ASSALAMULAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
alhamdullillah, mari kita ucapkan seinfiniti kesyukuran kepada pencipta kerana kita masih diberi ruang dan peluang hidup aman di bumi Allah ini.. selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w kerna membawa sinar dan cahaya kepada manusia untuk menerangi kehidupan di dunia yang sementara ini..
syabas dan tahniah diucapkan kepada dato tnc hepa UKM , dato' prof dr abdul razak kerana sudi hadir berbuka puasa bersama2 pemimpin pelajar dan sudi berdialog mendengar masalah , aduan dan cadangan yang dikemukakan.. [ kepimpinanan melalui tauladan] tahniah diucapkan kepada pengetua dan pentadbiran kolej, pmukm , jaksa ktsn dan wakil dari kelab kolej tun syed nasir kerana dapat bertemu dan berkumpul untuk bersama2 bincang dan berkongsi idea berkenaan isu2 kolej , fakulti dan semestinya kebajikan mahasiswa/i yang menetap di UKM khususnya kolej tun syed nasir.. [ berbincang sesama insan untuk mendapat kepastian]
tidak lupa juga kepada sahabat yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk meluahkan pandangan , menyampaikan aduan serta organisasi PMUKM yang bergerak seiringan untuk memimpin perubahan dalam diri, gerak kerja dan idealisma yang menjadi pemangkin kearah mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai diri yang unggul , potensi diri yang semakin bertambah serta semangat saling bantu-membantu untuk bersama2 menjalan tanggungjawab yang dipikul menuju kearah mahasiswa yang kompetatif , matang dan profesional. [ bergerak seiringan memimpin perubahan]
alhamdulillah, dengan pertolongan ilahi, beberapakan perkara telah diajukan kepada tnc iaitu
1) berkenaan yuran pengajian dalam bentuk package : telah disampaikan kepada dato' berkenaan masalah tersebut dan insyaAllah dato' mengambil perhatian kepada perkara tersebut. penjelasan awal telah diterang oleh dato' bahawa ia untuk memudahkan pembayaran yuran dalam bentuk penyelarasan tetapi apabila diterangkan tentang perubahan pembayaran yang tinggi , ia mendapat perhatian dato'..
2) berkenaan isu wiyerless yang lemah dan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan wiyerless untuk kolej luar: dato' menjelaskan ia berlaku dan akan berlaku penambahbaikan untuk masa akan datang berkenaan kemudahan wiyerless ini , perbincangan antara syarikat telah dilakukan . cadangan untuk wiyerless kolej luar , pengetua menjelaskan akan disediakan perkhidmatan streamyx seperti yang telah disediakan di ktsn 5, tetapi perkhidmatan ini tidak mempunyai keluasan wiyerless yang luas, tetapi akan disediakan di tempat yang bole mahasiswa/i gunakan untuk mendapatkan perkhidmatan wiyerless ini .. insyaAllah, ia akan diluas penggunaannya di ktsn 3, ktsn 4 dan di plazarah ( mahasiswi digalakkan untuk membuat perkongsian untuk melanggani wiyerless) .
pesanan saya kepada sahabat2 yang dikenakan caj rm45 untuk perkhidmatan wiyerless tetapi duduk bukan di ktsn 1 dan sahabat tidak menggunakannya, sahabat bole membuat aduan di unit bendahari .
3) cadangan speaking corner di kolej : alhamdulillah, dato' memberi respon yang positif dan menjelaskan di ukm bangi telah disediakan dan pengetua menjelas ia juga akan disediakan di ktsn dimana sahabat bole sampaikan maklumat dan memberi idea yang bernas berkenaan isu semasa dan pelbagai ilmu lagi .. insyaAllah, sahabat akan belajar cara untuk bercakap dikhalayak ramai dalam bahasa inggeris . pada pandangan diri, dulunya speaking corner ini tidaklah beberapa penting tetapi setelah menjalani latihan dan peroleh pengalaman setelah menjadi pemimpin pelajar, ia sangat memberi impak yang berguna dan berkesan untuk sahabat2 meningkatkan soft skill dalam diri. [ untuk berubah, mesti menjadi berani mencuba]
4) kilnik reddy yang bermasalah : ramai sahabat mengadu perkara ini dan dato' mengambil berat tentang masalah yang berlaku. insyaAllah, kita mengharapkan perubahan akan berlaku dapat memberi kemudahan kesihatan kepada mahasiswa/i.
