Archive for August 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS REZEKI YANG BANYAK DAN NIKMAT YANG TIDAK TERHITUNG.. TAAT PADA PERINTAHNYA AGAR KITA SENTIASA BERADA DIJALAN YANG LURUS..

ALHAMDULILLAH, UJIAN BERTANDANG LAGI.. EMOSI MULA BERAKSI. TUBUH BADAN MULA BERKORBAN, AKAL MULA BERTINDAK.. MOTIVASI MULA DIPERLUKAN...

TERJEMAHAN SURAH AN-NAJM AYAT 39 -44

"DAN BAHWA MANUSIA HANYA MEMPEROLEH APA YANG TELAH DIUSAHAKAN"

"DAN SESUNGGUHNYA USAHANYA ITU KELAK AKAN DIPERLIHATKAN (KEPADANYA)"

" KEMUDIAN AKAN DIBERI BALASAN KEPADANYA DENGAN BALASAN YANG PALING SEMPURNA"

" DAN SESUNGGUHNYA KEPADA TUHANMULAH KESUDAHAN SEGALA SESUATU"

" DAN SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MENJADI ORANG TERTAWA DAN MENANGIS"

"DAN SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MEMATIKAN DAN MENGHIDUPKAN"

TERJEMAHAN ALQURAN PUTAKA DARUL IMAN

SALAM IMTIHAN

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN

IBN KHALID



Apakah Itu Bahagia??..


Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

* Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

* Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?


Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

* Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

* Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

* Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

* Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

* Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.


Allahu Ghayatuna

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom, Arpah Abdul Wahab & SaffOne
Lagu oleh: SaffOne
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Dengan kalbu tenang
Kami mengorak langkah
Di Jalan Juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina





Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini, didalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Saya mencuba untuk mengumpulkan berbagai macam hadis yang bersangkut paut dengan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak secara menyeluruh.

Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :

1 - Puasa

Diantara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث . رواه البخاري رقم 1906 .

Artinya : Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata : Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda : " Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka ( Raya Idul Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan . ( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).

Berkata Sayyidah `Aisyah :

أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه

Artinya :Aku bersaksi keatas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima` ), kemudian beliau berpuasa. ( H.R Bukhari no 1931 ).

2 - Bersahur


Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu mengkuatkan tubuh dalam berpuasa.

Rasulullah bersabda :

إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر رواه أبو داود رقم : 2343

Artinya : Dari Amr bin`Ash beliau berkata : Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya perbedaan puasanya kita ( umat islam ) dan ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) adalah makan ketika waktu Suhur (H.R Abu Daud no 2343 ).

Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :

تسحروا فإن في السحور بركة رواه البخاري رقم : 1923 .

Artinnya : Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya sahur itu terdapat keberkatan. ( H.R Bukhari no 1923 ).

Adab-adab sahur

a - Bersahur dengan tamar


Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri dari nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :

نعم السحور المؤمن التمر

artinya : Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar ( H.R Abu Daud no :2345 ).

b - Melambatkan masa bersahur

Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.

Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :

تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية رواه البخاري ومسلم

artinya : Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau di tanya , berapakah jarak diantara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat. ( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).

3 - Berbuka puasa

Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para shabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya

a - Sunah-sunah dalam berbuka puasa

Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

artinya : Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik bila mempercepat berbuka puasa. ( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).

b - Berdo`a ketika berbuka puasa

Disunnahkan berdo`a ketika berbuka puasadengan do`a yang telah di ajarkan Rasulullah s.a.w.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Artinya : Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdo`a : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezki yang engkau berikan. ( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka

Diantara amalan yang selalu Rasululah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :

من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

artinya : Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu. ( H.R Tirmizi no : 807 ).

5 - Mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa

Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendo`akan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah di sebutkan Imam Abu Daud didalam sunannya :

عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة رواه أبو داود

Artinya : Telah berbuka puasa orang -orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendo`akan kamu. ( H.R Abu Daud no : 3854 ).

6- solat tarawih

Didalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan shalat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan shalat malam sebagaimana sabda beliau :

عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر

artinya : Barangsiapa yang melaksanakan shalat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat. ( H.R Bukhari no : 2009 ).

7 - Menjaga Lailatu al-Qadar

Di sunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :

عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

artinya : Hendaklah kamu mencari malam qadar itupada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan. ( H.R Bukhari no : 2017 ).

