM SEMAKIN HAMPIR , RAMADHAN MENJELMA

selamat membuat persediaan diucapkan kepada sahabat2 yang akan menempuh ujian kecil didunia iaitu peperiksaan pertengahan semester . bersedia lah dari semua aspek termasuk kesihatan, peralatan dan yang paling penting ilmu yang perlu dicari sebelum menempuh ujian tersebut. tambahkan lah ilmu dan amal dengan perbanyakkan perbincangan dan amalan sunat seperti solat hajat , tahajud dan berdoa kepada ilahi meminta dipermudah segala urusan .


ramadhan menjelma kembali setelah lama kita meninggalkannya, rebutlah peluang yang ada untuk kita bersama2 menambah ilmu dan amal . insyaAllah, kita bersama2 mengambil peluang untuk menghidupkan bulan mulia ini dan jadikan ia institut pemantapan tarbiyah( IPT ) diri kerna peluang yang datang setahun sekali .

" belajar memberi daripada menerima"

" selamat menjawab midsem"

salam ukhwah

amin

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ramadhan menjelang tiba, syaaban semakin meninggalkan kita, kehidupan kita dimuka bumi seperti biasa, persediaan untuk midsem rancak dialunkan oleh sahabat-sahabat .. insyaAllah, marilah kita berusaha dan berdoa agar ramadhan kali ini menjadi institut pemantapan tarbiyah diri ..

alhamdulillah, dikesempatan ini saya memohon kemaafan jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja kan maupun yang di sengaja kan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'


SALAM UKHWAH

AMIN


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semua nya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s. w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35 -

SELAMAT MENAMBAH ILMU DAN BERFIKIR
SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MIDSEM

SALAM UKHWAH

AMIN

Dirodok sebab RM60

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly Samsudin
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.

Ng See Hoe, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diselamatkan anggota polis yang tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Nyawa mangsa diselamatkan selepas menjalani pembedahan bagi menghentikan pendarahan selain menjahit semula luka tikaman berkenaan.

Ng yang ditemui ketika masih dalam keadaan lemah di HKL semalam, memberitahu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sesi temu duga untuk memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran di UKM.

“Saya berhasrat pulang menghadiri kuliah dengan menaiki LRT, tapi tersesat di Stesen Dang Wangi. Berikutan itu, saya segera turun di stesen berkenaan dan bercadang mencari stesen monorel terdekat untuk pulang ke kampus.

“Ketika melintas jejantas, tiba-tiba muncul dua lelaki yang saya perasaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, saya tidak peduli kerana mahu segera tiba di kampus,” katanya.

Menurut Ng, firasat buruknya menjadi kenyataan apabila kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum seorang daripada mereka memaksanya menyerahkan wang.

“Seorang daripada mereka terus mengeluarkan pisau Rambo dan cuba menikam saya dari arah hadapan. Namun, dalam keadaan cemas saya terus menepis dan menggenggam mata pisau berkenaan dengan tangan kanan bagi mengelak dia menikam tubuh saya.

“Dalam keadaan kesakitan dan tangan berlumuran darah, seorang lagi lelaki merampas dompet berisi wang RM60 dan telefon bimbit saya sebelum kedua-dua penjenayah berusia 20-an itu melarikan diri,” katanya.

Menurut pelajar itu, dalam keadaan kesakitan, dia mengejar penjenayah terbabit sebelum membaling beg sandangnya ke arah seorang daripada mereka.

“Bagaimanapun, lelaki itu yang bersenjatakan pisau Rambo berpaling dan meluru ke arah saya lalu menikam rusuk kiri.

“Saya hanya mampu menjerit kesakitan sebelum tersungkur berlumuran darah. Ketika itu saya menjerit ‘Perompak! Perompak!...’, namun beberapa orang awam yang melalui jejantas itu enggan memberikan bantuan,” katanya.

Ng berkata, nasibnya baik apabila selang beberapa minit kemudian sepasang kekasih yang melalui kawasan jejantas berkenaan bersimpati dan membantunya dengan menghubungi abangnya serta talian kecemasan (999).

“Saya tidak sedarkan diri dan hanya mengetahui dibawa ke Wad Kecemasan HKL dengan menaiki ambulans. Difahamkan, anggota polis peronda yang tiba ke lokasi kejadian segera menghubungi HKL sebaik mendapati keadaan saya yang kritikal ketika itu.