5) SPKG : banyak yang telah diadukan masalah kepada dato' .. insyaAllah, kita mengharapkan perubahan akan berlaku. untuk fakulti farmasi, saya akan berusaha untuk kemukakan berkenaan attachment di comunity farmasi seperti guardian yang dilakukan oleh mahasiswa/i fakulti juga akan dimasukkan kedalam spkg kerana ia melibat keusahawan . [ kita berusaha , Allah menentukan ]
6) surau diperbesarkan dan dinaik tarafkan dan kemudahan sukan di kolej dipertambahkan telah dikemukakan kepada dato' serta bilik gerakan pelajar di kolej diwujudkan bagi membolekan kelab dan persatuan serta jaksa menjalankan tugas2 dan aktiviti lebih berkesan. idea dan cadangan telah diterima oleh dato' dan kita mengharapkan perubahan juga berlaku..
[ kita bole meminta , namun kita perlu belajar untuk memberi]
beberapa lagi aduan dan cadangan telah diadukan seperti kemudahan bas untuk ke bangi bagi menghantar kertas kerja program dan laporan program , kemudahan dan bantuan untuk barang2 jualan kelab usahawan serta masalah ptptn yang lambat dimasukkan untuk mahasiswa/i
insyaAllah, ada beberapa lagi yang saya tidak menyebutnya dan saya memohon kemaafan, jika ada kesilapan , diharap sahabat dapat menegur..
untuk di peringkat fakulti , dialog bersama mahasiswa telah dijalankan, aduan dan cadangan telah dilaporkan kepada pihak berkenaan khusunya jaksa kebajikan , fakulti dan unit pengangkutan.
untuk mahasiswa/i tahun 4, berkenaan permintaan board putih bergerak dan ia telah disampaikan kepada fakulti, serta kemudahan bus yang kurang ke hukm telah diadukan kepada fakulti dan dr mohd telah memberi respon .
untuk mahasiswa/i tahun 3 berkenaan pembukaan pintu untuk ke perpustakaan negara telah disampaikan kepada jaksa kebajikan dan ia telah dijelaskan kerana dulu pernah dibuka tetapi sambutan yang tidak menggalakkan, dan ia juga berkenaan isu keselamatan dimana jika ia dibuka , ia memerlukan pengawasan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.oleh itu, memerlukan cadangan dan jumlah mahasiswa/i yang betul2 berminat untuk pergi keperpustakaan negara. cadangan untuk membuat penghadang di blok berhadapan pustaka telah disampaikan dan ia mengambil masa untuk mendapat keputusan, dan bnyak lagi aduan serta cadangan telah diajukan .. insyaallah, kita mengharapkan perubahan ..
untuk tahun 2, insyaallah, rabu ini akan diadakan program dialog bersama mahasiswa.. sediakanlah cadangan dan aduan untuk diajukan bagi kemudahan bersama.
untuk tahun 1, aduan dan masalah berkenaan adaptasi kehidupan di universiti, kemudahan mesin basuh serta ampaian telah disampai kepada jaksa kebajikan , insyaAllah , tindakan lanjut akan dilakukan, setiap kemudahan memerlukan masa kerana ia melibat kewangan dan budget,
oleh itu, kita perlu bersabar dan mengambil langkah alternatif lain..
insyaallah, segala yang disampaikan dapat memberi input kepada sahabat , marilah kita bersama-sama menuju kearah tranformasi diri dan minda
berfikir untuk memikir
" bergerak seiringan , memimpin perubahan"
salam ukhwah
hafizul amin khalid
berfikir untuk memikir
" bergerak seiringan , memimpin perubahan"
salam ukhwah
hafizul amin khalid