8 - Ber`itikaf

Diantara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان

artinya : Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan. ( H.R Bukhari , no : 2025 ).







Rujukkan :

1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.

2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.

PERKONGSIAN ILMU
: Http://allangkati.blogspot.com

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ALHAMDULILLAH, RAMADHAN TELAH KITA BERSEMUKA ,
MAJLIS ILMU BERTANDANG LAGI

TERINGAT KATA-KATA UNTUK KITA BERFIKIR
MANUSIA JIKA TAHU KELEBIHAN RAMADHAN
MESTI MANUSIA AKAN SIBUK BERIBADAH SEPANJANG HARI ,
MANUSIA TELAH DISEDIAKN ALATNYA TETAPI SERINGKALI KURANG MEMANFAATKANNYA.. ALAT ITULAH MAJLIS ILMU , JALAN KE SYURGA.

INSYAALLAH, MALAM INI ALAT ITU BERTANDANG LAGI .. APAKAH KITA SERING MEMIGGIRKANNYA..

MAJLIS ILMU YANG DISAMPAIKAN OLEH

PROF DR MOHD NAJIB ABDUL KADIR
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

SELEPAS TARAWIH
DI DEWAN SERBAGUNA

SELAMAT BERUSAHA MENUJU JALAN ILAHI

SELAMAT BERUSAHA MENJADI HAMBA YANG MENCARI CAHAYA DIDUNIA

SELAMAT MENTARBIYAH DIRI

BERSAMA MENERJAH ANJAKAN PARADIGMA

IBN KHALID



Ayat yang pertama yang diturunkan Allah buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW ini menyuruh manusia melihat bertapa pentingnya membaca dan menuntut ilmu. Bagi membimbing manusia ke arah pecarian ilmu yang benar, al-Quran telah diturunkan dan ia merupakan wadah lautan ilmu yang tidak pernah kering untuk dikaji serta mengucapkan keagungan Ilahi.

Rasulullah SAW sendiri amat memandang tinggi budaya membaca dan menuntut ilmu itu sehinggakan Baginda menamakan majlis2 ilmu itu sebagai ‘taman-taman kemulian’ yang dirindui oleh setiap mukmin. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Apabila kamu melalui taman2 syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”
(riwayat at-Tabrani)

Penekanan Islam kepada umatnya untuk mendalami ilmu telah menjadi dorongan kepada ahli2 akademik Muslim untuk sentiasa mendalami tahap intelektual mereka dan seterusnya berjaya melahirkan para ilmuan yang menjadi sanjungan dunia.


Penerapan budaya ini pada zaman kegemilangan dan ketamadunan islam telah melahirkan ilmuwan2 Islam terkenal seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, al-Farabi dan al-Razi yang menjadi penyambung kepada keunggulan dan keagungan tamadun Islam, sebelum ia dirampas oleh Barat. Namun kini, kegemilangan dan keunggulan Islam itu semakin jauh terkebelakang ditinggalkan oleh Barat. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan juga mereka jauh meninggalkan negara-negara Islam.

Fenomena yang berlaku ini menyebabkan kita bukan sahaja ketinggalan malah memperlihatkan bahawa negara2 Islam ini seolah-olah mundur dalam bidang pendidikan ini. Lahirnya pelbagai universiti Islam di dunia masih lagi belum dapat menandingi keunggulan negara bukan Islam dalam melahirkan siswazah yang memiliki kepakaran seiring dengan kelulusan yang dimiliki.

Tiada gunanya jika membina berpuluh-puluh pusat pengajian tinggi namun ‘hasilnya’ masih belum dapat menyaingi Barat. Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Dalam skop ini penerapan ilmu di kalangan pelajarnya amat penting bagi merealisasikan hasrat sebuah negara Islam yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi atau lebih dari negara bukan Islam.

Tidak dinafikan bahawa perlbagai usaha telah dilakukan bagi memperbaiki taraf pendidikan di dunia Islam supaya ia mencapai kedudukan lebih baik dari sekarang. Dalam senarai terkini Times World University Ranking, universiti di negara Islam menduduki tangga paling bawah berbanding negara2 bukan Islam.

Pendidikan serta keadaan sains dan teknologi dalam negara2 Islam juga digambarkan sebagai muram dan tidak seaktif atau maju seperti negara bukan Islam. Ini membuktikan bahawa pengajian tinggi di dunia Islam ini terganggu oleh pelbagai halangan.

