BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?


Bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.


RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA


Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri 1430H
CETUSAN ILMU USTAZ ZAHARUDDIN

ALHAMDULILLAH, SAHABAT2 YANG DIRAHMATI ALLAH, RAMADHAN TELAH MENINGGALKAN KITA, SYAWAL PULA MENJELMA.. SELAMAT BERMAAF-MAAFAN DAN SALING ZIARAH ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MEMBANTU MANUSIA YANG KURANG BERUPAYA.

BULAN SYAWAL BUKANLAH BULAN UNTUK BERGEMBIRA ATAU BERSEDIH, MARILAH KITA BERSAMA2 MUHASABAH DIRI INI DAN MERENUNG KE DALAM .. ADAKAH AMALAN YANG DILAKUKAN KETIKA BULAN RAMADHAN MENCUKUPI, ADAKAH DIRI ADA PERUBAHAN, KITA BERJAYA MENDAPAT GRED A+ ATAU D DALAM MENJALANI INSTITUSI PEMANTAPAN TARBIYAH DIRI , ADAKAH JIWA SEMAKIN TENANG DAN AMAN DAN BANYAK LAGI YANG PERLU DINILAI TERHADAP DIRI INI.

DI BULAN YANG MULIA INI JUGA, KITA DIGALAKKAN MENAMBAH AMALAN SEPERTI BERSEDEKAH ( NIAT IKHLAS MEMBERI DUIT RAYA KEPADA KANAK2) , BERMAAF-MAAFAN, PUASA SUNAT ENAM HARI DAN SEBAGAINYA..

MARILAH KITA SAMA2 MENILAI DIRI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT... KEBAHAGIAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA , DUNIA INI ADALAH UJIAN DAN YANG KEKAL ABADI DI AKHIRAT KELAK,

PESANAN SEORANG GURU KEPADA DIRI INI : HIDUP LAH DIDUNIA DAN JANGANLAH MENJADIKAN DIRI SALAH SATU PERKARA YANG AKAN MENYEBABKAN HARI KIAMAT BERLAKU.. [KATA-KATA YANG MENJADI PEDOMAN HIDUP]

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN AIDIL FITRI

SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH YANG ASAL IAITU RUH YANG BERTAKWA DAN TAAT PADA PERINTAH PENCIPTA

SALAM LEBARAN

HAMBA YANG MENCARI KETENANGAN JIWA

AMIN

Leave a Reply

ADAKAH KAU LUPA?

ADAKAH KAU LUPA?
ditujukan khas untuk para pejuang dan pencinta agama ALLAH,