“Saya kemudian menjalani pembedahan. Keadaan saya kini stabil dan amat berterima kasih kepada doktor serta kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan saya,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Ng See Fai, 25, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian rompakan berkenaan yang turut menyebabkan telefon bimbit adiknya bernilai RM350 dilarikan penjenayah.

“Saya terlalu sayangkan dia (See Hoe) kerana kami hanya dua beradik selain dia penghibur serta seorang yang bijak dalam akademik.

“Saya puji sifat kentalnya walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh bergurau dan bersemangat untuk kembali memulakan sesi pelajarannya di UKM,” katanya.

sumber : harian metro


UCAPAN TAKZIAH
DIUCAPKAN KEPADA SAHABAT , NG SEE HOE ,
YANG MENJADI MANGSA KEKEJAMAN MANUSIA YANG SEMAKIN TIDAK BERMORAL ..
MOGA2 CEPAT SEMBUH DAN SAYA SERTA SAHABAT LAIN MENGHARAPKAN NG DALAM KEADAAN SELAMAT DAN
PEROMPAK TERSEBUT DAPAT DITANGKAP SECEPAT YANG MUNGKIN.

MOGA2 KEADAAN YANG TERJADI MEMBERI PERINGATAN UNTUK KITA SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DAN BERWASPADA

" SETIAP PERKARA YANG TERJADI
ADALAH PERINGATAN UNTUK KITA "

SALAM UKHWAH

AMIN

assalamualaikum W.B.T

Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.
Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn
pihak kami telah menjalankn kajian bhw
minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.
Tlong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama.

[SUMBER] -HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR...

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT2 YANG SUDI BERKONGSI ILMU DAN CARA UNTUK MENHINDARKAN DIRI DARI MENDAPAT SIMPTOM H1N1.

MARILAH KITA MEMPERBANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN MINUMAN SUSU AGAR SISTEM PERTAHANAN BADAN MENJADI KUAT DAN KENTAL MENGHADAPI TENTERA VIRUS H1N1.

KITA AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN KEBERSIHAN
MAKLUMAT YANG DIPEROLEH DARI SAHABAT2 , NAMUN KEBERKESANAN BELUM DIPASTIKAN LAGI .YANG PENTING KITA BERUSAHA.

TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI ILMU

"BELAJAR MEMBERI DARIPADA MENERIMA"

SALAM UKHWAH

AMIN



Medication Safety Is Our Priority

Know Your Pharmacist, Know Your Medicine




ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA


alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk menuntut ilmu pada malam ini . Terima kasih diucapkan kepada pihak jaksa dan pentadbiran KTSN kerana menyediakan medium ilmu untuk meningkat motivasi mahasiswa/i sebelum menghadapi peperiksaan midsem khususnya dan juga untuk kehidupan mahasiswa/i di kampus amnya.

motivasi yang unggul pencetus kepada kejayaan
- ungkapan yang sering kita dengar dan ia semestinya menjadi perkara utama untuk membina sebuah kejayaan yang terbilang untuk diri setiap manusia.
oleh sebab itu, saya lebih menekankan kepada motto atau matlamat hidup setiap insan kerana ia akan memberikan motivasi untuk kita mencapai apa yang nak digapai.


" plan is nothing , planning are everything"
" belajar memberi daripada menerima"

" hidup ini adalah ujian"
"ilmu sinar kebahagian"


ungkapan diatas adalah hasil nukilan saya pabila diri ini mahu kalah dengan nafsu kemalasannya.
selain itu, ia menjadi sumber motivasi dan semangat untuk saya melakukan sesuatu perkara.

oleh itu, ayuh sahabat2 kita bina sendiri kata-kata yang akan menjadi penyemarak semangat ketika kita di gedung ilmu dan hidup di dunia ini yang banyak cabaran serta ujiannya.

mahu berkongsi ilmu yang diperoleh daripada penceramah malam ini berkenaan
5 E untuk cemerlang:

- ethusiasm
- experiment

- experience
- expertise

-excellent

term yang penting
- time management
- fokus
-self -motivation
- prioritization
-strategies for control emotion : mind, physical, social and spiritual

moga2 kita mendapat manfaat dan ilmu .
" belajar memberi daripada menerima"

salam ukhwah

amin


sedikit coretan gambar semasa program...








ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH , BULAN2 MULIA TELAH HADIR , DIMULAKAN DENGAN BULAN REJAB YANG SUDAH MENINGGALKAN KITA , DIIKUTI DENGAN SYABAAN YANG BARU DIPERTENGAHAN DAN AKHIRNYA RAMADHAN YANG MENJADI MEDAN UNTUK KITA MENAMBAH PAHALA DAN ILMU.

INSYAALLAH, MALAM NI ADALAH MALAM NISFU SYABAAN, 15 SYABAAN 1430. MARILAH SAHABAT2 , KITA BERPUASA SUNAT ESOK . MOGA AMAL DAN IMAN BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.


Abu Tharr Al-Ghefari said: "The Messenger of Allah, salla Allahu alaihi wa sallam, said "O Abu Tharr! if you fast three days of every month, then fast the 13th, the 14th and the 15th [these are call the al-ayaam al-beedh, the white days]". [Ahmad, an-Nasaa'i and at-Tirmithi; Sahih]

Sha`baan is the month before Ramadan Sha`baan `Aa'isha said: "I have never seen the Messenger of Allah, salla Allahu alaihi wa salam, completing the fast of a month as he did for Ramadhan, and I have never seen him fasting so much as he would in Sha`baan." [al-Bukhari and Muslim]

So my dear brother and sister ,fast an extremely hot day, to avoid an even hotter day .. and prepare yourself for a time when no food or water will be there.


INSYAALLAH, MALAM ESOK ADA KULIAH SEMPENA NISFU SYABAAN DI SURAU D , DIHARAPKAN SAHABAT2 BOLEH MELAKUKAN SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' BERJEMAAH DI SURAU D, JAMUAN ADA DISEDIAKAN.

GOTONG-ROYONG PERDANA AKAN DIADAKAN DI SURAU MASING-MASING PADA HARI AHAD NI. JAMUAN JUGA ADA DISEDIAKAN, MARILAH SAHABAT2 KITA TAMBAHKAN ILMU DAN AMAL.

"BERAMAL DIMUKA BUMI SEOLAH-OLAH ESOK KITA AKAN MENINGGALKAN DUNIA YANG TIDAK KEKAL INI "

SALAM UKHWAH

AMIN

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH, PADA 5 OGOS 2009 AKAN DIADAKAN
PROGRAM DIALOG BERSAMA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA/1 FAKULTI FARMASI TAHUN 1.


BERTERASKAN SLOGAN " BERGERAK SEIRINGAN , MEMIMPIN PERUBAHAN" , KAMI ORGANISASI PMUKM FAKULTI FARMASI MENGORAK LANGKAH BERSAMA-SAMA MAHASIWA/I BERBINCANG MENGENAI KEBAJIKAN , PELANCARAN PROGRAM ILMIAH DAN KEMPEN . PELBAGAI AKTIVITI AKAN DIADAKAN. DIHARAPKAN MAHASISWA/I MENDAPAT INPUT YANG BERGUNA UNTUK KEBAIKAN SEMUA.

NANTIKAN KEHADIRAN KAMI UNTUK MAHASISWA/I TAHUN BERIKUTNYA...

SALAM UKHWAH

AMIN

ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA/I UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
LAKUKAN PENDAFTARAN KURSUS PENGAJIAN SEGERA,
HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR UNTUK MENGESAHKAN,
DIHARAP SAHABAT2 MENGAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN,
UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DIDENDA
SAMPAIKAN KEPADA SAHABAT2 YG LAIN,

SALAM UKHWAH

AMIN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Mari kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya yang tidak terhingga serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan , nabi Muhammad S.A.W kerana saya masih lagi dizinkan untuk hidup di muka bumi ini untuk memegang tanggungjawab dan amanah yang besar sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti kebangsaan Malaysia sesi 2008/2009. Alhamdulillah , tanggal 3 Ogos 2009 adalah genap 200 hari , saya memegang jawatan sebagai MPPUKM fakulti farmasi dengan berteraskan slogan “ bergerak seiringan , memimpin perubahan” , saya berusaha untuk melakukan sebaik mungkin tugasan dan perubahan atas setiap gerak kerja agar ia dapat memberi impak yang positif dan maksimum terhadap mahasiswa/I , fakulti dan universiti.