Rata2 mengatakan, penyakit yang menjadi asas kepada kejatuhan pendidikan negara2 Islam ini berada dalam diri Muslim itu sendiri dan bukannya datang dari luar.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita semua menyedari bahawa pendidikan merupakan ubat yang paling mujarab untuk menangani krisis yang boleh menjatuhkan ummah,” Tambahnya, satu usaha bersepadu mestilah diambil oleh kepimpinan negara-negara Islam untuk menggerakkan sumber2 dan tenaga manusia dalam menyokong satu pembaharuan pendidikan dan pembangunan tanaga manusia yang bermakna.

Seorang Perunding Program Sheikh Saqr Untuk Kecemerlangan Kerajaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Naceur Jabnoun berkata, sesebuah universiti Islam itu akan berjaya jika amalan seperti kebebasan bersuara, perbincangan, meritokrasi dan transparensi dijadikan asas untuk menzahirkan impian bagi mengatasi pendidikan negara2 bukan Islam. Baginya, matlamat jangka panjang adalah penting berbanding matlamat jangka pendek kerana untuk melahirkan ahli2 akademik yang cekap dan mahir dalam sesuatu bidang, ia memerlukan masa.

“Perkara-perkara seperti kebebasan bersuara, kualiti, penghasilan ciptaan baru yang tidak meniru serta menaruh lebih kepercayaan daripada syak wasangka merupakan prinsip-prinsip yang perlu ada bagi melahirkan universiti yang cemerlang dalam bidang pendidikan.”

“Apa yang lebih penting ialah sikap takutkan Allah lebih daripada takutkan manusia. Jika ini wujud, universiti2 dalam negara2 Islam akan mampu melatih dan melahirkan fakulti yang berkelayakan serta menghasilkan kajian yang berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan cara ini juga ia akan dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan bukan hanya sekadar memiliki ijazah sahaja,” ujarnya.

Kesimpulannya, umat Islam yang diberi kelapangan oleh Allah, haruslah bersyukur dan sedar akan seruan bagi membantu agama Allah agar terus terbilang di mata dunia berteraskan panduan Al-Quran dan As sunnah selama-lamanya. Ingatlah bahawa kita sendiri yang akan menentukan arah tuju bangsa dan agama kita pada masa kana datang. Teringat aku dengan lagu bertajuk WARISAN yang selalu aku nyanyikan zaman persekolahan dulu. Terus terang bila aku dengar atau nyanyikan lagu ini sendiri, terasa sebak di dada pada diri aku. Harap lagu warisan ini dapat menjadi pembakar semangat korang agar terus maju kehadapan dan seterusnya menggenggam dunia. Insya-Allah.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara


perkongsian ilmu dr akhi hairil


BERSAMA MENERJAH ANJAKAN PARADIGMA

IBN KHALID





"aku mahu jadi baik seindah mutiara"


SALAM RAMADHAN MUBARAK

Apakah definisi ‘baik’?

Mungkin kalau kita lihat kamus dewan bahasa dan pustaka, pasti wujud maknanya yang tersendiri. Namun, untuk saya, ‘baik’ itu adalah apabila kita beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan.

Mengambil Islam secara menyeluruh, maka itulah dia ‘baik’.

Pakai tudung, tapi tak solat, maka itu belum dikatakan baik. Solat pergi masjid, tapi mulut masih mengutuk-mengeji orang, maka itu belum dikatakan baik. Hafal Al-Quran 30 juzu’, tapi masih sokong sistem jahiliyyah, maka itu belum dikatakan baik.

Baik, adalah apa yang Allah kata baik.

Dan yang mengambil Islam secara menyeluruh, itulah dia baik.

Persoalannya, bagaimana hendak menjadi ‘baik’ yang ini?


Bermula dengan membina kesedaran

Mengapa manusia tidak mampu menggerakkan dirinya untuk menjadi ‘baik’?

Sebab tidak wujudnya kesedaran di dalam diri. Terhasilnya pergerakan ke arah kebaikan adalah apabila kita berjaya menyedarkan diri kita untuk bergerak ke arah itu. Merasakan diri ini perlu melakukan perubahan, sedar betapa hidup ini memerlukan panduan, perasan betapa hati ini punya satu kekosongan, memandang tanggungjawab dan keterikatan diri terhadap orang sekeliling, inilah yang membuatkan diri punya rasa dahaga kepada peningkatan.

Maka kesedaran ini perlu diwujudkan.

Dengan memerhati dan berfikir.

Mulakan dengan penciptaan diri. Apakah diri kita ini terwujud untuk bermain-main sahaja? Atau kita diwujudkan atas satu signifikan tertentu, dan hendak menuju ke satu matlamat yang tertentu?

Timbulkan kesedaran.

Kesedaran menggerakkan diri kepada perubahan.

Perlahan, tetapi istiqomah

Menjadi ‘baik’ bukan mudah. Bahkan, kalau kita memberatkan kepala kita dan berfikir terlalu jauh, maka kita akan lihat betapa kita ini memang tidak akan mampu menjadi ‘baik’. Sebab akhirnya kita akan melihat betapa ‘baik’ itu sendiri hakikatnya adalah satu kesempurnaan.

Mustahil manusia akan mencapai kesempurnaan.

Tetapi manusia masih boleh bergerak ke arah kesempurnaan. Walaupun mungkin tidak akan mencapai kesempurnaan, namun dalam perjalan manusia mencari kesempurnaan itu, insyaAllah dia akan meningkat ke arah kebaikan demi kebaikan. Semakin jauh perjalanannya di atas jalan mencapai kesempurnaan, semakin tertingkat dirinya.

Sebab itu hendak menjadi ‘baik’ perlu disertai dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati. Mula dengan perkara-perkara asas yang hendak diperbaiki. Buat jadual dan wujudkan target. Lakukannya perlahan-lahan tetapi pastikan ia berkekalan.

Inilah dia jalan mereka yang telah berjaya melakukan perubahan.

Suka saya ulang betapa manusia itu bukan seperti Plastisin yang diketuk terus berubah bentuk.

Tetapi manusia ibarat tanah liat yang hendak dibuat tembikar, perlu dibentuk perlahan-lahan dengan penuh kehalusan.

Memegang definisi ‘baik’ yang benar



Kejelasan fikrah dalam mengejar ‘baik’ adalah amat penting. Salah mentafsir ‘baik’, maka kita akan melencong ke arah yang salah. Kita tidak akan menjadi ‘baik’ atas apa yang sedang kita bincangkan ini.

Mahu tidak mahu, kita perlu kembali kepada sumber segala kebenaran.

Itulah dia Al-Quran dan As-Sunnah. Kembali kepada apa yang Allah kata dan apa yang Rasul kata. Bukan kembali kepada apa yang manusia itu kata dan apa yang manusia reka-reka. Kita lihat dan ikut apa yang manusia kata dan apa yang manusia buat pun adalah sekiranya apa yang manusia kata dan apa yang manusia buat itu selari dengan apa yang Allah kata dan apa yang Rasul kata.

Maka di sinilah wujudnya kepentingan betapa kita perlu memandang kembali hubungan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimanakah kita melayani dua perkara ulung ini? Mungkin benar kita bukan orang yang mengaji agama. Tetapi pada saya, perkara basic di dalam Islam tidak memerlukan penjelasan atau tafsir yang rumit. Baik dan buruk telah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran tanpa perlu ditafsirkan panjang-panjang bagi menggapai maknanya.

Alasan: “Eh, saya bukan pelajar agama” untuk tidak menyentuh Al-Quran dan membaca maknanya, pada saya adalah alasan yang tertolak. Mungkin untuk mengistinbatkan hukum, menterjemahkan ayat mutasyabihat, mendalami tafsir ayat, ya, semua itu kita perlu kepada yang pakar. Tetapi sekadar untuk melihat apakah justifikasi Allah terhadap apa itu ‘baik’, dan apa itu ‘buruk’, insyaAllah kita semua mampu melakukannya.

Cuma persoalannya, apakah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Kadangkala, kita melihatnya pun tidak. Di sinilah masalahnya.

Penutup: Bergeraklah menjadi baik. Walaupun payah dan sukar

Tiada yang pernah terlewat menjadi baik selagi belum mati. Namun yang membuatkan kita tidak boleh melakukan penangguhan dalam bergerak menjadi baik adalah kita tidak tak tahu bila kita akan dijemput oleh kematian.

Sebab itu, memang better late than never. Tetapi better not late at all.