Mahasiswa/I yang dihormati,


Ucapan selamat dan rahmat diucapkan kepada mahasiswa/I kerana kita telah diuji dengan fenomena penularan virus influenza A atau H1N1 yang melanda kita dan seluruh pelusuk dunia. Antara ujian dan peringatan daripada ilahi untuk kita renungkan atau fenomena alam yang memberi tanda agar kita perlu bersedia untuk masa mendatang yang semakin mencabar. Maka , kita perlulah sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada ilahi dengan nikmat yang telah dikurniakan tanpa mengharapkan balasan dan sentiasa menjaga kebersihan diri agar penularan fenomena ini dapat dibendung untuk generasi akan datang.


200 hari saya diberi peluang dan ruang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan liku-liku dan cabaran yang pelbagai. Alhamdulillah, dengan izin ilahi , beberapa peringkat tugas yang dicakna telah dapat dijalankan seperti yang diharapkan . Pada peringkat pertama , untuk tiga bulan pertama. Fasa pemantapan organisasi telah diberi nama. Organisasi PMUKM fakulti farmasi telah dibentuk , kursus-kursus yang telah saya jalani memberi sumber ilmu dan inspirasi, beberapa program dirancang , borang-borang aduan untuk menjaga kebajikan mahasiswa/I telah diedarkan bersama-sama dengan kewujudan dimensi maya iaitu blog, email, YM dan nombor telepon memberi impak yang maksimum untuk mencapai misi dan visi yang telah digarap dan dirancang selaras dengan prinsip “ falsafah, keilmuan dan kebajikan” yang seringkali saya utarakan.


Mahasiswa/I yang berintegriti,


Fasa kedua menjelma atas nama fasa kebajikan untuk semua. Kebajikan mahasiswa/I merupakan tugas perdana yang perlu dilakukan untuk memastikan segala keperluan dan kemudahan yang disediakan dapat digunakan untuk kebaikan semua. Segala cadangan dan permasalahan telah diutarakan kepada pihak berwajib . Setiap aduan dan cadangan telah dianalisis dan dihantar mengikut skop tertentu iaitu kolej kediaman , yuran , cafeteria, kemudahan pembelajaran di fakulti dan kemudahan pengangkutan yang menjadi topik utama dalam hal-hal kebajikan mahasiswa/I di universiti. Alhamdulillah, setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran fakulti, kolej , unit pengangkutan dan unit bendahari atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam memberi maklum balas terhadap aduan serta cadangan yang diaju demi kebajikan kita bersama.


“Success usually comes to those who are too bussy to be searching it” Henry David Thoreau


Untuk tiga bulan yang mendatang, fasa terakhir untuk saya menjalankan tugas. Fasa keilmuan dan falsafah yang telah dirancang. Program-program yang dirancang diharapkan dapat memberi sumber ilmu dan manfaat untuk semua selain dapat mengukuhkan jalinan hubungan dan integrasi antara pelajar fakulti farmasi .Program “ dialog bersama mahasiswa” telah dirangka untuk semua tahun , pelancaran kempen etika pemakaian dan program “ one week , one article” telah dirancang serta sambutan ke-200 saya sebagai MPP diharapkan dapat memberi gambaran dan input-input yang berguna untuk mahasiswa/I fakulti farmasi . oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi semangat dan usaha untuk mengembangkan potensi diri, meningkat kredibiliti fakulti farmasi dan menaikkan nama universiti ke persada antarabangsa.


Akhir kata, saya mengharapkan mahasiswa/i fakulti farmasi khususnya UKM umumnya dapat bersama-sama meningkatkan kemahiran dalam diri bukan sahaja di bidang akademik malah di bidang kemahiran generik yang lain termasuklah keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan berfikiran kritikal. Dengan menyertai pelbagai program di peringkat kolej, fakulti dan universiti , diharapkan kita dapat menambah ‘nilai-nilai profesionalisma ’ dan kemahiran dalam diri mahasiswa sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan pada masa akan datang yang semakin mencabar.


“BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN”


Salam ukhwah,


MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FAKULTI FARMASI

PMUKM SESI 2008/2009

Aminmppfarmasi.blogspot.com

Email: org_tangkak88@yahoo.com.my

013-2169769

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,