Memang menjadi ‘baik’ mengikut acuan Allah ini sukar. Kita perlu jaga diri kita 24/7/. Perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalau buat salah perlu segera istighfar dan bertaubat. Macam-macam.

Namun itulah dia mahar untuk mendapat rahmat Allah SWT yang tidak berbelah bagi.

Dan saya tidak nampak kerugian menjadi baik.

Mungkin rugi sedikit perkara-perkara kepuasan nafsu dan keseronokan dunia.

Tetapi untuk kehidupan di atas dunia yang harmoni dan bahagia, untuk kehidupan di akhirat yang abadi selamanya, apalah sangat pengorbanan sedikit kita itu.

Allah bukan kejam.

Setiap amal ada balasan. Setiap pengorbanan, ada timbal baliknya. Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih, lagi Maha Bijaksana.


PERKONSIAN DARI USTAZ HILAL YANG MEMBERI PENCERAHAN ILMU DAN JIWAKU, TERIMA KASIH USTAZ..


MOGA2 CITA2 KU MENJADI REALITI

"BERMUJAHADAH ITU PAHIT, TETAPI HASILNYA MANIS"


IBN KHALID


Pemanasan global cetus bencana

SEORANG wanita meratapi  mayat anaknya  dibaluti selimut  yang  menjadi korban tanah runtuh di  Zhouqu, wilayah  Gansu.

SEORANG wanita meratapi mayat anaknya dibaluti selimut yang
menjadi korban tanah runtuh di Zhouqu, wilayah Gansu.
Pakar PBB dakwa banjir landa Pakistan, China terburuk dalam sejarah

LONDON: Pakar perubahan iklim berkata, fenomena pemanasan global kemungkinan menjadi punca tercetusnya banjir besar di Pakistan, kebakaran hutan di Russia dan tanah runtuh di China sekarang.

Hampir 14 juta orang terjejas oleh banjir di Pakistan menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian tsunami 2004 dan gempa bumi di Kashmir dan Haiti.

Bencana banjir terbaru itu yang dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terburuk dalam sejarah terdekat, disebabkan oleh kehadiran supercharged jet stream atau gelungan besar angin kencang yang juga dikatakan menjadi punca banjir di China dan cuaca panas berpanjangan di Russia yang menyebabkan kebakaran hutan.


Pakar PBB dari beberapa universiti di seluruh dunia berkata, fenomena cuaca ekstrem dialami sekarang membuktikan kesan pemanasan global semakin dirasai.


Jean-Pascal van Ypersele, naib presiden IPCC, badan PBB yang ditugaskan untuk memantau pemanasan global, berkata cuaca ekstrem itu adalah konsisten dengan perubahan iklim yang dibawa oleh aktiviti manusia.

Cuaca ekstrim dialami sekarang terus dicetus dan diburukkan lagi oleh fenomena pencemaran rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. katanya.

PBB berkata, banjir melanda Pakistan sekarang adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 13.8 juta orang terjejas dan 1,600 orang terkorban setakat ini.
Banjir dan tanah runtuh yang melanda China sejak tiga hari lalu sudah menyebabkan 702 orang terkorban dan lebih 1,000 orang dilaporkan hilang, di samping menyebabkan kerosakan berbilion dolar di 28 wilayah.

Di RUSSIA, rumah mayat hampir penuh di Moscow ketika negara itu dilanda kebakaran hutan yang dicetuskan cuaca panas terburuk sejak 130 tahun lalu.

Ketua pemantauan iklim di Pejabat Meteorologi Britain, Dr Peter Stott, berkata hampir mustahil untuk menyatakan fenomena cuaca ekstrem dialami semata-mata disebabkan pemanasan global.

Namun beliau berkata, wujud bukti jelas peningkatan kekerapan fenomena cuaca
ekstrem berikutan pemanasan global.

Dr Stott berkata, pemanasan global dikatakan menjadi punca kepada fenomena cuaca ekstrem kerana apabila atmosfera lebih panas ia mempunyai keupayaan untuk menampung lebih banyak air dan berikutan itu mencetuskan hujan lebat dan banjir yang lebih teruk seperti disaksikan di Pakistan dan China. Agensi

SUMBER BERITA HARIAN

DUNIA SEMAKIN MEMBUNGKAM
DUNIA SEMAKIN MENGANCAM
MANUSIA SEMAKIN RANCAK
BERMAIN DENGAN DUNIA
MELAKUKAN SEPERTI MANUSIA YANG PUNYA

MANUSIA SERING ALPA
ALLAH SENTIASA BERSAMA
MENGUJI HAMBANYA
ANTARA SYUKUR ATAU KUFUR
ANTARA INSAF ATAU EGO
MANUSIA SEDANG DIUJI

PANAS, HANGAT , PIPI MEMBARA
SEJUK, SEHINGGA KE TULANG,
AIR SEPERTI LAUTAN,
TANAH TERGELINCIR DARI KEBIASAANNYA,
GELOMBANG YANG TIDAK DIJANGKA
GEGARAN YANG MERESAHKAN JIWA

MANUSIA MASIH ALPA
MANUSIA MASIH LEKA
DENGAN KESERONOKAN DUNIA
DENGAN KEGEMBIRAAN YANG SEKETIKA

AYUH
BERUBAH DARI LEKA
MENJADI HAMBA YANG PEKA
SENTIASA BERDOA DAN SEDAR
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA
MALAIKAT SENTIASA MENGEKORI KITA
APAKAH KITA MASIH ALPA?

CETUSAN JIWA
IBN KHALID


Engkau ingin berjuang,

Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan. ..

NASYID OLEH QATRUNNADA


MOTIVASI UNTUK HAMBA
MENCARI JALAN KEBAHAGIAN

IBN KHALID


"One-Eye" Valhalla Rising : Hollywood Makin Berani Dedahkan Biografi Dajjal



"The boy said he was from hell...His name is one-eye...heading to Jerusalem to reconquer the Holy Land..."




Barangsiapa mengkaji dengan teliti dan ceramat kesemua hadis-hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W mengenai biografi Dajjal, khususnya hadis Tamim Ad-Dari (hadis Dajjal ditambat di sebuah pulau Misteri) dan hadis mengenai Ibnu Shayyad, nescaya akan mendapati kronologi filem "Valhalla Rising" ini hampir 90 % membiografikan sejarah Dajjal yang wujud sejak zaman berzaman di sebalik peradaban misteri dan ajaib, menghala ke Jerusalem untuk memerintah dunia dengan kefasadan dari sana.

Kredit pada Tuan Khalid Yahya atas pendedahan ini. Hollywood kian melampau batas dan semakin berani dan terang-terangan menyerlahkan identiti sebenar Dajjal selepas selama ini ia banyak bersembunyi di sebalik kesamaran watak mahupun simbol. Mereka (secret socities) sudah sangat yakin pada saat kedatangan raja yang mereka nantikan selama ini untuk kononnya menganugerahkan pemerintahan dunia yang selama ini mereka nantiharapkan.

Sebagaimana saya jangkakan sejak terlancarkan filem 2012, Hollywood mula masuk gear persiapan menyambut Dajjal si buta mata sebelah itu dengan makin ghairah dan makin deras.

Sinopsis "Valhalla Rising" ini adalah :

For years, One-Eye, a mute warrior of supernatural strength, has been held prisoner - forced to fight for his life and the amusement of his pagan slavers. Aided by a boy, he finds his moment, furiously kills his captors and together they escape, beginning an odyssey through an unknown land. After falling in with a band of Vikings, One-Eye and his young companion find they must confront terrible fate in the quest for their freedom. (Source)

A mute Scandinavian savage known only as "One Eye" escapes his captors and begins the long journey home, only to find himself lost in an unknown land. (Source)

A man with a remarkable talent for violence must fight to survive when he sets out on an extraordinary journey in this fantasy from director Nicolas Winding Refn. One Eye (Mads Mikkelsen) is the nickname given to a nameless, mute warrior who has become a slave to Barde (Alexander Morton), a wealthy Scotsman who obtained One Eye for his remarkable fighting skills. One Eye is a fierce warrior but shows little loyalty to his master, and when the opportunity presents itself, One Eye murders Barde and his mercenaries and sets off on his own, with a young boy (Maarten Stevenson) tagging along to speak on his behalf. Eager to leave Denmark behind in favor of freedom and adventure, One Eye throws in his lot with a band of Christian Vikings, who've set out on an ambitious quest to travel to Jerusalem and claim the Holy Land as their own. But the voyage to the Holy City is a difficult one, and the Vikings are met with violent resistance, forcing One Eye to rely on his talents as a warrior to protect himself and his young apprentice.

“Mereka membuat perancangan rapi, Allah juga sedang membuat perancangan rapi memusnahkan perancangan mereka, walaupun (kamu lihat) perancangan mereka mampu memusnahkan gunung ganang.” - Ibrahim : 4.


BINGKISAN PERINGATAN DARI USTAZ SYAARI


"BERFIKIR UNTUK MEMIKIR "

BERSEDIA MENJADI PENGANALISA BUKAN PEMERHATI

IBN KHALID


ASSALAMUALIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH BUAT SEMUA INSAN

SABDA RASULLULLAH : " TIDAK BERIMAN SESEORANG DARI KAMU KECUALI IA KASIH KEPADA SAUDARANYA SEPERTI IA KASIH KEPADA DIRI SENDIRI" ( MUTTAFAQUN A'LAIH)
SEIFINITI KESYUKURAN KEPADA ALLAH, PENCIPTA KEPADA SELURUH ALAM, PENGATUR KEHIDUPAN DAN PEMILIK SEGALA MAKHLUK DAN ISI ALAM CIPTAANNYA.
PENGURNIA REZEKI DAN NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA YANG
MENUNTUT DIRI INSANI SENTIASA MENGINSAFI DAN MENSYUKURI PEMBERIANNYA. BERUSAHA MENJADI GOLONGAN INSAN YANG MENJADIKAN DUNIA INI ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT.. LADANG YANG PENUH DENGAN UJIAN DAN PANCAROBA.



BERMULA PENGAMBARAANKU MENGGAPAI CITA-CITAKU.
SEBELUM KITA MEMILIH SESUATU PERKARA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN, ELOKLAH KITA MENGKAJI DAN MELAKUKAN KAJIAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG AKAN DIPILIH, BIDANG KERJAYA INI BUKAN BENDA YANG MUDAH, KERNA SETIAP PILIHAN AKAN MENENTUKAN PERJALANAN KEHIDUPAN UNTUK MASA AKAN DATANG.

DIRI MULA MENGEMBARA,
DIRI MULA BERTANYA,

TERINGAT KATA-KATA

" AHLI FARMASI NI, KERJA MENUNGGU KO BUKAN KO YANG MENCARI KERJA "

" FARMASI KAN , RAKAN KARIB DOKTOR LA "


" FARMASI SUSAH JUGA, BANYAK YANG KENA HAFAL, ABIS MEMORI KO NANTI, BERAPA RIBU JENIS UBAT KAT DUNIA NI "

" FARMASI UNTUNG JUGA, DAPAT BIASISWA, GAJI PUN OK , MAHAL JUGA, DIEORANG BIDANG PROFESIONAL TU"


" NAK JADI FARMASI , KO KENA SEDIA, BANYAK CABARANNYA, PERLU BERSABAR, PERLU BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH"


" FARMASI NI KENA ADA MINAT, BUKAN SENANG-SENANG JE PILIH , KIMIA KENA POWER, BIOLOGY PUN KENA POWER, DAN KO PERLU BERSEDIA, BARU BOLEH BERJAYA"

" TERPULANG KEPADA KO , NAK PILIH APA, TAPI ANTARA DOKTOR ATAU FARMASI, KALO AKU , BAIK AKU PILIH FARMASI, FARMASI TIDAK SESIBUK DOKTOR, KERJA PUN SERONOK, MACAM2 BOLE BUAT"



" FARMASI BUKAN JUAL UBAT TU JE, BANYAK LAGI KERJANYA, BUKAN KAT HOSPITAL JE, KAT KILANG UBAT PUN, KAT KEDAI FARMASI, YANG NAK JADI MACAM POLIS PUN ADE, JADI LECTURE PUN BOLEH, BANYAK LAH.. TERPULANG PADA KO"

" FARMASI NI KURANG SIKIT JUMPA DENGAN DARAH, TAPI SKILL KENA ADA, NAK BAGI COUNSELING KAT PESAKIT KENA ADA CARA, BARU BOLEH JADI TERBAIK"

"FARMASI KN, PELUANG TU, BOLE SAMPAIKAN DAKWAH. SELALU JUMPA ORANG, ORANG PUN PERCAYA KAT KITE, JADI BOLE BERI NASIHAT AGAMA KEPADA DIEORANG, SERONOK TU"

" KALO KO JADI FARMASI KN , MASA ORANG NAK MAKAN UBAT TU, KO NASIHAT KAT DIEORANG, MAKAN UBAT TU BUKAN PENENTU KEPADA DIEORANG AKAN SIHAT, AMBIL UBAT TU USAHA, YANG PALING PENTING , DOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH, YANG JADIKAN DIEORANG SIHAT, KAN TUBUH BADAN TU ALLAH JADIKAN?"


BANYAK LAGI KATA-KATA YANG DIUCAPKAN OLEH SAHABAT YANG DIKASIHI, YANG MENJADI PENDORONG UNTUK KU MEMILIH JALAN INI . AKU MULA BERKIRA-KIRA. MULA MENGKAJI TENTANG FARMASI, DIKALA AKU MASIH BELAJAR DI MATRIKULASI , BANYAK NASIHAT YANG DITERIMA, YA , INI PERMULAAN PENGEMBARAAN KU , DAN SETIAP-SETIAP KATA NASIHAT YANG DIUCAPKAN, BANYAK YANG BETULNYA.. SETELAH AKU MENJADI MAHASISWA FARMASI BARU KUMENGERTI"

NASIHATKU KEPADA INSAN YANG DALAM SITUASI MEMILIH, BUATLAH KAJIAN DAN PEMERHATIAN, KAJI DIRI DAN KENALI DIRI, PANDANG KE DEPAN, PERLU KUAT SEBAB KENAPA MEMILIH BIDANG INI ... MULAKAN PENGEMBARAAN. SETIAP KATA NASIHAT ITU DARIPADA SAHABAT ..

" ILMU SINAR KEBAHAGIAN "

IBN KHALID



ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM MUBARAK RAMADHAN


BILA RAMADHAN BERTANDANG,
DIRI SERING MENGUNDANG,
AGENDA DIRI YANG DIRANCANG,
MAHU MENJADI HAMBA ALLAH YANG GEMILANG DAN TERBILANG,

NAMUN,
KEJAHILAN ILMU DAN KEFAHAMAN YANG KEKAL BERGELUMANG,

DALAM DIRI INSAN YANG BERUSAHA UNTUK MENJADI PERANCANG,
MERANCANG PELBAGAI AGENDA DAN AKTIVITI DI BULAN RAMADHAN,
RANCANGAN YANG DIPENGARUHI HAWA NAFSU,
TIDAK BERDASARKAN ILMU DAN IMAN,
SETERUSNYA ,
RAMADHAN MUBARAK HADIR TIDAK MEMBERI KESAN DAN PERUBAHAN,




SUDAH TIBA MASANYA,
DIRI KITA PERLU BERSEDIA,
MENGHADAPI BULAN MULIA,
JIWA PERLU DIISI ,
MINDA PERLU BERVISI,
MENJADIKAN RAMADHAN ,
BULAN TARBIYAH KEIMANAN,

AYUH SAHABAT,
LAKUKAN ANJAKAN PARADIGMA,
GERAKKAN LANGKAH OPTIMA,
MENCARI ILMU DAN KEFAHAMAN,
MENGUATKAN DIRI DAN MEMPELBAGAI AKTIVITI,
BERSEDIA MENGHADAPI BULAN RAMADHAN,
MENUNGGU KEHADIRAN LAILATUL QADAR,
MEMENUHI RAMADHAN DENGAN KETAQWAAN,

RAMADHAN TARBIYAH KEIMANAN,
RAMADHAN INSTITUT KETAQWAAN.

" DUNIA LADANG UNTUK AKHIRAT"
" ILMU SINAR KEBAHAGIAN"

IBN KHALID



Salam kedatangan RamadhaN Dengan penuh takzimnya,
semua dijemput hadir

ke Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan KTSN:
Ramadhan Tarbiyah Keimanan

pada 5 Ogos(Khamis)
8 pm bertempat d DSG

Penceramah jemputan:Ust Fathul Bari Mat Jaya ,
Kaunselor & Penasihat Agama Institut Jantung Negara..

semoga dgn kedatangan Ramadhan ini,kt lebih giat utk 'mempersiapkan diri',
bkn shj sbg p'sediaan utk bulan yg mulia ini,
tp persiapan utk bertemu dengan Nya nanti.

MENANTI KEHADIRAN INSTITUT TARBIYAH RAMADHAN

"DUNIA ADALAH LADANG UNTUK AKHIRAT"

IBN KHALID

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,